The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kerakusan manusia punca krisis bencana alam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifmustaqim004, 2023-05-13 09:40:08

Kerakusan manusia punca krisis bencana alam

kerakusan manusia punca krisis bencana alam

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIKS AHMAD SHYAFFIQ HAIQAL BIN ZULKEFLI 19DPM22F1032 SYAHMI IZZUDIN BIN SALLEHUDIN 19DPM22F1040 MUHAMMAD DZULKIFLI ISQANDAR BIN ABDULLAH 19DPM22F1036 PENSYARAH : PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK


AHMAD SHYAFFIQ HAIQAL BIN ZULKEFLI 19DPM22F1032 SYAHMI IZZUDIN BIN SALLEHUDIN 19DPM22F1040 MUHD DZULKIFLI ISQANDAR BIN ABDULLAH 19DPM22F1036


ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 3 2. OBJEKTIF 4 2. PENDAHULUAN 5 3. SEJARAH KRISIS BENCANA ALAM 6 4. RUJUKAN SEJARAH TAMBAHAN 7 5. SEBAB BERLAKUNYA BENCANA ALAM 8 6. JENIS - JENIS BENCANA ALAM 9-12 7. KESAN - KESAN BENCANA ALAM 13-14 8. LANGKAH MENGATASI BENCANA ALAM 15-16 9. AYAT AL-QURAN 17 10. SUMBER RUJUKAN 18 11. KESIMPULAN 19


PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim , Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera , Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami , dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya , terima kasih tak terhingga kepada pensyarah kami , Ustazah Rohani Binti Abdul Razak kerana dengan penerangan dan tunjuk ajar daripadanya dapat kami selesaikan tugasan ini dengan sukses. Begitu juga dengan rakan sekumpulan yang banyak berkongsi maklumat dan terus memberikan kerjasama yang baik ketika menyelesaikan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan buat kedua ibu bapa kami yang terus memberi dorongan dan semangat untuk kami menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, terima kasih kepada rakanrakan yang sentiasa mengingatkan kami mengenai tugasan ini dan membantu Kami dalam hal-hal yang kami kurang tahu. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan kami yang bertajuk Kerakusan Manusia Punc Krisis Bencana Alam . Semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.


Di dalam tugasan E-Folio ini terdapat beberapa objektif yang ingin dipaparkan seperti berikut : Mengenalpasti apakah yang dimasudkan dengan krisis bencana alam. Mengenalpasti apakah perkara yang dilakukan oleh manusia yang boleh menyebabkan berlakunya bencana alam. Dapat lebih informasi tentang isu dan sejarah bencana alam yang semakin hangat diperkatakan. Mendapat tahu tentang apakah punca dan sebab berlakunya bencana alam. Mengetahui tentang beberapa jenis pencemaran yang berada di Malaysia Mengenalpasti apakah kesan-kesan bencana alam Mendapatkan informasi apakah langkah-Langkah yang boleh diambil untuk mencegah berlakunya krisis bencana alam. OBJEKTIF


PENdahuluan Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya . APA ITU ALAM SEKITAR ? ALAM SEKITAR DALAM ISLAM Dari segi islam pula , Alam sekitar berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan . Agama Islam menjadikan akhlak sebagai perhubungan antara manusia dan Allah KERAKUSAN MANUSIA PUNCA BENCANA ALAM Gangguan keterlaluan manusia terhadap sifat semula jadi alam dan kerakusan menggunakan sumber itu untuk kepentingan perniagaan , antara punca peningkatan krisis bencana alam . Pada hakikatnya , berlakunya bencana-bencana alam ini memang bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi jikalau tiada angin , masakan pokok bergoyang


SEJARAH KRISIS BENCANA ALAM Di Malaysia , terdapat pelbagai kes yang membabitkan pencemaran alam sekitar telah dilaporkan . Antara kes yang paling popular di Malaysia adalah pencemaran udara di Pasir Gudang , Johor yang wajar dijadikan iktibar. Ia dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang ditanam di dalam tanah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Menurut pensyarah Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud, tindakan menanam sisa toksik dalam tanah boleh mengakibatkan pencemaran udara. Selain itu, saliran air bawah tanah di daerah itu berkemungkinan sudah tepu dengan sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah naik ke permukaan sehingga membentuk gas toksik


RUJUKAN SEJARAH TAMBAHAN : Buku Terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia itu hasil tulisan tokoh akademik , Prof Datuk Seri Dr Ir Zaini Ujang dan Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengikut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Malaysia kehilangan 102 sungai dalam tempoh 10 tahun menjadikan kini hanya 477 sungai yang masih ada . Daripada jumlah itu , hanya 219 sungai dalam kategori bersih , 207 sungai kategori separa cemar dan 51 sungai lagi dalam kategori tercemar


Peranan pihak hutan yang antara lain bertindak sebagai kawalan perubahan iklim dan pemanasan global , bagaikan tidak lagi disedari kewujudannya atas matlamat perniagaan Aktiviti pembalakan termasuk pembalakan haram , semakin berleluasa ekoran dorong nafsu haloba Pembakaran terbuka yang dilakukan dipelbagai tempat tanpa memikirnya SEBAB BERLAKUNYA BENCANA ALAM khazanah dilihat semata untuk menghasilkan kayu untuk dijual bagi memperoleh kekayaan ,


jenis jenis bencana alam Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya : 1 . PENCEMARAN UDARA


2 . PENCEMARAN AIR Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Ia merujuk kepada pencemaran jasad air (mis. tasik, sungai, lautan, akuifer dan air bawah tanah),Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera tumbuhan dan organisma yang hidup di dalam jasad air tersebut, serta organisma dan tumbuhan yang mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga kepada komuniti biologi semula jadi . Punca pencemaran air dapat dikategorikan seperti : keracunan atau toksiti kemasinan atau silinit keasidan kekeruhan


3 . PENCEMARAN BUNYI


4 . PENCEMARAN TANAH Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai tanah perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna , kesuburan , dan hakisan . la disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal yang terdiri daripada pencemar organik , kimia atau fizikal . Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah . Semakin kurang kesuburan tanah , semakin serius pencemaran yang berlaku. Pencemaran Tanah dapat dikategorikan seperti : Pembuangan sampah yang tidak terkawal Pembuangan sisa toksik dan nuklear Kegiatan Perlombongan Pembalakan


kesan kesan bencana alam 1 . Tanpa pokok dan hutan , hilanglah segala manfaat rimba raya , berkurang spesies tumbuhan dan haiwan , rosak habitat semula jadi , terputus sistem rangkaian makanan serta mengancam kehidupan manusia 2 . Dalam proses pembangunan negara , penerokaan hutan merupakan satu aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian , pembalakan tanpa perancangan yang rapi telah terbukti sebagai punca utama berlakunya tanah runtuh . Hal ini berlaku demikian kerana penerokaan hutan menyebabkan kawasan tadahan hujan semakin berkurang. Sebagai akibatnya, tanah yang tandus tidak dilindungi pokok apabila hujan turun . Hal ini akan mengakibatkan hakisan tanah dan lama-kelamaan tanah runtuh akan berlaku Sebagai contoh , Tragedi Highlands Tower pada 11 Disember 1993 yang menimbusi 48 orang hidup-hidup ialah satu amaran keras tentang bahaya pembangunan perumahan di lereng bukit . Apa yang menyedihkan ialah tragedi itu berulang lagi di Bukit Antarabangsa pada 1 Disember 2018 . Dalam peristiwa ini , sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah dan empat nyawa terkorban sebagai akibat tanah runtuh .


3 . Jerebu yang terjadi dari asap menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia , haiwan dan tumbuh-tumbuhan . Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik . 4 . Perbuatan membuang sampah di dalam sungai dan longkang oleh manusia menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan dasar sungai semakin cetek oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat dan dasar sungai yang cetek ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku . 5 . Bencana alam seperti banjir akan memusnahkan pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kerosakkan harta benda juga menyebabkan induvidu terpaksa menanggung kerugian yang besar. Bagi membangunkan semula bangunan atau petempatan yang musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi


LANGKAH MENGATASI KRISIS BENCANA ALAM 1 . MENGHIJAUKAN KAWASAN Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu , kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya . 2 . PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan . Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan . 3 . PROGRAM KITAR SEMULA Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang bolen dikitar semula kepada peniaga barang terpakai . Di antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar , majalah lama , kertas terpakai dan kotak kertas . Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru


4 . KEMPEN Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara . Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang . 5 . MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Selain itu , pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah . Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera . Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapatd ilaksanakan . Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus . Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan .


DALAM AL-QURAN ALLAH MENYATAKAN : Allah SWT mengkhabarkan bahawa kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini antaranya alam sekitar adalah kesan daripada sifat rakus manusia itu sendiri . Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.


rujukan 1 . https;//www.maiamp.gov.my Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak 2 . https://www.permohonan.my/pencemaranalam-sekitar/ 3 . https;//www.hmetro.com.my Penulis ialah Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PHD) Pengajian Islam (Syariah) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan , Universiti Sains Malaysia 4 . https://www.scribd.com/doc/38386496/Kesan-Kesan Bencana Alam 5 . https: mskrandominfo.blogspot.com/2015/10/puncalangkah-mengatasi-bencana alam.html 6 . https;//tinta-kencana.blogspot.com/2011/07/kesanbencana alam.html


KESIMPULANNYA Kesimpulannya, bencana alam sememangnya membawa pelbagai kesan negatif kepada mangsa . Oleh itu semua pihak perlulah turun padang dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa bencana alam . Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita . Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar .


JUNJUNGAN RIBUAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGAR DAN MELIHAT E-FOLIO KAMI -SEKIAN TERIMA KASIH- - T A M A T -


Click to View FlipBook Version