PRE-UNIVERSITYMATRICULATION INNOVATIONCOMPETITION MAJLISPENUTUP& PENYAMPAIANHADIAH
IsiKandungan PRAKATA 5 1 SENARAIPENAJA LATARBELAKANG 8 7 SENARAI PENYERTAAN ATURCARA 12 9 PANELIS PERKONGSIANPINTAR JAWATANKUASA PELAKSANA 15 13 ANUGERAH KHAS 16 PEGAWAIINOVASI INFORMASI
1 Assalamualalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. lhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, penganjuran Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 atau juga dikenali sebagai Pre-University Matriculation Innovation Competition 2024 telah dapat dijayakan dengan sempurna. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Pusat Tamhidi USIM atas kejayaan menganjurkan program ini. Memandang kepada peri pentingnya budaya inovasi dalam membangun sebuah negara yang berdaya saing, justeru, pertandingan inovasi seperti yang dianjurkan pada hari ini dilihat sebagai satu usaha yang sangat relevan dalam menjayakan agenda inovasi negara selain menjadi wadah untuk memartabatkan inovasi di dalam negara yang kita cintai ini. Penglibatan para pelajar dan tenaga pengajar seawal sekolah dan universiti dalam pertandingan inovasi yang giat dianjurkan seperti PIITRAM 2024 ini adalah satu usaha yang sangat baik bagi memupuk semangat inovasi di kalangan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Impian kita bersama untuk menyaksikan penglibatan berterusan para pelajar, tenaga akademik dan pentadbiran khasnya di peringkat Asasi dan Matrikulasi menjadi penggerak inovatif yang unggul di negara ini memerlukan perubahan berskala besar dan drastik. Cabaran-cabaran semasa yang muncul, sama ada secara kita sedar ataupun tidak, perlulah diatasi dengan langkah penyelesaian yang kreatif dan bijaksana. Kita mestilah sentiasa bersiap siaga untuk berdepan dengan apa jua cabaran bagi memastikan usaha-usaha yang dilaksanakan mencapai kejayaan. Akhir kata, ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta PIITRAM 2024. Moga-moga setiap satu cetusan idea, dan kolaborasi yang berjaya digarap sepanjang persediaan dan penganjuran PIITRAM 2024 ini akan dapat memberikan impak yang mendalam bagi setiap peserta. Setinggi-tinggi tahniah kepada Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat dalam penganjuran PIITRAM 2024. Berbekalkan semangat ini, marilah kita sama-sama membawa pulang dan berkongsi pengalaman yang berharga ini bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi di institusi kita semua. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. PROFESOR DATO' TS. DR. SHARIFUDIN BIN MD SHAARANI Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia 1
2 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. egala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya, maka Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 atau juga dikenali sebagai PreUniversity Matriculation Innovation Competition 2024 telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan yang cukup memberangsangkan pada kali ini. Menyingkap sejarah penganjuran, pertandingan ini merupakan program tahunan di bawah naungan Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi yang melibatkan penyertaan daripada semua Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia. PIITRAM 2024 ini telah memasuki edisi ke-4 selepas kali terakhir dianjurkan oleh Asasi Pertanian, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2023. Justeru, bertemakan “From Ideas to Impact: Igniting Innovation”, adalah diharapkan PIITRAM 2024 akan menyediakan platform terbaik kepada para pelajar, ahli akademik dan pentadbiran di semua pusat asasi dan seluruh matrikulasi seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, penyelidikan, penemuan baru, menyumbang idea, cabaran dan strategi baharu untuk memperkasakan inovasi dalam pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) dalam usaha untuk mencapai agenda pembangunan negara. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan PIITRAM 2024 pada kali ini. Saya juga ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih, syabas dan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana PIITRAM 2024, Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas komitmen padu dan gerak kerja cemerlang dalam memastikan kejayaan penganjuran PIITRAM 2024 yang gilang gemilang pada kali ini. Semoga kita bertemu dan bersua lagi di PIITRAM 2025. Terima kasih. PROFESOR MADYA DR. LAILI HAJI CHE ROSE Pengarah Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Merangkap Pengerusi Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam 2
3 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. egala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas izin-Nya dapat kita sama-sama menjayakan Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 pada kali ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi kerana telah memilih dan memberi kepercayaan kepada kami Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia sebagai penganjur bagi Pertandingan Inovasi InterAsasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 pada kali ini. PIITRAM 2024 telah mencatatkan penyertaan yang amat memberangsangkan iaitu sebanyak 342 penyertaan dari 32 institusi di peringkat asasi Universiti Awam termasuk asasi TVET dan kolej-kolej matrikulasi yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) dari seluruh Malaysia. PIITRAM 2024 ini merupakan penganjuran julung kalinya diadakan oleh Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia dan kami teruja dengan sambutan dan keterlibatan dari pelbagai pihak dalam menjayakan pertandingan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan semua peserta, penyelaras-penyelaras projek, panel juri, para penaja, wakil-wakil institusi, sekolah-sekolah serta hadirin yang hadir pada hari ini ke Universiti Sains Islam Malaysia. Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui sumbangan kerjasama bersama Young Scientist Network-Akademi Sains Malaysia dalam menjayakan penganjuran PIITRAM 2024. Selaras dengan konsep Malaysia Madani, semoga PIITRAM 2024 menjadi wadah penyatuan kita semua, masyarakat berbilang bangsa. Harapan saya semoga PIITRAM 2024 dapat memberi impak positif kepada setiap peserta dalam menanamkan budaya mencipta, menginovasi dan kreatif dalam kalangan warga asasi Universiti Awam, matrikulasi dan politeknik (Asasi TVET) terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM). Jutaan terima kasih dan syabas juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana atas komitmen padu dan gerak kerja cemerlang dalam memastikan penganjuran PIITRAM 2024 pada kali ini berjalan dengan lancar. Terima kasih. PROF. MADYA ChM. DR. JULIANA BINTI JUMAL Dekan Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Merangkap Penasihat Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 3
4 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. lhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita dapat menjayakan Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 atau juga dikenali sebagai Pre-University Matriculation Innovation Competition 2024 kali ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada tunjang kejayaan PIITRAM 2024 pada kali ini iaitu Ahli Jawatankuasa Pelaksana di atas komitmen yang telah diberikan. Kejayaan penganjuran PIITRAM 2024 pada kali ini tidak akan tercapai dengan tanpa kerjasama dan usaha yang padu dari semua pihak. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kehadiran semua peserta yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan pentadbiran dari Pusat Asasi Universiti Awam, Matrikulasi dan Politeknik (Asasi TVET) dari seluruh Malaysia. Semoga program ini menjadi satu wadah yang terbaik untuk menimba ilmu, menyebarluaskan pengalaman dan memantapkan kreativiti, serta menjadikan inovasi sebagai tunjang pendidikan khasnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM). Ini sejajar dengan transformasi pendidikan kebangsaan yang kini memberi tumpuan kepada kepentingan pendidikan dalam STEAM bagi melahirkan modal insan yang mahir dan inovatif. Saya percaya platfom ini mampu menyuntik motivasi dan menambah minat para pelajar Asasi dan Matrikulasi untuk terus menceburi bidang STEAM pada masa akan datang. Selain itu, PIITRAM 2024 juga merupakan satu medium kepada para tenaga pengajar dan pentadbir untuk mengetengahkan inovasi pengajaran dan pentadbiran seiring perkembangan arus pendigitalan. Akhir kata, semoga pertandingan PIITRAM ini terus unggul dalam membudayakan inovasi dalam kalangan warga Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi di Malaysia. Semoga pencapaianpencapaian yang diraih dalam pertandingan ini akan menjadi kenangan bersejarah kepada para peserta. Terima kasih. MOHAMAD HAZWAN BIN ABDUL RAHMAN Pengarah Program Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 4
5 AL BAYAN GLOBAL menawarkan perkhidmatan perundingan dan konsultasi syariah serta aktiviti pengiklanan. Latihan dan penyelidikan disediakan untuk pelanggan institusi dan korporat yang memfokuskan kepada pelan kerja pematuhan syariah yang berlandaskan maqasid syariah dan juga semestinya segala aktiviti pengiklanan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Servis: 1. Perundingan Syariah • Semakan Kandungan Media Patuh Syariah • Penulisan Bahan Terbitan Patuh Syariah • Kelas Pengajian & Konsultasi Patuh Syariah • Pengurusan Fasiliti & Kemudahan Patuh Syariah • Pengurusan Majlis Sosial Patuh Syariah • Pengurusan Sukan & Rekreasi Patuh Syariah 2. Pengiklanan • Fotografi & Videografi • Pengiklanan TV • Pengiklanan Radio • Laman Web eCommerce • Pengiklanan Media Sosial • Pengiklanan Digital • Pemasaran Digital • Penerbitan Lagu & MTV UI Platinum Group Sdn. Bhd. is a single point solution for start up to well established incorporated company on development, management and professional training. The company is started by a group of experienced and ambitious professionals from diversified fields Product & Services: • Project Development & Management • Product/Service Development • Training & Consultancy • Human Capital Development • Entrepreneur Development • Event Management www.uiplatinumgroup.com/ index.html https://albayan.com.my/ Strategic Partners / Clients: 5
6 6
7 ertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi atau dikenali sebagai Pre-University Matriculation Innovation Competition 2024 (PIITRAM 2024) merupakan pertandingan tahunan di bawah naungan Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi di mana pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada semua Pusat Asasi dan Matrikulasi di seluruh Malaysia. Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dipilih sebagai tuan rumah PIITRAM 2024 sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Minit Mesyuarat Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam Kali Ke-28 Bil.1/2023. Ini selepas kali pertama dianjurkan oleh Pusat Asasi STEM, Universiti Malaysia Terengganu bersama Pusat Asasi Sains dan Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin pada 2021 seterusnya Pusat Asasi Sains Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2022 dan Universiti Putra Malaysia pada tahun 2023. PIITRAM 2024 merupakan platform terbaik bagi warga Pusat Asasi dan Matrikulasi di seluruh Malaysia untuk berkongsi idea inovasi bagi tujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja disamping dapat memupuk budaya penciptaan, inovasi dan kreativiti terutamanya berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM). Selain itu, PIITRAM 2024 juga dilhat memberi impak positif kepada ahli akademik dan pentadbir untuk menonjolkan idea serta saling bertukar pendapat berkenaan praktis terbaik yang diamalkan dalam meningkatkan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan seiring perkembangan arus pendigitalan. PIITRAM 2024 menawarkan 10 anugerah terbaik dan mengiktiraf produk inovasi ini di peringkat kebangsaan. 7
8 Bil. INSTITUSI FIZIKAL DALAM TALIAN JUMLAH 1 Universiti Sains lslam Malaysia (USIM) 14 8 22 2 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 14 24 38 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 14 0 14 4 Universiti Malaya (UM) 14 13 27 5 Universiti Malaysia Sabah (UMS) 0 13 13 6 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 4 10 14 7 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 14 1 15 8 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 14 0 14 9 Universiti Putra Malaysia (UPM) 14 0 14 10 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 14 0 14 11 Universiti Teknologi Mara (UiTM) 15 1 16 12 Universiti Utara Malaysia (UUM) 11 0 11 13 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 12 0 12 14 Bahagian Matrikulasi KPM 1 0 1 15 Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) 6 1 7 16 Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) 5 1 6 17 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) 4 0 4 18 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) 6 1 7 19 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) 3 0 3 20 Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) 5 2 7 21 Kolej Matrikulasi Labuan (KML) 0 15 15 22 Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) 5 3 8 23 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) 5 7 12 24 Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) 4 3 7 25 Kolej Matrikulasi Perak (KMPK) 6 8 14 26 Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) 5 2 7 27 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) 3 0 3 28 Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) 0 5 5 29 Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) 5 2 7 30 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) 3 0 3 31 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) 1 0 1 32 Politeknik Ungku Omar (PUO) 1 0 1 JUMLAH 222 120 342 INSTITUSI FIZIKAL DALAM TALIAN JUMLAH (INSTITUSI) Universiti Awam 154 70 224 Kolej Matrikulasi 63 50 113 Politeknik 5 0 5 JUMLAH (PENYERTAAN) 222 120 342 8
9 ACARA HARI TERBUKA INOVASI PIITRAM 2024 TARIKH 21 FEBRUARI 2024 (RABU) MASA 9.30 PAGI – 1.00 PETANG PLATFORM SIARAN LANGSUNG (SALURAN YOUTUBE USIMTV) MASA SLOT PERKONGSIAN PINTAR 9.30 PAGI SLOT 1: EMPOWERING THE NEXT GENERATION: UNLEASHING THE POTENTIAL OF STEM Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Bin Wahiddin Profesor Universiti Sains Islam Malaysia 10.45 PAGI SLOT 2: STRATEGI MEMBIDIK PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI Prof. Madya Dr. Ramiaida Binti Darmi Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum Dan Pemantauan OBE) Pusat Kecermelangan Pengajaran Dan Pembelajaran (CETL) Universiti Sains Islam Malaysia 12.00 TENGAH HARI SLOT 3: TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENDIDIKAN Ts. Dr. Mas Nida Md Khambari Timbalan Pengarah (Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran) Pusat Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) Universiti Putra Malaysia 9
10 ACARA PERTANDINGAN PIITRAM 2024 TARIKH 23 & 24 FEBRUARI 2024 (JUMAAT & SABTU) MASA 8.30 PAGI – 1.30 PETANG TEMPAT DEWAN TUANKU CANSELOR USIM & PLATFORM MAYA 23 FEBRUARI 2024 (JUMAAT) I DALAM TALIAN MASA PROGRAM 8.30 PAGI Pertandingan inovasi PIITRAM 2024 (dalam talian) bermula 1.30 PETANG Pertandingan inovasi PIITRAM 2024 (dalam talian) tamat 24 FEBRUARI 2024 (SABTU) I DEWAN TUANKU CANSELOR, USIM MASA PROGRAM 8.30 PAGI Pameran inovasi PIITRAM 2024 dan sesi penjurian bermula 1.30 PETANG Pameran inovasi PIITRAM 2024 dan sesi penjurian tamat ACARA PROGRAM ‘JOM STEM!’ TARIKH 24 FEBRUARI 2024 (SABTU) MASA 9.00 PAGI – 5.30 PETANG TEMPAT DEWAN TUANKU CANSELOR USIM MASA PROGRAM 9.00 PAGI Pameran Sains 10.30 PAGI Demonstrasi Sains (1) 2.30 PETANG Demonstrasi Sains (2) 3.30 PETANG Persembahan Kelab Kebudayaan USIM 10
11 ACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PIITRAM 2024 TARIKH 24 FEBRUARI 2024 (SABTU) MASA 5.00 PETANG TEMPAT DEWAN TUANKU CANSELOR USIM KOD PAKAIAN BAJU KORPORAT MASA PROGRAM 5.00 PETANG • Ketibaan Jemputan dan Pengurusan Universiti • Ketibaan Pengerusi Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam • Ketibaan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM 5.15 PETANG • Alu-aluan Pengacara Majlis • Nyanyian Lagu Negaraku, Kebesaran Negeri Sembilan dan USIM Terus Maju • Bacaan Doa • Ucapan Alu-aluan oleh Profesor Madya Dr. Laili Binti Haji Che Rose Pengerusi Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam • Ucapan Perasmian oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM • Penyempurnaan gimik perasmian dan tayangan multimedia • Penyampaian Anugerah Khas Pertandingan Inovasi PIITRAM 2024 • Penyampaian penghargaan rakan penaja PIITRAM 2024 6.30 PETANG • Jamuan minum petang • Tuntutan pingat • Bersurai 11
12 Prof. Ridza obtained his PhD (UMIST, UK) in August 1989 in Quantum Optics, and the higher doctoral degree DSc (UMIST, UK) in December 2004. He is the MOSTE 1994 National Young Scientist Award winner in recognition of his research in Quantum Optics. He is the recipient of the IDG ASEAN Chief Security Officer (CSO) 2011 Award, and also recognized by the Academy of Sciences Malaysia (ASM) as one of the 2017 Top Research Scientists Malaysia. He is a Fellow of the Malaysian Mathematical Sciences Society, Fellow of the Malaysian Institute of Physics and Fellow of the Academy of Sciences Malaysia. He was appointed the Vice-Chancellor of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) from 2019 to 2022. SLOT 1 : EMPOWERING THE NEXT GENERATION: UNLEASHING THE POTENTIAL OF STEM SLOT 2 : STRATEGI MEMBIDIK PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI Ramiaida Darmi is an Associate Professor at Faculty of Major Language Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). She is currently the Deputy Director (Curriculum Development and OBE Monitoring) at Centre of Excellence for Teaching and Learning, USIM. She has extensive teaching and learning experience from secondary to tertiary level, beginning from 1999 till present. She received her PhD in 2014 from La Trobe University, Melbourne; and MA Arts (TESL) in 2006 and B.Ed. (Hons.) TESL in 1999 from Universiti Kebangsaan Malaysia. Her areas of expertise are Teaching English as a Second Language, Teaching Innovation and Task-Based Teaching and Learning. She supervises undergraduate and postgraduate students, whose researches focus on teaching and learning and also applied linguistics. Her expertise lies within the domains of English language teaching, task-based learning and teaching innovation. She has published articles in indexed journals, presented papers at national and international conferences, and awarded and judged local and international innovation competitions. Ramiaida has been actively involved in innovations since 2014 and has won several medals at innovation competitions at faculty, university, national and international levels. She was also shortlisted as the finalist for Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022 for the category Transformative Teaching, at university level for her transformative teaching project entitled Digital Interactive Cognitive Exploration (Dice): Future-Proofing Active Learning. Mas Nida Md. Khambari is a Senior Lecturer in Instructional Technologies and Learning Design at the Department of Foundations of Education, Faculty of Educational Studies. She is the Deputy Director (Innovations in Teaching & Learning) at the Centre for Academic Development (CADe) and was a Member of the Innovative Teachingand Learning Taskforce that developed the Putra InnoCreative Playbook for Putra Academic Transformation Plan. Her research interest and specialization include instructional design, innovation and emerging technologies in teaching and learning, gamification, alternative assessment and the scholarship of teaching and learning. She is currently the Executive Committee of the prestigious Asia-Pacific Society for Computers in Education (APSCE) and is actively involved in the Special Interest Group: Practice-driven Research, Teacher Professional Development and Policy of ICT in Education under the APSCE flagship conference - the International Conference on Computers in Education, since 2014. Mas Nida has actively participated and won several medals at innovative teaching and learning competitions at both the university and national level. She was awarded the Putra InnoCreative Award for Best Innocreative Educator (Face To Face Immersive Learning Experience) in 2019 and the Vice Chancellor Fellowship Award in Teaching and Learning in 2020. SLOT 3 : TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENDIDIKAN PROF. DATO’ DR. MOHAMED RIDZA WAHIDDIN Profesor Universiti Sains Ialam Malaysia PROF. MADYA DR. RAMIAIDA DARMI Timbalan Pengarah ( Pembangunan Kurikulum Dan Pemantauan OBE) Pusat Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran (CETL) USIM TS. DR. MAS NIDA MD KHAMBARI Timbalan Pengarah ( Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran) Pusat Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan Akademik (CADe-Lead) UPM 12
13 13
14 14
15 BIL NAMA PEGAWAI INSTITUSI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 1 Dr. Mohd Ulul Ilmie Bin Ahmad Nazri Pusat Asasi STEM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2 Dr. Wong Hie Ling Pusat Pengajian Asasi, Universiti Malaysia Kelantan Kampus 3 Dr. Irene Christianus Jeli (UMK) 4 Dr. Haslinda Binti Mohd Sidek Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, Universiti Malaysia 5 Dr. Mohd Norfadli Suardi Sabah (UMS) 6 Cik Raihan Zainudin Centre For Foundation Studies in Science, Universiti Malaya 7 Dr. Salmiah Ibrahim (UM) 8 Dr. Siti Maisarah Binti Aziz Pusat Asasi Sains Dan Perubatan Unisza, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 9 Encik Mohamad Fhaizal Bin Mohamad Bukhori Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak 10 Encik Mohd Aminudin Bin Mustapha (UNIMAS) 11 Dr. Nor Farhah Binti Razak Pusat Genius@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia 12 Dr. Chin Siew Xian (UKM) 13 Encik Ali Abdul Rahman Bin Yosri Centre for Foundation Studies in Management, Universiti Utara 14 Cik Nur Hidayah Binti Abdullah Malaysia (UUM) 15 Encik Muhammad Ridhwan Saleh Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 16 Chm. Dr. Noor Saadiah Mohd Ali 17 Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Bin Mohd Salleh 18 Encik Mohamad Najib Bin Ab Aziz Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) 19 Dr. Intan Diana Mat Azmi 20 Prof. Madya Ts. Dr Nor Azlian Binti Abdul Manaf Pusat Asasi Pertahananan (PAP), Universiti Pertahanan 21 Dr. Safura Binti Taufik Nasional Malaysia (UPNM) 22 Dr. Nur Ilyana Binti Ismarau Tajuddin Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 23 Dr. Tengku Norbaya Tengku Azhar Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1 Encik Hishammuddin Bin Hamdan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2 Puan Syahrul Waheeda Binti Mohd Ali Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) 3 Encik Mohd Kamarul Yusri Bin Khaidzir Kolej Matrikulasi Pahang (KMKPh) 4 Encik Byron Mc Michael Kadum Kolej Matrikulasi Labuan (KML) 5 Encik Asymawi Bin Saad Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) 6 Encik Khairi B Mat Daud 7 Encik Dani Asmadi Bin Ibrahim Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) 8 Puan Noor Hayati Binti Saleh Kolej Matrikulasi Gopeng (KMPK) 9 Encik Ahmad Zahari Bin Azizan Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) 10 Puan Fajrani Subaihah Binti Juhari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) 11 Puan Adrilayanti Binti Alauddin Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) 12 Puan Hartini Binti Saidin Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) 13 Puan Nor Azian Bt Idris Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) 14 Puan Farzana Binti Hussin Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) 15 Encik Sandran Bin Abdullah Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw) 16 Puan Nur Ashikin Binti Abdul Karim Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) 17 Dr. Mohd Noramdzan Bin Mohd Yusof Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah (KMKK) POLITEKNIK - ASASI TVET 1 Puan Junaidatul Nadia Binti Jaafar Politeknik Ungku Omar (PUO) 2 Encik Mohamad Syazwan Bin Musa 3 Encik Nasrul Effendy Bin Mat Nasir Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSN) 4 Encik Harman Bin Hassan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) 15
16 16
17 17