The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shiakahyee, 2021-08-28 00:14:47

COVID-19

covid19

Disediakan oleh: Shia Kah Yee (5 Aspirasi)

Coronavirus merujuk kepada satu kumpulan virus yang besar yang juga
merangkumi virus-virus lain yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia
termasuk SARS-CoV (Severe Acute Respiratory Syndrome), MERS-CoV (Middle
East Respiratory Syndrome) dan virus-virus lain.

Perkataan COVID-19 itu sendiri sebenarnya bukan merujuk kepada
virus tetapi merujuk kepada nama penyakit yang disebabkan jangkitan
Coronavirus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudiannya
membuat keputusan untuk menamakan virus ini secara rasmi
sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV).

Untuk mengelakkan kekeliruan dengan wabak SARS yang melanda Asia pada
awal tahun 2003, WHO telah menamakan penyakit yang disebabkan SARS-
CoV ini sebagai Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

Simptom penyakit COVID-19 adalah tidak spesifik dan boleh dikategorikan daripada tidak
mempunyai sebarang simptom hingga sangat teruk dan boleh membawa maut. Simptom akan mula
ditunjukkan dalam tempoh 2 minggu selepas seseorang itu terdedah kepada virus ini. Berdasarkan
analisis, kebanyakan pesakit COVID-19 tidak menunjukkan apa-apa simptom. Malah, anggaran
pesakit COVID-19 yang tidak menunjukkan apa-apa simptom adalah setinggi 78%.

Bagi yang mempunyai simptom, simptom yang paling kerap dilaporkan ialah demam dan batuk
dan juga kesukaran bernafas. Simptom-simptom lain yang telah dilaporkan adalah seperti sakit
sendi, penghasilan kahak, pening kepala, sakit tekak, muntah, cirit birit, sakit dada, hidung
tersumbat, selesema dan hilang selera makan. Untuk tahap jangkitan yang sangat teruk, pesakit
COVID-19 boleh mendapat jangkitan paru-paru yang seterusnya menyebabkan radang kepada
kantung udara paru-paru dan mempunyai kesukaran yang amat teruk untuk bernafas sehingga
memerlukan bantuan alat pernafasan.

Disadur dari artikel di New York Times:“What does the Coronavirus do to the body?”.
Virus menyebar melalui tetesan air liur yang muncrat dari mulut orang akibat batuk atau
bersin, yang kemudian masuk ke tubuh orang yang berada di dekatnya melalui mulut,
hidung dan mata. Virus kemudian masuk ke jalur pernafasan dan membran mukus di
bagian belakang tenggorokan, menempel pada sebuah reseptor di dalam sel, dan mulai
berkembang di sana.

Virus ini mempunyai protein dengan ujung tajam yang membuat virus bisa menempel
ke membran sel, dan dari situ, materi genetis virus masuk ke sel tubuh manusia. Materi
genetis tersebut kemudian membajak metabolisme sel dan membuat sel tidak lagi
berkembang untuk kesehatan tubuh melainkan untuk memperbanyak virusnya.
Saat virus ini berkembang, mereka mulai menginfeksi sel-sel di sekitarnya. Gejalanya
biasanya mulai terasa di belakang tenggorokan, berupa rasa nyeri tenggorokan dan
batuk kering. Lalu virus dengan cepat merambat masuk ke saluran pangkal paru-paru,
hingga masuk ke paru-paru. Proses ini merusak jaringan pada paru-paru, membuat
jaringan ini membengkak, sehingga lebih sulit bagi paru-paru untuk memasok oksigen
dan menyalurkan keluar karbondioksida.

Terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health
Organization (WHO) untuk melambatkan transmisi COVID-19.

➢ Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau gunakan hand
sanitizer dengan alchohol.

➢ Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang dijangkiti batuk
atau selsema.

➢ Kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka.
➢ Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
➢ Duduk dirumah jika berasa tidak sihat.
➢ Kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung.
➢ Amalkan penjarakkan bagi mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai

atau sesak.
➢ Sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang

sihat atau mengalami simptom – simptom jangkitan.

Penularan virus ini telah menjejaskan sosioekonomi negara kita kerana telah
menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Jika ditinjau dari aspek yang
berbeza, penularan Covid-19 juga mampu menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Hal
ini dikatakan demikian kerana, apabila rakyat disesebuah negara dikenalpasti
dijangkiti virus ini akan menyebabkan pihak kerajaan terpaksa memberikan bantuan
yang optimum dalam membendung permasalahan ini.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama untuk
menangani masalah ini supaya negara kita dapat melawan dan menyelesaikan virus ini
bagi memastikan kesihatan dan keselamatan setiap rakyat.

“Bersama-sama kita berganding bahu , melawan musuh yang tidak dapat dilihat ini.”


Click to View FlipBook Version