BIL KANDUNGAN MUKA
1 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG SURAT
2 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
3 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 1
4 VISI DAN MISI SEKOLAH
5 2
6
7 3
8 4
9 VISI DAN MISI PIBG 5
10 6
11 ATUR CARA MAJLIS 7
12 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 8
13
14 AHLI JAWATANKUASA PIBG SK TAMAN KOSAS
SESI 2020/2021
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT 9
AGUNG PIBG
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 12
PENYATA KEWANGAN 21
USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 22
LAPORAN AKTIVITI PIBG 26
AJK PIBG SESI 2021/2022 27
KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG
Pn. Widyawati Mahmood
ُال َّسلاَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ اللهِ َو َب َر َكاتُه
Syukur ke hadrat Illahi dengan nikmat diberikan-Nya dapat
saya mewakili sekolah bagi menzahirkan jutaan terima kasih
kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru yang hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Kosas Kali Ke-28 pada tahun
2021 ini. Mesyuarat ini dijalankan dengan penerapan norma
baharu disebabkan oleh pandemik Covid 19 yang melanda
seluruh dunia ketika ini.
Kejayaan dan pencapaiam sekolah pada masa ini
merupakan hasil usaha sama ibu bapa dan guru menggembleng
tenaga mendidik anak-anak dengan pelbagai cabaran dan
rintangan yang mendatang. Oleh itu, saya turut ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Ahli
Jawatankuasa PIBG yang giat menjalankan pelbagai aktiviti dan
melibatkan diri dalam pelbagai program dianjurkan oleh sekolah.
Walaupun pelbagai kekangan harus ditempuh, semua Ahli
Jawatankuasa PIBG berusaha sedaya upaya memenuhi
keperluan sekolah.
Selain itu juga, dengan komitmen dan penglibatan Ahli
Jawatankuasa PIBG juga, mereka telah berjaya membina
sebuah gelanggang serbaguna di padang bagi kegunaan semua
murid yang juga diharap dapat memberi banyak kebaikan
kepada semua warga SK Taman Kosas.
Akhir kalam, saya mendoakan agar kita semua beroleh
kebaikan daripada mesyuarat ini dan saya berharap agar
mesyuarat agung kali ini berjalan dengan harmoni dan mencapai
kata sepakat demi kebaikan semua warga SK Taman Kosas.
Bersama-sama kita lindungi diri dari virus Covid 19.
Sekian, Terima Kasih. 1
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Tn. Haji S Miswandi A Salam
ُال َّسلاَ ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ اللهِ َو َب َر َكاتُه
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin-Nya dapat kita berkumpul secara maya bagi Mesyuarat
Agung PIBG SK Taman Kosas Kali Ke-28 bagi tahun 2021. Saya
turut ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada
semua hadirin termasuk ibu bapa, penjaga dan guru yang
berusaha melapangkan masa pada cuti hujung minggu untuk
hadir bersama menjayakan serta melunaskan tanggungjawab
sebagai warga SK Taman Kosas.
Jalinan dan hubungan baik di antara ibu bapa dan guru
merupakan penggerak utama kepada semua aktiviti yang
dijalankan di sekolah dalam usaha membantu meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam semua bidang sama ada dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum. Sokongan jitu daripada
semua ibu bapa dan guru sangat diperlukan oleh kami semua
sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG dalam usaha ke arah
mewujudkan sekolah yang kondusif bagi pembelajaran anak-
anak.
Akhir kata, saya mewakili semua Ahli Jawatankuasa PIBG
Sesi 2020/2021 ingin mengucapkan setinggi-tingi terima kasih
kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bekerjasama
menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh PIBG
selama ini. Saya turut menyeru agar semua ibu bapa dan
penjaga untuk terus memberikan bantuan dan sokongan
terhadap pihak sekolah dalam usaha melahirkan generasi akan
datang yang cemerlang dalam pelbagai aspek.
Sekian, Terima Kasih. 2
3
SK. TAMAN KOSAS
AMPANG, SELANGOR
4
PERSATUAN IBUBAPA & GURU
SK. TAMAN KOSAS, AMPANG
5
6
7
8
Pn. Azlawati Azlinda Binti Ahmad (K) Pn. Emy Norlin Bt. Mohd Nor (K)
Pn. Noor Azma Bt Mohd Othman Pn. Siti Noor Iliana Zuraida
Pn. Norhayati Bt. Bakar Pn. Ain Faiezah Bt. Suib
Pn. Hamizah Bt. Shamsul Pn. Thivasini A/P Loganadan
Pn. Noor Harmizan Bt. Abd Aziz Pn. Norhaslili Bt. Ismail
Pn. Ruzalina Bt. Mamat Pn. Nazatul Syima Binti Baharuddin
Pn. Zulaiha Bt. Jamal Pn. Maznah Bt Salleh
Pn. Roshita Bt Abdul Hamid Pn. Florina Wang Wui-Xin
Pn. Hayatul Maziah Mohd Nor
9
Cik Rethna A/P C. Mathivalan (K) En. Mohd Azma Hakimi Mohd Rosli (K)
Pn. Yussalina Bt. Ismail Pn. Mirani Mohd Alimi
Pn. Manirah Bt. Kamidon Pn. Nor Hidayati Bt. Mohd Hafhid
Pn. Murni Yanti Bt. Abdul Latif Pn. Maimunah Bt Mamat
Pn. Norihan Bt. Mohamad En. Adli Zil Ikram Bin Rosli
Pn. Ramdiana Bt Zainal Abidin Pn. Nur Naiemah Bt Ahmad Zuki
Pn. Nor Suziliyana Bt Abu Bakar Pn. Parwathi A/P Narayanan
Pn. Zuraida Bt. Mohd Halim
Slaid Calon En. Nor Irman Bin Sabri (K)
Cik Mariafastina A/P Peter En. Mohd Hairuddin Bin Mohd Nasir
En. Nor Azmi Bin Che Razab
Video Laporan Aktiviti PIBG En. Mohd Hafiz Bin Saad
Pn. Nor Shuhada Bt. Yunus En. Fahmi Aminuddin Bin Ahmad
AJK PIBG Ibu Bapa En. Mohd Hanif Bin Mohd Hasni
Slaid Laporan Kewangan
En. Mohd Hasani Bin Abd Aziz
Pn. Siti Sara Bt. Samsudin (K)
Pn. Noraini Bt. Hamid
Pn. Wan Fairuz Bt Wan Mahmood (K) En. Norazmi Bin Mohammed
Pn. Dalisma Bt Mohd Nor Cik Rabiatuladawiyah Bt M. Ali Hanifiah
Pn. Noraini Bt. Isa
Pn. Sharida Bt. Mohd Sharkawi
Pn. Shahrinatul Akma Bt. Ismail
Pn. Nurhidayah Bt. Rahim
10
En. Mohd Ridzuan Abdul Wahab (K) Pn. Nor Haliani Binti Khalid (K)
En. Muhamad Yusairi Bin Ya’kob Pn. Noor Azura Bt Awang
En. Ahmad Hamidi Bin Abd Hamid Pn. Khairiah Bt Ishak
Pn. Fauziah Bt. Mat Piah
En. Mohd Rasyedi Bin Khamis Pn. Siti Rohani Bt Hassan
Pn. Rohaida Bt. Zaini
En. Haliff Irwan Bin Hassan
Pn. Nur Aimi Mohd Shafri (K) En. Fahrul Razi Bin Othman (K)
Cik Nurul Ira Shahirah Binti Rozhan Pn. Mazlinda Bt Abdul Jalil
Pn. Anuh Sooyah A/P Durairaju Pn. Saebah Bt Abdul Manaf
Pn. Putri Bt Che Ani
Pn. Nor Na’aimah Bt Mat Sharif
Pn. Nurehan Azwana Bt. Khairu Din (K) En. Idris Bin Asfari
Pn. Mazriza Bt. Mohamed Diah
Pn. Siti Rahmah Bt. Bakar
Pn. Nurul Jannah Afirah Bt Ayob
Cik Rodiah Binti Omar (K)
Pn. Wan Nurul Asyikin Bt Wan Yusoff
Cik Wan Sanisah Bt Wan Da
Pn. Nur Nazmin Syamimi
11
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS,
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE - 27 TAHUN 2020
Tarikh : 29 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Bougainvillea, SK Taman Kosas
Kehadiran : 160 orang
1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Tuan Haji S Miswandi bin A. Salam (YDP PIBG SKTK), En Mohd Zahrin bin
Mohd Zainudin (Naib YDP PIBG SKTK), Tuan Haji Zalfakhar bin Waiman (Guru
Besar SKTK), barisan guru penolong kanan, ahli jawatankuasa PIBG, serta ahli-
ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Kosas kali ke-27.
2. UCAPAN TUAN HAJI S MISWANDI BIN A. SALAM (YDP PIBG)
2.1 Tuan Hj S Miswandi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ahli ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 ini yang menunjukkan sikap prihatin yang tinggi
serta sentiasa memberi sokongan untuk menjayakan agenda pendidikan dan juga
menjadi tonggak yang kuat demi kecemerlangan sekolah.
2.2 Beliau juga turut menyatakan bahawa sokongan dan komitmed daripada pelbagai
pihak terutamanya pihak ibu bapa dapat membantu pihak sekolah melahirkan
pelajar yang cemerlang.
2.3 Beliau juga turut merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Guru
Besar, pihak pentadbir dan juga pihak guru kerana telah berjaya memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum.
2.4 Beliau juga berharap tahun 2020 ini dapat memberikan kejayaan yang lebih
cemerlang dan bermakna serta mampu membalas jasa dan penat lelah guru yang
berusaha gigih untuk melahirkan generasi yang unggul.
12
2.5 Beliau juga memaklumkan tentang pembinaan gelanggang serbaguna sedang
dijalankan. Projek ini dapat diteruskan atas hasil daripada projek Sukanthon pada
tahun lepas. Beliau juga berharap agar laluan berbumbung bagi menampung
bangunan pra sekolah ke bangunan utama sekolah dapat dibina.
2.6 Beliau juga memaklumkan dan memperingatkan ibu bapa agar tidak menviralkan
atau memanipulasikan apa sahaja cerita yang disensasikan oleh orang luar.
Sebaliknya, PIBG dijadikan sebagai platform antara guru dan ibu bapa. Justeru
itu, beliau berharap semua ibu bapa memberi kerjasama untuk menyertai group
whatsapp PIBG untuk mendapatkan segala informasi dan maklumat daripada
sekolah.
2.7 Beliau juga berharap agar AJK PIBG yang bakal dilantik dapat menjalankan tugas
dengan baik, cemerlang dan amanah.
3. UCAPAN TUAN HAJI ZALFAKHAR BIN WAIMAN (EX-OFFICIO PIBG)
3.1 Tuan Hj. Zalfakhar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas kesudian hadirin meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-27 di dalam dewan yang telah diubahsuai dan selesa hasil kerjasama
PIBG dan sekolah.
3.2 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat PIBG adalah untuk berjumpa, berwadah
dan berbincang untuk menghasilkan sesuatu manfaat untuk anak-anak di Kosas.
3.3 Beliau turut memaklumkan terdapat murid-murid di SK Taman Kosas mempunyai
banyak peluang untuk mencapai kejayaan tetapi kita mempunyai sumbangan
wang yang agak terhad. Walau bagaimanapun, SK Taman Kosas merupakan
antara sekolah terbaik di Zon Ampang.
3.4 Beliau juga menyatakan bahawa jumlah murid SK Taman Kosas adalah seramai
1600 murid dari prasekolah sehingga tahun 6. Bilangan guru dan staf sekolah
adalah seramai 98 orang.
3.5 Beliau memaklumkan bahawa dasar pendidikan negara pada masa kini telah
banyak berubah di mana ia lebih menekankan tentang pembelajaran Abad ke-21
di mana penilaian dilakukan berdasarkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBD).
Penilaian sekolah sekarang bukan sahaja di lihat dari segi akademik sahaja tetapi
murid di nilai secara menyeluruh dari segi akademik, sahsiah, rohani, jasmani dan
sosial.
3.6 Beliau juga memaklumkan bahawa SK Taman Kosas telah menerima pencapaian
sijil kecemerlangan selama tiga tahun berturut-turut.
3.7 Beliau berharap ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan kepada sekolah untuk
melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang.
13
3.8 Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 serta
merakamkan ucapan terima kasih dan selamat bersidang kepada semua ahli yang
hadir.
4. MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS
KALI KE-27 BERMULA.
Agenda 1: Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tuan Hj S Miswandi Bin A. Salam)
1.1 Tn. Hj Miswandi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa
yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 ini.
1.2 Beliau mengharapkan agar mesyuarat agung berjalan dengan lancar dan
harmoni serta mencapai kata sepakat dalam setiap usul atau cadangan.
Agenda 2: Perlantikan Pencatat Minit Mesyuarat
2.1 Tn. Hj Miswandi mencadangkan Pn. Ain Faeizah binti Suib, Cik Mariafastina
A/P Peter, Cik Rethna A/P C Mathivalan, dan Cik Nazatul Syima binti
Baharuddin sebagai pencatat minit mesyuarat.
2.1.1 Disokong sebulat suara dan tiada cadangan yang lain.
Agenda 3: Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-26 Tahun 2019
3.1 Tn Hj Miswandi membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-26.
3.1.1 En. Mohd Redzuan Jalinus bin Abdullah mencadangkan Minit
Mesyuarat Agung kali ke-26 disahkan.
3.1.2 En Mohd Firdaus bin Mohd Rafiuddin menyokong Minit Mesyuarat
Agung kali ke-26 diterima dan disahkan.
Agenda 4: Pembentangan Penyata Kewangan
4.1 En Mohd Hasani bin Abd Aziz selaku bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Kosas dari 1 Januari 2019
hingga 31 Disember 2019.
4.2 Tn Hj Miswandi memaklumkan bahawa kutipan daripada Fun Run dan
Sukanthon akan digunakan untuk pembinaan gelanggang serbaguna yang
akan dapat disiapkan dalam masa sebulan. Beliau berharap semua ibu bapa
dan guru dapat mendoakan keadaan cuaca sentiasa baik agar proses
pembinaan berjalan lancar.
4.1.1 Dayang Mahani binti Jidi mencadangkan Laporan Kewangan PIBG bagi
tahun 2019 diterima dan disahkan.
4.1.2 Nur Huda Aziemah menyokong Laporan Kewangan PIBG 2019 diterima
dan disahkan.
Agenda 5: Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020.
5.1 Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Miswandi mengumumkan pembubaran AJK PIBG
2019 /2020.
5.2 Tn Hj Miswandi mencadangkan Tn Hj Zalfakhar dilantik sebagai pengerusi
sementara.
5.2.1 Disokong oleh majoriti yang hadir dan tiada cadangan yang lain.
14
Agenda 6 :Pelantikan Jawatankuasa Tadbir PIBG 2020/2021
6.1 En Mohd Zahrin bin Mohd Zainudin mencadangkan Tn. Hj S Miswandi bin A
Salam dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2020/2021.
6.1.1 En. Harun Arrasid menyokong lantikan tersebut.
6.1.2 En. Mohd Firdaus bin Mohd Rafiqie mencadangkan cadangan ditutup.
6.1.3 Dipersetujui oleh majoriti yang hadir dan tiada cadangan yang lain.
6.2 Pelantikan Naib YDP PIBG sesi 2020/2021
6.2.1 Pn. Asnida mencadangkan En Mohd Zahrin Bin Mohd Zainudin dilantik
sebagai Naib YDP PIBG bagi sesi 2020/2021.
6.2.1.1 Tn. Hj S Miswandi bin A Salam menyokong lantikan tersebut.
6.2.1.2 En Mohd Redzuan Jalinus bin Abdullah mencadangkan
cadangan ditutup.
6.2.1.3 Dipersetujui oleh majoriti yang hadir dan tiada cadangan yang
lain.
6.3 Pelantikan AJK Ibu bapa:
6.3.1 Tn. Hj S Miswandi bin A Salam mencadangkan En. Mohamad Yusuf bin
Abdul Wahab dilantik sebagai AJK Ibu bapa.
6.3.2 Tn. Hj S Miswandi bin A Salam mencadangkan En Harun Arrasid Bin
Saidun sebagai AJK Ibu bapa.
6.3.3 En. Mohd Zahrin mencadangkan En. Mohd Nezam bin Abdul Wahab
sebagai AJK Ibu bapa
6.3.4 Pn. Dayang Mahani mencadangkan En Alif Aizad dilantik sebagai AJK Ibu
bapa.
6.3.5 Pn. Shana Zainuddin mencadangkan En Mohd Redzuan Jalinus bin
Abdullah dilantik sebagai AJK Ibu bapa.
6.3.6 Pn. Raja Rahaya mencadangkan Puan Haslinda Farah dilantik sebagai
AJK Ibu bapa.
6.3.7 En. Firdaus mencadangkan agar cadangan ditutup.
6.3.8 AJK Ibu bapa yang dipilih ialah:
6.3.8.1 Encik Mohamad Yusuf bin Abdul Wahab
6.3.8.2 Encik Harun Arrasid bin Saidun
6.3.8.3 Encik Mohd Nezam bin Abdul Wahab
6.3.8.4 Encik Alif Aizad bin Mohd Khairi
6.3.8.5 Encik Mohd Redzuan Jalinus bin Abdullah
6.3.8.6 Puan Norhaslinda Farah binti Mohd Khalid
6.3.9 En Mohd Redzuan Jalinus mencadangkan Pn. Aslina binti Arifin sebagai
Pemerika kira-kira 1.
6.3.10 Disokong oleh majoriti yang hadir dan tiada cadangan lain.
15
6.4 Tn Hj Zalfakhar bin Waiman mencadangkan setiausaha PIBG 2019/2020 iaitu
Pn Wan Nor Shairah binti Sharuji dikekalkan untuk sesi 2020/2021.
6.4.1 Disokong oleh majoriti yang hadir dan tiada cadangan yang lain.
6.5 Tn Hj Zalfakhar bin Waiman mencadangkan En Mohd Hasani bin Abdul Aziz
sebagai bendahari PIBG 2020/2021.
6.5.1 Disokong oleh majoriti ahli yang hadir dan tiada cadangan yang lain.
6.6 Tn Hj Zalfakhar bin Waiman memaklumkan pelantikan AJK Guru iaitu:
6.6.1 Nor Shuhada binti Yunus
6.6.2 Rabiatuladawiyah binti Mohd Ali Hanifah
6.6.3 Putri binti Che Ani
6.6.4 Siti Sara binti Samsudin
6.6.5 Fatin Atifah binti Yaakob
6.7 Beliau memaklumkan bahawa En. Mohd Alias bin Mat Sopari dilantik sebagai
Pemeriksa kira-kira 2.
6.7.1 Disokong oleh majoriti ahli yang hadir dan tiada cadangan yang lain.
6.8 Mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik ahli-ahli berikut sebagai AJK PIBG
SK TAMAN KOSAS sesi 2020/2021 iaitu:
Ex-Officio : Tuan Hj Zalfakhar Bin Waiman
Yang Dipertua : Tuan Hj S. Miswandi Bin A Salam
Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Zahrin Bin Mohd Zainudin
Setiausaha Kehormat : Puan Wan Nor Shairah Binti Sharuji
Bendahari Kehormat : Encik Mohd Hasani Bin Abdul Aziz
AJK Ibubapa : Encik Mohamad Yusuf Bin Abdul Wahab
Encik Harun Arrasid Bin Saidun
Encik Mohd Nezam Bin Abdul Wahab
Encik Alif Aizad Bin Mohd Khairi
Encik Mohd Redzuan Jalinus Bin Abdullah
Puan Norhaslinda Farah Binti Mohd Khalid
AJK Guru : Puan Nor Shuhada binti Yunus
Puan Rabiatuladawiyah binti Mohd Ali Hanifah
Puan Putri binti Che Ani
Puan Siti Sara binti Samsudin
Puan Fatin Atifah binti Yaakob
Pemeriksa Kira-Kira : En. Mohd Alias Bin Mat Sopari (Guru)
Puan Aslina Binti Arifin (Ibu Bapa)
Agenda 7: Perbincangan Usul
167.1 Tuan Hj S. Miswandi bin A Salam selaku Yang Dipertua PIBG baharu
menyampaikan kata-kata aluan dan berharap agar ibu bapa dapat memberikan
kerjasama serta idea-idea yang bernas sepanjang mesyuarat dijalankan.
Agenda 7: Perbincangan Usul
7.1 Tuan Hj S. Miswandi bin A Salam selaku Yang Dipertua PIBG baharu
menyampaikan kata-kata aluan dan berharap agar ibu bapa dapat memberikan
kerjasama serta idea-idea yang bernas sepanjang mesyuarat dijalankan.
7.2 Usul yang diterima tanpa bahas.
7.2.1 Memohon kebenaran meneruskan kutipan wang tambahan daripada ibu
bapa murid Tahun 6 sebanyak RM 200.00 untuk sesi persekolahan pada
tahun 2020. Hal ini telah mendapat persetujuan daripada ibu bapa murid
tahun 6 dalam Majlis Tautan Kasih bagi murid dan penjaga murid tahun
6 pada 20 Januari 2020.
7.2.2 Memohon agar waktu persekolahan dijalankan seperti berikut:
Sesi Pagi
Isnin – Khamis: 7.20 pagi – 1.10 tgh
Jumaat : 7.20 pagi – 12.10 tgh
Sesi Petang
Isnin – Selasa : 1.15 tgh – 6.35 petang
Rabu – Khamis: 1.15 tgh – 6.05 petang
Jumaat : 2.15 petang – 6.05 petang
7.3 Usul-usul yang perlu dibahas:
7.3.1 Memohon kebenaran untuk meneruskan Kelas Bimbingan Malam yang
melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2020 dan 2021 dengan
bayaran RM 50.00 sebulan. (usul daripada Pn Murni Yanti Abdul Latif)
7.3.1.1 Disokong sebulat suara oleh semua ahli sehingga adanya
Mesuarat Agung PIBG 2021.
7.3.2 Kutipan wang tambahan daripada ibu bapa serta penjaga untuk aktiviti
kokurikulum seperti perkhemahan, kursus kepimpinan, lawatan dan
aktiviti lain mengikut keperluan semasa (tertakluk kepada kelulusan
PPD/ Jabatan). (usul daripada Pn Saluwa binti Harun)
7.3.2.1 Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
7.3.3 Menganjurkan aktiviti untuk menambahkan dana PIBG seperti Hari
Kantin, Majlis Makan Malam, Tayangan Amal, Karnival dan sebagainya.
(usul daripada En Mohd Hasani bin Abd Aziz)
7.3.3.1 Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
7.3.4 Memohon peruntukan PIBG bagi majlis sambutan Hari Kanak-Kanak
7.3.5 sebanyak RM 2000. Peruntukan akan diagihkan kepada 42 buah kelas
bagi menjalankan jamuan. (usul daripada Pn Norhazimah binti Mohd
Noh)
7.3.4.1 Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
Memohon peruntukan bagi menjalankan program motivasi Tahun 4, 5
dan 6 dan program penigkatan ilmu bagi semua murid. Selain itu,
memohon sumbangan bagi Majlis Apresiasi Kecemerlangan sekolah
dan pembelian kertas soalan peperiksaan. (usul daripada Pn. Siti
Aishah Yusoff)
7.3.5.1 Disokong sebulat suara oleh semua ahli.
17
7.36
18
19
99.2.1 Beliau juga berharap segala aktiviti berjalan lancar dan PIBG mendapat
sumbangan yang lebih banyak pada tahun ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.55 tengah hari.
20
PENYATA KEWANGAN PIBG SK TAMAN KOSAS
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
BIL PENDAPATAN AMAUN (RM) BIL PERBELANJAAN AMAUN (RM)
1 Baki di bawa ke hadapan
2 Sumbangan PIBG (RM60 x 450) 72124.23 Pengurusan PIBG 3900.00
3 Has il Sewaan Locker 120.00
4 Sumbangan Tabung COVID 27000.00 1 Mes yuarat Agung PIBG 2019/2020 500.00
470.00
1630.00 2 Bayaran Kos Pengurus an Perjalanan Pejabat
5615.00 3 Tempahan Buku Res it PIBG (100 unit)
4 Mes yuarat AJK PIBG 2019/2020
Pembangunan Sekolah 64863.10
5 Pembinaan Court Outdoor Sekolah 490.00
6 Pemas angan Pembes ar Suara Bagi Pintu Belakang
Peningkatan Akademik 5000.00
7 Perbelanjaan Hari Apres ias i Kecermerlangan 2020 1680.00
8 Sumbangan Majlis Tautan Kas ih Tahun 6
Sumbangan 500.00
9 Sumbangan Peruntukan Peralatan Sekolah 300.00
10 Sumbangan Pers araan dan Perpis ahan Guru 5000.00
11 Sumbangan As naf COVID19 960.00
12 Sumbangan Pembukaan Sekolah Pas ca PKP 2000.00
13 Sumbangan Pers araan Guru Bes ar SKTK
Lain-lain 30.19
14 Pempros es an Cek dan Penyata Bank 461.00
15 Bayaran Kos Tambahan FunRun 2019
86274.29
PERBELANJAAN 20094.94
BAKI DI BANK
BAKI DI TANGAN 0
JUMLAH 106369.23 JUMLAH 106369.23
Disediakan oleh
Disemak oleh Disemak oleh
(MOHD HASANI BIN ABDUL AZIZ) (ASLINA BINTI ARIFIN) (MOHD ALIAS BIN MAT SOPARI)
Bendahari PIBG PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
PIBG SK TAMAN KOSAS PIBG SK TAMAN KOSAS
PIBG SK TAMAN KOSAS
21
A) USUL DARIPADA PIHAK SEKOLAH
B USUL ULASAN
BIL I KOKURIKULUM
L Pelaksanaan Kokurikulum Pelaksanaan perjumpaan
1. 1 mingguan kokurikulum akan
. Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum akan diputuskan oleh pihak sekolah
•
berubah mengikut hebahan terbaharu yang dengan mengambil kira
•
diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri kepentingan dan kekangan
•
Selangor berkaitan pembatalan kelulusan guru serta murid.
pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam jadual
waktu.
Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Sukan tahunan, sukaneka dan perkhemahan
bagi tahun 2022 hanya akan dijalankan apabila
mendapat kebenaran KPM berdasarkan
persekolahan norma baharu yang akan kita
hadapi. Jika dijalankan, unit kokurikulum akan
memohon bantuan kewangan PIBG dalam
melaksanakan aktiviti tahunan ini.
Galakan Ibu Bapa bagi Penyertaan Murid
Unit Kokurikulum memohon sokongan yang jitu
dari PIBG khususnya ibu bapa dan penjaga
untuk menggalakkan anak-anak menyertai
program yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
sama ada program bersemuka atau dalam talian
kerana setiap penglibatan akan diambil kira
dalam PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan Dan Kokurikulum)
PN SALUWA HARUN
22
B USUL ULASAN
BIL I
L
2. 2 PRASARANA SEKOLAH
.
Peruntukan Penyelenggaraan Baik Pulih Kerosakan sentiasa berlaku.
Sekolah. Oleh itu, stok barang untuk
membaik pulih perlu sentiasa
Memohon bantuan PIBG bagi peruntukan ada.
bekalan lampu LED untuk kelas dan tandas
murid bagi memastikan stok sentiasa ada bila
rosak.
EN. MOHD ALIAS MAT SOPARI
3. 3 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
.
Memohon peruntukan PIBG bagi sambutan hari Peruntukan diberikan akan
Kanak-Kanak yang bakal dijalankan seandainya diagihkan kepada 42 buah
mendapat kelulusan dan mematuhi SOP terkini. kelas.
EN NORHISHAM JAAFAR
23
B) USUL DARIPADA IBU BAPA
B USUL ULASAN
BIL I
Partition di meja kantin Murid belum mula makan di
L kantin apabila sesi
1. 1 Memasang pembahagi jarak (Partition) di atas persekolahan buka kelak.
meja makan di kantin sekolah untuk
. pencegahan tambahan jangkitan Covid-19. Khemah tambahan akan
dipasang apabila
Pemasangan khemah tambahan di luar pagar persekolahan bermula.
sekolah (Pintu B) Permohonan pembinaan
tempat menunggu murid telah
Sebagai kemudahan murid-murid sewaktu dipohon oleh pihak PIBG
menunggu di dalam keadaan hujan atau pun kepada MPAJ.
panas.
Sistem penggiliran untuk murid hadir ke Sistem penggiliran
sekolah. sememangnya akan
dijalankan mengikut ketetapan
Mengelak keadaan sesak di sekolah dan KPM.
memudahkan pihak sekolah mengawal
penjarakan dan pergarakan murid-murid yang
hadir
(En Mohd Redzuan Jalinus bin Abdullah)
24
B USUL ULASAN
BIL I
L
2. 2 Tidak Menggabungkan Kelas Bilangan kehadiran murid
tidak mencapai tahap yg
. disasarkan sekiranya tidak
digabungkan.
Guru-guru diharap tidak menggabungkan waktu Pertindihan PdPR dan
pembelajaran melebihi satu Kelas. Purata kekhuatiran keciciran murid
pelajar bagi setiap kelas hampir 30 orang murid dlm PdPR disebabkan
jika dibuat secara gabungan, tumpuan dan perkongsian peranti.
kecenderungan dàlam pelajaran akan semakin
berkurangan.
Pembelajaran Bagi Setiap Subjek Manual PdPR Versi 2 KPM-
PdPR boleh dilaksanakan
Pembelajaran secara atas talian melalui Google secara dalam talian, luar talian
Meet bagi setiap subjek tidak terhad kepada dan off-site. Guru boleh
subjek TERAS sahaja. melaksanakan menggunakan
salah satu daripada kaedah ini
atau mengabungkan kaedah
mengikut kesesuaian.
Kumpulan Whatsapp Kelas Tetapan kumpulan bergantung
kepada guru kelas masing-
Mewujudkan komunikasi dua hala antara ibu masing. Komunikasi sehala
bapa, penjaga dan guru. Group yg diwujudkan disebabkan bertujuan menjaga
tidak hanya menerima maklumat dari pihak privasi ibu bapa lain dan bagi
sekolah tetapi perlu juga menerima maklumat memudahkan pencarian info
serta pandangan dari kumpulan ibu bapa , penting oleh ibu bapa.
penjaga yang wujud dàlam group tersebut Sebarang masalah dan isu
seperti tahun-tahun sebelum ini. yang dialami boleh
dimaklumkan kepada guru
(Pn Sulaiha Binti Gani) kelas secara peribadi.
25
❖ Baik pulih bumbung
❖ Bantuan asnaf Covid-19
❖ Tabung Masih Ada Yang Sayang
❖ Pemasangan speaker tambahan
❖ Pembinaan gelanggang serbaguna
❖ Laluan berbumbung Pra Sekolah
❖ Persiapan pembukaan sekolah
❖ Sanitasi sekolah
❖ Menutup longkang (sumbangan Dana Kita)
❖ Sumbangan duit raya
❖ Sumbangan Aidil Adha
❖ Gerobok rezeki (Kerjasama Unit Koko SKTK)
❖ Program Bina Jati Diri Cintakan Malaysia
(Kerjasama Unit Koko SKTK)
❖ Permohonan dewan berbumbung (Telah
diluluskan tetapi belum bermula kerana PKP)
❖ Majlis Persaraan Tn. Haji Zalfakhar Bin. Waiman
(Kerjasama BKGK SKTK)
26
PN. WIDYAWATI BINTI MAHMOOD
27
Sekalung
Penghargaan
TUAN HAJI S. MISWANDI BIN A. SALAM
YANG DIPERTUA PIBG SK TAMAN KOSAS
SESI 2020/2021
EN. MOHD ZAHRIN BIN MOHD ZAINUDIN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK TAMAN KOSAS
SESI 2020/2021
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Taman Kosas sesi
2020 / 2021.
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
PIBG SK Taman Kosas kali ke-28.
Ibubapa / Penjaga yang sentiasa memberi
sokongan padu.
Semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Kosas Kali
ke-28.
emysktk/2021