FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
SARJANA SAINS MAKLUMAT
(CTU552) FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Kerja khusus:
IMPLIKASI FALSAFAH SAINTISME DAN KAEDAH MENANGANINYA
Disediakan oleh:
1. FATIN NUR SYUHADA BINTI AZMAN (2020847564)
2. NURUL ATIQAH BINTI MOHD NEZAM (2020837376)
3. SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN (2020844436)
4. NOR HAZLIYZA BINTI FUDZILAH (2020470188)
5. ELYSANDER LAURENCE (2020476754)
6. NORFITRIAH BINTI INAMAN (2020602482)
Kelas:
IM1B
Disediakan untuk:
DR MOHD IZZAT AMSYAR BIN MOHD ARIF
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN..................................................................................................................... i
ABSTRAK................................................................................................................................ii
1.0 PENGENALAN.................................................................................................................. 1
1.1 Definisi Saintisme............................................................................................................. 1
1.2 Istilah Saintisme ............................................................................................................... 1
1.3 Asal Usul Saintisme .......................................................................................................... 1
1.4 Matlamat Saintisme........................................................................................................... 2
2.0 LAPORAN KAJIAN........................................................................................................... 3
2.1 Faktor Kewujudan & Perkembangan Ideologi Saintisme ......................................................... 3
2.2 Implikasi Falsafah Saintisme............................................................................................... 5
2.3 Pengkaji Saintisme............................................................................................................ 7
3.0 ISU, CABARAN DAN KAEDAH MENANGANI .................................................................11
3.1 Ciri Ciri Saintisme ...........................................................................................................11
3.2 Cabaran menolak ideologi saintisme ...................................................................................13
3.3 Cadangan kaedah untuk mengatasi fahaman saintisme. ..........................................................15
3.3.1.1 Individu.................................................................................................................15
3.3.1.2 Masyarakat.............................................................................................................15
3.3.1.3 Institusi..................................................................................................................16
3.3.1.4 Negara...................................................................................................................16
4.0 PENUTUP.........................................................................................................................17
5.0 RUJUKAN........................................................................................................................18
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepadatuhan kerana dengan
Limpah kurninya, kami dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek CTU552
falsafah dan isu semasa dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami
juga ingin mgucapkan jutaan terima kepada Dr. Mohd Izzat Amsyar bin Mohd Arif selaku
pensyarah bagi subjek CTU552 falsafah dan isu semasa, keran a telah banyak membantu
memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat until kami menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkam ribuan terima kasih kepada pihak
Universiti Teknologi Mara cawagan Kampus Puncak Perdana atas kemudahan yang telah
disediakan buat pelajar iaitu salah satuya pelajar dapat mengakses maklumat daripada
Perpustakaan Tun Abdul Razak secara dalam talian dengan itu kami dapat mengakses
banyak maklumat untuk menyiapkan kajian ini.
Kami juga ingin mengucapkam ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan di
atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan kerja
kursus ini.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan -rakan
kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan menyalurkan
pandangan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
i
ABSTRAK
Tajuk kajian ini adalah implikasi falsafah saintisme dan kaedah untuk menanganinya.
Pemasalahan kajian ini adalah mengenalpasti masalahpunca berlakunya falsafahsaintisme
dalam negara antaranya adalah perkembangan teknologi moden, wujudnya persepsi
pengasingan sains dan agama, kurang penghayatan agama dan fahaman sosial progresif.
Selain itu, pemasalahan kajian yang seterusnya adalah menerangkan implikasi falsafah
saintisme iaitu salah satunya akidah terpesong dan pemeliharaan syariat Islam terjejas.
Seterusnya, cabaran yang dihadapi dalam menangani falsafah saintisme antaranya adalah
kajian saintifik yang dimonopoli oleh golongan bijak pamdai dan peranan media sosial.
Akhir sekali menganalisis kaedah untuk menangani falsafah saintisme iatu dair segi aspek
individu dan masyarakat. Kemudian. Kesimpulannya diharapkan fahaman falsafah
saintisme ini dapat dilelakkan agar pengaruh falsafah saintisme ini tidak tersebar meluas
dan dapat ditangani dengan baik.
ii
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Saintisme
Sains adalah sesuatu penyataanmengenai fakta-fakta kealaman yangdidukungoleh
bukti yang kukuh. Saintisme merupakan ajaran atau kepercayaan yang digunakan dalam
pelbagai bentuk ilmu dengan meletakkan maratabat sains begitu tinggi sehingga
menjadikan sains sebagai satu satunya kebenaran yang mutlak sehingga mengendahkan
kaedah kaedah lain dalam menyelesaian masalah. Kaedah yang ditolak oleh Islam kerana
ia merupakan cara yang menganggap semua perkara logik dan hanya diselesaikan secara
saintifik sahaja.
1.2 Istilah Saintisme
Kajian pengetahuan yang hanya dapat diukur melalui methodologi saintifik
Perkembangan sains semula jadi yang cenderung menjadi ideologi
Kepercayaan bahawa kaedah semula jadi, cendorong dijadikan falsafah
Penghormatan yang berlebihan terhadap tuntutan yang dibuat oleh sains
1.3 Asal Usul Saintisme
• Wujud dan meluas pada zaman Eropah abad ke-17 yang dikenali sebagai Revolusi
Saintifik
• Saintisme wujud apabila tanggapan manusia Barat mengatakan bahawa sains hanya
wujud tanpa ilmu lain
• Revolusi Saintifik merupakantanda kemuculan sains moden di mana ilmu sains seperti
biologi, kimia dan fizik telah mengubah cara manusia berfikir
1
1.4 Matlamat Saintisme
1) Kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu keputusan adalah dianggap halal
2) Menggunakan kaedah sains yang membawa kepada penggunaan haiwan hidup dan
termasuklah manusia
3) Membuat penilaian sendiri untuk menghasilkan maklumat yang betul tanpa
mencampur adukkan maklumat lain. Disini kita dapat melihat, Saintisme memberi
peluang kepada manusia untuk bebas membuat kajian bagi menghasilkan maklumat
yangtepat. Mereka menggunakan akal untuk berfikir secara bebas tentangkaedahyang
digunakan selaras dengan keputusan yang diperoleh. Saintisme menggunakan kaedah
emperikel dimana kajian melalui pemerhatian sendiri dan ini merupakan satu
keistimewaan bagi mereka kerana hasil maklumat tersebut datang dari hasil mereka
sendiri.
2
2.0 LAPORAN KAJIAN
2.1 Faktor Kewujudan & Perkembangan Ideologi Saintisme
1) Perkembangan Sains & Teknologi Moden
Manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Pencipta kerana mereka
yakin bahwa segala sains dana teknologi yang semakin canggih boleh
menyelesaikan segala permasalahan di dunia. Tambahan pula, saintisme in i wujud
kerana terdapat ramai para pengkaji serta ahli ahli fikir sains cuba untuk
mengembangkan kajian-kajian ke bidang lain. Sebagai contoh, dalam bidang
matematik, ekonomi, sosial dan politik. Disebabkan ini kebergantungan kepada
sains semakin meningkat dalam semua bidangkerana kekuatan fakta dalam sesuatu
perkara.
2) Wujud Persepi Pengasingan Sains & Agama
Menurut pembelajaran manusia oleh saintisme, permasalahan sains itu dibuat
kajian dengan lebih mendalam terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Mereka
berpendapat bahawa kebenaran sains itu adalah kaedah yang terbaik kerana
kandungan sains itu lengkap dari semua aspek dan lebih rasional berbanding ilmu
lain. Terdapat sesetengah pihak yang melihat sains sebagai bidang yang eksklusif
dan bersifat elitis. Timbul tanggapan bahawa sains ialah bidang ilmu yang terpisah
daripada aspek-aspek lain dalam kehidupan manusia terutamanya ilmu agama.
3) Kurang Penghayatan Agama
Sains juga dikatakan ilmu yang rasional berbanding bidang ilmu yang lain oleh
kerana ianya berkait rapat dengan realiti kehidupan kita. Golongan saintisme ini
tidak mempercayai teori atau ilmu Islam yang lain hanya kerana ianya tidak logik
dan tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Ditambah pula apabila darjat seseorang
3
ilmuan itu lebih tinggi, diangkat dan disanjung melebihi Pencipta disebabkan
mempunyai kehebatan dan kepakaran dalam sesuatu bidang dalam menyelesaikan
permasalahan mengunakan kaedah sains itu sendiri. Ini menyebabkan kepercayaan
dan ketaqwaan kepada Allah mudah goyah. Mereka cen derung untuk tidak
mempercayai dan mengingkari ilmu ilmu islam yang tidak dapat dijelaskan secara
saintifik.
4) Fahaman sosial progresif
Satu anggapan bahawa adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu
pembolehubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan zaman.
Mereka beranggapan orang yang kuat pegangan agama sebagai ‘Konservatif’ dan
ianya merupan satu nilai negative dalam masyarakat. Saintisme menggangap
bahawa ilmu ilmu wahyu yangtidak dapat dibuktikan dengan sains dianggap sudah
tidak seiring dengan penerimaan zaman
5) Kepercayaan Pagan
Menurut pengkaji teori, John Naught dan Steve Ledrew, mereka mengikuti
kepercayaan naturalism saintifik, yang memegang dogma utama bahawa “ hanya
alam, termasuk manusia dan ciptaan kita, yang nyata: bahawa Tuhan tidak ada; dan
sains itu sendiri dapat memberi pengetahuan tentang realiti yang lengkap dan boleh
dipercayai.” Ini bermaksud warga orang pagan mempercayai lebih akan sains
daripada agama kerana merekapercaya akan kesahihan danlogik sains mampu beri
di mana agama tidak dapat membuktikan .
4
2.2 Implikasi Falsafah Saintisme
1) Akidah terpesong
Akidah seseorang boleh terpesong kerana mereka seolah -olah menolak bukti bukti
yangmenunjukkan kekuasaanAllah seperti mana yang diterangkandi dalam Al-Quran.
Individu terlalu mengagung-agungkan ideology sains itu kerana kelengkapan datanya.
Ada yang mengatakan alam dan kehidupan ini tercipta dengan sendirinya dan bukan
ciptaan Allah SWT.
2) Pemeliharaan syariat Islam terjejas
Islam telah mengajar umatnya tentang tatacara kehidupan manusia yang betul. Akan
tetapi ideologi ini terbukti telah bercanggah dengan Islam. Hal ini kerana pegangan
agama dan sains itu tidak selari dalam diri seseorang itu. Sains tidak membincangkan
secara menyeluruh nilai-nilai moral. Oleh itu, manusia masih memerlukan pegangan
iaitu Al-Quran sebagai panduan, peringatan, dan keterangan.
3) Dominosi ilmu sains dan teknologi oleh orang bukan islam
Disebabkan ilmu ideologi banyak diilhamkan oleh budaya Barat manusia akan lebih
bergantung kepada ilmuan Barat berbanding dengan ilmuan Islam. Ilmu-ilmu sains
juga akan lebih memilih kepada Barat berbanding Islam.
5
4) Manusia menolak peranan Pencipta dalam menguruskan segala urusan di dunia
Hal ini berlaku kerana mereka terlalu mengagung-agunkan ideologi saintisme oleh
kerana kelengkapan data-datanya. Mereka tidak lagi bergantung kepada Allah untuk
melakukan atau menyelesaikan masalah malah mereka lebih memilih kepada ideologi
saintisme sendiri. Mereka percaya bahawa segala urusan yang berlaku di dunia ini
datangnya dari manusia sendiri. Mereka juga menafikan adanya kuasa mutlak
mengawal alam ini. Mereka percaya ala mini tercipta dengan sendirinya dan bukan
ciptaan Tuhan. Akibatnya sahsiah & keperibadian yang tidak baik mula terbentuk.
5) Pengabaian nilai nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat
Kepercayaan saintisme terlalu mementingkan teori sains sehingga mengabaikan aspek
nilai nilai keinsanan yang berkaitan dengan aspek sosial. Falsafah sainstisme juga
menyebabkan kehidupan seseorang itu tidak seimbang kerana kemajuan arus sains dan
teknologi. Sains yang sepatutnya mengubah sesuatu menjadi maju malah menjadikan
keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, nilai-nilai
sosial tidak dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.
6) Menjadi agama baru manusia moden
Manusia terdedah dengan teknologi maklumat dan menghabiskan masa dengan
teknologi yang ada pada masa ini. Apabila hal ini berlaku, pegangan agama seseorang
itu akan menjadi lemah dan sentiasa bergantung dengan teknologi pada masa ini.
Perkara ini akan menyebabkan seseorang itu percaya akan teknologi akan
menyelesaikan segala permasalahan.
6
2.3 Pengkaji Saintisme
Teori Auguste Comte
AUGUSTE COMTE
• Beliau merupakan tokoh yang mengeluarkan idea sosialogi di Kawasan Eropah sekitar
tahun 1900-an dan terus berkembang dikenali sebagai era sains moden
• Sosiologi yang dibawa oleh Auguste Comte ialah menerangkan pelbagai maklumat yang
hanya boleh didapati termasuk interaksi social, masyarakat dan kehidupan manusia.
Saintisme dapat membawa manusia bahawa maklumat hanya boleh diperoleh secara
saintifik sahaja.
• Beliau membawa cara perkara asas manusia untuk masalah yang dihadapi oleh manusia.
Beliau mempercayai bahawa maklumat yang sah hanya boleh dipercayai melalui
pancaindera sahaja dan tidak ada perkara yang boleh membatasi jankauan manusia serta
tiada metafizik yang boleh menuntut sesuatu perkara.
7
Teori Evolusi Darwin
Charles Robert Darwin
• Berasakan fahaman dimana hidupan atau kehidupan yang wujud ini berasal dari hidupan
atau sepsis yang hidup pada masa dahulu. Darwin menjelaskan bahawa manusia tidak
diciptakan secara semulajadi oleh Tuhan sebaliknya semua makhluk dan manusia ini
adalah berasal dari nenek moyang yang sama.
8
• Darwin menggangao manusia berasal daripada “Simpanses iaitu Kera’. Dalam bukunya
yang berjudul On the Origin of SPecies by Means of Natural Selection menetapkan teori
evolusi melalui garis keturunan.
• Menurut Adnan Oktar teori Darwin adalah tidak berdasarkan penemuan saintifik malah
beliau hanya mengunakan akal semata-mata. Ianyadikategorikan sebagai saintisme kerana
telah melangkaui disiplin ideologi serta agama itu sendiri.
• Proses kejadian manusia telah diterangkan denganjelas di dalam Al-Quran dan begitu juga
dengan sains. Ajaran Islam telah menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada
Nabi Adam yang merupakan manusia pertama yang dicipta dari tanah oleh Allah.
Golongan Saintisme ini menolak sehabis baik dengan penemuan ini. Sejarah kejadian
manusia amat bertentangan dengan kenyataan Darwin.
9
Penulisan Michael Kinsley
Michael Kinsley
• Michael Kinsley ialah seorang wartawan majalah Times pada tahun 2001. Beliau berasal
daripada Amerika Syarikat.
• Kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Kinsley jelas menunjukkan terdapat unsur-
unsur saintisme apabila dia menyatakan bahwa embrio bukan merupakan janin dengan
tangan dan kaki yang melambai kecil tetapi beliau menganggap embrio sebagai
‘pengelompokan mikroskopik dari beberapa sel yang berbeza’
• Michael terlalu bergantung kepada data data atau bukti saintifik dalam menjelaskan
kejadian manusia itu sendiri.
• Di dalam Al -Quran dan sains juga turut menceritakan tentang proses kejadian manusia
dan embrio adalah antara kandungannya.
10
3.0 ISU, CABARAN DAN KAEDAH MENANGANI
3.1 Ciri Ciri Saintisme
Kaedah Saintifik
Kaedah untuk mendapatkan sesuatu maklumat melalui pelbagai kaedah sistematik
Hanya berpandukan peraturan yang ditetapkan
Melibatkan beberapa proses yang telah diatur untuk menghasilkan penyelesaian
kepada manusia dengan sempurna
Bertujuan untuk tidak menimbulkan sebarang masalah dan hanya berpihak kepada
satu pihak sahaja.
Secara rumus, manusia dapat memperoleh sesuatu fakta yang membawa manusia
kepada masalah sifar.
11
Kaedah Empirikal & Eksperimental
Bergantung pada pemerhatian atau eskperimen untuk mengumpul data data yang
tertentu
Kaedah yang sangat sesuai untuk menyelasaikan masalah harian manusia malah
membantu manusia sebagai panduan hidup manusia
.
12
3.2 Cabaran menolak ideologi saintisme
1. Kajian saintifik yang dimonopoli oleh golongan bijak pandai
Kebanyakkan kajian saintifik dimonopoli oleh golongan saintis Barat yang menekankan
aspek saintifik berbanding kepercayaan. Sesuatu perkara akan diterima sekiranya mampu
dibuktikan dengan kajian saintifik sahaja. Kebanyakkan individu mula menganggap sains
itu lengkap dan boleh menyelesaikan segala masalah manusia. Kebanyakkan ilmuwan
ilmuwan dunia yang terkenal tidak mempunyai agama dan keyakinan kepada Tuhan.
Mereka berpegang pada keyakinan mereka sendiri terhadap sebuah ilmu pengetahuan.
2. Peranan media sosial
Kemajuan dalam teknologi khususnya di dalam media sosial boleh menyebabkan
penggunanya terutama umat Islam mudah terpengaruh dengan fahaman saintisme ini.
Kesannya berlaku secara meluas di dalam media sosial bahawa sains adalah cara
pandangan yang paling efektif sehingga boleh menetepikan pandangan lain. Melalui
saluran media sosial juga berkemungkinan akan berlakunya cara berfikir, nilai dan
pendapat umum dalam kalangsn masyarakat.
3. Pemimpin Islam yang membawa sains moden Barat
Ramai pemimpin di negara Islam menjadikan ideologi saintisme sebagai sumber utama
pemikiran dalam aspek ekonomi, politik, pendidikan dan seolah-olah tidak mengambil
berat tentang cara pemikiran Islam dan nilai murni yang berpandukan Al-Quran dan Al-
Sunnah.
13
4. Perpecahan dalam kalangan masyarakat
Berlaku perpecahan akibat fahaman dan pegangan yang berbeza. Perkara ini berlaku
kerana mereka sukar untuk mempercayai kejadian itu berlaku tanpa ada bukti yang kukuh.
Terutama sekali apabila ia tidak dapat dijelaskan oleh pancaindera. Akibatnya, mereka
lebih suka mempersoalkansegala sumber yangada seperti sumber berasaskanwahyu. Oleh
itu, timbul nya perdebatan antara masyarakat apabila masing masing bertegas untuk
menegakkan pendapat yang diutarakan oleh mereka. Perkara ini tidak akan terjadi
sekiranya mereka saling hormat terhadap pandangan masing masing. Sikap toleransi
adalah penting dalam mengekalkan hubungan sesama manusia. Namun begitu, golongan
saintisme sukar untuk mengaku kebenaran jika tiada bukti saintifik.
5. Tidak mempercayai alam ghaib
Sebagai contoh kewujudan malaikat dan makhluk makhluk ghaib adalah tidak benar sama
sekali. Ini kerana mengikut ideologi saintisme ianya tidak dapat dibuktikan oleh fakta dan
bukti saintifik. Mereka seharusnya mempelajari kitab kitab alam ghaib namun begitu ini
amat sukar diterima oleh mereka kerana mereka terlalu mengagung-agungkan sains.
6. Tidak beramal dengan Al-quran
Mengatakan kandungan dalam Al-Quran itu tidak menerangkan secara terperinci teori
sains dan sebaliknya. Seseorang itu akan menolak Al-Quran sekiranya kejadian itu tidak
dapat dibuktikan secara sainstifik.
14
3.3 Cadangan kaedah untuk mengatasi fahaman saintisme.
Cadangan kaedah untuk mengatasi fahaman saintisme dari aspek yang terdiri daripada:
3.3.1.1 Individu
Kita sebagai manusia yang mempunyai kepercayaan agama mestilah
mengimbangi pelbagai keilmuan sains sebagai contoh, umat Islam perlulah merujuk Al-
Quran sebagai sumber rujukan. Hal ini kerana, Al-Quran memiliki banyak sumber
berkaitan penciptaan Allah SWT dan alam semesta. Oleh itu, seseorang individu perlu
merujuk badan-badan keagamaan jika terdapat keraguan tentang fahaman saintisme yang
dipaparkan dalam kandungan media sosial yang tidak pasti kesahihannya. Selain itu,
penghayatan agama juga turut penting agar tidak terpesong kepada fahaman saintisme.
3.3.1.2 Masyarakat
Setiap masyarakat dalam negara ini perlulah bekerjasama membendung fahaman
saintisme ini dengan lebih mendalami ilmu agama. Masyarakat perlulah menghadiri
majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkaitan supaya dapat
membincangkan isu-isu permasalahan terutamanya yang melibatkan isu fahaman
saintisme. Masyarakat juga perlulah mengikuti garis Panduan danhukum syarak yangtelah
ditetapkan oleh Jabatan keagamaan dalam mengaplikasikan sains dan Islam dalam
kehidupan.
15
3.3.1.3 Institusi
Institusi juga memberi peranan yang sangat penting. Bagi membendung
fahaman saintisme ianya perlu dilakukan pada peringkat awal.Sebagai contoh, dari aspek
peingkat pendidikan. Kementerian Pendidikan iaitu terdiri daripada sekolah rendah,
sekolah menengah dan peringkat Universiti, kementerian Pendidikan hendaklah
mengambil prihatin tentang sistem pendidikan terutamanya subjek yang melibatkan
agama. Subjek Agama perlulah seimbang diterapkan seperti subjek lain supaya dapat
membentuk bukan sahaja asas akademik pelajar semata-mata malahan kerohanian juga.
3.3.1.4 Negara
Para pemimpin, ahli keagamaan dan para professional yang terlibat dalam bidang
sains dan teknologi mestilah bekerjasama dalam membincangkan sebarang perkara
berkaitan penilaian dan pengkajian. Bahkan, pakar bidang sains dan teknologi juga perlu
membuat penelitian tentang suatu penemuan baharu supaya tidak bertentangan dengan
fahaman agama dan boleh dikaitkan dengan ideologi fahaman saintisme. Justeru itu,
dengan adanya kerjasama ini dapat membantu dan memberi panduan professional yang
terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan sains. Malahan, mereka juga dapat
berkongsi sebarang maklumat yang lebihsahih agar masyarakat dapat memahami dengan
lebih baik tanpa perlu terpengaruh dengan fahaman saintisme.
16
4.0 PENUTUP
Sedasawarsa ini, sering kali meniti dari bibir ke bibir umat manusia di empat
penjuru dunia mengenai isu-isu saintisme. Saintisme seperti mana yang kita sudah ketahui
ialah ajaran atau kepercayaan yang digunakan dalam pelbagai bentuk ilmu dengan
meletakkan maratabat sains begitu tinggi sehingga menjadikan sains sebagai satu sa tunya
kebenaran yang mutlak. Ini telah mewujudkan pelbagai pendebatan atau isu-isu yang
hangat sehingga mampu memecahbelahkan orang mahupun sesebuah negara. Pihak pagan
ataupun atheists sudah bertahun membawa idealogi sehingga kini menyebabkan
masyarakat mengendahkan kaedah-kaedah lain dalam menyelesaikan masalah kecuali
penyelesaian tersebut terbukti oleh kajian sains.
Nahtijahnya, sains adalah penting dalam kehidupan kita dan merupakan satu
tuntutan dalam membina tamadun tetapi agama dan sains tidak boleh berada dalam
keadaan dan tempat yang berlawanan pada satu pandangan. Sains merupakan hasil temuan
manusia yang memiliki kebenaran bersifat relatif, berbeza dengan Al-Quran yang memilki
kebenaran mutlak. Tapi pada hakikatnya, sains ataupun agama memiliki fungsi yang sama
iaitu memenuhi kehidupan dan meraih kebahagiaan hidup manusia. Oleh hal yang
sedemikian, perubahan dan arus perkembangan yang dibawa oleh sains masa ini kita dapat
menyaksikan terhakisnya nilai-nilai yang selama ini diamalkan oleh masyarakat.
Perubahan di zaman moden ini menyebabkan masyarakat mengetepikan nilai spiritual dan
keinsanan. Walau bagaimanapun, Sains dan Islam bukanlah suatu yang terpisah kerana
konsep sains juga ada disebutkan di dalam Al-Quran.
17
5.0 RUJUKAN
1. Dosen IAIN Syaikh Abdurrahman Siddik Bangka Belitung
https://jurnal.lp2msasbabel.ac.id/index.php/taw/article/view/1037
2. Ayu Sulistiya Ningarum (Jun 13,2014)
http://desainofdream.blogspot.com/2014/06/paham-saintisme-antara-sains-dan-
agama.html
3. Islam dan Ilmu Pengetahuan
https://mangapo.wordpress.com/2011/10/29/islam-dan-ilmu-pengetahuan/
4. Faktor Kewujudan & Perkembangan Ideologi Saintisme
Azhar, A. (2017). Sains Islam Vs Sains Barat: Analisis Amalan dan
Perbandingan: [Islamic Science Vs Western Science] Ulum Islamiyyah, 21, 25-41
https://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/21
5. Mohd Yusri Bin Ibrahim (December,2019). Implikasi Dan Kesan Sekularisme Terhadap
Keluhuran Beragama Di Kalangan Umat Islam
http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12-15.pdf
6. Abu Musa (October 12, 2015) Perbandingan Sains dan Teknologi
http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/perbandingan -antara-sains-dan-
teknologi.html
7. Zaman Positif
http://blog.unnes.ac.id/sakapleng/2015/11/16/pemikiran-auguste-comte/
8. Muhammad Mujahid Ir Hj Mohammad Fadzil (February 7, 2020). Rasionalism,
Empirisisme dan Idealism
https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/07/rasionalism -empirisisme-dan-idealism/
18
9. Irham Nugroho
https://media.neliti.com/media/publications/58189-ID-positivisme-auguste-comte-
analisa-episte.pdf
10. NSTP oleh Nasron Sira Rahim (April 25, 2015)
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/49602/siri-misteri-propaganda-teori-
evolusi
11. Michael Kinsley (July 7, 2006). If you believe embryos are human
https://www.baltimoresun.com/news/bs-xpm-2006-07-07-0607070045-story.html
12. Khairul Nizam Abdul Karim. Kejadian manusia Pertama Menurut Al Quran Dan
Pentateuch, kejadian-manusia-pertama-adam-menurut-al-quran-dan-pentateuch-
torah.html
http://www.mindamadani.my/topik/kontemporari/item/83
13. Isyad fatwa umum. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-291: BANYAK BERTANYA
DALAM KONTEKS SEORANG PELAJAR, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 10 Feb.
2019, muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3109-irsyad-al-fatwa-siri-
ke-291-banyak-bertanya-dalam-konteks-seorang-pelajar. Retrieved on 2 december 2020
14. Dr. Zainal Abidin Bagir (2009) Antara saintisme dan religionisme: Perspektif sosio -
filosofis atas pandangan tiga biolog muslim di Indonesia tentang teori evolusi. retrieved
from
http://etd.ugm.ac.id/index.php?mod=penelitian_detail&sub=Pene litianDetail&act=view&
typ=html&buku_id=43758 on 2 december 2020
15. Suharto, S. (2017, October 3). POSISI SAINS DALAM PERADABAN SAAT INI.
https://doi.org/10.31227/osf.io/2wybf
19