YUN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN MPU3441a Kokurikulum-Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1 Tugasan 1: Penulisan Nama : CHAN ZHING YUN No. K/P : 030726-02-0332 Angka Giliran : 2021242340281 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021/2026 Unit : X13 Nama Pensyarah : Puan Azizah Binti Alias Tarikh Hantar : 8 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : 8 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh:
2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN NAMA: CHAN ZHING YUN UNIT: X13 ANGKA GILIRAN: 2021242340281
3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN BIODATA NAMA : CHAN ZHING YUN NO.KAD PENGENALAN : 030726-02-0332 EMAIL : [email protected] NO.TELEFON : 010-3840726 NAMA BAPA : CHAN YONG LOOM NAMA IBU : GOH SZE PING UNIT : X13 AMBILAN : JUN 2022
4 BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. BIODATA 2. BAHAGIAN A Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan • Pendaftaran Ahli • Folio / Buku Log /Llaporan Aktiviti • Pembentukan Jawatankuasa • Pakaian Seragam • Takwim dan Perancangan Aktiviti Pasukan • Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin • Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik 1-18 3. BAHAGIAN B Prinsip Asas Pandu Puteri • Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin • Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri • Cogan kata dan lambing • Isyarat dan hormat Pandu Puteri • Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri • Isyarat wisel serta isyarat tangan • Lagu Pandu Puteri • Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia 19-32
5 4. BAHAGIAN C Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi • Sejarah Perkembangan • Struktur Organisasi 33-51 5. BAHAGIAN D Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah • Program Pandu Puteri Tunas (PPT) • Merancangan program / aktiviti 52-80 6. RUJUKAN 81
1 BAHAGIAN A
2 1.0Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan 1.1Pendaftaran ahli
3
4 1.2Folio/buku log/ laporan aktiviti Buku log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas, ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas. Buku log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan awal. Jenis-Jenis Buku Log a. Buku Log Peribadi Buku log ini menhandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan Rekod oenglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua Peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua Peringkat) b. Buku Log Kemajuan Buku log ini mengandungi: Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas Laporan Lencana kecekapan c. Buku Log Acara Buku Log ini mengandungi laporan yang disertai. Contoh acara adalah seperti berikut: o Perkhemahan/Cuti Pasukan o Khidmat o Lain-lain projek
5 Ciri-Ciri Buku Log Buku log ini mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pastikan: Bahan-bahan disusun kemas Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan Keaslian dan kreativiti amat digalakkan Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI biodata / profil diri.
6 1.3 Pembentukan jawatankuasa Peringkat Sekolah Tunas Puteri
7 Bahagian Pandu Puteri
8 Bahagian Renjer Puteri
9 Pandu Puteri Tunas (IPG)
10 1.4Pakaian Seragam
11
12 1.5Takwim dan perancangan aktiviti pasukan
13 1.6Peranan dan tanggungjawab pemimpin
14 Tanggungjawab Pemimpin Tanggungjawab pemimpin boleh dilihat daripada tiga bahagian: Perancangan Pengurusan Pasukan Pertolongan Cemas PERANCANGAN • Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan • Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada yiga bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah. • Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa. • Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gajet berkaitan. • Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk pemupukan sistem nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinanya. • Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sehingga Kelas Satu. • Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan • Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III.
15 PERKHEMAHAN 1. Premit Perkhemahan Permit Perkhemahan membolehkan Pemimpin berkhemah bersama-sama ahlinya dalam satu kumpulan kecil. Had laku permit ini ialah dua tahun sahaja. • Pemimpin boleh mendapatkan Premit Perkhemahan dengan mengadakan satu perkhemahan ujian selama tiga hari dua malam yang disertai oleh tidak melebihi daripada 18 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. • Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih atau seorang pemegang Lesen Perkhemahan. 2. Lesen Perkhemahan Lesen Perkhemahan membolehkan Pemimpin mengadakan perkhemahan untuk ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang dipimpinnya, serta membawa mereka menghadiri perkhemahan peringkat daerah, negeri kebangsaan dan antarabangsa • Pemimpin boleh mendapatkan Lesen Perkhemahan dengan mengadakan perkhemahan Ujian selama tiga hari dua malam yang dihadiri oleh 36 orang ahli Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer. • Perkhemahan Ujian ini hendaklah diselia oleh seorang Jurulatih.
16 PERTOLONGAN CEMAS • Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya. • Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya. • Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi situasi tertentu seperti: o Luka o Terseliuh o Muntah-muntah o Terbakar o Melecur o Perut masak angin o Sengatan serangga o Sawan
17 1.7Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang Penyediaan struktur organisasi - Wujud struktur organisasi yang jelas dengan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan bagi setiap pakar dan ketua badan beruniform - Pastikan ada hierarki yang teratur untuk memudahkan pengurusan. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan - Membentukkan AJK pengurusan yang terdiri daripada individu yang berkelayakan - AJK boleh membantu dalam membuat keputusan, reka bentuk program dan memantau pelaksanaan aktiviti. Reka Bentuk Program Tahunan - Buat rancangan tahunan yang komprehetif termasuk amalan, kem dan aktiviti sosial. - Pastikan program merangkumi semua aspek pembangunan badan yang seragam dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemilihan dan Latihan Pemimpin - Pemimpin agensi beruniform memainkan peranan penting dalam membimbing dan melayih pakar. - Memastikan pemilihan pemimpin dilakukan dengan teliti dan mereka mendapat latihan berkala untuk meningkatkan kecekapan mereka. Pengurursan Kewangan Ekonomi - Tetapkan belanjawan yang berpautan dan pantau penggunaan kewangan dengan teliti. - Memastikan pemprosesan dan pernyimpanan wang dilakukan secara telus dan beretika.
18 Rekod dan Penilaian Pencapaian - Menyimpan rekod pencapaian setiap anggota badan beruniform dan menilai pencapaian mereka secara berkala. - Membantu dalam memberikan pengiktirafan dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan. Pemantauan Kemampuan dan Kemajuan - Memantau kemajuan agensi beruniform dan menilai keberkesanan program secara berkala. - Mengambil tindakan pembetulan jika perlu dan pastikan kemampuan jangka panjang badan beruniform. Penglibatan Pihak Kepentingan - Melibatkan ibu bapa dan masyarakat dalam aktiviti agensi beruniform. - Dapat menyokong dan meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan dan pencapaian anggota badan beruniform. Penglibatan Pihak Berkepentingan - Memastikan keselamatan dan kesihatan pakar badan beruniform diutamakan dalam setiap aktiviti - Menjalankan penilaian risiko dan menyediakan prosedur keselamatan yang jelas.
19 BAHAGIAN B
20 2.0Prinsip Asas Pandu Puteri 2.1Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin • Bertujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia ini supaya menjadi warga yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. • Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,mempunyai inisiatif, berdaya kreatif dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. • Pendidikan dan latihan melalui Program Kepanduan mengutamakan Sisitem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Pergerakan Kepanduan seluruh dunia. 2.0 Prinsip Asas Pandu Puteri Visi Menerajui Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita Untuk Membawa Perubahan Taking The Lead In Developing The Potential Of Girls And Women For Change Misi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan Golongan Wanita, Remaja Dan Dewasa Yang Berkaliber Melalui Penerapan Ilmu, Kemahiran Dan Nilai Pandu Puteri Demi Kepentingan Nusa, Bangsa Dan Antarabangsa Girl Guides Association Malaysia Is Committed To Develop Girls And Women Of Calibre Through Internationalization Of Girl Guiding Knowledge, Skills And Values To Benefit The Society And Country
21 2.2 Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri • Program Kepanduan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan Persetiaan dan undang-undang Kepanduan: o Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya, Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Saya Malaysia; Menolong Orang Setiap Masa; Dan Mematuhi UndangUndang Kepanduan. • Undang-undang Pandu Puteri o Boleh dipercayai. o Sentiasa taat dan setia. o Suka menolong orang lain. o Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. o Sentiasa bersopan santun. o Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. o Sentiasa menurut perintah. o Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. o Sentiasa berjimat cermat. o Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
22 2.3Cogan kata dan lambang • Cogan Kata Pandu Puteri o Tolong Orang Selalu (TOS) “Selalu Sedia” merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan Lambang Lambang Lencana “ Selalu Sedia”
23 2.4Isyarat dan hormat Pandu Puteri • Cara Hormat Pandu Puteri o Hormat atau tabok Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Pyteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua dan juga sesama ahli kumpulan. o Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. o Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati seseorang di dalam acara atau halhal yang membabitkan kepanduan. o Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: ▪ Perjumpaan dengan {emimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan ▪ Upacara penerimaan hadiah atau hukuman ▪ Upacaea mengibarkan bendera o Cara memberikan hormat: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hotmat biasa, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.
24 Berjabat tangan Khidmat Pandu Puteri Catatan khidmat yang diberi kepada orang lain selama 2 minggu: • Format mengikut kreativiti masing-masing (contohnya buku kecil, peta minda dan lain-lain) • Mesti ada tarikh, khidmat yang diberi, tandatangan orang berkenaan. Contoh khidmat: i) Menolong ibu mencuci pinggan selepas makan malam. ii) Menolong ayah membersihkan kereta. iii) Menolong jiran yang tua memotong rumput. iv) Menolong guru mengangkat buku. Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakalan seragam yang lain.
25 2.5Isyarat wisel serta isyarat tangan Isyarat Wisel Isyarat Arahan Satu tiupan pendek Jaga Sedia Satu tiupan panjang Berdiam diri Pendek, panjang, pendek, panjang Amaran/Bahaya Banyak tiup pendek Semua Datang Cepat Pendek, pendek, pendek, panjang Ketua Datang Ke Sini Panjang, panjang, panjang Jarakkan Diri Dari Sini 5 pendek, 1 panjang, 1 pendek, (berhenti seketika), 6 pendek Datang Ke Dapur Jurumasak …… . .
26 Isyarat Tangan
27
28
29 2.6Lagu Pandu Puteri Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya.
30 2.7Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Biru tua: melambangkan perpaduan rakyat Kuning: melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu Berlembagaan Merah: gagah berani dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran Putih: kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat Jalur: 14 jalur merah dan putih melintang menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan bagi 13 buah negeri anggota dan Wilayah Persekutuan Bulan sabit: melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negara
31 Bendera Persatuan Pandu Puteri (PPPM) Tiga rangkaian daun lebar: melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri Bintang pecah: melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia Lencana Pandu Puteri Malaysia: membawa maksud matahari menyinari setiap kanakkanak di dunia.
32 Bendera Dunia Trefoil warna emas trefoil: Persetiaan Pandu Puteri Matahari yang bersinar di langit baru. Bintang-bintang pada cabang trefoil: Bintang penunjuk jalan iaitu Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Jalur kompas: Penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Pyteri. Tapak: Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri. Tiga blok jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah: melambangkan 3 bahagian Persetiaan Putih: melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengaka[ {uteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia: melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia
33 BAHAGIAN C
34 3.0Sejarah Perkembangan dan Sturtur Organisasi 3.1Sejarah Perkembangan • Pengasas Pandu Puteri: Olave St. Clair Soames (Lady Baden Powell) Olave St. Clair Soames dilahirkan pada tahun 1889. Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lasy-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan “Girl Guides” dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai “Girl Scouts”. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhanjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides”. Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide”. Beliau telah diberi gelaran “World Chief Guide” pada tahun 1930. Beliau hiduo sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun. Tahun Perkara 1909 Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap “Scout Rally” pertama di Crystal Palace, memanggil firi mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Beliau menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai
35 pengakap akan menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri dan juga kelauarga gadis. Oleh itu, Lord Robert-Baden-Powell memilih nama “Girl Guides” atau “Pandu Puteri” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri. 1910 Agnes Baden-Powell mengadaptasikan buku “Scouting fir Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. 1912 Di serata dunia: Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. 1918 Sementara Agnes Baden-Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert Baden-Powell dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1919 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia. 1920 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar dikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Pandu Puteri mula merancang lawatan ke luar negara.
36 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai “Our World News”. Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri/Pengakap Puteri di seluruh dunia. 1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat paada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (Worls Bureau). Persatuan ini akan bertempat di Lonson dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatankuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada jawatankuasa ini. Satu draf perlembagan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat. 1930 Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 buah lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olibe Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia.
37 • Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia 1917 Pasukan Pandu Puteri pertama telah ditubuhkan oleh Cik Fertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur.Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Kadet Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924. 1925 • Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhan • Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. • Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak Kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Mereka memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhakan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Melaya. 1937-1946 Kegiatan kepandauan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintah Kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh Kerajaan Japan. 1947 - Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah Penubuhan Pandu Puteri di Malaysia
38 - Beberapa orang ahli Pandu Puteri dan pemimpin PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948-1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti-aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Penjabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Bagunda Raja Permaisuri agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemagan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor
39 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran dii seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhanjaya Komanwel dan Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah oenubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadat Pandu Puteri yang setaraf dengan Peduruhanjaya Negeri. Pelbagai projek seperti Our Water Our World, Cleanathon telah dilaksanakan. 1997 Sambuatan 80 tahun PPPM dengan semangat keamanan dan harmoni bermula 1998 Sempena SUKOM’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel’98. 1999 - Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa - 8~5 Februari: Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. - Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 2000 - Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang : Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programmme with China. - Majlis menandatangani Laman Web PPPM. - Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000/ International Broenies Festival 2000 di UiTM Shah Alam, Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia. (Global Coorperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. - 20~26 November: Aktiviti Antarabangsa: ‘Bilaterial Ecvhange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers (Program Pertukaran Malaysia-China).
40 2001 - 7~12 September : Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. - Projek Asia Pasifik: PPPM- Fiji GGA: Lend A Hand 2002 - April: Majlis Menjunjung Kesih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. - Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 - Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuann Afzan, Kuantan, Pahang. Projrk nerterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak sedunia. Tema yang ditetapkan ialah “Kami Membawa Keriangan”. Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wd kank-kanak (Pediatrik). - Projek “Lisd for Limbs” telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. - Projek Bungkusan Kasih atau “Peace Packs” telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 - Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda uang bertemakan “Menuju ke Puncak”. Seramai 49 ahli berjaya ke puncak. - Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signatur Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM
41 menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. - Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004): 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanka-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. - Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2024) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia”. 2005 - 21~23 Februari: Pada pertama kalinya “GirlGuides’ Summit” diadakan dii Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema “makanan” turut diadakan di acara ini. - Sebanyak 4,581 “Peace Packs” telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. - 16~17 April: Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. - 16~19 Ogos: Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacicific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. - 17 Ogos: Majilis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil’ Alallah Dultan Iskandar Al-Haj, D.K; D.K.(Johor);
42 S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang. - September: Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani,Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM. - 20 Oktober: YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 - Januari: Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: - Pek Tunas Puteri/ Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diunah ke[ada Pasukan Pandu Puteeri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. - 13~17 Mac: Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. - 1~6 April: Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Abdullaj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. - 26 April~1 Mei: Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180km disertai oleh 140 orang
43 ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPM mendapat hadiah Penyertaan Terbanyak. - 9 Jun: Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuatkuasa serta-merta. - 9 Jun: Pelancaran projek khismat masyarakat yang baru “Program etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Murhum Tengku Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. - Julai: Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober. Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 - Januari: Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. - Januari&Februari: Siri Bengkel Berfikir secara kreatif “Scientific Creative Thinking” diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. - 19 Januari: Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. - 1 April: PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 - 3~9 Jun: Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada “(th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering”. Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi
44 Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. - 6 Jun: Forum Belia bertajuk “Voice of Girls and Young Women” diadakan sempena Persidangan Rantau Adia Pasifik. 100 orang ahli Oandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. - 7 Jun: Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM - 6 September: Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. - 9 Oktober: Lawatan Mesra YB Dato’ Seri azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri - 25 November: Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2008 - 19 Januari: Pelancaran “Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan” di Sungai Petani, Kedah. - 6~12 Julai: Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. - 17~22 Ogos: Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. SEHINGGA KINI - Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpinpemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru.
45 - Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimoinpemimpin yang berpengalaman dan giggih. Dengan kerjasama dan solongan dari pelbagai pihak, sama ada secara langsung ataupun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktiviti tempatan dan antarabangsa.