The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nwahida31, 2023-12-10 21:21:58

Minit Mesyuarat Bil 3 2023

MINIT KURIKULUM BIL 3 SKK 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN KETING 16390 BACHOK KELANTAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 3 SESI AKADEMIK 2023/2024 Tarikh : 3 Oktober 2023 (Selasa) Masa : 1.30 ptg Tempat : Makmal Komputer SK Keting Hadir : 1. Pn Noranee Wee bt Abdullah GB 2. Tn Hj Azmi bin Hj Aziz PKP 3. En Saiful Marsidi bin Sidek PK HEM 4. En Mohd Nassir bin Mohammad PK KO 5. Pn Noor Wahida bin Ibrahim Setiausaha 6. En Lee Hock Chiu 7. En Rosni bin Mansor 8. Pn Fadilah bt Yusof 9. En Mohd Fairul bin Aswad 10 En Mohd Nasuha bin Ab Malek 11. En Mohd Roshdan bin Mohd noor 12. En Hamdan bin Jusoh 13. Pn Nik Fadzilah bt Raja Ismail 14. Pn Noraslina bt Md Noor 15. Pn Noriah bt Salleh 16 Pn Rahilah bt Awang 17 Pn Siti Yusnizazila bt Jusoh 18. Pn Suraida bt Saufi 19 En Wan Azman bin Wan Ismail 20. Pn Hjh Wan Rafidah bt Ab Rahim 21 Pn Zaitun bt Ibrahim 22 Pn Zarodah bt Mat Nor 23. Pn Fatimah bt Ramlay 24. Pn Suriani bt Mohamad 25 Pn Zakiah bt Yusoff 26. Pn Nazirah bt Zakaria 27. Pn Nik Rosfarizan bt Mohd Ghazali 28. Pn Wan Irmiza bt Wan ibrahim Tidak Hadir Tiada


1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaaan ummul kitab dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Pengerusi membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Rosni bin Mansor Disokong untuk pengesahan oleh : Encik Roshdan bin Mohd Noor Tindakan : Makluman 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT: 3.1. Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan ko akademik yang dianjurkan oleh semua pihak, dan hasilnya Sekolah Kebangsaan Keting telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat negeri. Tindakan : Makluman 4.0 PERBINCANGAN 4.1 Perubahan Jawatankuasa Kurikulum 4.1.1 Sekolah telah menerima dua orang guru baru iaitu: Puan Suriani menggantikan cikgu Muhammad yang bersara. Jawatan yang diberikan untuk Puan Suriani binti Mohamad Kurikulum- guru kelas 2 Melati, Ketua Panitia PSV, guru subjek Bahasa Melayu tahun dua Melati dan tiga Melati, guru subjek PSV dan Muzik tahun dua Melati. Kokurikulum – ahli rumah Merah, Unit Uniform Pengakap serta permainan Sepak takraw 4.1.2 Puan Irmiza yang menggantikan Pun Nurasyikin yang berpindah. Jawatan yang diberikan kepada Puan Irmiza binti ialah, Kurikulum – Guru subjek Matematik tahun 3 Melati, Guru Pusat Sumber Sekolah(PSS) Tindakan: Makluman


4.2. Pengurusan Panitia 4.2.1 Penolong Kanan Pentadbiran, menjelaskan pengurusan panitia yang berkesan. PKP mengarahkan agar Ketua Panitia mengemaskini fail panitia masing-masing. Fail tersebut perlu dikumpulkan di Bilik Gerakan 4.2.2 Beliau turut meminta Ketua Panitia supaya mengurus dokumentasi dengan cekap dan sistematik. Perkara utama yang perlu ada dalam Fail Panitia ialah minit mesyuarat sebanyak 3 kali mesyuarat, pekeliling yang berkaitan dengan panitia serta dokumentasi setiap program yang telah dilaksanakan 4.2.3 Setiap dokumen panitia mesti disimpan dalam fail panitia mengikut isi kandungan. Tindakan : Makluman 4.2.4 PKP memaklumkan pencerapan guru kali ke dua akan dilaksanakan pada bulan November. Guru hendaklah merujuk Jadual Pencerapan yang akan diedarkan oleh beliau. Tindakan : Pen. Kanan Pentadbiran 4.3 TS 25 4.3.1 Puan Noranee Wee selaku guru besar memaklumkan bahawa SK Keting berada di Modul 4, program TS 25. 4.3.2 Objektif pelaksanaan TS 25 modul 4 ialah: -Mengemaskini perkembangan semasa transformasi sekolah. -Mengenal pasti konsep persekitaran pembelajaran profesional dan faktor - faktor yang mempengaruhi pelaksanaanya. -Membudayakan persekitaran pembelajaran profesional ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran. -Merungkai peranan Pemimpin Pertengahan (PP) dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional. -Memantapkan kompetensi (PP) membimbing guru


meningkatkan persekitaran pembelajaran profesional melalui bimbingan intstruksional. 4.3.3 Kandungan TS 25: Modul 4 4.0: Persekitaran Pembelajaran Profesional(pengenalan) 4.1: Modul 4.1 Konsep PP 4.2: Modul 4.2 Menganalisis PPG 4.3: Modul 4.3 Peranan Pemimpin Pertengahan (bimbingan Instruksional) Tindakan : Makluman 4.4 Analisa PBD Pertengahan Tahun. 4.4.1 Encik Hamdan selaku Penyelaras PBD membentangkan Analisa PBD Pertengahan Tahun bagi sesi akademik 2023/2024. Dari Analisa PBD Pertengahan tahun menunjukkan terdapat 12 orang murid yang masih berada di TP 2. Rujuk lampiran 1. 4.4.2 Semua guru perlu menyediakan Rekod Perkembangan Murid(RPM) bagi setiap subjek. Rekod tersebut bergantung kepada kesesuaian guru-guru. Tindakan : Guru MP 4.4.3 Penetapan PBD bagi murid dua Melati pada sesi akan datang perlu merujuk kepada Puan Rahilah selaku guru Pemulihan bagi mengelakkan berlaku kesilapan dalam penetapan TP kepada murid pemulihan. Tindakan: Semua guru yang mengajar 2 Melati


4.5 Laporan Unit Kurikulum 4.5.1 Pemulihan 4.5.1.1 Puan Rahilah selaku guru pemulihan memaklumkan bahawa jumlah murid yang mengikuti kelas pemulihan pada masa kini telah berkurang kepada 19 orang dari jumlah asal 26 orang. Pengurangan seramai 7 orang ini adalah hasil dari kejayaan program Intervensi “ Sentuhan Kasih” yang telah dilaksanakan bermula 13 Jun 2023. 4.5.1.2 Terdapat seorang murid yang baru mendaftar di sekolah Kebangsaan Keting yang perlu dimasukkan ke kelas pemulihan. Ini menjadikan jumlah murid yang mengikuti kelas pemulihan seramai 20 orang. 4.51.3 Puan Rahilah mensasarkan pada akhir sesi persekolah 2023/ 2024 nanti hanya seramai sembilan orang sahaja yang akan mengikuti kelas pemulihan. Tindakan : Makluman 4.5.2 Pra Sekolah 4.5.2.1 Puan Nik Fadzilah selaku guru Pra Sekolah memaklumkan bahawa, terdapat seramai 16 orang murid dari kelas Pra Sekolah akan mengikuti kelas tahun satu pada sesi persekolahn 2024/2025. 4.5.2.2 Secara keseluruhannya, hampir semua murid Pra Sekolah sudah menguasai asas membaca. Hanya terdapat dua orang murid yang masih belum boleh membaca dan diklasifikasikan sebagai mempunyai masalah pembelajaran. Manakala 3 orang murid sedang dalam proses menguasai. Tindakan : Makluman


4.5.3 SPLKPM 4.5.3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua guru mengemaskini “password” SPLKPM masing-masing mengikut garis panduan yang diberikan oleh penyelaras SPLKPM. Tindakan : Makluman 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada tahun 2023/2024 sama seperti tahun sebelumnya. Walau Bagai manapun terdapat pertambahan subjek iaitu Subjek Bahasa Tamil dan Bahasa China 5.2 Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik(UASA) pada tahun ini tidak perlu dikumpul dan dikembalikan semula. 5.3 Semua guru perlu menyiapkan soal selidik Program Kesejahteraan Psikologi Pekhidmatan Pendidikan sebelum 6 Oktober akan datang. Tindakan : Makluman 6.0 PENUTUP 6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan bacaan Surah Al – ‘Asr. Disediakan oleh: Disemak oleh: PN NOOR WAHIDA IBRAHIM TUAN HAJI AZMI HJ AZIZ Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran SK Keting SK Keting


Click to View FlipBook Version