5. PENYEDIAAN MAKANAN
BAYI DAN KANAK-KANAK
5.2 MAKANAN SEIMBANG
UNTUK BAYI DAN KANAK-
KANAK
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pemudahcaraan pelajar dapat :
1. Menyatakan definisi makanan seimbang.
2. Memberi contoh sajian seimbang serta berkhasiat untuk
hidangan makan tengahari bayi dan kanak-kanak
berdasarkan peringkat umur:
• 6 – 8 bulan
• 9 – 11 bulan
• 1 - 2 tahun
• 3 - 4 tahun
3. Mengenal ciri bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat
makanan seimbang.
4. Menerangkan konsep Piramid Makanan dan kegunaannya.
Makanan seimbang
Sajian makanan yang
mengandungi kesemua
nutrien yang diperlukan oleh
tubuh untuk tumbesaran dan
memelihara kesihatan.
Makanan seimbang
Kepentingan pengambilan makanan
yang berkhasiat
i) Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan
pertumbuhan yang sihat.
ii) Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.
iii) Memastikan perkembangan mental yang sihat dan
berdaya tahan.
iv) Memastikan tumbesaran fizikal yang lebih sempurna.
v) Membekalkan vitamin yang mencukupi untuk tubuh
badan.
vi) Memastikan kadar obesiti adalah terkawal.
Hidangan makan tengah
hari kanak-kanak
berumur 6-8 bulan
• ½ cawan bubur nasi ayam +
bayam dikisar
• 4 sudu teh pisang lecek
• air suam
Hidangan makan tengah
hari kanak-kanak
berumur 9-11 bulan
• 1 cawan nasi lembik
• 1½ sudu makan lobak merah
dipotong dadu kecil
• 1 sudu makan ayam
dicincang halus
• air suam
• dan ½ potong buah betik.
Hidangan makan tengah hari
kanak-kanak berumur
1 - 2 tahun
• 1 cawan nasi putih,
• 1 mangkuk kecil sup ayam,
• 2 sudu makan kentang dan
lobak merah,
• 1 potong tembikai
• air kosong.
Hidangan makan tengah
hari kanak-kanak
berumur 3-4 tahun
• 1 cawan nasi putih
• 1 ketul ayam masak
kicap
• 1 mangkuk makan sup
sayur
• 1 potongan epal
• air kosong.
Ciri bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat
makanan seimbang
• Lesu
• Kurus
• Tidak bermaya
• Kulit mereka kering, kasar, berbintik, rasa kesat,
tiada lemak di bawah kulit.
• Penampilan otot yang kelihatan lemah, benjolan
pada tengkorak ataupun hujung tulang, benjolan
kecil pada tulang rusuk, kaki yang melengkung.
Piramid makanan ialah satu carta yang menjadi
panduan bagi individu untuk merancang dan memilih jenis-
jenis makanan dalam sukatan yang sesuai secara sihat.
PIRAMID
MAKANAN
1 3
Mempunyai gabungan Menggambarkan
makanan yang lebih
lima kumpulan banyak perlu diambil
pada bahagian bawah
makanan yang 2 piramid dan makan
diletakkan pada empat
sedikit makanan-
aras. Menyatakan jumlah makanan pada aras
paling atas piramid.
sajian yang disarankan
untuk diambil dalam
sehari bagi setiap
kumpulan makanan.