MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH
SEKOLAH MENENGAH BIL.3/2021
DAERAH KINTA UTARA
Bil. Mesyuarat : 3/Tahun 2021
Tarikh : 26 Januari 2022 ( Rabu )
Masa : 8.30 pagi hingga 1.10 petang
Tempat : Dewan Putra, SMK Bandar Baru Putra, Ipoh
Kehadiran : Seperti Lampiran.
I PERUTUSAN PENGERUSI
1. Kata Alu-aluan
Yang Berusaha Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir.
Makluman
2. Pengurusan
2.1 Pencapaian daerah dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2021
menunjukkan penurunan GPD. Pengerusi menasihati pengetua
bertindak secara kreatif dalam tempoh sebulan supaya ada `value
added` dalam keputusan SPM 2021.
Makluman
2.2 Semua pengetua merupakan ahli tetap mesyuarat jawatankuasa
kurikulum daerah dan pengerusi serta ahli jawatankuasa panitia mata
pelajaran daerah. Fungsi MJKD adalah merancang, melaksana,
menyemak dan membuat keputusan secara bersama. Semua ahli perlu
memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing agar dapat
memperoleh manfaat bersama.
Makluman
2.3 Jawatankuasa panitia mata pelajaran daerah perlu merancang,
melaksana, menyemak dan memastikan strategi yang digunakan dan
dilaksanakan di peringkat sekolah, kelompok atau daerah memberikan
impak keberhasilan.
Tindakan: Pengetua dan SPb
2.4 Pengetua perlu memberi laluan kepada guru cemerlang, guru rujukan
sekolah (GRS) dan Jurulatih mata pelajaran untuk berkongsi ilmu dan
kepakaran dengan sekolah lain di peringkat daerah. Antara elemen
1
penting perkongsian adalah amalan terbaik dan impak kemenjadian
murid hasil daripada proses yang dilaksanakan.
Tindakan: Pengetua
2.5 Semua guru (Guru Cemerlang, Guru Rujukan Sekolah, Guru Gred 52 &
54 dan guru berprestasi cemerlang) perlu dilibatkan dalam merancang
dan melaksanakan strategi jangka pendek, sederhana dan jangka
panjang untuk menyelesaikan isu strategik di sekolah.
Tindakan: Pengetua
2.6 Pengetua perlu merancang dan melaksanakan usaha mengupayakan
SLT untuk membantu mengoperasikan sekolah.
Tindakan: Pengetua
2.7 Pihak sekolah perlu mengambil kira semua data penting di sekolah
(psikometrik dan kehadiran serta lain-lain data yang sesuai) untuk
membuat keputusan strategik jangka pendek, jangka sederhana dan
jangka panjang bagi tujuan melaksanakan intervensi di sekolah
berkaitan dengan kurikulum.
Tindakan : Pengetua
II PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Mesyuarat mengambil maklum bahawa: Minit mesyuarat MJKD Bil 2/2021 bertarikh
12 Oktober 2021 diterima dan disahkan oleh ahli mesyuarat.
III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3. 1 Maklum balas Mesyuarat Kurikulum Daerah Bil 2/2021: 26 maklum balas telah
selesai dan 4 maklum balas yang masih belum selesai.
3.2 Maklum balas muka surat 9 para 7.10 dan muka surat 10 para 7.15a – Dialog
prestasi sekolah fokus telah dilaksanakan bermula 25 januari 2022. (Selesai).
Dialog prestasi yang dilaksanakan bukan sekadar membentangkan GPS sekolah
sahaja, perlu dibincangkan isu yang menjadi penghalang kecemerlangan dan
kehadiran murid seperti isu guru, proses, atau sistem. Isu yang paling kritikal
perlu diberi keutamaan dan program intervensi yang dilaksanakan perlu
menunjukkan impak.
3.3 Maklum balas muka surat 9 para 7.11 dan muka surat 10 para 7.13 –
Perkongsian amalan terbaik SPM SMK Ave Maria Convent telah dibentangkan
dalam mesyuarat MJKD Bil 3/21.
2
IV PEMBENTANGAN
4. Analisis Peperiksan Percubaan SPM 2021
Mesyuarat mengambil maklum:
4.1 Terdapat 40 buah sekolah mencapai GPS melebihi 6 mata. Hanya sebuah
sekolah yang menunjukkan peningkatan GPS iaitu SMK Bercham. Selebihnya
47 buah sekolah menunjukkan penurunan GPS. Sebanyak 48 subjek
ditawarkan dan 6 subjek menunjukkan peningkatan GPMP dan selebihnya 42
subjek mengalami penurunan. GPD Kinta Utara adalah 6.42 berbanding
sasaran iaitu 4.55 mata. Hanya 94 (1.10%) calon sahaja yang cemerlang dan
layak sijil 48.85% sahaja.
Makluman
4.2 40 buah sekolah perlu meneliti calon-calon yang boleh dibantu untuk layak sijil
dan potensi cemerlang semua ‘A’. Pengetua bersama-sama SLT, MLT dan
guru-guru perlu berbincang dan merancang untuk membantu murid mengikut
kelompok murid cemerlang dan layak lulus.
Makluman
4.3 Semua subjek teras mengalami penurunan GPMP kecuali Bahasa Inggeris.
Terdapat 3 mata pelajaran elektif meningkat.
Bil Mata Pelajaran Bidang SPM Percubaan SPM Percubaan
Bahasa 2020 2021
GPMP GPMP
1 BAHASA MELAYU 5.15 5.45
2 BAHASA INGGERIS 5.45 5.00
3 BAHASA TAMIL 4.23 5.31
4 BAHASA CINA 5.18 5.53
5 KESUSASTERAAN 4.57 7.22
MELAYU KUMULATIF
6 KESUSASTERAAN - 6.41
INGGERIS
7 KESUSASTERAAN 3.19 4.45
TAMIL
8 KESUSASTERAAN 4.60 3.56
CINA
Bil Mata Pelajaran Bidang SPM Percubaan SPM Percubaan
Sains dan Matematik 2020 2021
GPMP GPMP
1 MATEMATIK 6.15 7.94
2 SAINS 6.57 7.25
3 FIZIK 5.23 5.96
4 KIMIA 5.88 6.84
3
5 BIOLOGI 4.91 6.39
6 MATEMATIK 7.12 7.60
TAMBAHAN
Bil Mata Pelajaran Bidang SPM Percubaan SPM Percubaan
Sains Sosial 2020 2021
GPMP GPMP
1 SEJARAH 5.37 6.86
2 PENDIDIKAN ISLAM 4.78 6.43
3 PENDIDIKAN MORAL 4.96 6.03
4 GEOGRAFI 5.23 8.42
5 PENDIDIKAN SENI 4.36 5.62
VISUAL
6 SAINS SUKAN 4.38 6.11
Bil Mata Pelajaran Bidang SPM Percubaan SPM Percubaan
TVET 2020 2021
GPMP GPMP
1 EKONOMI 5.79 7.29
2 PRINSIP AKAUN 6.13 6.95
3 PERNIAGAAN 6.56 7.65
4 SAINS KOMPUTER 6.06 6.31
5 GRAFIK KOMUNIKASI 5.21 6.94
TEKNIKAL
6 SAINS RUMAH TANGGA 6.17 7.00
7 REKACIPTA 4.84 4.73
8 ASAS KELESTARIAN 5.69 7.92
9 PERTANIAN 4.66 6.32
10 ASAS PENDIDIKAN 1.90 2.38
AWAL KANAK-KANAK
11 KATERING DAN 3.58 4.55
PENYAJIAN
12 LANDSKAP DAN 3.13 6.92
NURSERI
Bil Mata Pelajaran Bidang Agama SPM SPM
Percubaan Percubaan
2020 2021
GPMP GPMP
1 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH 2.60 5.64
2 AL-MANHAJ AL-ULUM AL- 5.78 8.15
ISLAMIYAH
3 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN 3.12 3,97
SUNNAH
4 HIFZ AL-QURAN 2.20 2.92
5 AL-SYARIAH 4.93 8.00
6 AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL- 3.72 5.28
MUASIRA
4
7 BAHASA ARAB 5.49 6.47
8 USULUDDIN 4.95 8.01
9 MAHARAT 1.75 2.54
10 KEMAHIRAN AL-QURAN 2.83 5.04
4.4 Sasaran Prestasi SPM 2021 (data awal JPN) Makluman
Bilangan calon tahun 2021 seramai 8144 murid. Makluman
Cemerlang - 3.57% (291)
Layak sijil - 88.40% (7199)
GPD - 4.50
4.5 Pencapaian GPS bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2021, 1 sekolah sahaja
terbaik iaitu GPS 4.99. 8 buah sekolah mencapai 5 hingga 5.99 mata, 26 buah
sekolah mencapai 6 hingga 6.99 mata, 14 buah sekolah 7 hingga 7.99. Maka
40 buah sekolah berada pada GPS 6 ke atas.
Makluman
Mesyuarat bersetuju:
4.6 Pihak sekolah perlu melaksanakan atau menyelaraskan intervensi berfokus
melibatkan calon SPM 2021 dalam tempoh sebulan ini.
Tindakan: Pengetua
4.7 Sekolah perlu mengenal pasti calon SPM yang perlu dibantu bagi calon layak
sijil dan potensi cemerlang semua `A`. Pengetua bersama-sama SLT dan
MLT serta guru merancang strategi membantu kelompok murid-murid
tersebut.
Tindakan: Pengetua
4.8 Sekolah perlu merancang intervensi yang sesuai bagi meningkatkan tahap
penguasaan dan keputusan peperiksaan berdasarkan tahap PBD murid
sejak dari menengah rendah kerana terbukti ada korelasi keputusan PBD
murid dengan keputusan percubaan SPM 2021.
Tindakan: Pengetua
4.9 Pengetua perlu melaksanakan ‘weekly progress checking’ terhadap prestasi
calon SPM 2021 dan calon SPM 2022.
Tindakan: Pengetua
5
4.10 Memastikan peranan kaunselor dalam melihat prestasi murid yang tidak hadir
dan mengambil tindakan untuk membantu murid-murid berkenaan.
Tindakan: Pengetua
5. Pembentangan Amalan Terbaik – SMK Ave Maria Convent
Mesyuarat mengambil maklum:
5.1 Pn. Liew Pengetua SMK Ave Maria Convent telah membuat perkongsian
amalan terbaik : GO CARITAS (Love All Mankind). Merancang pelbagai
program bagi subjek Bahasa Melayu seperti Program Didik Hibur, Mahir
Karangan dan MUTABA (Mudah Belajar Tatabahasa).
Makluman
5.2 Program Sejarah : ICT Merentas Sejarah, Mantap Sejarah, LASER (Lets All
Score Excellent Result) Sejarah SPM dan Bengkel Celik Sejarah.
Makluman
5.3 Pemantauan berkala oleh Ketua Panitia tentang kehadiran murid. Pentadbir
akan memantau setiap hari Jumaat. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama
PK HEM membuat intervensi berdasarkan laporan Ketua Panitia tentang
ketidakhadiran murid.
Makluman
6. Analisis Pentaksiran Bilik Darjah Sesi 2021
Mesyuarat mengambil maklum
6.1 Analisis PBD menunjukkan terdapat murid yang tidak menguasai semua mata
pelajaran; Tingkatan 1 (3 orang), Tingkatan 2 (3 orang), Tingkatan 3 (11 orang)
dan Tingkatan 4 (3 orang).
Makluman
Mesyuarat bersetuju
6.2 Memastikan semua guru mengenal pasti isu dan melaksanakan intervensi
berdasarkan isu yang telah dikenalpasti.
Tindakan : Pengetua
6.3 Pengetua perlu perkasakan peranan kaunselor untuk membantu murid dalam
pentaksiran bilik darjah.
Tindakan : Pengetua
6
6.4 Memantapkan peranan peminpin sekolah dalam PBD.
Tindakan : SIP+.
6.5 Melaksanakan penjaminan kualiti luaran kepada sekolah fokus.
Tindakan : PPD
6.6 Melaksanakan Dialog Prestasi PBD selepas Pelaporan PBD diserahkan kepada
ibu bapa, memastikan penjaminan kualiti dalaman dilaksanakan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun.
Tindakan: Pengetua
7. Pelaporan Bimbingan Catch Up Plan
Mesyuarat mengambil maklum
7.1 Bimbingan dan pemantauan dilaksanakan secara:
7.1.1 8 orang Pengetua dan 17 orang Guru Besar telah membentang dan
berkongsi Catch-Up Plan (CUP) sekolah masing-masing pada 12
Januari 2022 di 5 lokasi .
7.1.2 Bimbingan dan kunjung bantu Catch-Up Plan oleh pegawai sektor
pembelajaran telah dilaksanakan dari 12 Januari hingga 22 Januari
2022.
7.1.3 Pemantauan dilaksanakan bagi dua panitia tentang penyediaan Catch-
Up Plan
7.1.4 24 sesi pencerapan telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Sektor
Pembelajaran.
7.2 Instrumen yang digunakan ialah senarai semak (hardcopy), ‘Google Form’
dan borang SKPMg2 Standard 4.
Makluman
7.3 Dapatan daripada pemantauan dan pencerapan yang dibuat ialah guru masih
terikat pada pentaksiran sumatif untuk menentukan TP murid.
Makluman
7.4 Catch-Up Plan yang dirancang oleh guru adalah lebih kepada modul latih tubi.
Guru-guru perlu memahami prinsip asas CUP kali ini dan pendekatan yang
disarankan oleh KPM.
Makluman
7
V. Hal-hal lain
Mesyuarat mengambil maklum
8.1 Permohonan untuk peluasan kelas DLP dibuka sehingga tarikh akhir 15 Mac
2022.
Makluman
8.2 Eg-tukar 2.0. Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan memohon
melalui Eg-tukar. Pengetua Cemerlang dan Guru Besar cemerlang tidak layak
memohon melalui Eg-tukar. Permohonan pertukaran adalah untuk tempoh satu
tahun.
Makluman
Mesyuarat bersetuju:
8.3 Pengetua perlu memaklumkan kepada ibu bapa mengenai kemasukan murid
Tahun 6 ke kelas DLP Tingkatan 1 bagi sesi 2022 perlu dikekalkan ke kelas
DLP dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tindakan: Pengetua
8.4 Pengetua perlu memaklumkan kepada ibu bapa mengenai kemasukan murid
Tahun 6 bukan DLP ke kelas DLP Tingkatan 1 boleh dipertimbangkan. Begitu
juga bagi murid Tingkatan 3 boleh memohon masuk kelas DLP Tingkatan 4.
Kelas DLP Tingkatan 4 tidak semestinya aliran Sains sahaja.
Tindakan: Pengetua
8.5 Semua warga pendidik mesti mengisi HRMIS sekiranya ingin keluar waktu
pejabat untuk urusan peribadi dan perlu disahkan dahulu oleh ketua jabatan
melalui submodul cuti.
Tindakan: Pengetua
VI UCAPAN PENANGGUHAN
MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.10 PTG.
Urus Setia,
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Sekolah Menengah Bil 3/2021
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah
Kinta Utara 26 Januari 2022
Edited : 7 Februari 2022
8
LAMPIRAN
Hadir :
1 Tuan PPD Daerah Kinta Utara
(TUAN MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF)
2 Timbalan PPD Sektor Perancangan PENGERUSI
(ENCIK ZULKAFLI BIN MOHAMED MOKHTAR) MESYUARAT
3 Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
(ENCIK JAMALUDDIN BIN ABU KASSIM) - MENJALANKAN TUGAS
4 Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
(TUAN HJ FIRDAUS BIN AHMAD)
5 Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
(ENCIK ZAHERIEN BIN RAHMAT)
6 SIP+
(ENCIK MAHBUD BIN ABD FATAH)
7 SIP+
(PUAN ZURAIDA BINTI AHMAD KHULAIMI)
8 Pengetua SM Tuanku Abdul Rahman
(ENCIK MOHAMAD ZAKARIA BIN MOHAMAD YUSOF)
9 Pengetua SMK St Michael
(ENCIK SIT WAI YIN)
10 Pengetua SMK Jalan Tasek
(TUAN HJ SALLEH BIN HAJI YUSUF)
11 Pengetua SMK Buntong
(ENCIK RAJENDRAN NAIDU KANNAYAR)
12 Pengetua SMK Perempuan Methodist
(PUAN GAN LEE LEE)
13 Pengetua SMK Perempuan Perak
(CIK WONG SOOK KUIN)
14 Pengetua SMK Bandar Baru Putra
(PUAN AZARINA BINTI ALIAS)
15 Pengetua SMK Kg Dato Ahmad Said
(PUAN SALINA BINTI SALIM)
16 Pengetua SMK Rapat Setia
(ENCIK AZSHAR BIN RAMLI)
17 Pengetua SMK Jalan Pasir Puteh
(PUAN MARDZIYYAH BINTI HJ HASSIM)
18 Pengetua SMK Dr Megat Khas
(PUAN NORIHA BINTI NAWAWI)
19 Pengetua SMK Tarcisian Convent
(PUAN ZURAIDA BINTI ZAINAL ABIDIN)
20 Pengetua SMK Seri Keledang
(ENCIK GUNALAN A/L TONY)
21 Pengetua SMK Seri Intan
(PUAN LIZA BINTI RAZALI)
22 Pengetua SMK Dato Hj Mohd Taib
(PUAN KHALILAH BINTI ZAABA)
23 Pengetua SMK Menglembu
(ENCIK TEH EOW KOK)
24 Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pusing
(PUAN ANOM HAMIMI BT AZUMU)
25 Pengetua SMK Anderson
(ENCIK WAN SHAIFUL AKMAR BIN MOHAMAD IDRIS)
26 Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah
(PUAN FIKRIAH BINTI ZAWAWI)
9
27 Pengetua SMK Raja Perempuan
(PUAN WIZA ROZAHRIN BINTI MOHAMED RADZI)
28 Pengetua SMK Wira Jaya
(ENCIK RUSMIZI BIN YUSOF)
29 Pengetua SMK Yuk Choy
(ENCIK LIM SONG KHAN)
30 Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Tingkatan 6 Seri Ipoh
(ENCIK ROSLAN BIN AMRAN)
31 Pengetua Kolej Tingkatan 6 Seri Putera
(TUAN HJ AHMAD JEFRI BIN HJ KAMIL)
32 Penolon Kanan Pentadbiran SMK Raja Chulan
(PUAN NORMARIA BINTI NASIRUDDIN)
33 Pengetua SMK Ave Maria Convent
(PUAN LIEW SWEE FONG)
34 Pengetua SMK Seri Ampang
(PUAN PATIMAH BINTI IBRAHIM)
35 Pengetua SMK Tasek Damai
(ENCIK SHAMSAHHIMI BIN HARUN)
36 Pengetua SMK Convent
(PUAN FOO MEI MEI)
37 Pengetua SMK Sam Tet
(ENCIK CHAN KOK WAI)
38 Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tambun
(PUAN ROSILAH BINTI MUSA)
39 Pengetua SMK Tanjong Rambutan
(ENCIK M. ABU BAKAR BIN NS MOHAMED SARIFF)
40 Pengetua SMK Lahat
(PUAN BAINAH BINTI AB. DOLAH)
41 Pengetua SMK Gunung Rapat
(ENCIK AHMAD HARIDAN BIN MOHAMMED)
42 Pengetua SMK Seri Puteri
(PUAN ZAKIAH BINTI HJ ARIFFIN)
43 Pengetua SMK Kampung Pasir Puteh
(ENCIK RAZAK MALEK BIN TAHARIM)
44 Pengetua SMK Jati
(ENCIK RAHMAN BIN MUSTAR)
45 Pengetua SMK Ulu Kinta
(ENCIK MOHAMAD HUSSIN BIN MAT RASHID)
46 Pengetua SMK Raja Permaisuri Bainun
(TUAN HJ ANUAR BIN MAMAT)
47 Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bercham
(ENCIK SHAHARUDDIN BIN SANI)
48 Pengetua SMK Jelapang Jaya
(ENCIK ZABRI BIN MAT BASIR)
49 Penolong Kanan Pentadbiran SMK Aminuddin Baki Chemor
(PUAN FATIMAH BINTI UMAR)
50 Pengetua SMK Pinji
(PUAN PHOON KEAN LOON)
51 Pengetua SABK Izzuddin Shah
(ENCIK AHMAD MUNAWIR BIN SALEHULDIN)
52 Pengetua SMK Pengkalan
(PUAN NORANIDA BINTI AHMAD)
53 Pengetua SMK Simpang Pulai
(ENCIK FAZUL BIN YUSOF)
54 Pengetua SMK Methodist ACS
(ENCIK JOHN DEVASAGAYAM A/L SEENI)
10
55 Pengetua SMK Sg Pari
(ENCIK BALARAMA A/L KRISHNAN)
56 Penolong Kanan Pentadbiran SABK Maahad Al Ummah
(ENCIK MOHAMMAD ROSLI BIN AHMAD)
57 Pengetua SABK Imam Shafee
(ENCIK MOHD ROZMAN BIN ABDUL MUIN)
58 Pengetua SABK Maahad Tahfiz (MATAQAB)
(ENCIK ANUAR BIN HJ AHMAD)
59 Pengetua SMK Poi Lam
(PUAN TENG YOON YING)
60 Pegawai SISC+
(PUAN HAJJAH NORHAINI BINTI ABDUL AZIZ)
61 Pegawai SISC+
(PUAN MISAH BINTI SULAIMAN)
62 Pegawai SISC+
(ENCIK MT SARIMAN BIN KASSIM)
63 Pegawai SISC+
(TUAN HJ AHMAD SALEHIN BIN SHAARI)
64 Pegawai SISC+
(TUAN HJ JAMALUDDIN BIN YAHAYA)
65 Pegawai SISC+
(PUAN BONSU AMIN BINTI SAHIMAN)
66 Pegawai SISC+
(ENCIK MOHD NAZRI BIN ABDUL HAMID)
67 Pegawai SISC+
(PUAN JULIANA BINTI SHAHARUM)
68 Pegawai SISC+
(PUAN RA’BANIAH NOR BINTI HAMDAN)
69 Pegawai SISC+
(PUAN JAYANTHI A/P KARUPPAN)
70 Pegawai SISC+
(PUAN ZARINA BT MADZHAR)
71 Pegawai SISC+
(PUAN HATIMAH BINTI MAT)
72 Pegawai SISC+
(PUAN NORSYILA BINTI MAZLAN)
73 Pegawai SISC+
(PUAN VIJAYALACHEMY A/P SUBRAMANIAM)
74 Pegawai SISC+
(EN JOEL JACOB A/L MK JACOB)
75 Pegawai SISC+
(AHMAD HARIS BIN MD. IDRIS)
76 Penolong PPD Sektor Perancangan
(ENCIK ZUHAIR AZUAR BIN ARIFFIN)
77 Penolong PPD Pra Sekolah dan Rendah
(ENCIK ISMAIL BIN YUSOFF)
78 Penolong PPD Psikologi dan Kaunseling
(PUAN HAJJAH ZAIDAS BINTI HJ SALLEH)
79 Penolong PPD Pendidikan Islam
(ENCIK NOOR DASHRIMAN BIN NOOR KAMAN)
80 Penolong PPD Pemulihan Khas
(PUAN AZLINA BINTI IBRAHIM LASTAR)
81 Penolong PPD Pemulihan Khas
(DR ROSLI BIN IBRAHIM)
82 Penolong PPD Pemulihan Khas
(ENCIK MOHD MUBARAK BIN HJ HUSIN)
11
83 Penolong PPD Pendidikan Khas
(PUAN LEE WAI YIN)
84 Penolong PPD Pendidikan Khas
(ENCIK MOHD SYUKRI BIN ABDUL RAHMAN)
85 Penolong PPD Pendidikan Khas
(PUAN CHE YANG BINTI RAMLI)
86 Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan
(PUAN RAIHAN HAMIZA BINTI JALALUDIN)
12