Muat turun nota di www.balohpedia.com
ULUM AL QURAN
BAB 1 ULUM AL QURAN DAN KEPENTINGANNYA
1. Pengertian ulum al-Quran .
a. Dari segi bahasa : Ilmu bermaksud pengetahuan dan al-Quran bermaksud bacaan.
b. Dari segi istilah : Al-Quran dita’rifkan sebagai kalamullah yang bermujizat yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan
secara mutawattir dan membacanya adalah ibadah.
Ulum al-quran dita’rifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji tentang al-Quran dan
perkara yang berkaitan dengannya.
2. Peringkat perkembangan dan pembukuan ulum al-Quran.
a. Zaman Rasulullah S.A.W.
Penurunan, penulisan, pengajian dan penghayatan al-Quran menghasilkan ilmu tentang
konsep wahyu, konsep nuzul al-Quran. Ulum tafsir, kaedah penulisan dan pengajian al-
Quran.
b. Zaman Sahabat.
i. Pengumpulan al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz dalam peperangan riddah
menghasilkan ilmu Jam’ul Quran.
ii. Penyatuan al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf Usmani menghasilkan
Resam Usmani.
iii. Pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali, Yahya bin Yakmur dan
Khalil bin Ahmad menghasilkan I’rab al-Quran.
c. Zaman Umawi ( Para Tabi’in )
Penandaan titik dan baris huruf al-quran oleh Hujjaj Bin Yusuf as-Saqafi memperkemaskan
lagi ulum Resam al-Quran.
d. Zaman Abasi ( Para Tabi’ Tabi’in )
Perkembangan ilmu tafsir dan pembukuan bidang-bidang ulum al-Quran seperti Tafsir bil
rakyi, Asbabun nuzul, Makki wal madani, I’jaz al-quran dan sebagainya.
3. Faedah mempelajari ulum al-Quran :
a. Meneguhkan keimanan terhadap keagungan al- Quran sebagai kalamullah.
b. Mengambil iktibar daripada kehebatan para ulama mengkaji al-Quran.
c. Dapat memahami al-Quran dengan betul.
d. Dapat mengamal dan menghayati al-Quran.
e. Dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran.
4. Bidang kajian ulum al-Quran :
a. Mukaddimah ulum al-Quran
b. Konsep nuzul al-Quran.
c. Asbabun nuzul al-Quran.
d. Jadal al-Quran.
e. Asbabul nuzul ayat
f. Makki dan madani
g. Sejarah penulisan dan pembukuan al-Quran.
h. I’jaz al-Quran.
i. Nasakh dan mansukh.
1
Muat turun nota di www.balohpedia.com
j. Am dan khas
k. Mutlak dan muqayyad
l. Mantuk dan mafhum
m. Tajwid al-Quran
n. Tarannum al-Quran
o. Dabit al-Quran
p. Muhkam wal mutasyabih.
q. Konsep wahyu
r. Amsal al-Quran
s. Aqsam al-Quran
t. Qasas al-Quran.
u. Balagahah al-Quran.
v. Muyskilul Quran
5. Kesan perkembangan ulum al-Quran :
a. Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap al-Quran.
b. Melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan al-Quran.
c. Melatih minat mambaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan al-Quran.
d. Melatih beriltizam dengan berdisplin dan etika pembelajaran.
e. Melatih berfikir secara kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap perbahasan ulum
al-Quran.
BAB 2 AL QURAN DAN NAMA-NAMA AL QURAN
1. Pengertian al-Quran :
a. Al-Quran dari segi bahasa ialah bacan atau himpunan huruf.
b. Dari segi istilah dita’rifkan sebagai kalamullah yang bermujizat yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad melalui malaikat jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawattir
dan membacanya adalah ibadah, bermula dengan surah fatihah dan berakhir dengan surah
an-Nas.
2. Ciri-ciri al-Quran :
a. Isi kandungannya meliputi seluruh aspek akidah , syariah dan akhlak.
b. Diriwayatkan secara mutawattir dan selamat daripada kemungkinan tersilap.
c. Sesuai digunakan pada sebarang masa dan tempat sehingga hari kiamat.
d. Kegunaan untuk seluruh umat manusia.
e. Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari kiamat.
3. Ciri-ciri kitab samawi yang lain :
a. Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan.
b. Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada penyelewengan.
c. Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja.
d. Untuk umat tertentu sahaja.
e. Tidak ada jaminan kekal dan selamat.
4. Nama-nama al Quran
2
Muat turun nota di www.balohpedia.com
Nama-nama al-Quran ialah al-Kitab, al-Furqan, Az-Zikr dan al-Tanzil.
Daripada nama-nama al-Quran juga, kita dapat mengenal sifat-sifat al- Quran seperti an-
Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , al-Mubin (menerangkan sesuatu), al-Huda
(petunjuk), Ar-Rahmah (kerahmatan ).
BAB 3 AL QURAN SEBAGAI MUKJIZAT
1. Ta’rif mukjizat.
Dari segi bahasa bermaksud melemahkan manakala dari segi istilah ditakrifkan sebagai
perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seseorang rasul sebagai bukti
kebenaran risalah yang dibawa kepada umat manusia.
2. Jenis mujizat :
a. Mujizat Hissi (___) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera
seperti tongkat nabi musa menjadi ular.
b. Mujizat Maknawi ( ____ ) ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda
dan mata hati seperti al-Quran.
3. Perkara luar biasa selain mukjizat :
a. Sihir- Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan syaitan untuk
menyesatkan manusia.
Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular.
b. Silap mata- Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui kepantasan tangan
dan teknikal.
Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan.
c. Ilham- Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan melalui mimpi
atau proses berfikir.
Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid.
d. Irhas ( ) إره ص- Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum mereka diutus menjadi
rasul.
Contoh : Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad.
e. Istidraj ( ) إ __ راج- Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia untuk
menambahkan lagi kesesatan mereka.
Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun.
f. Maunah ( _____ ) - Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk menyelamatkan
mereka dari sesuatu malapetaka atau bencana.
Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang.
g. Karamah ( __ ) آ _ا- Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada hamba yang
beriman dan bertakwa.
Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.
4. Aspek mukjizat al-Quran.
a. Dari aspek bahasa-mempunyai bahasa yang tinggi dan indah.
b. Dari segi isi kandungan- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara ghaib , hari
pembalasan, syariat dan hukum hakam.
c. Dari aspek ilmu pengetahuan- Penemuan sains bertepatan dengan ayat al-Quran.
(kejadian siang dan malam , kejadian makhluk berpasangan)
3
Muat turun nota di www.balohpedia.com
5. Dalil-dalil akli (akal) tentang mukjizat al-Quran.
a. Ketinggian bahasa al-Quran sehingga menghalang pakar-pakar bahasa.
b. Perkhabaran al-Quran tentang perkara ghaib, peristiwa lampau, peristiwa kan datang dan
syariat yang tidak boleh difikir dan direka melalui akal.
c. Isyarat al-Quran kepada beberapa fakta sains yang diperolehi melalui kajian saintifik.
BAB 4 KEPENTINGAN WAHYU
Dari segi bahasa perkataan wahyu membawa lima maksud :
a. Ilham fitri yang diberikan oleh Allah kepada orang biasa.
b. Ilham gharizi yang diberi oleh Allah kepada haiwan.
c. Isyarat pantas yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya.
d. Bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia.
e. Perintah Allah kepada para malaikat untuk melakukan sesuatu.
Dari segi istilah ialah kalamullah yang diturunkan kepada seseorang nabi atau rasul
mengikut cara yang khusus.
Cara penurunan wahyu :
a. Melalui malaikat.
i. Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring.
ii. Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa.
b. Tanpa perantaraan malaikat.
i. Melalui mimpi yang baik.
ii. Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.
Jenis-jenis wahyu :
a. Wahyu al-Quran yang diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua lafaz dan maknanya
daripada Allah dan sampai kepada kita secara mutawattir.
b. Wahyu hadis yang diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di sebalik hijab, maknanya
daripada Allah manakala lafaznya daripada baginda Rasulullah sendiri.
Wahyu adalah sumber ilmu Islam dan manusia perlu kepada panduan wahyu daripada Allah
untuk memahami agama kerana ajaran agama tidak boleh melalui akal fikiran.
Akibat mengabaikan peranan wahyu :
a. Gagal memahami agama.
b. Dipengaruhi budaya asing.
c. Hilang jati diri
d. Berada dalam kesesatan.
Ulama berselisih pendapat mengenai wahyu pertama yang diturunkan :
a. Pendapat pertama surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling rajih ).
b. Pendapat kedua surah al-Mudassir ayat 1 hingga 56
c. Pendapat ketiga ayat basmalah
d. Pendapat keempat surah al-Fatihah ayat keseluruhannya.
4
Muat turun nota di www.balohpedia.com
8. Perselisihan ulama mengenai wahyu terakhir :
a. Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian dan hari pembalasan di
akhirat. (Pendapat paling rajih).
b. Surah al-Baqarah ayat 287 yang berkaitan dengan riba.
c. Surah al-Baqarah ayat 282 yang berkaitan dengan hutang piutang.
d. Surah al-Imran ayat 195 .
e. Surah an-Nisak ayat 176.
f. Surah at-Taubah ayat 128-129.
BAB 5 NUZUL AL QURAN
1. Nuzul quran bermaksud proses penurunan wahyu al-Quran mengikut cara-cara yang
tertentu.
2. Peringkat penurunan al-Quran :
a. Peringkat pertama sebelum diturunkan ke bumi, al-Quran pada mulanya berada di Luh
Mahfuz.
b. Peringkat kedua, al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama Baitul Izzah yang
terletak di langit dunia. Proses penurunan ini berlaku pada malam lailatul qadar di bulan
ramadhan secara serentak sekali gus.
c. Peringkat ketiga, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari Baitul Izzah kepada
baginda melalui Jibril alaihissalam.
3. Hikmah penurunan al-quran secara berperingkat:
a. Untuk membezakan keistimewaan al-quran dan Nabi Muhammad dengan kitab dan para
Nabi terdahulu.
b. Untuk menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yang berlaku di alam ghaib.
c. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kebenaran al-quran.
d. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kerasulan Nabi Muhammad.
4. Hikmah penurunan al-quran secara beransur-ansur:
a. Sebagai bukti al-Quran itu daripada Allah.
b. Untuk menetapkan hati baginda yang terpaksa menempuh berbagai rintangan dalam
menyampaikan dakwah kepada umatnya.
c. Sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada rasulullah samada
berkaitan kerasulan, peristiwa lampau dan perkara ghaib.
d. Supaya manusia mampu dan bersiap sedia untuk menerima syariah.
e. Untuk memudahkan umat islam menghafaz dan memahami kandungannya.
ULUM AL QURAN TINGKATAN 5
BAB 6 MAKKIYAH DAN MADANIYAH
1. Ulama’ berselisih pendapat mengenai pengertian makkiyyah dan madaniyyah
a. Pendapat berdasarkan tempat.
5
Muat turun nota di www.balohpedia.com
Makkiyyah ialah surah yang diturunkan di Mekah dan kawasan sekitar seperti Mina, Arafah,
dan Hudaibiyyah.
Madaniyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan di Madinah dan dan kawasan sekitarnya
seperti Badar, dan Uhud samada selepas atau sebelum hijrah.
b. Pendapat berdasarkan kumpulan sasaran.
Makkiyyah ialah surah yang ditujukan kepada penduduk Mekah dan kawasan sekitar .
Madaniyyah ialah ayat atau surah yang ditujukan kepada penduduk Madinah dan dan
kawasan sekitarnya.
c. Pendapat berdasarkan masa.
Makkiyyah ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah.
Madaniyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah.
2. Pendapat berdasarkan masa adalah lebih tepat dan muktabar kerana :
a. Tidak semua ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah serta kawasan sekitarnya
seperti tabuk.
b. Tidak semua ayat atau surah ditujukan kepada penduduk Mekah menggunakan lafaz
__ا ___ ا ____ ا ___سdan tidak semua yang diturunkan kepada penduduk Madinah
menggunakan lafaz __ا ___ ا ____ ا ___ا
3. Faedah mengetahui Makkiyyah dan Madaniayyah.
a. Dapat mengetahui dan memahami sejarah perundangan islam dan tahap yang dilalui oleh
sesuatu hukum atau undang-undang sebelum ia ditetapkan oleh Allah
b. Dapat mengetahui pendekatan yang diambil oleh Islam dalam mendidik masyarakat dan
individu.
c. Boleh membantu para Mufassirin mentafsir al-Quran. Mereka dapat membezakan antara
nasakh dan mansukh apabila terdapat percanggahan makna antara dua ayat.
d. Dapat mengetahui dan memahami sirah Rasulullah dengan terperinci berdasarkan
pendekatan al-Quran yang berbeza ketika Rasulullah berada di Mekah dan ketika di
Madinah.
e. Dapat menambahkan keyakinan terhadap keaslian al-Quran.
4. Bentuk-bentuk ayat Makkiyah :
a. Semua surah yang ada lafaz _ آ
b. Surah-surah yang tidak terdapat ayat sajadah.
c. Semua surah yang dimulakan dengan huruf hijaiyyah kecuali surah al-Baqarah dan surah
al-Imran.
d. Semua yang menceritakan Adam dan iblis kecuali surah al-Baqarah.
e. Semua surah yang terdapat di dalamnya lafaz __ !_ ءادم
f. Semua surah yang menceritakan rasul dan umat dahulu kala yang mengandungi nasihat
dan pengajaran dan menceritakan kemusnahan kaum yang mendustakan.
g. Surah yang ada lafaz __ا ___ ا ____ ا ___س
h. Ayat-ayat Makkiyyah kebanyakan pendek-pendek.
5. Bentuk-bentuk ayat Madaniyyah.
a. Semua yang menceritakan kisah orang Munafik dan pendirian mereka terhadap dakwah
Rasulullah kecuali surah al-Ankabut.
b. Semua surah yang menceritakan tentang ahli kitab.
c. Surah yang ada lafaz __ا ___ ا ____ ا ___ا
6
Muat turun nota di www.balohpedia.com
d. Ayat-ayat Madaniyyah kebanyakannya panjang-panjang.
6. Ciri-ciri ayat Makkiyah :
a. Memantapkan akidah dengan memerangi habis-habisan syirik dan penyembahan berhala
yang dilakukan oleh penduduk Mekah.
b. Menggalakkan manusia supaya merenung diri dan alam untuk melihat kebenaran al-
Quran.
c. Membanteras budaya jahiliyyah seperti membunuh, suka bergaduh dan perang.
d. Menjelaskan tentang prinsip akhlak al-Quran dan hak-hak social dalam Islam.
e. Menceritakan kisah-kisah Rasul dan umat-umat terdahulu yang mengandungi
pengajaran-pengajaran dan teladan yang perlu diikuti.
f. Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.
7. Ciri-ciri ayat Madaniyyah.
a. Menjelaskan dengan agak terperinci soalan hukum-hukum syarak, umpamanya dalam
bidang ibadah, muamalah, perniagaan, hokum hudud, hukum sosial, peraturan perang,
peraturan bermasyarakat dan hak individu.
b. Menyeru ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) supaya mereka menerima Islam dan mengajak
mereka berbincang tentang akidah yang benar. Ini kerana mereka telah memesongkan
kebenaran dengan mengubah dan meminda kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada
mereka.
c. Terdapat ayat yang memberikan keizinan berperang dan berjihad dengan menjelaskan
hukum-hukum yang berkaitan dengannya.
d. Ayat dan surah Madinah lebih terperinci kerana penduduk Madinah tidak sama dengan
penduduk Mekah dari segi penguasaan bahasa.
Mereka lebih sesuai diberi penjelasan dan penerangan yang jelas dan teliti.
BAB 7 SEJARAH AL QURAN
SEJARAH AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH, KHULAFA’ ARRASHIDIN DAN
BANI UMAIYYAH
PENGUMPULAN, PENULISAN DAN PENYEBARAN AL-QURAN
Zaman Rasulullah S.A.W.
1. Pada zaman Rasulullah, al-quran belum dikumpulkan dan ditulis dalam satu mashaf
tertentu seperti yang ada pada masa kini. Sebaik sahaja wahyu diturunkan, Rasulullah
bersegera untuk menghafaz dan memahaminya.
2. Al-Quran disebarkan pada zaman Rasulullah melalui beberapa cara :
a. Bacaan dalam solat.
b. Majlis tadarus al-Quran antara Rasulullah bersama sahabat, antara sahabat sesama
sahabat dan antara sahabat sesama keluarga mereka.
c. Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah.
d. Sebelum hijrah, Rasulullah mengutuskan sahabat seperti Musab Bin Umair, Abdullah Bin
Ummu Maktum untuk mengajar al-Quran kepada orang ramai . Sementara Muaz Bin Jabal
telah dihantar ke Mekah selepas Rasul berhijrah ke Madinah.
7
Muat turun nota di www.balohpedia.com
3. Para sahabat memilih untuk menghafaz al-Quran kerana kebanyakkan mereka buta
huruf. Mereka ialah:
a. Abdullah Bin Masud
b. Salim Maula Abi Huzaifah
c. Muaz Bin Jabal
d. Zaid Bin Thabit
e. Abu Zaid Bin Ibnu Sakan
f. Abu Darda’
4. Al-Quran ditulis di pelapah tamar, batu-batu nipis, kulit binatang dan perca-perca kain.
Antara penulis wahyu ialah:
a. Ali Bin Abi Thalib
b. Ubai Bin kaab
c. Zaid Bin Thabit
d. Muawiyah Bin Abu Sufian
e. Muaz Bin Jabal
Zaman Abu Bakar As-Assidiq
1. Ramai para Hafiz al-Quran terkorban dalam peperangan al-Yamamah bagi memerangi
ancaman nabi palsu.
2. Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan Saidina Umar bahawa akan lebih ramai lagi
hafiz yang terkorban dan berpindah ke tempat lain.
3. Saidina Umar telah mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar supaya al- Quran
dikumpulkan dan disusun dalam satu mashaf.
4. Namun cadangan tersebut sukar diterima oleh Abu Bakar kerana tidak pernah dilakukan
oleh Rasulullah tetapi akhirnya bersetuju setelah dipujuk oleh Saidina Umar demi
memelihara al-quran.
5. Tugas penulisan al-Quran telah diamanahkan kepada Zaid bin Thabit kerana :
a. Beliau ialah seorang daripada hafiz al-Quran dan penulis wahyu.
b. Beliau berkesempatan mengikuti majlis pembacaan a-Quran oleh Rasulullah bersama
Jibril pada sangat-sangat akhir hayat Rasulullah.
6. Zaid telah melakukan dengan teliti dan berhati-hati serta meletakkan beberapa garis
panduan:
a. Merujuk kepada para hafiz al-Quran dan penulis wahyu yang lain serta ayat al-quran yang
telah ditulis pada zaman Rasulullah.
b. Setiap ayat yang ditulis disahkan oleh dua orang saksi yang adil bagi membuktikan ayat
itu benar-benar diterima daripada Allah.
Zaman Saidina Usman Bin Affan
1. Pada zaman Saidina Usman, negara Islam bertambah luas dengan pembukaan wilayah-
wilayah baru dan ramai bukan Arab memeluk Islam.
2. Jarak waktu antara zaman Rasulullah dengan generasi selepasnya semakin jauh yang
menyebabkan berlakunya perbezaan lahjah dalam pembacaan al- Quran.
3. Perselisihan ini disaksikan oleh Abu Huzaufah Bin al-Yaman semasa beliau menyertai
penduduk Syam dan Iraq menentang Armaniah dan Azbaijan.
8
Muat turun nota di www.balohpedia.com
4. Beliau bersama-sama beberapa orang sahabat telah berbincang dengan khalifah Osman
Bin Affan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.
5. Khalifah telah bersetuju untuk menyalin semula al-Quran ke dalam beberapa mashaf dan
menghantarnya ke setiap wilayah Islam untuk menjadi rujukan jika berlaku perselisihan
berhubung bacaannya. Naskhah al-Quran yang lain hendaklah dibakar bagi menggalakkan
fitnah.
6. Khalifah Usman telah meminta jasa baik beberapa orang sahabat untuk menyalin semula
al-Quran.
a. Zaid Bin Thabit
b. Abdullah Bin az-Zubir
c. Said Bin al-A’s
d. Abd Rahman Bin Al-Haris Bin Hisyam
7. Khalifah Usman telah menetapkan syarat-syarat tertentu dalam penulisan tersebut .
a. Jika berlaku perselisihan dalam bacaan antara mereka, segala pembetulan dalam bacaan
yang berbeza hendaklah dirujuk kepada lahjah Quraiys kerana al-Quran diturunkan dalam
bahasa tersebut.
b. Hanya ayat al-Quran yang benar-benar mutawatir daripada Rasulullah dan tidak
dimansukhkan akan ditulis semula.
c. Naskhah al-Quran diedarkan ke seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan dalam
bacaan.
8. Sebanyak tujuh naskhah telah disiapkan . Enam naskhah telah dihantar ke wilayah-
wilayah Islam iaitu Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Yaman dan Bahrin. Sementara satu lagi
naskhah disimpan di Madinah sebagai rujukan dan ia dikenali sebagai Mashaf Al-Imam.
ZAMAN BANI UMAIYAH
1. Pada zaman Bani Umaiyah meraka telah menggunakan naskhah yang telah dihantar oleh
khalifah Osman. Naskhah ini telah disalin dan diperbanyakkan dalam keadaan yang asal
iaitu tanpa mempunyai baris dan titik.
2. Pertambahan umat Islam daripada kalangan bukan arab menyebabkan kebanyakkan
mereka sukar untuk membezakan kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya kerana tidak
mempunyai sebarang baris dan titik.
3. Keadaan ini telah disedari oleh pemerintah Islam dan mereka telah membuat beberapa
ikhtiar untuk menjamin keaslian al-Quran agar terus berkekalan. Antara usaha-asaha
tersebut ialah:
a. Meletakkan tanda baris seperti sukun (baris mati), sabdu, mad dan sebagainya.Ia
dilaksanakan oleh Abu Aswad ad-Dauli semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah Bin Abu
Sufian.
b. Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada ba, ta, sa, jim, ha, kha
dan sebagainya. Ia dilaksanakan oleh Nasar Bin Asim dan Yahya Bin Ya’mur .
Dilaksanakan pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dengan bantuan Yusuf
as-Saqafi.
9
Muat turun nota di www.balohpedia.com
4. Proses menambah baikan tanda al-Quran telah diteruskan pada zaman Abasiah dan
dilaksanakan oleh Khalil Bin Ahmad al-Basri.
BAB 8 ILMU TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAFSIR
1. Tafsir dari segi bahasa ialah bermaksud terang dan jelas.
2. Dari segi istilah, terdapat beberapa pendapat:
a. Ilmu untuk memahami al-Quran, menerangkan maknanya dan mengeluarkan hukum-
hukum dan hikmatnya.
b. Ilmu yang membahaskan tentang al-Quran dari segi kehujahannya selaras dengan
kehendak Allah sekadar kemampuan manusia.
3. Jenis-jenis tafsir:
a. Tafsir bil-maksur.
• Tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran yang lain - Tafsir ini adalah yang paling tepat.
• Tafsir ayat al-Quran oleh hadis Rasulullah. Ayat al-Quran yang umum atau mutlak akan
ditafsirkan oleh hadis-hadis Rasulullah.
• Tafsir ayat al-Quran oleh para sahabat - Ijtihad para sahabat dalam mentafsir al-Quran
adalah diterima kerana para sahabat hidup sezaman dengan Rasullullah.
b. Tafsir bil-rakyi.
• Para Mufassir mentafsir ayat al-Quran lebih banyak berdasarkan pendapat dan ijtihad
mereka sendiri.
4. Syarat-syarat untuk mentafsir al-Quran :
a. Mahir dalam ilmu bahasa arab yang meliputi ilmu nahu dan ilmu tasauf.
b. Mahir dalam ilmu usul feqah yang berkaitan mengenai am, khas, mujmal, mufasal dan
lain-lain.
c. Mahir tentang ilmu qiraat.
d. Mahir dalam ilmu usuluddin.
e. Mahir dalam ilmu balaghah yang terdiri daripada ilmu maani, ilmu bayan dan ilmu badi’.
f. Mahir ilmu asbabun nuzul.
g. Mahir tentang hadis dan ilmu hadis.
h. Mahir tentang ilmu nasakh dan mansukh.
i. Mahir dalam ilmu feqah.
5. Kepentingan ilmu tafsir:
a. Mampu mentafsir dengan baik.
b. Memahami metodologi ulama’ dalam mentafsir al-Quran.
c. Mengelak dan menghindarkan unsure-unsur penyelewengan dalam proses mentafsir al-
Quran.
d. Memandu manusia untuk berjaya hidup di dunia dan akhirat serta hidup dalam hidayah
dan rahmat Allah.
e. Memantapkan akidah seseorang, ibadah semakin berkualiti, muamalah lebih menjadi adil,
pentadbiran semakin efisyen dan akhlak menjadi luhur.
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
10
Muat turun nota di www.balohpedia.com
Zaman Rasulullah S.A.W.
1. Rasulullah adalah mufassir al-Quran yang ulung kerana baginda memahami setiap ayat
al-Quran yang diturunkan.
2. Baginda menyebarkan kepada para sahabat dengan memberikan maksud dan
pengajaran ayat secara umum dan terperinci.
3. Sekiranya timbuk masalah dalam memahami al-Quran, para sahabat akan merujuk terus
kepada Rasulullah.
Zaman Sahabat R.A
1. Para sahabat adalah orang yang mahir tentang selok belok al-Quran kerana al-Quran
diturunkan dalam bahasa arab dan mereka hidup sezaman dengan Rasulullah.
2. Para sahabat mentafsir al-Quran berdasarkan beberapa pendekatan iaitu :
a. Mentafsir al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain.
b. Mentafsir berdasarkan tafsir hadis Rasulullah.
c. Mentafsir al-Quran dengan ijtihad mereka sendiri.
Zaman Tabi’in hingga zaman pembukuan ilmu tafsir.
1. Para Tabi’in mewarisi ilmu tafsir melalui para sahabat secara talaqi dan Musafahah
2. Dalam mentafsir para Tabi’in berpegang kepada riwayat yang disandarkan kepada
Rasulullah, para sahabat dan tabi’in sendiri. Mereka juga mengadakan istinbat berdasarkan
kaedah-kaedah bahasa arab.
3. Di kota Mekah terkenal dengan ajaran dan aliran Ibnu Abas.
4. Di kota Madinah terkenal dengan ajaran dan alliran Ubai Bin Ka’ab.
5. Di Kota Iraq terkenal dengan ajaran dan aliran Abdullah Ibnu Masud.
6. Pada akhir pemerintahan bani Umaiyah dan pada awal pemerintahan Bani Abasiah
usaha telah dilakukan untuk menulis ilmu tafsir sebagai satu displin ilmu yang berasingan.
7. Kesan perkembangan ilmu tafsir kepada tamadun manusia :
a. Perkembangan ilmu tafsir telah melahirkan ramai ulama’ yang mahir dalam ilmu tafsir.
b. Lahirnya displin ilmu yang lain seperti ilmu falak dan lain-lain.
c. Lahirnya masyarakat berilmu
11