Bentuk Sajak
Tingkatan 1
Contoh sajak: Bahtera Nusa Bangsa
Karya: Chai Loon Guan, 2015
Rangkap 1
Kertas jati diri dan maruah cinta
untuk aku cipta
bahtera merdeka
bahtera nusa
sebelum kulepaskan belayar
di lautan luas cabaran
di lautan dalam dugaan.
Contoh sajak: Bahtera Nusa Bangsa
Rangkap 2
Izinkan bahtera nusa
belayar di lautan duga
belayar di samudera lumba
ayuh, kita panjatkan doa
bersama nahkoda bijaksana
anak-anak bahtera
setia perkasa.
Contoh sajak: Bahtera Nusa Bangsa
Rangkap 3
Bahtera itu
bahtera merdeka
bahtera itu
bahtera berdaulat
bahtera itu
bahtera nusa bangsa
bahtera cinta bahagia
gah megah berlabuh
di pulau impian
di pelabuhan wawasan!
Bilangan rangkap dalam
sajak
• Sesebuah sajak bebas untuk mempunyai berapa
bilangan rangkap.
• Berdasarkan sajak “Bahtera Nusa Bangsa” di atas,
terdapat 3 rangkap sahaja.
Bilangan baris bagi setiap
rangkap sajak
• Bilangan baris bagi sesebuah sajak juga adalah bebas kerana
sajak merupakan puisi moden yang berbentuk bebas.
• Sebagai contoh sajak di atas, bilangan baris bagi rangkap
ketiga ialah sebanyak 10 baris.
Jumlah perkataan bagi
setiap baris
• Jumlah bilangan perkataan bagi setiap baris juga adalah
bebas.
• Contoh:
Izinkan bahtera nusa
Jumlah perkataannya ialah tiga.
Jumlah suku kata bagi setiap
baris
• Jumlah suku kata bagi setiap baris turut berbeza.
Contoh:
I/zin/kan bah/te/ra nu/sa
Bilangan suku kata ialah lapan.
Rima akhir bagi setiap
rangkap sajak
• Contoh:
Kertas jati diri dan maruah cinta
untuk aku cipta
bahtera merdeka
bahtera nusa
sebelum kulepaskan belayar
di lautan luas cabaran
di lautan dalam dugaan.
• Rima akhir rangkap sajak ini ialah a, a, a, a, b, c, c