Buka Akaun XM Anda Sekarang
Berdagang Pasaran dengan Pelaksanaan Pantas di Broker
Terkawal dan Berlesen XM
XM Buka
INFO › Tema Hari Kebangsaan 2022 Dan Logo Sambutan
Tema Hari Kebangsaan 2022 Dan Logo Sambutan
Tema Dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan 2022. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bakal merayakan sambutan Hari
Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Apakah tema tahun ini? Tema Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2022 yang dipilih pada tahun ini adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama iaitu tema yang sama tahun lepas dan
dikekalkan untuk tahun ini seperti diumumkan oleh K-KOMM iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri
Panglima TPr Annuar Haji Musa pada 1 Julai 2022.
Sebagai rujukan, tema tahun 2021 & 2020 adalah Malaysia Prihatin, tahun 2019 adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih,
tahun 2018 adalah Sayangi Malaysiaku manakala pada tahun 2017 pula adalah Negaraku Sehati Sejiwa manakala pada tahun
2016 adalah Sehati Sejiwa. Hari Kebangsaan adalah merupakan tarikh cuti umum buat Malaysia. 31 Ogos 2022 akan jatuh pada
hari Rabu manakala Hari Malaysia pada hari Jumaat, 16 September 2022.
Ad : (0:09) 6
5
Isi Kandungan
1. Tema Hari Kemerdekaan 2022 Dan Logo Sambutan
2. Hari Kebangsaan Ke 65 & Hari Malaysia 2022 (Ke 59)
3. Tahun 2021
4. Tahun 2019
5. Tahun 2018
6. Tahun 2017
Tema Hari Kemerdekaan 2022 Dan Logo Sambutan
Berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang dipilih
bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pandemik
covid-19.
Juga dikongsikan maksud logo sambutan beserta lirik lagu tema hari kemerdekaan kali ke 65 tahun 2022 dan maklumat acara
perbarisan/ perarakan sambutan:-
Hari Kebangsaan Ke 65 & Hari Malaysia 2022 (Ke 59)
Logo dan tema hari kebangsaan
ADVERTISEMENT
Ad : (0:09) 6
TEMA HARI KEBANGSAAN 2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama 5
Acara Tahun 2022
Pelancaran Bulan Kebangsaaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai di Putrajaya
Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka
Logo Sambutan
Ad : (0:09) 6
Maksud 5
Logo berkonsepkan Jalur Liputan Internet : Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan
yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Tiga jalur biru, merah dan kuning : Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar
budaya serta hidup harmoni.
Titik Merah : Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan
berwawasan.
Kedudukan Yang Berselang-seli : Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan
bersama.
Keluarga Malaysia : merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan
dan kesyukuran
Teguh Bersama : mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektid dan mampan
Tahun 2021
Logo dan tema hari kebangsaan
TEMA HARI KEBANGSAAN 2021 : Malaysia Prihatin
Acara Tahun 2021
Hari Kebangsaan
Sambutan rasmi akan dibuat secara sederhana macam tahun lalu dan lokasi sambutan peringkat nasional juga dibuat di
Dataran Pahlawan, Putrajaya seperti pada tahun lepas,
Perbarisan di Dataran Pahlawan, setakat ini belum pasti sama ada dibuat 30 minit sahaja atau satu jam atau boleh dua jam
kerana bergantung penilaian risiko semasa
Acara Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos berkemungkinan besar juga ditiadakan seperti tahun lalu susulan kebimbangan
penularan wabak Covid-19 di lokasi sambutan
Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional bakal dilancarkan rasmi di Kuala Terengganu, Terengganu yang dijangka
sekitar pertengahan bulan Julai
Hari Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2021 pula akan berlangsung di Sabah selepas giliran Sarawak sebagai tuan rumah perayaan
berkenaan pada 16 September tahun lalu
Lokasi sambutan yang dicadangkan adalah di dewan utama Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu dan
bakal diadakan dalam norma baharu
Logo Sambutan
Ad : (0:09) 6
5
Maksud
Malaysia : Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan
memerangi Covid-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang
perseorangan.
Prihatin : Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’
yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2021
Malaysia Prihatin
Ciptaan : Dato’ Mokhzani Ismail
Lirik : El Sol Akhmad
Penyanyi : Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul
Klik Video Nyanyian
Lirik Lagu
Kedamaian..
Ad : (0:09) 6
Milik Kita Bersama..
Amanah Bangsa..
5
Junjung Selamanya..
Abadikanlah..
Jiwa Dan Ragamu..
Teguh..
Sinar Cahaya..
Satukan Jiwa..
Semarakkan Api Cinta Di Hati..
Pada Setiap Insan Kita Gapaikan..
Agar Gemilang..
Mekar Di Persada..
Satu Langkah Satu Hati..
Untukmu Pertiwi..
Di Mana Bumi Dipijak..
Di Situ Langit Dijunjung..
Kita Gunungkan..
Semangat Sejiwa..
Walau Dimana Saja Berada..
Makmurnya Seiringan..
Agar Teguh Tulus Ikhlas Dizahirkan..
MALAYSIA PRIHATIN SELAMANYA..
Negara Bangsa Diutamakan ..
Khidmat Diberi Dengan Penuh Rela..
Tanah Air Yang Tercinta..
Namamu Harum Di Puncak Dunia..
Payung Mahkota Teras Pertiwi..
Di Persada Nan Gemilang..
Acara Tahun 2020
Sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bermula pada 9 Julai hingga 16 Sept 2020; pelancaran Bulan Kebangsaan dan
Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya. Sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di Kuala
Lumpur dan sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 Sept 2020 di Sibu, Sarawak
Tiada perarakan seperti kelaziman sambutan sebelum ini namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menayangkan sebuah
rancangan yang akan disiarkan pada pagi 31 Ogos 2020 supaya seluruh rakyat Malaysia boleh menontonnya.
Berikut adalah tema dan logo Hari Kebangsaan 2019. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema “Sayangi Malaysiaku:
Malaysia Bersih”.
Tahun 2019
HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2019 Ke 62
TEMA HARI KEBANGSAAN: Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
LOGO SAMBUTAN
Klik sini
Maksud
Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati dihadapan menyatukan mereka. Ianya
membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu
dan kasih sayang kepada negara
Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama
disamping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi
LAGU TEMA 2019 Ad : (0:09) 6
Malaysia Bersih 5
Video Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2019
Lirik Lagu:
Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Bagai Negara
Yang Kekal Merdeka
Amanah Bangsa
Kita Pikul Bersama
Jadikan Malaysia Bahagia
Asal Budaya Kita
Budi Pekerti Indah
Amanah Jujur
Amalan Kita
Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta
Kita Bina Negara
Perangi Rasuah
Kita Satukan Hati
Demi Ibu Pertiwi
Keutuhan Jiwa
Membina Nurani
Moga Kita Terus Disanjungi
Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Sebagai Negara Yang Kekal Merdeka
Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta
Malaysia Bersih
Harapan Kita
Malaysia Bersih
Harapan Kita
Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Penyanyi : Gemersik Chorus
ACARA
Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos, sementara sambutan Hari
Malaysia 2019 pula akan diadakan di Kuching, Sarawak, pada 16 September 2019
Tahun 2018
Berikut adalah tema dan logo Hari Kebangsaan 2018. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema “Sayangi Malaysiaku”.
HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2018 KE 61
TEMA HARI KEBANGSAAN : Sayangi Malaysiaku
LOGO 6
Klik Sambutan Logo ke 61 5
Ciptaan : Nik Zulkifli Nik Hitam
Maksud : Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati dihadapan menyatukan
mereka. Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata,
bersatu padu dan kasih sayang kepada negara
Ad : (0:09)
LAGU TEMA 2018
Kita Punya Malaysia (Nyanyian Bunkface)
Video Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2018
Lirik Lagu :
31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya…
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya…
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Merdeka 3X
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya
ACARA
PUTRAJAYA : Perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 pada 31 hb Ogos
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 bersejarah kerana pertama kali dirai di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu
PULAU PINANG : Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Padang Kota Lama pada 3 hingga 5 Ogos
2018
Kembara Merdeka Jalur Gemilang akan menjelajahi seluruh negara bermula 4 Ogos di Pulau Pinang dan tamat pada 31 Ogos
di Putrajaya
Ad : (0:09) 6
Tahun 2017
Tema Hari Kemerdekaan 2017 yang dipilih adalah “Negaraku Sehati Sejiwa”.
‘Sehati Sejiwa’ membawa maksud kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia. 5
Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Pemilihan tema oleh Perdana Menteri menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.
Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betaa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu
terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.
Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017
Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Hari Malaysia
pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2017.
Logo :
Klik Sehati Sejiwa
Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2017
Malaysia Sehati Sejiwa telah dipilih sekali lagi sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2017. Lagu Sehati Sejiwa
juga merupakan lagu tema sambutan pada tahun 2015 dan 2016.
Lirik lagu dan video nyanyian Sehati Sejiwa klik LAGU TEMA
Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2022 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu tidak
kira bangsa untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.
Rel : Merdeka, Merdeka, Merdeka. Pelbagai program, info on wheels merdeka, majlis pelancaran bulan kebangsaan dan kibar
jalur gemilang oleh perdana menteri tan sri muhyiddin yassin, jalur gemilang menjadi latarnya, logo berbentuk hati menjadi pilihan,
melambangkan keprihatinan kerajaan, kemerdekaan negara, bendera jalur gemilang menjadi, warna bendera jalur gemilang, turun
padang, secara maya, telekom malaysia, norma baharu seperti tahun lepas,
Tinggalkan Komen
Name * Ad : (0:09) 6
Email *
Website 5
Post Comment
Artikel Popular
Permohonan UPU Online 2022/ 2023 UA Politeknik ILKA
Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online & SMS (Check Saman)
SAPS Ibu Bapa 2022 Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar Online
Permohonan BPR 2021 Online & Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat
Jadual Gaji 2022 Kakitangan Awam Kerajaan
Kalendar 2023 Malaysia Cuti Umum (Public Holidays)
ADVERTISEMENT
ABOUT US 6
Portal Perkongsian Informasi Terkini Permohonan : Semakan Keputusan Pendidikan Online 5
KATEGORI
Pilih Kategori
SEARCH
Search …
Penafian Dasar Privasi Hubungi
© 2022 permohonan.my - All Rights Reserved.
Ad : (0:09)