The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasni.haslie, 2020-04-21 02:49:38

MODUL TIPs BM2 SPM (SIRI 1) - RUMUSAN

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MACHANG 20 20





BENGKEL PROGRAM AZAM JAYA
PEJABAT PENDIDIKAN D

BAHASA MELAYU 2






MODUL ‘TIPs’
(TEKNIKAL – INISIATIF – PROSES – SISTEMATIK)


BAHASA MELAYU KERTAS 2




PEMBINA MODUL :


1. PUAN HAJAH CHE ROHSIAH BINTI MAT ALI
(KETUA - JURULATIH UTAMA BAHASA MELAYU )

2. TUAN HAJI SHAHRIR BIN JAAFAR
(GURU KANAN BAHASA SMK. BANDAR MACHANG)

3. PUAN HAJAH ZUBAIDAH BINTI MOHD ARIFFIN
(GURU KANAN BAHASA SMK.PANGKAL MELERET)

4. PUAN AMIHASLIZA BINTI AWANG MOHAMAD
(KETUA PANITIA BM SMK HAMZAH)

5. PUAN MURNI BINTI JUSOH
(KETUA PANITIA BM SMK. MACHANG)

6. PUAN NORMAHANUM BINTI ISMAIL
(KETUA PANITIA BM SMK. BANDAR MACHANG)


FASILITATOR:

1. PUAN HASNI BINTI ABDUL RAHMAN
(SISC+ BAHASA , PPD MACHANG)







HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 1

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

ISU/TOPIK









1. Murid tidak dapat mengenal pasti 6 isi tersurat dan 2 isi tersirat dalam petikan
rumusan dengan betul.
 Terdapat isi-isi tersurat dan tersirat yang ditulis tidak menepati kehendak
tugasan.

 Murid-murid tidak menulis isi tersirat dalam rumusan.
 Murid tidak dapat menulis kesimpulan dengan tepat berdasarkan isu / tema
rumusan.

************************************************************************************************************
*********


CADANGAN/PERANCANGAN

1. Kandungan Modul

 Siri ini mempunyai latihan intensif bagi soalan rumusan.

 Terdapat 10 set petikan rumusan Soalan 1 beserta Soalan Pemahaman 2(a)
Petikan Umum
 Soalan ini sesuai digunakan sebagai latihan intensif bagi calon Potensi Lulus.
 Latihan ini juga sesuai digunakan sebagai latihan pengukuhan sahaja
(bergantung apda perubahan format terkini).

 Set jawapan telah disediakan sebagai panduan.
 Guru-guru boleh mendapatkan set jawapan daripada pasukan pembina modul .










HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 2

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

PANDUAN MENULIS RUMUSAN (SIJIL PELAJARAN MALAYSIA)



PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN





PERENGGAN KETERANGAN
Perenggan Pendahuluan [2m]

 Rujuk Tugasan 1 (T1) – Tukar kepada perkataan seerti/sinonim
 Salin Tugasan 2 (T2) bulat-bulat.
 Mulakan pendahuluan dengan …….Rumusan membincangkan……

 Contoh soalan SPM 2017 :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) [T1] dan
cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS
[T2].

 Contoh pendahuluan:
PERENGGAN 1 Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran
(PENDAHULUAN) Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik

minat murid mempelajari KOMSAS.
(2 markah)

Tugasan yang lain:
 Faktor / punca / sebab
 Langkah / usaha / cara / tindakan / kaedah / teknik / pendekatan / strategi /
persediaan
 Kekangan / masalah / halangan / cabaran
 Faedah / kepentingan / kebaikan / kelebihan / manfaat / keistimewaan
 Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas
 Kesan / akibat / impak / implikasi










HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 3

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

Rujuk arahan soalan, kenal pasti Tugasan 1 dan Tugasan 2

 Tukar tugasan 1 kepada perkataan sama maksud dengan tugasan tersebut.
 Salin Tugasan 2 bulat-bulat.


Tugasan 2 Tugasan 1

SOALAN SPM 2015
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berkurangnya
bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan
air.

 Cara Menulis Perenggan Pendahuluan Yang Betul :-


Perenggan 1 : Pendahuluan

Rumusan membincangkan faktor-faktor berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara
menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air. [15 pp]
PANDUAN MENULIS PERENGGAN ISI TERSURAT
PERENGGAN KETERANGAN
Perenggan Isi Tersurat [2 – 12 m]

 Rujuk tugasan 1 – kekalkan. Cari isi-isi dalam petikan (6-8 isi).
 Gabungkan isi-isi anda (subjek / pihak) di depan.
 Untuk mengesan isi-isi tersurat :
 Kenal pasti perkataan-perkatan dalam petikan yang ada kaitan dengan
arahan soalan.
 Penanda wacana yang ada dalam petikan

PERENGGAN 2 Arahan dalam Perkataan yang sering digunakan dalam
(ISI TERSURAT) soalan petikan bagi mengesan isi tersurat yang betul
Sebab / disebabkan/ menyebabkan/ penyebab/ punca/
Punca
berpunca/ faktor/ kerana
Kesan/ Dapat/ telah /mampu/ akan/ boleh mendatangkan/ menjadikan/
kebaikan menyebabkan/ membolehkan
Langkah Hendaklah/ perlu/ mesti/ harus/ wajar/ boleh/ sepatutnya

Penanda Selain itu, di samping itu, oleh itu, sehubungan dengan itu,
wacana seterusnya, juga, pula






HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 4

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

 Rujuk arahan soalan, kenal pasti tugasan 1

Tugasan 1 / Isi Tersurat
SOALAN SPM 2015
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berkurangnya
bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan
air.


 Cara Mencari Isi Tersurat

Petikan Teks SPM 2015

Peningkatan permintaan air oleh pengguna akibat pertambahan bilangan penduduk
menyebabkan berlakunya penyusutan bekalan air. Krisis air ini juga berlaku disebabkan oleh
pengguna yang sering menggunakan air secara berlebihan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan 380 liter air sehari, iaitu melebihi
keperluan biasa yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 50
liter sehari. Keadaan ini berlaku kerana sikap sebahagian rakyat Malaysia yang tidak
menghargai air sehingga melakukan pembaziran. Sumber bekalan air juga terjejas disebabkan
oleh pembangunan yang tidak terancang. Hal ini demikian kerana aktiviti pembalakan dan
perancangan Bandar tidak diurus dengan baik. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang
bertaggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk menangani isu pembalakan dan pembangunan
yang tidak terancang ini.




 Cara Menulis Isi Tersurat Yang Betul.


Perenggan Ke-2 : Isi Tersurat

Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih ialah peningkatan permintaan air oleh
pengguna akibat pertambahan bilangan penduduk menyebabkan berlakunya penyusutan
bekalan air dan krisis air ini juga berlaku disebabkan oleh pengguna yang sering
menggunakan air secara berlebihan. Selain itu, keadaan ini berlaku kerana sikap sebahagian
rakyat Malaysia yang tidak menghargai air sehingga melakukan pembaziran. Sumber bekalan
air juga terjejas disebabkan oleh pembangunan yang tidak terancang. Hal ini demikian
kerana aktiviti pembalakan dan perancangan Bandar tidak diurus dengan baik







HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 5

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020



PANDUAN MENULIS PERENGGAN ISI TERSIRAT



PERENGGAN KETERANGAN
Perenggan Isi Tersirat [4 m]

PERENGGAN 3
(ISI TERSIRAT)  Rujuk Tugasan 2 – Isi-isi tersirat tiada dalam petikan . fikir sendiri dan
kaitkan dengan isi tersurat.


 Rujuk arahan soalan, kenal pasti Tugasan 2
 Anda perlu memikirkan sendiri isi bagi tugasan 2 [KBAT]


Tugasan 2 / Isi Tersirat


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berkurangnya
bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan
air.

 Cara Menulis Isi Tersirat yang Betul.


Cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air ialah
pihak media mengadakan kempen kesedaran menjimatkan penggunaan air. Selain itu,
pihak kerajaan menaikkan cukai penggunaan bekalan air.


























HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 6

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


PANDUAN MENULIS PERENGGAN





PERENGGAN KETERANGAN
Perenggan Kesimpulan [2 m]

 Masukkan 5 elemen untuk menghasilkan kesimpulan yang lengkap dalam
satu ayat sahaja. 5 elemen yang dimaksudkan :

1. Pihak yang terlibat (yang sesuai dengan tema /isu)
(Siapa?) Masyarakat / semua pihak / kita / pihak sekolah
/ ibu bapa / pihak kerajaan / remaja / pelajar
2. Kata bantu + Cadangan hendaklah / mestilah / perlulah + me………….
PERENGGAN 4 3. Tema (ambil daripada Pembelajaran KOMSAS
(KESIMPULAN) soalan)

4. Kata hubung pancangan agar / supaya
5. Harapan daripada  dapat memartabatkan karya sastera
cadangan  bahasa Melayu dipandang tinggi

 Contoh perenggan kesimpulan (SPM 2017) :

Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah menitikberatkan pembelajaran
KOMSAS agar bahasa Melayu dipandang tinggi.


Contoh perenggan kesimpulan SPM 2015

1. Pihak yang terlibat (Siapa?) (yang sesuai dengan tema /isu)
Masyarakat / semua pihak / kita / pihak sekolah / ibu bapa / pihak kerajaan
/ remaja / pelajar
2. Kata bantu + Cadangan hendaklah / mestilah / perlulah + me ………….
3. Tema (ambil daripada soalan) bekalan air bersih
4. Kata hubung pancangan agar / supaya
5. Harapan daripada cadangan Krisis bekalan air bersih dapat ditangani

 Cara menulis perenggan kesimpulan yang betul

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah menggunakan bekalan air bersih secara
berhemat agar krisis bekalan air bersih dapat ditangani.






HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 7

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 1
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri anak autisme dan
usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun. Autisme
ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang kanak-kanak yang mengganggu
perkembangan otak dalam jangka masa panjang yang memberikan kesan dalam pemikirannya. Kadar
autisme dalam kalangan kanak-kanak adalah satu atau dua orang dalam 1000 dan empat kali ganda
lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Tanda awal autisme ialah pada usia enam bulan,
bayi tersebut tidak mengukir senyuman dan tidak menunjukkan ekspresi gembira.

Oleh itu, ibu bapa perlu cakna jika mendapati bayi tidak mempunyai hubungan mata atau
hubungan mata yang terhad apabila berlakunya proses interaksi. Walaupun tiada ubat untuk
menyembuhkan anak autisme ini, mereka masih perlu dirawat dengan memfokuskan gejala yang
berkaitan.Tanda lain autisme yang boleh dikenal pasti termasuklah perkembangan pertuturan yang
lambat. Jika didapati anak telah berusia empat tahun tetapi tidak langsung boleh bertutur, segeralah
bertemu doktor. Selain itu, anak istimewa ini juga cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau
persekitarannya. Sebagai ibu bapa, janganlah hanya tahu menghukum tetapi carilah pendekatan yang
terbaik.

Penghidap autisme tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai kewujudan
orang lain. Sebagai contoh, anak tersebut boleh duduk sendirian di suatu sudut dan kelihatan bahagia
dengan kehidupannya sendiri. Sesetengah daripada mereka boleh mengamuk dan tidak boleh
mengawal tekanan apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi. Jadi, mereka perlu diberikan ruang
untuk meredakan amuk tersebut kerana jika tidak ditangani dengan profesional boleh mengundang
mudarat. Sesetengah daripada mereka mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan
terhadap bunyi, cahaya, warna dan rasa. Misalnya mereka menjadi takut apabila mendengar bunyi yang
kuat seperti mercun dan guruh.

Memiliki anak autisme merupakan tanggungjawab yang besar dan anugerah Tuhan yang tidak
wajar dikesali. Tanda lain yang boleh diperhatikan termasuklah sering menunjukkan tingkah laku yang
berulang seperti berpusing atau menggoyangkan badan tanpa sebab yang munasabah. Penyakit ini
boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial. Punca
autisme masih tidak diketahui namun terdapat beberapa sebab seperti usia ibu dan bapa yang meningkat
atau berkahwin pada usia yang lewat. Seterusnya, faktor genetik apabila ibu atau bapa mempunyai
sejarah autisme dalam keluarga. Komplikasi semasa proses kehamilan boleh mengganggu fungsi otak
akibat jangkitan turut dikatakan penyebab kepada permasalahan ini.



HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 8

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


[Dipetik dan diubah suai daripada
‘Autisme Bukannya Kekurangan Tetapi Keistimewaan’
oleh Syazanna Hadenan,Dewan Siswa, April 2018]





Soalan 2 : Pemahaman
[9 markah]


Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pendekatan yang terbaik? [2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang dikenal pasti sebagai penyebab
berlakunya autisme. Nyatakan punca-punca tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu
kanak-kanak autisme?
[4 markah]



















HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 9

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 2
Soalan 1 : Rumusan
[30markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan industri
pelancongan kepada negara dan peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak
pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun
tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan
pendapatan berjumlah RM72 bilion.

Sejak pengenalan Program Tranformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat
memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke peringkat
antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi yang agresif di luar negara. Hasil daripada kempen promosi
tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura dan Thailand’. Malahan, industri
ini telah berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara kita. Selain
itu, Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema '1 Bilion Pelancong, 1
Bilion Peluang' telah berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian
Wawasan 2020. Sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas
dengan industri itu mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan
sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di Borneo
sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Pengumuman langkah-
langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk
memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN,
China dan India. Langkah ini melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik termasuklah
memberi nafas baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang
seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai suatu destinasi yang lebih menarik dan mudah
dikunjungi oleh pelawat.

Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan bagi
membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah membolehkan
aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan terdapat keperluan untuk
mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, industri pelancongan memainkan peranan penting bagi
memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara
keseluruhannya.


HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 10

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


[Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi negara’
Berita Harian, Oktober 2015]






Soalan 2 : Pemahaman
[9 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum



Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.


(i) Apakah maksud rangkai merealisasikan potensi ? [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa beberapa usaha kerajaan untuk memajukan industri
pelancongan.
Nyatakan usaha-usaha tersebut.
[3 markah]

(iii) Masih terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam memajukan industri
pelancongan di Malaysia.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Berikan tiga sebab.
[4 markah]















HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 11

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 3
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pengambilan
minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil minuman berfungsi.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan kimia.
Oleh sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan penampilan diri.
Satu daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi ialah minuman yang
diperkaya dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan tertentu. Ada pelbagai bentuk
minuman berfungsi dalam pasaran. Sebagai contoh, minuman berasaskan susu, jus, minuman isoton,
minuman bertenaga dan minuman herba.

Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida, kacang
soya dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi, serabut diet seperti
psilium husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman teh. Minuman berfungsi
berupaya menenangkan dan membantu menghalang atau merawat penyakit jantung. Bagi golongan
dewasa pula, minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan kolesterol,
pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme. Manakala bagi golongan muda pula, minuman ini
dapat meningkatkan kecergasan mental dan mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar. Ada juga
minuman yang dihasilkan khusus untuk wanita mengandung atau wanita selepas menopaus untuk
keseimbangan dalaman.

Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan pemakanan yang
tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta prebiotik dan probiotik minuman
coklat ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah
obesiti. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan bayi dan kanak-kanak kecil. Minuman
berfungsi dalam bentuk makanan cecair gantian yang diperkaya, minuman serbuk dan jus buah
dihasilkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi serta menambah baik
penghidratan semula kanak-kanak kecil. Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi segmen
paling pesat berkembang disebabkan oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan memenuhi
permintaan pengguna dari segi kandungan, saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman berfungsi juga
mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna.

Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman. Minuman
yang mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba, seperti ginko dan echinacea menjadi
sangat popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi yang makin mendapat
tempat di hati pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini mampu mencantikkan wajah dan
mengelakkan penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit
seperti diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.



HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 12

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan farmasi
atau secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat penting dalam
kehidupan masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar
sentiasa menyemak status produk bagi memastikan keselamatan produk minuman yang diambil.


[Dipetik dan diubah suai daripada
‘Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan’
oleh Nurraihana Hamzah,
Dewan Kosmik, Januari 2016]





Soalan 2 : Pemahaman
[9 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum



Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang. [2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat
berkembang di pasaran.
Apakah faktor-faktor tersebut?
[3 markah]

(iii) Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi.
Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat
mengambil minuman berfungsi?
[4 markah]











HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 13

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 4
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
kepentingan disiplin dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
.
Disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dalam keagamaan,
etika sosial mahu pun dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan
pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi dia tetap akan berasa bersalah kerana
mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan maruah dirinya. Pelanggaran terhadap disiplin juga boleh
menjejaskan hubungan antara individu berkenaan dengan orang-orang di sekelilingnya.

Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik mencerminkan tahap disiplin
sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan
anak-anak mereka. Selain itu, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Penerapan nilai murni dalam diri murid akan memberi persepsi positif dalam kalangan ibu bapa terhadap
tingkah laku anak-anak mereka. Malah murid yang berdisiplin kelihatan berkeperibadian tinggi dan
berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti yang baik lazimnya bersedia untuk belajar.
Disiplin yang dikenakan juga dapat mengawal murid daripada melakukan perkara-perkara negatif. Murid
akan dikawal daripada merosakkan harta benda sekolah dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan
sekolah.

Seandainya seseorang murid berdisiplin, maka murid boleh mengawal diri di dalam kelas
semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Murid dapat belajar dengan tenang
dan selesa kerana tiada gangguan semasa guru sedang mengajar. Lantaran itu, murid dapat memahami
kandungan pembelajaran dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama, murid tidak mudah
terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau lewat masuk ke kelas.
Hal ini akan memudahkan pihak sekolah melaksanakan semua program sekolah dengan lancar. Faktor
disiplin juga memainkan peranan utama menentukan kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Hal
ini terbukti apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan, murid yang mempunyai tahap disiplin tinggi
dapat menempa kejayaan cemerlang.

Murid haruslah mengetepikan permasalahan peribadi agar mudah memperoleh ilmu yang
disampaikan oleh guru. Murid yang berdisiplin dapat menjamin keberkesanan dalam pembelajaran. Oleh
itu, hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan murid sangat penting dalam mewujudkan
suasana kondusif di sekolah. Tanpa disiplin, murid tidak akan ke mana-mana dan sukar untuk beroleh
kejayaan.
[Dipetik dan diubah suai daripada
‘Disiplin Perisai Kawalan Diri’
oleh Izani Hj. Daud,
Wadah Siswa, Januari 2013]

HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 14

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


Soalan 2: Pemahaman
[9 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.


(i) Berikan maksud rangkai kata persepsi positif berdasarkan petikan.

[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kesan jika para murid tidak berdisiplin.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak agar menjadi
insan yang berakhlak mulia dan bersahsiah baik.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
mendisiplinkan anak-anak?
[4 markah]

















HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 15

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 5
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sungai dalam
kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan nadi kepada
kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah yang banyak
memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara yang
mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini
perlu menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari
segi sosial, ekonomi mahupun politik.

Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan,
sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber air utama negara, rakyat
sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik
seperti minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan serta
kecanggihan teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an, sungai penting sebagai sumber
tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana
jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk
menghasilkan sumber hidroelektrik.

Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang
subur apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan
mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh
ke belakang, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai,
justeru sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia.
Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi
sungai sebagai sistem pengangkutan manusia menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun
berguna.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan
sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang

HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 16

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020
dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk
beriadah dan berekreasi. Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan
pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang
pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada
mereka yang menetap berhampirannya dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.

Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air itu bebas
daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap isu pencemaran
sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air
domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber
makanan. Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran alam
sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap
kepentingan alam sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat
dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.

[Dipetik dan diubah suai daripada
“Melestarikan Keindahan Sungai” oleh Samat Buang
Dewan Siswa, Mei 2017]


Soalan 2: Pemahaman

[9 markah]


Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjejaskan kualiti. [2 markah]

(ii) Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana mendatangkan
pelbagai implikasi buruk.
Apakah kesan utama pencemaran sungai di negara kita? [3 markah]


(iii) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani masalah
pencemaran sungai.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk menangani pencemaran sungai?
[4 markah]





HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 17

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 6
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang elemen penting membentuk
remaja bersahsiah unggul dan kesan jika negara gagal melahirkan remaja bersahsiah unggul.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pencapaian remaja kini boleh dibanggakan kerana golongan ini berupaya untuk mencipta nama pada usia
muda. Boleh dikatakan dalam setiap bidang pasti ada kejayaan yang dilakarkan oleh golongan remaja.
Pujian harus diberikan kepada golongan remaja sebagai tanda sokongan dan galakan untuk mereka lebih
menonjol. Namun kadang kala sikap mereka yang lebih berani, berwawasan, bercita-cita tinggi dan lantang
bersuara perlu dibimbangi ekoran perkembangan dunia globalisasi kini yang kian memamah sahsiah
remaja. Perkara tunjang yang perlu ada dalam membentuk sahsiah unggul mereka adalah dengan
mendalami ilmu akademik dan agama. Penguasaan ilmu akademik dan agama perlu diseimbangkan
supaya remaja dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. Tuntutan agama harus disemat
sekemas-kemasnya dalam sanubari mereka. Remaja wajar lebih dekat dengan ajaran agama dan
menjadikan kitab-kitab agama seperti Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk dalam melakukan sesuatu
perkara.

Perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa juga merupakan perkara penting membentuk sahsiah
unggul remaja. Kebanyakan remaja yang terjebak dalam masalah sosial kerana kurang mendapat
perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Remaja seperti ini akan melepaskan emosi mereka
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan kadang kala membahayakan diri mereka.
Selain itu, remaja juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang isu semasa. Hal ini dikatakan demikian
kerana pengetahuan yang meluas amat penting sebagai bekalan remaja untuk meniti cabaran kehidupan
seharian. Remaja juga seharusnya memiliki nilai-nilai murni dalam jiwa di samping mengamalkan norma
budaya Malaysia dalam tatacara kehidupan seperti menghormati orang tua, berbudi bahasa dan bersopan
santun.

Pengaruh masyarakat sekeliling merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng kerana
golongan muda sentiasa menjadikan masyarakat luar sebagai contoh ikutan. Persekitaran yang selamat
dan tidak terdedah kepada ancaman akan melahirkan keperibadian unggul remaja. Pemilihan rakan
sebaya yang berakhlak mulia akan membantu remaja menjadi seorang yang bersahsiah unggul. Hal ini
demikian kerana remaja lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya
berbanding bersama-sama keluarga disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa
mereka. Rakan sebaya yang positif akan mempengaruhi seseorang untuk melakukan perkara yang positif

HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 18

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020
dan begitu juga sebaliknya. Keperibadian unggul remaja dapat dikenal pasti sekiranya mereka mempunyai
kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini menjadi elemen penting yang
akan membezakan seorang remaja dengan remaja yang lain.

Remaja yang berperwatakan unggul juga ialah remaja yang mempunyai kematangan personaliti
dalam melakukan sesuatu tindakan dan membuat keputusan. Kematangan remaja dapat diserlahkan
melalui perbuatan positif yang konsisten serta mempunyai emosi yang stabil pada setiap masa. Remaja
perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai ‘guru’ untuk mematangkan diri dan tidak melakukan kesilapan
yang sama berulang kali. Golongan remaja perlu mempunyai wawasan atau cita-cita dalam hidup mereka
sebagai pendorong membentuk sahsiah unggul dalam diri mereka. Sedarlah bahawa usia remaja ini boleh
diibaratkan sebagai emas yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Jika remaja alpa, sudah tentunya
emas itu akan hilang sekelip mata.

[Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sahsiah Unggul Membentuk Personaliti Remaja’
Oleh Muhammad Farkhan Kamarolzaman
Dewan Siswa, Jun 2018]


Soalan 2: Pemahaman

[9 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata disemat sekemas-kemasnya. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan sekiranya remaja kurang mendapat
kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Kaunselor di sekolah merupakan individu penting dalam menyelami perasaan dan mendekati
murid.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kaunselor di sekolah
untuk membantu membentuk keperibadian unggul dalam kalangan murid.
[4 markah]



HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 19

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 7
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga kesihatan
diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk
keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan
untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat
memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil
termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini
mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik
daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan
tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang
baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan.
Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin
tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat
yang diperlukan.

Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat
berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang
telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk
memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat
dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan
tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan
mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai masanya
untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya
hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.


HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 20

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib,
Dewan Siswa, November 2016)



Soalan 2 : Pemahaman
[9 markah]


Soalan 2 (a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tindakan awal.
[2 markah]


(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?
[3 markah]

(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga
kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid.
[4 markah]













HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 21

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


LATIHAN 8
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membudayakan
amalan bersukan dalam kalangan masyarakat dan kekangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan
hendaklahtidak melebihi120 patah perkataan.

Sejak kita melangkah ke era teknologi dan komunikasi, sebahagian besar masyarakat telah
melupakan aktiviti sukan sedangkan umum mengetahui bersukan memberi banyak faedah kepada tubuh
badan manusia. Budaya hidup bersukan dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah iaitu pada kadar 40
peratus sahaja berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju. Justeru, Hari Sukan Negara
diperkenalkan sebagai satu program tahunan dalam usaha berterusan kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan budaya hidup sihat , cergas dan aktif . Lima objektif utama program ini iaitu menerapkan budaya
sukan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, membangunkan ekonomi negara melalui
industri sukan, meningkatkan pengetahuan sukan untuk rakyat serta mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat
dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi, usaha ini mesti diberi sokongan. Program yang
berkonsepkan sukan dan beriadah yang murah, mudah dan menarik ini sangat bertepatan dengan moto ‘
Sukan Untuk Semua.’

Aktiviti bersukan dan beriadah mampu mengeluarkan peluh yang sangat membantu menurunkan
kadar penyakit kronik dalam kalangan penduduk. Dalam keadaan rakyat Malaysia diancam oleh pelbagai
jenis ‘ penyakit jadian sendiri’ yang berpunca daripada pemilihan gaya hidup tidak sihat, kesedaran terhadap
kepentingan bersukan ini perlu digerakkan secara agresif. Malaysia perlu mempunyai penduduk yang sihat
dan tinggi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam memasuki era negara maju. Sesiapa sahaja boleh
memilih untuk menceburi bidang sukan yang dirasakan oleh mereka bersesuaian mengikut kemampuan
masing-masing. Sebenarnya, aktiviti bersukan dan beriadah tidak membebankan dan memerlukan kos yang
tinggi. Sesiapa sahaja boleh melakukan aktiviti sukan dan beriadah pada bila-bila masa dan secara
konsisten. Maka, kemudahan atau kelengkapan sukan yang berkonsepkan mudah, murah dan menarik itu
mesti ada di persekitaran tempat tinggal mereka. Bagi memastikan konsep bersukan sedemikian dapat
diperluas, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan kemudahan untuk tujuan bersukan itu sentiasa
mencukupi.Peralatan dan kemudahan bersukan sedia ada di taman-taman awam , padang permainan ,
taman rekreasi atau pusat-pusat sukan untuk orang ramai perlu diganti dengan peralatan terkini yang sesuai
dengan perkembangan sukan semasa dan diselenggara dengan baik.



HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 22

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


Kemudahan ini secara tidak langsung akan menggalakkan lebih ramai penduduk atau kumpulan
kurang berkemampuan mengambil bahagian dalam aktiviti bersukan ini. Syarikat-syarikat sasta yang kaya-
raya boleh mengambil bahagian dalam membina atau menyediakan kemudahan sedemikian dengan
menjadikannya sebagai satu daripada program tanggungjawab sosial korporat masing-masing. Kementerian
Belia dan Sukan tidak seharusnya dibiarkan bersendirian dalam menjayakan satu program yang banyak
memberi faedah kepada perkembangan sukan negara dan seterusnya melahirkan rakyat yang sihat
menerusi aktiviti bersukan.

( Dipetik dan diubahsuai daripada “Hari Sukan Negara”
Oleh Rizalman Ismail,Utusan Malaysia, 8 Oktober 2016)





Soalan 2 : Pemahaman
[9 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata peringkat akar umbi.
[2 markah]


(ii) Nyatakan tujuan utama Hari Sukan Negara diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
[ 3 markah]


(iii) Sekiranya anda ketua guru rumah sukan, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk
memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan di sekolah?
[ 4 markah ]





HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 23

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020


LATIHAN 9
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]




Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyertai
kegiatan kokurikulum dan masalah-masalah pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aktiviti kokurikulum menjadi pelengkap kepada proses pembelajaran di sekolah. Umum
mengetahui bahawa, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang wajib dijalankan dan disertai oleh semua
pelajar di sekolah. Tambahan pula, kini, penglibatan dalam aktiviti ini akan memberikan merit kepada pelajar
untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan jelas menyatakan bahawa antara matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Di sinilah letaknya fungsi
utama kokurikulum, iaitu menjana dan membentuk sahsiah diri dalam kalangan pelajar. Oleh itu, ketiga-tiga
komponen utama aktiviti kokurikulum di sekolah, iaitu badan beruniform, persatuan atau kelab, dan sukan
serta permainan. mendatangkan pelbagai implikasi kepada pelajar jika dilaksanakan secara efektif.

Aktiviti badan beruniform, misalnya, membantu pembentukan disiplin dalam diri pelajar apabila
pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, serta sentiasa bersemangat juang yang
tinggi. Selain itu, pelajar juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad
dan merentas halangan. Latihan-latihan yang dijalani menyebabkan pelajar-pelajar perlu berbincang,
merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Secara tidak
langsung, semangat berpasukan dan kerjasama dapat dipupuk dalam dalam kalangan setiap ahli pasukan
beruniform itu.

Penglibatan dalam persatuan atau kelab pula memberikan pelbagai pengetahuan, khususnya dalam
hal-hal pengurusan dan pentadbiran kepada para pelajar. Dalam aktiviti berpersatuan, pelajar diasuh dengan
kemahiran menguruskan mesyuarat, menulis surat rasmi, merancang aktiviti persatuan, membuat laporan
program, membuat kertas kerja dan sebagainya. Dalam proses melaksanakan tugasan tersebut, pelbagai
pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar belajar untuk
menerima serta menghormati pandangan orang lain semasa perbincangan dijalankan. Penglibatan pelajar
dalam aktiviti sukan dan permainan membawa implikasi yang berlainan pula. Mereka yang menyertai aktiviti
sukan dan permainan sudah pasti memperoleh badan yang cergas serta minda yang cerdas. Selain itu,
mereka juga dapat memupuk keyakinan diri, menghormati peraturan di samping memiliki semangat juang

HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 24

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020
yang tinggi. Seterusnya, para pelajar dapat membina kemahiran sosial yang baik serta membantu
pembinaan kemampuan seseorang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan masyarakat dan
persekitaran.

Sering kali diingatkan bahawa generasi hari ini merupakan pelapis kepada pimpinan masa hadapan
negara. Dalam hal ini, para sarjana pernah menyatakan bahawa, kebanyakan orang yang berjaya pada hari
ini ialah orang yang merebut usia remaja mereka untuk memburu kejayaan. Oleh sebab itu, bagi mereka
yang terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum, hal ini tidak menjadi halangan. Selain itu, majikan pada hari ini
juga amat menitikberatkan penglibatan aktif bakal pekerja mereka dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana,
di sektor kerjaya, para pekerja perlu bersaing dalam kalangan mereka secara positif. Pekerja juga perlu
sentiasa menyumbangkan idea kreatif untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Sudah pastilah pelajar-
pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum akan mendapat kelebihan tersendiri dalam hal ini.
Memandangkan pelbagai kelebihan kokurikulum kepada pelajar sama ada dari segi jangka pendek mahupun
dalam jangka waktu yang panjang, maka bertepatanlah penegasan oleh pihak Kementerian Pelajaran
kepada pihak sekolah dan ibu bapa agar mereka memberikan perhatian terhadap pelaksanaan kokurikulum
di sekolah-sekolah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Aktiviti Kokurikulum”
oleh Abd Ghani Abu, (Dewan Siswa, Julai 2007)



Soalan 2 : Pemahaman
[9 markah]

Soalan 2(a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan maksud rangkai kata membawa implikasi yang berlainan seperti yang terdapat dalam
petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah kepentingan pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum kepada para majikan?.

[3 markah]

Pada pendapat anda, apakah yang sewajarnya dilakukan oleh pihak sekolah untuk
(iii)
meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum?

[4 markah]

HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 25

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020

LATIHAN 10
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]


Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha mengukuhkan
perpaduan di Malaysia dan kepentingan perpaduan kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merupakan komponen terpenting dalam pembinaan kuasa nasional di negara ini apatah
lagi Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya.Tanpa perpaduan yang
mantap, Malaysia bukan sahaja terdedah kepada bahaya perpecahan malah tidak akan mampu menjayakan
persaingan di peringkat antarabangsa yang akhirnya merugikan semua kaum di negara ini.

Kita perlu membayar harga yang mahal bagi menyemarakkan perpaduan nasional dalam pelbagai
aktiviti dan program yang dijalankan Malah, kita juga tidak lari dari pertelingkahan antara kaum yang
kadangkala terjadi, sesuatu yang tidak boleh dipastikan seratus peratus dalam sebuah negara berbilang
kaum..Kerajaan berusaha memperkenalkan sekolah wawasan yang meletakkan sekolah-sekolah
kebangsaan,sekolah Cina dan sekolah Tamil dalam satu kampus supaya aktiviti kokurikulum dapat diadakan
secara bersama-sama. Selain itu, kerajaan juga telah memberikan ruang yang luas kepada masyarakat
berbilang kaum di Malaysia untuk mengadakan forum membincangkan isu-isu tertentu dengan bijak. Walau
bagaimanapun ruang luas yang diberikan oleh kerajaan itu tidak seharusnya disalah guna untuk
membincangkan isu secara terbuka tentang perkara sensitif. Media pula memberikan ruang yang cukup
kepada masyarakat untuk membincangkan isu-isu perpaduan kaum dan hak asasi masyarakat Malaysia.
Manakala, parlimen juga diberikan ruang untuk berdebat tentang isu perpaduan di negara ini.

Tanggapan bahawa isu perpaduan kaum di negara ini sekarang sudah rapuh atau goyah
berbanding dahulu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, ternyata hal ini adalah tidak benar. Pada
peringkat akar umbi, ada landasan tersendiri yang lebih kukuh berbanding dengan dahulu berdasarkan
sikap toleransi,penyesuaian diri dan hormat-menghormati antara kaum. Sebenarnya semangat mengeratkan
perpaduan masih berlaku di peringkat keluarga,sekolah,tempat kerja dan masyarakat. Selain itu, sokongan
penuh masyarakat di semua peringkat kepada usaha perpaduan mampu menjadi faktor mengukuhkan azam
kerajaan untuk mewujudkan Malaysia yang benar-benar bersatu dan berjaya.

Perlembagaan diwujudkan hasil muafakat pemimpin-pemimpin masa dahulu bukannya sesuatu
yang mudah tetapi mereka berjaya mendapat formula yang hari ini diwariskan kepada kita untuk memelihara
dan menjaga perpaduan kaum di negara ini. Untuk tujuan mengukuhkan perpaduan pelbagai dasar


HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 26

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
PPD Machang/ 2020
dilaksanakan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Bahasa dan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi menzahirkan persepakatan kaum. Sejak 2004, Program Latihan
Khidmat Negara dijadikan sandaran kerajaan untuk menyemarakkan perpaduan nasional.

Bagi memperkukuh perpaduan kaum, kerajaan juga berusaha menambah bilangan kemasukan
kanak-kanak Cina, India dan Bumiputera ke kelas Tabika Perpaduan yang sebelum ini hanya dipenuhi
kanak-kanak Melayu. Perpaduan kaum juga boleh dipupuk menerusi hubunganinteraksi yang baik antara
kaum melalui penubuhan Rukun Tetangga (RT) yang dilihat sebagai kaedah terbaik untuk memperkukuh
perpaduan bermula pada peringkat akar umbi. Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut keikhlasan
dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman antara kaum terus
segar. Hanya melalui semangat inilah masyarakat Malaysia mampu terus hidup dalam suasana negara yang
aman dan harmonis.

(Diubahsuaikan daripada rencana Berita Harian :
Tiga Elemen Bukti Perpaduan Kaum
15 September 2007.)


Soalan 2: Pemahaman
[9 markah]


Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ada landasan tersendiri [2 markah]

(ii) Nyatakan faktor-faktor yang dapat mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan kaum dapat dipupuk di peringkat sekolah.
[4 markah]

@@@TAMAT @@@
SEMOGA BERMANFAAT
USAHA TANGGA KEJAYAAN




HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM) 27


Click to View FlipBook Version