The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan Penjumudan, Pembekuan dan Pelupusan Program Akademik UMS (GP JBL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuraini, 2022-07-15 04:19:42

Garis Panduan JBL UMS

Garis Panduan Penjumudan, Pembekuan dan Pelupusan Program Akademik UMS (GP JBL)

Keywords: JBL UMS

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN.............................................................................................. 2
2. TUJUAN.......................................................................................................... 2
3. DEFINISI DAN TAKRIFAN ............................................................................. 2
4. SYARAT JBL ................................................................................................... 3
5. KRITERIA ...................................................................................................... 3
6. PEMAKAIAN .................................................................................................. 5
7. CARTA ALIR PROSES JBL .............................................................................. 6
8. LAMPIRAN .................................................................................................. 11

GARIS PANDUAN INI TELAH DILULUSKAN OLEH SENAT PADA
MESYUARAT BIL. 1/2022 [KALI KE-188] 24 FEBRUARI 2022 DAN LPU PADA

MESYUARAT BIL. 5/2022 [KALI KE-107] 20 JUN 2022
1

GARIS PANDUAN PENJUMUDAN, PEMBEKUAN DAN PELUPUSAN
PROGRAM AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1.0 Pendahuluan

JPT telah membangunkan takrifan, istilah, carta alir, syarat dan kriteria bagi proses penjumudan,
pembekuan, pelupusan dan penawaran semula program akademik UA melalui Bengkel
Penyelarasan Isu Dasar Operasi Program Akademik Siri 1/2017 dan Siri 2/2017. Perkara ini telah
dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak JPT melalui Mesyuarat Pengurusan JPT Bilangan 19
Tahun 2017 bertarikh 28 Ogos 2017 dan telah diedarkan kepada semua UA melalui Surat Maklumat
JPT dengan edaran bertarikh 5 Oktober 2017.

2.0 Tujuan

Garis panduan ini adalah sebagai panduan kepada F/A/P/I untuk mengenal pasti, menyemak,
menganalisis dan memuktamadkan program akademik yang hendak dijumudkan, dibekukan dan
dilupuskan dari semasa ke semasa terutamanya semasa permohonan penawaran program
akademik baharu.

3.0 Definisi dan Takrifan

Penjumudan
Penjumudan program akademik merujuk kepada program akademik yang masih mempunyai
kohort yang sedang dalam pengajian tetapi program tersebut tidak dibuka untuk penawaran bagi
sesi berikutnya.

Pelajar yang diambil pada tahun program dijumudkan merupakan kohort terakhir bagi program
akademik berkenaan. Fasa penjumudan program akademik akan berakhir apabila kohort terakhir
menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

Pembekuan
Pembekuan program akademik merujuk kepada program akademik yang telah tidak ditawarkan
lagi dan tidak mempunyai pelajar aktif yang sedang dalam pengajian program tersebut. Tempoh
maksimum pembekuan yang dibenarkan ialah dua (2) tahun sahaja.

Sebelum fasa pembekuan berakhir (sekurang-kurangnya satu (1) tahun), F/A/P/I perlu
memutuskan sama ada program akademik tersebut a k a n ditawarkan semula atau dilupuskan.

Pelupusan
Pelupusan program akademik merujuk kepada program akademik yang hendak dihentikan dan
tidak akan ditawarkan lagi. Ini bermakna bahawa program akademik tersebut akan dimansuhkan
terus daripada senarai program akademik yang ditawarkan di bawah F/A/P/I.

2

Penawaran Semula Program Akademik
Penawaran semula program akademik merujuk kepada program akademik yang masih dalam fasa
penjumudan atau fasa pembekuan yang akan dibuka semula untuk penawaran.

Semua program akademik yang hendak ditawarkan semula perlulah disemak semula
kurikulumnya. Jika terdapat program akademik yang telah dijumudkan atau dibekukan melebihi
dua (2) tahun, program akademik tersebut perlu melalui semakan kurikulum major sebelum
ditawarkan semula.

4.0 Syarat JBL

i) F/A/P/I tidak dibenarkan untuk mengadakan kolaborasi baharu atau memeteraikan
perjanjian kerjasama baharu dengan mana-mana pihak termasuk Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) bagi program akademik yang sedang di dalam fasa
penjumudan atau fasa pembekuan.

ii) Program akademik yang telah dijumudkan mesti mendapatkan perakuan akreditasi
penuh sebelum kohort terakhir menamatkan pengajian.

iii) Program akademik yang dicadangkan untuk dijumudkan atau dibekukan hendaklah
mendapat perakuan JKPA UMS, diluluskan Senat dan disahkan oleh pihak LPU,
sebelum dikemukakan kepada pihak JKPT, JPT untuk disahkan dan direkodkan.

iv) Program akademik berada dalam fasa penjumudan atau fasa pembekuan mesti
mendapat kelulusan dan perakuan JKPA, Senat, LPU dan JKPT, JPT terlebih dahulu
sebelum ditawarkan semula.

v) Program akademik yang berkaitan dengan pembangunan bangsa (Nation Building)
seperti seni warisan, budaya, sejarah dan sebagainya hendaklah dikekalkan dan
ditambah baik terutamanya dalam aspek pembelajaran dan pengajaran program.

5.0 Kriteria

Senarai kriteria ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan amalan baik dari UA melalui
Bengkel Penyelarasan Isu Dasar Operasi Program Akademik Siri 2/2017 pada 19 hingga 20
September 2017.

Kriteria ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak F/A/P/I mengenal pasti, menyemak,
menganalisis dan memuktamadkan program akademik yang akan dijumudkan, dibekukan atau
dilupuskan.

Setiap F/A/P/I boleh mengguna pakai kriteria ini mengikut kesesuaian F/A/P/I masing-masing
dengan memberikan justifikasi. F/A/P/I boleh menggunakan mekanisme dalaman masing-masing
dalam melaksanakan penilaian dan analisis keperluan (need analysis) program akademik.

Kriteria ini merupakan panduan asas yang boleh dirujuk bukan sahaja bagi tujuan penjumudan,
pembekuan atau pelupusan program akademik tetapi boleh dijadikan panduan sebelum sesuatu
program akademik hendak ditawarkan oleh F/A/P/I.

3

Kriteria yang dimaksudkan adalah seperti berikut;
i) Program Akademik yang mempunyai bidang pengkhususan
Kriteria ini bermaksud program akademik yang mempunyai bidang pengkhususan boleh
diberi keutamaan untuk dijumudkan, dibekukan atau dilupuskan. Kriteria ini boleh
digugurkan atau dikurangkan pemberatannya bergantung kepada bidang dan tahap
program yang mana pengkhususan amat diperlukan.
ii) Unjuran pengambilan pelajar
Kriteria ini digunakan bagi mengenal pasti program yang kurang berdaya saing. Unjuran
pengambilan yang rendah atau tiada unjuran yang dikeluarkan oleh pihak pemegang
taruh bidang berkaitan boleh dijadikan kriteria untuk menentukan sama ada program
akademik wajar ditawarkan atau tidak.
iii) Populariti Program Akademik
Kriteria ini digunakan bagi mengesan program akademik yang kurang popular di
kalangan pemohon atau industri. UA perlu mengenal pasti sebab-sebab program
tersebut kurang popular. Program tersebut boleh dijumudkan atau dibekukan
sementara tindakan penambahbaikan diambil. Walau bagaimanapun, jika UA
mendapati bahawa program tersebut tidak wajar diteruskan maka UA hendaklah
melupuskan program tersebut.
iv) Nisbah Penawaran berbanding Permohonan (NPP) dan peratus pra jaya
NPP ialah nisbah jumlah penawaran berbanding bilangan permohonan bagi sesuatu
program akademik pada setiap sesi penawaran. Data jumlah permohonan,
pengambilan pelajar dan pra jaya dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, JPT. Trend NPP dan peratus pra jaya yang rendah boleh dijadikan sebagai asas
dalam menentukan sama ada sesuatu program akademik hendak ditawarkan atau tidak
pada sesi penawaran akan datang.
v) Bilangan Pengambilan Pelajar
Kriteria ini dapat mengesan daya saing dan ‘cost-effective’ sesuatu program akademik.
Jumlah bilangan pelajar yang diambil dalam sesuatu sesi penawaran yang rendah yang
mungkin disebabkan oleh masalah kelayakan akademik pemohon, kemampuan
infrastruktur UA, moratorium dan sebagainya boleh mengakibatkan pembaziran
sumber. Oleh yang demikian boleh dijadikan asas kepada UA untuk menjumudkan,
melupuskan atau menggabungkan program akademik tersebut dengan program
akademik lain yang bersesuaian.
vi) Kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability - GE) UA
Kadar GE ialah peratus graduan yang bekerja selepas menamatkan pengajian. Kadar
GE ini juga menunjukkan tahap kualiti graduan yang dihasilkan dengan keperluan
sebenar industri. Kadar GE yang rendah boleh menjadi asas kepada UA dalam
menentukan sama ada sesuatu program kepada UA dalam menentukan sama ada
sesuatu program akademik perlu diteruskan, ditambah baik, dijumudkan, dibekukan
atau dilupuskan. Ini bagi memastikan tidak berlaku lambakan graduan tidak bekerja
dalam sesuatu bidang pengajian.

4

vii) Gaji Permulaan Pertama (GPP)
GPP ialah gaji yang dibayar oleh majikan kepada graduan dalam bidang pengajian
tertentu semasa mereka mula bekerja dengan sesebuah syarikat/organisasi/industri.
Penetapan GPP juga berdasarkan kepada kelayakan akademik dan bidang kerjaya yang
diceburi oleh graduan. GPP mempengaruhi minat pemohon untuk memohon atau
menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian tertentu. Bidang
kerjaya atau pekerjaan yang memberikan GPP yang rendah boleh dijadikan asas dalam
menentukan sama ada program akademik berkaitan dengan kerjaya/pekerjaan
tersebut perlu ditawarkan atau tidak.

viii) Unjuran Guna Tenaga Negara
Unjuran guna tenaga Negara ialah unjuran jangkaan pekerjaan yang diperlukan Negara
untuk tempoh tertentu. Antara agensi-agensi yang menjalankan kajian unjuran
keperluan guna tenaga ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jobstreet.com, Unit
Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysian Digital Economy
Corporation (MDEC) Sdn. Bhd., Malaysian Talent Development (TalentCorp), Institut
Maklumat Dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) dan sebagainya. UA juga boleh merujuk
kepada Critical Occupations List (COL) bagi mengenal pasti program akademik yang
perlu ditawarkan bersesuaian dengan unjuran pekerjaan dalam COL tersebut.

ix) Keperluan Semakan Kurikulum Major
Kriteria ini merujuk kepada kurikulum program akademik yang tidak terkini, lapuk dan
memerlukan semakan major. Jika program tersebut didapati tidak berbaloi untuk
diteruskan, maka UA dinasihatkan supaya melupuskan program tersebut dan
menggantikannya dengan program akademik yang lebih relevan dan berdaya saing
dengan keperluan semasa industri.

x) Keupayaan Universiti Awam
Kriteria ini merujuk kepada kemampuan universiti awam (UA) dalam aspek sumber
manusia, infrastruktur, kewangan dan sebagainya yang boleh mengganggu kelestarian
(sustainability) program akademik. Faktor ini boleh menjadi asas untuk UA membuat
keputusan dalam menentukan sama ada program akademik tersebut hendak diteruskan
atau tidak.

F/A/P/I adalah disarankan menggunakan data bagi tempoh 3 hingga 5 tahun bagi tujuan
menganalisis keperluan sesuatu program akademik sebelum ia dimuktamadkan untuk
penjumudan, pembekuan, pelupusan atau penawaran semula.

6.0 Pemakaian
Pemakaian garis panduan ini adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan yang sedang
berkuatkuasa di Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia, Badan-Badan
Profesional dan Universiti Malaysia Sabah.

5

7.0 Carta Alir Proses JBL

(A) Proses Penjumudan dan Pembekuan Program Akademik

Tanggungjawab/ Aliran Proses Kerja Tempoh Dokumen Rujukan /
Tindakan kerja Borang / Lampiran

Mula

Ketua Program Kenal pasti program akademik 2 Kertas Cadangan
F/A/P/I yang perlu Jumud / Beku. minggu Permohonan JBL

Ketua Program Sediakan kertas cadangan dan Borang JBL (Excel)
F/A/P/I lengkapkan borang permohonan
Ketua Program Jumud / Beku. Petikan Minit JKA
F/A/P/I F/A/P/I
Bentang dalam Mesyuarat JKA
Pegawai Tadbir F/A/P/I
Akademik F/A/P/I
Kemukakan permohonan Jumud
/ Beku berserta petikan minit
mesyuarat kepada urus setia
JKPA.

Urus setia JKPA Perakuan JKPA UMS 10 Kertas Cadangan
Urus setia Senat Kelulusan Senat minggu Permohonan JBL
Urus setia LPU Pengesahan LPU Borang JBL (Excel)
Petikan Minit JKPA
Petikan Minit Senat

Kemukakan dokumen Petikan Minit LPU

Urus setia JKPA permohonan kepada urus setia

JKPT

Urus setia JKPT Kelulusan JKPT JPT 4 minggu

Terima pemakluman
Urus setia JKPA penjumudan / pembekuan
1 minggu Surat Makluman JKPT
program dan edaran kepada

F/A/P/I

Pegawai Tadbir Kemaskini maklumat program 1 hari
Akademik F/A/P/I

Tamat

6

(B) Proses Pelupusan Program Akademik

Tanggungjawab/ Aliran kerja Proses Kerja Tempoh Dokumen Rujukan /
Tindakan Borang / Lampiran

Mula

Ketua Program Kenal pasti program akademik
F/A/P/I yang hendak Lupus.

Ketua Program Sediakan kertas cadangan dan 2 Kertas Cadangan
F/A/P/I lengkapkan borang permohonan minggu Permohonan JBL
Ketua Program Lupus.
F/A/P/I Borang JBL (Excel)
Bentang dalam Mesyuarat JKA
Pegawai Tadbir F/A/P/I Petikan Minit JKA
Akademik F/A/P/I F/A/P/I

Kemukakan permohonan Lupus

berserta petikan minit

mesyuarat kepada CQA untuk
ulasan.

Pegawai Tadbir Kemukakan ulasan CQA kepada 3 hari Maklum balas / Ulasan
BPQAA, CQA F/A/P/I CQA

Pegawai Tadbir Kemukakan permohonan Lupus, 3 hari Kertas Cadangan
Akademik F/A/P/I petikan minit mesyuarat JKA Permohonan JBL
berserta ulasan CQA kepada
urus setia JKPA. Borang JBL (Excel)

Petikan Minit JKA
F/A/P/I

Maklum balas / Ulasan
CQA

Urus setia JKPA Perakuan JKPA UMS
Urus setia Senat
Kelulusan Senat Kertas Cadangan
Urus setia LPU Permohonan JBL
Urus setia JKPA Pengesahan LPU 10
Pegawai Tadbir minggu Borang JBL (Excel)
BPQAA, CQA
Kemukakan dokumen Maklumbalas / Ulasan
CQA
permohonan berserta petikan
minit kepada CQA Petikan Minit JKPA

Kemukakan dokumen 1 minggu Petikan Minit Senat

Petikan Minit LPU

permohonan kepada MQA

7

MQA MQA Proses “penghentian 4 minggu
program” dan pemakluman
Urus setia JKPT penghentian program secara
Urus setia JKPA bertulis kepada JKPT dan UMS.
Urus setia JKPA
Pegawai Tadbir Kelulusan JKPT JPT dan rekod
F/A/P/I pelupusan berdasarkan surat 4 minggu
penghentian dari MQA.

Terima pemakluman

penghentian program. Surat Makluman
Penghentian Program
Pemakluman kepada F/A/P/I 1
dan CQA. minggu oleh JKPT

Kemaskini maklumat program 1 hari

Tamat

8

(C) Proses Penawaran Semula Program Akademik

Tanggungjawab/ Aliran kerja Proses Kerja Tempoh Dokumen Rujukan /
Tindakan Borang / Lampiran

Mula

Kenal pasti program

Ketua Program akademik dalam status
F/A/P/I
Jumud / beku yang perlu
ditawarkan semula.

Sediakan kertas cadangan 2 Kertas Cadangan
minggu Permohonan JBL
Ketua Program dan lengkapkan borang
F/A/P/I Borang JBL (Excel)
Ketua Program permohonan Penawaran
F/A/P/I semula program. Petikan Minit JKA
F/A/P/I
Pegawai Tadbir Bentang dalam Mesyuarat
Akademik F/A/P/I
JKA F/A/P/I

Kemukakan permohonan
penawaran semula program

berserta petikan minit

mesyuarat kepada CQA untuk
ulasan.

Pegawai Tadbir Kemukakan ulasan CQA 1 minggu Maklumbalas / Ulasan
BPQAA, CQA kepada F/A/P/I CQA

Pegawai Tadbir Kemukakan permohonan Kertas Cadangan
Akademik F/A/P/I penawaran semula program, Permohonan JBL

petikan minit mesyuarat JKA 3 hari Borang JBL (Excel)

berserta ulasan CQA kepada Petikan Minit JKA
urus setia JKPA. F/A/P/I

Maklumbalas / Ulasan
CQA

Pegawai Akademik Perakuan JKPA UMS Kertas Cadangan
F/A/P/I Permohonan JBL
Urus setia JKPA Kelulusan Senat 10 Borang JBL (Excel)
Pengesahan LPU minggu Maklumbalas / Ulasan
Urus setia Senat
Kemukakan dokumen CQA
Urus setia JKPA Petikan Minit JKPA
permohonan kepada CQA Petikan Minit Senat
Pegawai Tadbir Petikan Minit LPU
BPQAA, CQA Kemukakan dokumen 2 hari

permohonan kepada MQA

9

MQA Proses semakan penawaran 4 minggu
Pegawai Tadbir semula program dan
BPQAA, CQA pemakluman bertulis ke UMS.

Urus setia JKPA Terima pemakluman MQA 2 hari Surat Makluman MQA
dan kemuka kepada urus
Urus setia JKPT setia JKPA, PPKA Kertas Cadangan
Urus setia JKPA Permohonan JBL
Pegawai Tadbir Kemukakan permohonan Borang JBL (Excel)
Akademik F/A/P/I Maklumbalas / Ulasan
penawaran semula program 2 hari
CQA
kepada urus setia JKPT Petikan Minit JKPA
Petikan Minit Senat
Petikan Minit LPU
Surat Makluman MQA

Kelulusan JKPT JPT 4 minggu

Terima pemakluman

penawaran semula program 1 minggu Surat Makluman JKPT
dan pemakluman kepada

F/A/P/I

Kemaskini maklumat program 1 hari

Tamat

Nota:

Tempoh kelulusan mesyuarat adalah mengambil kira tempoh maksimum tertakluk kepada tiada
pindaan tarikh mesyuarat dilaksanakan.

10

8.0 Dokumen Rujukan

i. Surat JPT(A)1000/001/013/05(17) bertarikh 27 Mac 2012 mengenai
Surat Makluman Berkenaan Dasar Jaminan Kualiti Yang Diputuskan Melalui
Mesyuarat Kajian Semula Dasar- Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti Bil 1/2011
— 3/2011.

ii. Surat JPT/GS 1000-617 JId.2 (2) bertarikh 19 September 2016 mengenai
Pemakluman Berkenaan Penambahbaikan Dasar Pindah Kredit.

iii. Surat JPT(A)1000/013/013/02JId.22(2) bertarikh 13 Januari 2017
mengenai “Makluman Berkenaan Proses Baharu Penawaran Program
Akademik Melalui JawatankuasaPendidikan Tinggi (JKPT) dan Mesyuarat
Saringan Awal (MSA) Mulai Tahun 2017”.

iv. Surat JPT(A)1000/013/013/02JId.22(30) bertarikh 16 Jun 2017 mengenai
edaran Minit Taklimat Berkenaan Proses Baharu Penawaran Program
Akademik Melalui Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) dan Mesyuarat
Saringan Awal (MSA) Mulai Tahun 2017 yang diadakan pada 8 Februari
2017.

v. Surat MQA.100-1/7/1(25) bertarikh 27 Mac 2017 mengenai Pekeliling
MQA Bil.1/2017 : Maksud ‘Penghentian Program' Bagi Tujuan Penyerahan
Kembali Perakuan Akreditasi Kepada MQA.

vi. Garis panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam Edisi
Kedua, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

11


Click to View FlipBook Version