The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e folio perpaduan (detik perpaduan dan perbezaan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yinecatherine, 2022-10-10 22:55:56

e folio perpaduan (detik perpaduan dan perbezaan)

e folio perpaduan (detik perpaduan dan perbezaan)

TAJUK E-FOLIO:
PERPADUAN DI MALAYSIA: DETIK PERPADUAN

DAN DETIK PERBEZAAN

KOD:MPU21032

PENSYARAH: ENCIK ABDUL FATTAH BIN HAMDEN

SLIDESMANIA.COM

AHLI KUMPULAN

JOANNA BASSEY ANAK JELEMIN
31DUP22F1007

CATHERINE ANAK BENET NURWAHEEDA BINTI AHMAD ZAKI
31DUP22F1001 31DUP22F1004

SLIDESMANIA.COM RACHEALBELL MUJAN RICHARD ANIS SYAHIRAH BINTI ABDULLAH TUHED
31DUP22F1020 31DUP22F1003

ISI KANDUNGAN

1. OBJEKTIF
2. PENDAHULUAN
3. MAKSUD PERPADUAN
4. KEPENTINGAN PERPADUAN
5. DETIK PERPADUAN
6. CONTOH AKTIVITI DETIK PERPADUAN
7. DETIK PERBEZAAN
8. CONTOH AKTIVITI DETIK PERBEZAAN
9. LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
10. AKTIVITI-AKTIVITI MEMUPUK PERPADUAN
11. KESAN POSITIF MEMUPUK PERPADUAN
12. KESAN JIKA TIADA PERPADUAN
13. PENGAJARAN
14. KESIMPULAN
15. RUJUKAN

SLIDESMANIA.COM

OBJEKTIF

1 Mempelajari definisi perpaduan
di Malaysia

2
Menganalisis detik perpaduan

3 Menganalisis detik perbezaan

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM PENDAHULUAN

Malaysia mempunyai variasi kaum dalam kalangan masyarakat yang hidup aman dan
harmoni.Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu,Cina, dan India yang hidup bagai aur dan
tebing telah mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.Tidak lupa
juga bahawa peristiwa 13 Mei 1969 pernah berlaku dan hal ini mencatatkan titik hitam dalam
sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajarlah direnungi agar pisang tidak berbuah dua
kali.Perpaduan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat yang berbilang kaum supaya dapat membentuk satu identiti dan satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka.

Rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap bersatu-padu.Hal ini dapat mewujudkan
perpaduan,lebih-lebih lagi di Malaysia kerana rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelbagai
kaum.Masyarakat pelbagai kaum mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang
berbeza.Dalam kalangan masyarakat ,kita hendaklah memahami satu sama lain agar dapat
menjamin keamanan negara

Rakyat yang bersatu padu juga dapat meningkatkan tenaga dalam menjalankan pelbagai
aktiviti ekonomi negara agar berkembang pesat.Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti
pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju.Jika rakyat kita bersatu
pelabur asing sudah tentu minat untuk melabur dalam negara yang stabil dan makmur.Hasil
perpaduan dapat melahirkan generasi berilmu yang mampu menjadi contoh kepada negara-
negara yang lain.Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong yang datang ke negara
ini.Seterusnya,untuk menikmati keindahan negara dan keunikan budaya serta masyarakat di
Malaysia.

SLIDESMANIA.COM MAKSUD PERPADUAN

Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan
yang ditunjukkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan dan
jiran.Perpaduan juga merupakan perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia. Perpaduan merupakan proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti , nilai serta
perasaan cinta akan negara dan membanggakan negara. perpaduan
merupakan matlamat setiap bangsa dan negara agar sentiasa dapat
hidup harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan. Jika tiada
keamanan, rakyat tidak akan dapat hidup selesa dan negara boleh
berbolak balih setiap masa. Hal ini dapat dilihat melalui negara- negara
yang sentiasa berlakunya perperangan dan rakyat bergantung kepada
bantuan luar. Oleh itu, betapa pentingnya perpaduan harus dibina
serta dipupuk agar ianya menjadi sesuatu budaya dan amalan hidup
yang diamalkan oleh setiap rakyat dalam negara ini.

KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA

Perpaduan mewujudkan masyarakat yang harmoni bak kata pepatah ‘ke bukit
sama didaki,ke lurah sama dituruni’.Oleh itu,kaum di Malaysia perlu bersama
berganding bahu apabila menerima suatu ancaman.

Seterusnya, negara akan disanjung.Hal ini kerana perpaduan kaum merupakan
tunjang utama pengukuhan kestabilan negara.Sebagai contoh,ahli cabinet Menteri
tergolong dari pelbagai suku kaum.

Selain itu,dapat meningkatkan imej negara.Hal ini kerana apabila pelancong
luar datang ke negara kita dan melihat perpaduan yang sangat kukuh di negara kita jadi
mereka akan mengaguminya.

Akhir sekali,dapat meningkatkan ekonomi serta dapat menarik pelabur luar
untuk melabur di negara kita.Jika negara kita kucar kacir tanpa perpaduan maka tiada
pelabur luar yang ingin melabur di negara kita.

SLIDESMANIA.COM

DETIK PERPADUAN

● DEFINISI
Detik perpaduan merupakan gaya hidup bermasyarakat. Ia
merupakan suasana yang dapat menimbulkan sifat perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Ia juga tergolong dalam detik-detik
pergaulan. Detik-detik perpaduan merupakan merentasi
sempadan perkauman, agama, budaya dan bahasa seperti dalam
bidang sukan ,ekonomi dan seni budaya yang dapat menyatukan
perpaduan rakyat Malaysia.Seterusnya, bukan sekadar atas nama
orang Melayu ,Orang Cina ,india ,iban ,kadazan ,Murut
,Dusun,Orang Asli ,penduduk keturunan Siam ataupun yang lain-
lain .Yang paling penting kita semua bersatu padu atas nama
bangsa Malaysia.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM CONTOH AKTIVITI DETIK PERPADUAN

Perlawanan bola s●epSaUkKaAdNalBahOaLnAtaSrEaPsAaKtu detik perpaduan
yang jelas dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia
apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan sama -
sama menyokong pasukan masing-masing
.Malahan,mereka menyokong pasukan masing-masing

tanpa melihat pasukan mereka terdiri daripada kaum atau
bangsa berlainan atau tidak .

Sering kita menghad● irPi EmRaKjlAisHpWerINkaAhNwinan saudara-mara
ataupun kenalan yang diadakan perumahan selain

diadakan di dewan-dewan besar.Malahan, perkahwinan
juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
dan tidak kira lain-lain bangsa atau kaum.Misalnya, seperti

kaum Iban berkahwin dengan kaum Melayu.

DETIK PERBEZAAN

• Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas
kelihatan kerana sambutan perayaan selalunya mempunyai
kaitan dengan kebudayaan atau kaum yang pelbagai. Namun
hal yang demikian, ia tidak boleh terlihat sebagai perbezaan
yang akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap
budaya dan agama mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

• Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam
menghadapi isi sambutan perayaan sebagai satu sambutan
tahunan semua bangsa di Malaysia. Malah aktiviti kunjung-
mengunjung yang tidak berkaitan dengan hal-hal keagamaan
perlu diteruskan agar perpaduan yang ada semakin teguh.

SLIDESMANIA.COM

CONTOH AKTIVITI DETIK PERBEZAAN

SAMBUTAN PERAYAAN

• sambutan perayaan menjadi detik perbezaan kerana sambutan
perayaan di malaysia jelas kelihatan oleh kerana sambutan
perayaan mempunyai kaitan dengan setiap kebudayaan agama yang
pelbagai. hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan
menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama
mempunyai keunikan yang tersendiri.

• setiap rakyat perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam
menghadapi sambutan perayaan sebagai satu sambutan tahunan
semua bangsa di malaysia. malah aktiviti ziarah menziarahi yang
tidak berkaitan dengan hal keagamaan perlu dititikberatkan agar
perpaduan yang ada semakin utuh.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

Perpaduan menunjukkan kepada suasana dan ikatan mesra antara rakyat dalam
sesebuah negara. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing untuk mencapaikan
keharmonian di kalangan masyarakat yang tercinta.

Pada realitinya,peranan ibu bapa amat diperlukan untuk mendidikkan anak-
anak mereka untuk membina generasi yang baharu di masa hadapan.Dalam
sesebuah keluarga,ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik.
Contohnya,ibu bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran tetangga dan
mesra tanpa mengira bangsa,kaum dan agama yang lain.

Selain itu, masyarakat juga dapat mengadakan gotong-royong untuk semua
kaum.Melalui penganjuran aktiviti tersebut masyarakat dapat memupukkan
semangat kerjasama seperti aur dengan tebing yang bekerjasama melakukan
sesuatu tugasan.Aktiviti sebegini mampu menjaminkan keceriaan di Kawasan
perumahan dan berpeluang untuk mengenal satu sama yang lain.Makanya,
aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk
memupuk perpaduan di dalam kaum.

AKTIVITI-AKTIVITI MEMUPUK PERPADUAN

Aktiviti pertama yang dapat dilakukan untuk memupuk perpaduan ialah gotong-
royong.Aktiviti gotong-royong merupakan peluang kepada masyarakat di suatu Kawasan
perumahan atau perkampungan untuk bertemu dan bertegur sapa serta mengenali antara
satu sama lain.

Seterusnya,aktiviti sambutan hari perayaan kaum-kaum di Malaysia.Melalui aktiviti ini
masyarakat dapat berkunjung dan mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran serta
rakan daripada pelbagai kaum.Sebagai contoh,sambutan Hari Raya Aidilfitri ,Tahun Baru
Cina,Deepavali dan Hari Gawai.

Akhir sekali,aktiviti sukan dan permainan boleh dijalankan untuk memupuk semangat
perpaduan.Dalam hal ini,perkara dapat diselesaikan adalah dengan memecahkan
kumpulan kepada berbilang kaum dan tidak dikuasai oleh satu kaum
sahaja.Contohnya,permainan dan sukan seperti bola jarring,ping pong,takraw dan
sebagainya

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM KESAN POSITIF MEMUPUK PERPADUAN

Daripada semangat perpaduan negara boleh
melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap empati sesama
sendiri dan semangat dalam memupuk perpaduan yang boleh
menjadikan negara sebagai kebanggaan negara lain.

Selain itu,masyarakat dapat hidup dengan aman dan
damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan
baik.Masyarakat dari pelbagai kaum juga boleh melakukan
aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Akhir sekali,perpaduan kaum akan menjadikan negara
aman dan tenteram seperti mana keadaan ini dapat
memudahkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
pembangunan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat.

SLIDESMANIA.COM KESAN JIKA TIADA PERPADUAN

Antara kesan jika tiada perpaduan di Malaysia ialah
kemelesetan ekonomi.Hal ini keran tiada kesefahaman dan
Kerjasama antara satu sama lain.

Selain itu,pembangunan ekonomi tidak
stabil.Hubungan kaum yang rapat juga merupakan satu
tonggak utama untuk mengukuhkan ekonomi negara,

Seterusnya,Pendidikan juga akan terjejas.Ketiadaan
perpaduan dalam merosakkan imej sesebuah sekolah atau
institusi.

Akhir sekali,masyarakat tidak bermoral juga akan
wujud.Hal demikian kerana tiada perasaan bekerjasama yang
ada di dalam diri mereka.

SLIDESMANIA.COM PENGAJARAN

Pengajaran yang dapat kita perolehi ialah jika sebuah negara
mempunyai integrasi satu sama lain dan dasar-dasar kerajaan,negara
kita akan maju dan lebih aman damai.Kita juga perlu bekerjasama
agar proses perpaduan di negara kita dapat dikekalkan.Jika kita
mengabaikan perpaduan kaum,mungkin peristiwa yang tidak baik
akan berlaku.Contohnya, pada 13 Mei 1969.Hal ini menyebabkan
Tanah Melayu berlakunya rusuhan kaum antara kaum melayu dan
kaum cina.Oleh itu,untuk mengelakkan peristiwa seperti berikut,kita
haruslah mempunyai sikap bersatu padu antara kaum di Malaysia
agar dapat memupuk perpaduan di negara.Yang paling penting usaha
ini memerlukan keikhlasan di kalangan kumpulan majoriti dan juga
minoriti.Melalui kerjasama semua pihak,kita pasti dapat mengekalkan
kesejahteraan dengan memupuk perpaduan.

SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN

Kesimpulannya,keamanan negara juga turut dapat depertingkatkan
apabila amalan perpaduan kaum telah menghilang ke dalam jiwa setiap
rakyat di Malaysia.Seperti yang kita ketahui,tanpa perpaduan
kaum,keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan menghasilkan
suasan hidup yang kucar-kacir.Oleh hal demikian,perpaduan kaum itu
penting untuk meningkatkan keamanan negara.Maka,semua pihak
haruslah berganding bahu dan tidak mengharapkan sebelah pihak
sahaja.Demi mewujudkan perpaduan kaum,janganlah kita bersikap
pentingkan diri sendiri seperti ‘bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing’ kerana perpaduan kaum itu hanya wujud apabila
semua kaum menjalani tugas masing-masing dengan sempruna dan
bersikap tolak ansur.

RUJUKAN

❑ https://matlamatperpaduanyangdiidamkan20
20.blogspot.com/2020/10/mpu21031-
penghayatan-etika-peradaban_54.html?m=1

❑ https://mr-islam.blogspot.com ›
per...Perpaduan vs perbezaan dalam
masyarakat majmuk

❑ http://1malaysiaunited.blogspot.com ›
...MAKSUD DAN KEPENTINGAN PERPADUAN

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version