SUKAN DAN
PERPADUAN
AHLI KUMPULAN.
YAMUNA SRI A/P PERUMAL
(06DPR21F2001)
TANOOSHA A/P RAMAKRISHNA
(06DPR21F2007)
ROHAN A/L CHELLAPERUMAL@KUMAR
(06DPR21F2016)
MOHAMED RIAS A/L MOHAMED YAMIN
(06DPR21F2023)
SAARWIN A/L PUSPARAJAH
(06DPR21F22067)
PENGENALAN
Sukan merupakan aktiviti yang dilakukan secara individu atau secara berkumpulan
untuk memantapkan stamina dan secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan tubuh
badan Sukan juga dilakukan pada waktu lapang sebagai contoh sukan bola sepak bola
tampar bola baling dan sebagainya Sukan juga berperanan sebagai alat perpaduan
tanpa mengira ideologi yang dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan
rakyat Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu Sukan juga
memberi peluang seluasnya luasnya bagi mereka yang berminat Temasya Sukan
Malaysia ( yang diadakan setiap 2 tahun untuk rapatkan hubungan antara
negeri Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain penonton
dan sudah tentu penggiat sukan Kajian membuktikan bahawa perpaduan masyarakat
kita boleh dipupuk menerusi acara sukan Situasi ini dapat mendidik masyarakat tentang
sesuatu kebaikan dalam bentuk positif atau negatif secara bersama sama sehingga
tercetusnya perpaduan antara kaum tersebut iaitu Melayu Cina India Sifat Bersatu
padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan atau permainan
kerana bulat air kerana pembentung bulat masyarakat kerana muafakat
DEFINISI SUKAN.
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah Sukan terdiri daripada aktiviti
fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan
keseronokan pembangunan kemahiran kecemerlangan dan
sebagainya Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu
sukan itu Misalnya berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi Terdapat pelbagai
jenis sukan dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan
keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai
Penonton.
DEFINISI PERPADUAN
Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka Ia
merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia
Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan
SUKAN MEMBENTUK PERPADUAN.
Sukan dapat meyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan Contohnya
aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan pada masa yang sama
sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta Selain itu Negara
Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA
setiap 2 tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain
atau penonton Di samping itu bersukan juga menyelami erti perpaduan menghormati
antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan Negara
tercinta ini dapat mencapai kemajuan justeru mampu bersaing dengan negara lain
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM.
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara
agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan . Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya
perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah berlaku di negara kita . Kesan
daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini
Oleh itu , perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang . Dalam nada yang sama kita akan dapat
dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yng tinggi
Selain itu , keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup
berkorban untuk negara kita . Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi
keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme
akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya
memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama
lain disebabkan factor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat . Sifat
dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati
yang dipupuk sejak kita kecil lagi
PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN
01 03
-Sukan sebagai alat perpaduandan antarabangsa -Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk
Malayasiayang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bekerjasama dan saling memahami antara kaum
kaum
02
04
-Aktivitit sukan dapat mengeratkan hubungan -Mewujudkan hubungan diplomati antara sesebuah
silaturrahim antara satu sama lain negara dengan negara lain
SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum
membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-
nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Sukan menjadi salah satu daripada alat perpaduan di
peringkat sekolah. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan
dan perpaduan di antara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam
sesuatu permainan, perarakandan perhiasan khemah dengan bersatu padu tanpa mengira apa-apa jua
tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk.
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan
fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan
pemikiran. Golongan professional dan separa professional dalam membangunkan negara sering kali
terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan
semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan
golongan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat
menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan Langkah awal seperti kata
pepatah“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah
tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah
menghidap penyakit untuk Kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu
menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Kegiatan sukan dapat
melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan
jantung, membantuperkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan.
Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat
yang sihat.
IMPAK SUKAN TERADAP PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan Batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong dan pengurusan. Kedua, sukan menjadi alat untuk
mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh Bersama
walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza. Perpaduan bukan
sekadar dalam kalangan masyarakat, tetapi juga segenap lapisan strafikasi kepimpinan dan organisasi
sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta
‘semangat satu negara, satu matlamat’. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi
cergas, sihat bukan dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan menguuhkan kesejahteraan pelbagai
masyarakat dalam memastikan perpaduan terusutuh juga mampu menjadi sebahagian dalam proses
meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah ‘penjana’ dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di
bawah prinsip 1 Malaysia.
CONTOH SUKAN YANG MENGERATKAN PERPADUAN.
Badminton Skuasy
CONTOH TOKOH SUKAN NEGARA.
DATO’ LEE CHONG WEI
KEJAYAAN DATO’ LEE CHONG WEI
❑ 2010
Juara World Superseries Masters Final
❑ 2011
Juaralndonesia Open
❑ 2012
Naib JuaraIndia Open
❑ 2014
JuaraJapan Open
❑ 2013
JuaraSuper Series Finals
❑ 2015
JuaraChina Open
❑ 2017
JuaraAll England
❑ 2016
Naib JuaraSukanOlimpik
❑ 2018
JuaraSukanKomanwel
BOLA SEPAK
Bola sepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia,yang
dimainkan oleh dua pasukan di mana setia pasukan terdiri daripda 11 pemain. Pada sukan SEA
2017, Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan.untuk sukan bola
sepak,Malaysia yang mempunyai pemain yang berlainan kaum telah layak ke peringkat
akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat memberi sokongan
kepada pasukan Malaysia. Ini terbukti bahawa sukan bola sepak dapat memberi perpaduan kepada
negara.
Dato' Mokhtar Dahari
Selangor all-time top scorer: 177 goals
Malaysia national football team all-time top scorer: 89 goals
Southeast Asia all-time top scorer for men's national teams: 89 goals
Asia-Pacific all-time top scorer for men's national teams: 89 goals
20th century all-time top scorer for men's national teams (1901-2000): 89 goals
Former Asian all-time top scorer for men's national teams between 2 May 1979 until 16
June 2004 after surpassing Kunishige Kamamoto 75 goals.
Former all-time top scorer for men's national teams between 27 October 1980 until 16
June 2004 after surpassing Ferenc Puskás 84 goals
BOLA JARING
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat yang
menyerupai, dan berasal daripada bola keranjang. Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan
dikalangan Wanita, Perkembangan dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu
sukan bertaraf antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara komanwel.
Permainan bola jaring dapat membina negara bangsa dengan memantapkan perpaduan negara dan integrasi
nasional. Bola jaring juga membawa keseronokan, memberi peluang berinteraksi dan memenuhi masa lapang..
CONTOH TOKOH SUKAN bola jaring
❖ KARISHMA S.LOGANATHAN ❖ HASRIN NUR FIRRA SYUHADA
RAGBI
Melalui ragbi, Kerjasama dan hubungan akrab dapat dilihat apabila prmain bertungkus lumus dan bekerjasama
menyahut cabaran sebagai satu pasukan.Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai bangsa memang dapat
memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat engeratkan lagi perpaduan masyarakat dalam
menyantu Konsep Satu Malaysia.Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan.Ia dimainkan oleh dua
pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar atau membawa bola
sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.Pasukan
yang memungut mata paling banyak akan diisytiharkan sebagai pemenang bagi perlawanan ini.
OLAHRAGA
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan yang berasaskan pergerakan
semula jadi seperti berlari,melompat,melempar,dan berjalan kaki secara bersaingan.
Jenis pertandingan olahraga yang paling biasa dilakukan ialah acara balapan dan padang, merentas desa dan
lumba jalan kaki.
Melalui sukan olahraga, kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mmengira umur bangsa mahupun
agama.
Ini akan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat untuk terus bersatu padu dalam
pertandingan yang dianjurkan sama ada secara berkumpulan ataupun secara individu.
RUMUSAN
Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan
badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei Beliau telah
mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini Selain itu,perpaduan antara kaum
dapat dilihat antara satu sama lain Pelbagai kaum iaitu Melayu India dan Cina telah berganding
bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini
Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.
TERIMA KASIH