TEKNIK KETUK
BY:-
MD HAFIZI MOHAMAD
KETUKAN TEPAT (ON THE DOLLY)
• Pukulan atau ketukan di lakukan tepat ke atas permukaan panel yang
rosak dengan keadaan dolly di ampu tepat di tempat kerosakan tersebut.
• Cara ini di lakukan pada awal pembaikan malah ia di katakan kerja kasar
bagi mengembalikan permukaan yang rosak secara cepat serta ke tahap
semaksima mungkin.
• Setelah keadaan permukaan panel hampir rata, kerja kerja penyudah
hendaklah di lakukan.
• Ketukan tepat boleh memberikan beberapa kesan ke atas permukaan
panel sekiranya ia di lakukan tanpa teknik dan penelitian yang
sewajarnya terutamanya mengetuk secara berterusan, di mana
berlakunya pengembangan permukaan panel akibat himpitan di antara
dua permukaan keras iaitu hammer dan dolly
KETUKAN TEPAT (ON THE DOLLY)
• Memegang dolly tepat pada kawasan yang rosak dengan mengetuk
tukul secara tepat.
KETUKAN TEPAT (ON THE DOLLY)
• Kedudukan tukul dan dolly semasa melakukan pukulan tepat
KETUKAN SIPI (OFF THE DOLLY)
• Pukulan atau ketukan hammer dilakukan di bahagian tepi atau di luar tempat
kerosakan panel.
• Dolly diampu tepat di tempat kerosakan manakala ketukan di lakukan di
bahagian tepi.
• Di dalam teknik ketukan sipi, dolly berperanan penting dalam menaikkan
permukaan yang rosak.
• Ia bertindak sebagai penahan dan sekaligus menaikkan tempat kerosakan.
• Ini terjadi kerana terdapat dua arah yang berlainan, iaitu ketukan dari bahagian
atas manakala dolly sebagai penahan yang berupaya menahan panel dari turun.
• Ketukan sipi kurang memberi kesan ke atas permukaan panel kerana tidak
terjadinya ketukan secara tepat di tempat yang rosak.
• Walaubagaimanapun untuk mencapai kerataan menerusi ketukan sipi, ianya
mengambil masa yang lama di sebabkan cara menaikkan panel agak berbeza jika
di bandingkan dengan kaedah ketukan tepat.
KETUKAN SIPI (OFF THE DOLLY)
Memegang dolly dibahagian tepi tempat kerosakan
KETUKAN SIPI (OFF THE DOLLY)
• Kedudukan dolly dan tukul semasa membuat pukulan sipi
KETUKAN LAYANG
• Ketukan layang biasanya di lakukan ke atas permukaan
yang kurang mengalami kerosakan atau semasa
melakukan kerja penyudah.
• Ketukan layang berlaku dalam bentuk geselan dan
pergerakan hammer dalam bentuk pusingan.
• Ia boleh di katakan sebagai langkah terakhir dalam
kaedah mengetuk kerana berupaya meratakan
permukaan yang di tinggalkan oleh ketukan secara
tepat atau sipi.
KETUKAN LAYANG
• Mengetuk secara ketukan layang
PENGECUTAN (SHRINKING)
• Satu kaedah pengecutan yang dijalankan sama
ada menggunakan kaedah secara panas atau sejuk
adalah bertujuan untuk mengecut permukaan
panel yang kembang atau panel turun naik
(bergelombang).
• Di samping itu ia juga untuk menegangkan dan
sekaligus meratakannya.
SEBAB-SEBAB PENGECUTAN DILAKUKAN
• Satu kaedah pengecutan yang dijalankan
sama ada menggunakan kaedah secara
panas atau sejuk adalah bertujuan untuk
mengecutkan permukaan panel yang
kembang atau panel turun naik
(bergelombang).
• Di samping itu ia juga untuk menegangkan
dan sekaligus meratakannya.
SEBAB-SEBAB PENGECUTAN DILAKUKAN
1. SALAH TEKNIK KETUK.
• Ini berlaku semasa proses mengetuk
dilakukan dan ianya berlaku akibat kesan
ketukan yang salah dan mengetuk secara
berterusan (lama).
SEBAB-SEBAB PENGECUTAN DILAKUKAN
2. SALAH PENGAWALAN API SEMASA MENGIMPAL
• Keadaan ini terjadi semasa proses mengimpal
dijalankan. Ia terjadi di sebabkan teknik
mengimpal yang salah tanpa urutan yang betul.
• Api yang dilaraskan juga tidak sepertimana api
yang digunakan untuk mengimpal. (Tekanan api
kuat).
SEBAB-SEBAB PENGECUTAN DILAKUKAN
3. Kemalangan
•Lebih merujuk kepada kemalangan kecil
pada bahagian luar, dan kesan hentaman
yang menyebabkan panel menjadi kembang.
KAEDAH PENGECUTAN
•Pengecutan merupakan proses penting
dalam kaedah pembaikan badan kenderaan.
•Secara lazimnya pengecutan yang di lakukan
melibatkan beberapa teknik yang tertentu
dan ianya bergantung kepada bentuk
kerosakan serta keluasan kerosakan
Hot Shrinking ( pengecutan secara panas )
• Hot Shrinking ( Pengecutan cara panas ) adalah satu proses mengecut
permukaan panel disamping untuk menegang serta meratakan semula
dengan menggunakan set kimpalan Oksi – Asitilin sebagai alat memanas
dan memotong panel yang kembang.
• Di dalam proses ini air adalah unsur penting bagi membantu penyejukan
( kaedah memanas ).
• Pengecutan secara panas boleh di bahagikan kepada 2 kaedah utama,
iaitu ,
1. Pemanasan dan penyejukan serta merta.
2. Pemotongan dan kimpal semula. (cutting and welding)
• Kedua dua kaedah pemanasan ini sama ada melibatkan panel yang
kembang atau kemek, malah kedua duanya mempunyai cara pembaikan
yang berbeza.
Cold Shrinking ( Pengecutan cara sejuk )
• Teknik ini tidak melibatkan penggunaan set oksi-
asitilin tetapi hanya menggunakan peralatan
seperti hammer, dolly dan spoon.
• Kerosakan dibaikpulih mengetuk panel yang rosak
dengan menggunakan hammer beralaskan dolly.
MENGUJI KERATAN PERMUKAAN
➢ Setelah berpuashati dengan pengecutan di atas, uji panel tersebut dengan
menggunakan Body File atau merasai dengan tangan (mengerakkan tapak tangan
pada permukaan panel).
➢ Ulangi proses ketukan penyudah jika masih terdapat permukaan panel yang belum
rata secara ketukan layang.
➢ Elakkan dari mengetuk terlalu kuat atau terlalu lama pada satu satu tempat,
kemungkinan panel akan kembang semula.
➢ Untuk permukaan panel yang luas bolehlah kita menggunakan pembaris panjang
untuk memastikan permukaan panel telah rata.
➢ Sekiranya panel masih dalam keadaan turun naik (bergelombang) atau kembang,
ulangi proses pengecutan seperti di atas, perlu di tekankan proses ulangan ini mesti
di lakukan dengan gerakkarja yang cermat.
➢ Bulatan pemanasan perlu dikecilkan sedikit dan ketuk dengan berhati hati.
Menggerakkan tapak tangan pada permukaan panel
PEMBARIS PANJANG
BODY PANEL
MENGGUJI KERATAAN PANEL DENGAN MENGGUNAKAN PEMBARIS
INSTITUT KEMAHIRAN MARA
KOTA KINABALU, SABAH