The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan MARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atok_24, 2022-08-29 20:54:56

Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan MARA

Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan MARA

Skills For Excellence
Growing Innovation Fostering Entrepreneurship

i Pengenalan
Dokumen ini disediakan untuk diguna pakai oleh warga
kerja MARA, pelajar IPMa dan orang awam yang
berurusan dengan Pusat Pentadbiran MARA.

Penyediaan & Pengedaran

Dokumen ini diedarkan kepada Pusat Pentadbiran MARA.
Dokumen ini hendaklah dibaca bersama-sama Manual
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA
di laman sesawang https://maranet.sharepoint.com/

! Perakuan
Dokumen ini adalah betul semasa tarikh ianya
disediakan. Sebarang perubahan, pindaan atau tambah
baik daripada Pihak Berkuasa akan dikemas kini
mengikut keperluan.

9

Singkatan Maksud Singkatan
DOSH
IKM Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
IPMa Institut Kemahiran MARA
JBPM Institut Pendidikan MARA
JKKP Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKKPIP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Ibu Pejabat
JKKPP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pusat
JKKPN Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negeri
KPLB Kementerian Pembangunan Luar Bandar
KKP Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA
KM Kolej MARA
KP MARA Ketua Pengarah MARA
KPM Kolej Profesional MARA
MARA Majlis Amanah Rakyat
MJII Malaysian-Japan Industrial Institute
MRSM Maktab Rendah Sains MARA
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
PDRM Polis DiRaja Malaysia
PM Penyelenggaraan Pencegahan (
PMP Pegawai Mengawal Program; Pegawai Mengawal Pusat
SDS Helaian Data Keselamatan (
SPAN Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
ST Suruhanjaya Tenaga
TNB Tenaga Nasional Berhad
BPIN Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat
SOP Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Prosedure)
PPE Kelengkapan perlindungan diri

10

KKP IKMKK #kita boli bah

Keperluan Penyediaan Dasar KKP

i Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, Bahagian IV seksyen 16; dan
Kewajipan majikan untuk membentuk Dasar KKP
sekiranya mengambil pekerja minimum 5 orang dan
lebih.

Kriteria Dasar KKP

Pernyataan bertulis dasar berkenaan KKP;
Ia menyatakan niat, iltizam, objektif dan arah tuju
pengurusan berkenaan KKP;
Ia menetapkan standard dan tindakan-tindakan
yang mesti dilaksanakan untuk mencapai standard
tersebut;
Ia mengenalpasti peranan dan tanggungjawab
organisasi serta perkiraan yang perlu dirancang;
Dikomunikasikan kepada semua warga kerja; dan
Dipamerkan di tempat yang strategik.

Tempat Strategik merupakan lokasi yang menjadi tumpuan umum
ketika berada di sesuatu tempat. Tempat strategik untuk
mempamerkan Dasar KKP MARA adalah:

1. Lobi utama;
2. Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru dan Bilik Pensyarah;
3. Bilik mesyuarat, bilik bincang dan bilik rehat;
4. Kaunter khidmat pelanggan;
5. Laluan utama di asrama;
6. Laluan utama di bangunan akademik;
7. Makmal dan bengkel;
8. Dewan Selera IPMa dan kafeteria IPMa;
9. Pusat Sumber dan perpustakaan;
10. Surau dan masjid; dan
11. Tempat-tempat yang difikirkan perlu.

14

Rujukan Utama Akta Akta Keselamatan dan Kesihatan
Dibaca bersama Pekerjaan 1994 dan Peraturan-
Peraturannya

Akta Kilang dan Jentera 1967 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Bekalan Elektrik 1990 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Bekalan Gas 1993 dan Peraturan-
Peraturannya

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan
Peraturan-Peraturannya

Akta Petroleum (Langkah-Langkah
Keselamatan) 1984 dan Peraturan-
Peraturannya

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan
Peraturan-Peraturannya

Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1984

Akta dan Peraturan-Peraturan yang
berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan

17

Falsafah Dan Prinsip
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Kerjasama Perundingan
Majikan Warga Kerja Majikan Warga Kerja

Peraturan Kendiri

1. Perundingan Majikan-Warga Kerja melibatkan perbincangan
agenda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui
mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP);

2. Kerjasama Majikan Warga Kerja terjalin semasa mengendalikan
program KKP, penyiasatan kemalangan dan sebarang bentuk
program yang melibatkan perhubungan dua-hala;

3. Peraturan Kendiri melibatkan pelaksanaan program KKP yang
praktikal, menjimatkan kos dan sepraktik yang mungkin
mengurangkan tahap pendedahan dan risiko kepada warga
kerja MARA, pelajar IPMa, pelanggan dan orang yang
berkepentingan di MARA.

18

01 Dasar 02 Organisasi

Dasar KKP MARA Jawatankuasa KKP
Peranan Pengerusi JKKP Setiausaha / Pegawai
Tanggungjawab Majikan Keselamatan dan Kesihatan
Tanggungjawab Warga Kerja Sistem pengurusan KKP
Komunikasi
04 Penilaian
03 Perancangan
Pemantauan dan Prestasi
Prosedur Operasi Piawai (SOP) Penilaian sistem pengurusan
Latihan Audit

05 Penambahbaikan

Tindakan pencegahan dan
penambahbaikan
Peningkatan berterusan

21

Nama Jawatankuasa Keselamatan dan Penubuhan Di
Kesihatan Pekerjaan Peringkat

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan IPMa
Pekerjaan Pusat (JKKPP)
PMN
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan Negeri (JKKPN) Ibu Pejabat

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan Ibu Pejabat (JKKPIP)

Aliran Pelaporan Antara JKKP Di MARA

Isu mengenai KKP perlu dibincangkan di peringkat JKKP masing-
masing.
Isu dan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan hendaklah
dikemukakan di dalam JKKP yang lebih tinggi.

Rujukan:
Surat Pekeliling Keselamatan MARA Bil. 2 Tahun 2017 Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

25

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pusat (JKKPP)

Pengerusi Pengetua / Pengarah

Pengerusi Silih Ganti Timb Pengetua / Timb Pengarah

Setiausaha Pegawai Gred 29 dan ke atas

Wakil Majikan Ketua Jabatan
Ketua Program/ Ketua Kursus
Ketua Unit

Wakil Pekerja Wakil KEKAM
Wakil KPPM
Wakil Pelajar, jika berkaitan
Wakil Kontraktor, jika berkaitan

Korum Pengerusi
Setiausaha
½ Wakil Majikan
Seorang bagi setiap kategori perwakilan
pekerja

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negeri (JKKPN)

Pengerusi Pengarah MARA Negeri
Pengerusi Silih Ganti
Setiausaha Pengarah KKTM/ IKM/ MJII
Wakil Majikan
Pegawai Gred 41 dan ke atas
Wakil Pekerja
Korum Pengarah/ Timb Pengarah IPMa (IKM,
KKTM, MJII, KM & KPM)
Pengetua/ Timb Pengetua MRSM
PMD

Wakil KEKAM di PMN & IPMa
Wakil KPPM di PMN & IPMa

Pengerusi
Setiausaha
½ Wakil Majikan
1 Wakil KEKAM
1 Wakil KPPM

26

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Ibu Pejabat (JKKPIP)

Pengerusi TKP (K)
Setiausaha
Wakil Majikan BPIN

Wakil Pekerja Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat
Ketua Unit di Ibu Pejabat
Pengarah MARA Negeri (isu berbangkit)

Presiden/ Wakil KEKAM
Presiden/ Wakil KPPM

Korum Pengerusi
Setiausaha
½ Wakil Majikan
2 Wakil KEKAM
2 Wakil KPPM

i Kekerapan mesyuarat
Minimum sekali dalam tempoh tiga (3) bulan;
Minimum empat (4) kali setahun

Tanggungjawab Di Dalam Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan MARA

Tanggungjawab Tanggungjawab
Pengurusan MARA Pegawai Mengawal Pusat (PMP)

Tanggungjawab Tanggungjawab
Warga Kerja MARA Pelajar IPMa

Tanggungjawab
Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal

27

Tanggungjawab Pengurusan MARA

Mewujud dan meluluskan Dasar Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan MARA;

Memastikan semua warga kerja MARA dan pelajar IPMa
memahami dan menghayati kepentingan KKP;

Mengadakan kajian semula pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi penambahbaikan secara berterusan;
Memastikan sumber-sumber yang diperlukan adalah mencukupi;

Tanggungjawab Pegawai Mengawal Pusat (PMP)

Membantu pihak pengurusan MARA dalam menyelia dan
memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan sihat;

Memastikan pelaksanaan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di bawah tanggungjawabnya;
Menyedia, menyelia dan menyelenggara PPE yang sesuai untuk
kegunaan warga kerja dan pelajar IPMa;

Memastikan segala peralatan dalam keadaan yang selamat
digunakan serta mengikut Prosedur Kerja Selamat;

Memastikan segala peralatan dalam keadaan yang selamat
digunakan serta mengikut Prosedur Kerja Selamat;
Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu
melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti
merangka program KKP, kempen, seminar dan sebagainya;

28

Tanggungjawab Warga Kerja MARA dan Pelajar
IPMa

Memberi perhatian yang munasabah kepada keadaan di
sekelilingnya bagi mengelakkan kecederaan kepada dirinya atau
orang lain semasa menjalankan tugas;
Memahami dan memenuhi peruntukan undang-undang dalam
melaksanakan tugasan;

Menggunakan PPE yang telah disediakan oleh pihak Pusat
Pentadbiran MARA mengikut kesesuaian semasa melaksanakan
tugasan;
Melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak
selamat di tempat kerja;
Mematuhi prosedur dan arahan KKP yang disediakan;

Mengambil bahagian di dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan
pekerjaan;

Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan
Pembekal

Mematuhi arahan dan garis panduan KKP berdasarkan jenis kerja
yang akan dilaksanakan di Pusat Pentadbiran MARA;

Melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak
selamat di tempat kerja;

29

Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan
Pembekal

Memberi latihan pematuhan KKP kepada pekerja yang terlibat di
dalam kontrak perolehan;
Membekal dan memastikan warga kerja dan pekerja kontraktor
memakai kelengkapan perlindungan diri yang sesuai;
Memberi latihan hands-on yang bersesuaian kepada warga kerja
MARA yang terlibat;

30

Objektif prosedur ini adalah untuk memastikan semua

i jentera seperti Pengandung Tekanan Tak Berapi, Mesin
Angkat dan Dandang telah lulus dalam pemeriksaan dan
memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan daripada DOSH.

Keperluan Asas Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin
(CF) Daripada DOSH

Keperluan Asas Kategori Jentera
Kelulusan Rekabentuk
1. Dandang stim
Kebenaran Memasang 2. Pengandung tekanan tak berapi
Pendaftaran dan Sijil 3. Mesin angkat
Perakuan Kelayakan
Mesin 1. Jentera am

1. Dandang stim
2. Pengandung tekanan tak berapi
3. Mesin angkat
4. Lif penumpang
5. Eskalator

Peringatan:
Pendaftaran mesin ini hendaklah dilaksanakan melalui web
http://mykkp.dosh.gov.my/

33

Jenis-Jenis Sijil Perakuan Kelayakan Mesin

PMD Perakuan Mesin Dandang
Pendaftaran WAJIB bagi semua jenis dandang
(boiler) dan pengandung tekanan berapi.
Jenis-jenis mesin yang memerlukan memiliki sijil
perakuan kelayakan (CF) yang sah adalah:

Alat penyucihama Dandang stim elektrik Dandang stim tiub air
(autoclave)
(electrical steam (water tube steam

boiler) boiler)

Dandang stim tiub api Heat Recovery Steam Dandang air panas
(fire tube steam boiler) Generator (hot water boiler)
(HRSG)

Thermal oil heater

PMA Perakuan Mesin Angkat
Pendaftaran WAJIB bagi semua jenis mesin angkat,
kecuali mesin angkat manual.
Setiap mesin angkat (hoisting machine) yang
menggunakan kuasa power driven seperti elektrik,
diesel, pneumatik dan sebagainya perlu memiliki
sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah untuk
digunakan.

Mesin angkat Lif penumpang Eskalator
(hoisting machine) (elevator) (escalator)

Lif barang Gondola Kren kontena
(goods elevator)

Mast climbing working Amusement park ride
platform

34

PMT Perakuan Mesin Tekanan
Pendaftaran WAJIB bagi semua pengandung
tekanan tak berapi atau bejana tekanan tak berapi.
Jenis-jenis mesin yang memerlukan memiliki sijil
perakuan kelayakan (CF) yang sah adalah:

Penyucihama Bekas udara Penukar haba
(sterilizer) (air container) (heat exchanger)

Pengandung tekanan Tangki simpanan LPG
(pressure vessel) (LPG storage tank)

Contoh Mesin Yang Memerlukan
Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan

Penyucihama Tangki Simpanan LPG
(Sterilizer)

Floor Lift Suspended Platform

35

Pengandung Tekanan Bekas Udara
(Air Compressor) (Air Receiver)

Crane Over Head Crane

Elevator Escalator

36

Scissor Work Platform Waste Heat Recovery Boiler

Contoh Perakuan Kelayakan Contoh Perakuan Kelayakan

MESIN ANGKAT PENGANDUNG TEKANAN TAK BERAPI

37

38

Senarai Jenis Jentera Yang Diberikan Pengecualian Perakuan
Kelayakan Bagi PMT

2 atau lebih kebuk yang mempunyai tekanan rekabentuk dalaman
atau luaran

<15 lb/in2 bagi setiap kebuk <15 lb/in2 perbezaan tekanan
antara setiap kebuk
Diameter dalaman, lebar, tinggi
atau pepenjuru keratan rentas Rekabentuk dalaman atau luaran
<15 lb/in2
< 6 in

Suhu rekabentuk Tekanan rekabentuk
< 99°C < 300 lb/in2

Komponen suatu pakej Penukar haba plat atau penukar

pendingin bagi suatu bangunan haba pilin

Komponen paip atau aksesori yang berfungsi untuk mencampurkan,
mengasingkan, menusuk, mengagihkan atau mengawal aliran medium

dalam komponen paip atau aksesori

Komponen suatu peranti mekanikal berputar atau bersalingan yang
fungsinya adalah untuk menyokong operasi peranti mekanikal

Rujukan:
Perintah Kilang dan Jentera (Pengecualian Perakuan Kelayakan Bagi
Bejana Tekanan Tak Berapi) 2017

39

Senarai Jenis Jentera PMT yang diberikan pengecualian sijil perakuan
kelayakan melibatkan pengecualian peruntukan:
1. Seksyen 19, Akta Kilang dan Jentera 1967 Perakuan

Kelayakan;
2. Peraturan-Peraturan (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan

Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970;
3. Senarai Peraturan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan

(Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang
dan Jentera 1970 sebagaimana di bawah:
a. Peraturan 10 Machinery requiring Certificate of Fitness;
b. Peraturan 11 Sale or hire of machinery;
c. Peraturan 12 Current certificate;
d. Peraturan 17(b) In respect of any unfired pressure vessel,

that the preparations as for steam boilers and contained in
sub-paragraphs (i), (iv), (vi), (vii) and (viii) of paragraph 17
(a) of this regulation are complied with so far as is
appropriate;
e. Peraturan 19 Supplementary inspection Steam boilers
and unfired pressure vessel;
f. Peraturan 25 Issue of certificate of fitness;
g. Peraturan 28 Machinery operated without certificate; dan
h. Peraturan 35 Fees unfired pressure vessel.

40

Senarai Jenis Jentera Yang Diberikan Pengecualian Perakuan
Kelayakan Bagi PMA

Rig penggerek (boring Rig gerudi (drilling rig); Win (winch) bagi
rig) kenderaan tunda

Mesin cerucuk (piling machine) yang dipasang di atas roda berantai
sahaja

Perata dok Manipulator Menara laluan
(dock leveller) (manipulator) (gangway tower)

Penghantar tegak Pengangkat hujung (tail lift)
(vertical conveyor)

Sistem Simpanan dan Dapatan Semula Automatik SSDSA (Automated
Storage and Retrieval System ASRS)

Pengangkat kekera (monkey hoist) bagi beban angkat maksimum 80
kilogram dan ketinggian angkat maksimum 9 meter sahaja

Pengangkat udara atau pnumatik (air or pneumatic hoist) bagi beban
kerja selamat 500 kilogram sahaja

Melibatkan pengecualian peruntukan:

1. Seksyen 19(1), Akta Kilang dan Jentera 1967

Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau
membenarkan supaya dikendalikan apa-apa jentera yang
berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan
melainkan jika ada berkuatkuasa berhubung dengan
pengendalian jentera itu suatu perakuan kelayakan yang sah
yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

2. Peraturan 10, Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan
Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970
Machinery requiring Certificate of Fitness

41

Syarat Pengecualian:

1. Pemilik mesin angkat hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis
daripada DOSH sebelum memasang sebarang jenis mesin
angkat. Mesin angkat jenis win (winch) di kenderaan tunda dan
Pengangkat hujung (tail lift) adalah mendapat pengecualian
sepenuhnya;

2. Tanggungjawab pemilik mesin angkat adalah:
i. Menjalankan pengenalpastian hazad, pentaksiran risiko
dan kawalan risiko bagi mesin angkat tersebut;
ii. Memastikan prosedur kerja selamat bagi mesin angkat
disediakan sebagai garis panduan kepada pekerja;
iii. Menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan berulang
ke atas mesin angkat itu mengikut arahan pengilang untuk
memastikan bahawa mesin angkat tersebut adalah
selamat untuk dikendalikan tanpa menyebabkan apa-apa
risiko kepada keselamatan dan kesihatan;
iv. Memastikan setiap orang yang terlibat dalam pemasangan,
pengendalian dan penyelenggaraan mesin angkat terlatih
secukupnya;
v. Menjalankan penyeliaan yang berkesan untuk memastikan
semua pekerja mematuhi prosedur kerja selamat yang
disediakan sebagaimana di subperenggan (ii);
vi. Menyimpan dan menyenggara semua rekod berkaitan
hubungan dengan subperenggan (i) hingga (v) untuk
diperiksa oleh pegawai keselamatan dan kesihatan
pekerjaan; dan

3. Semua alat ganti mesin angkat hendaklah mematuhi spesifikasi
pengilang.

42

Carta Alir Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) Mesin

Kelulusan
Pembelian Aset Oleh
Perbendaharaan Malaysia

KELULUSAN Permohonan Kelulusan Mesin KUMPULAN
REKABENTUK DOSH DOKUMEN 1

@
KELULUSAN
BAIK PULIH

Surat Kelulusan DOSH

Proses Perolehan Alatan Oleh
MARA

JKJ 105 Permohonan Penetapan Tarikh KUMPULAN
@ Pemeriksaan Dan Ujian Mesin DOKUMEN 2

JKJ 127 Oleh DOSH

Pendaftaran & Sijil Perakuan
Kelayakan Mesin Selesai

Rujuk kepada myKKP dan Manual Pengurusan KKP MARA
43

Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkah-

i langkah pelaksanaan aktiviti Pengenalpastian Hazad,
Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) bagi
setiap aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Pentadbiran
MARA.

Apakah Hazad (Hazard)
Hazad bermaksud sesuatu punca atau sesuatu keadaan
yang mempunyai potensi yang boleh mendatangkan
mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesan kesihatan
yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan
alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana
mudarat tersebut.

Apakah HIRARC?

Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko
(Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)

Elemen Pertama: Pengenalpastian hazad
(Hazard Identification)

Elemen Kedua: Penaksiran Risiko
(Risk Assessment)

Elemen Ketiga: Kawalan Risiko
(Risk Control)

47

Carta Alir Pelaksanaan Pengenalpastian Hazad, Penaksiran
Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) di Tempat Kerja

Dokumen berkaitan Mengelaskan Pengenalan atau
disediakan Aktiviti pengubahsuaian peralatan,
prosedur baru atau proses
baru

Kerjasama di antara PMP Konsultasi Penilaian semua
dengan warga kerja MARA dokumen berkaitan
@ pelajar IPMa

Melaksanakan lawatan

Mengenalpasti Mengenalpasti pemeriksaan ke atas
hazad di tempat
kerja Hazad kawasan tempat kerja yang
ditentukan

Risiko dinilai berdasarkan Penaksiran Laporan dan
kepada data kemalangan Risiko statistik
terdahulu kemalangan
terdahulu.

Setiap risiko dikawal Menyediakan Membangunkan Pelan
dengan Pelan Tindakan Kawalan &
menggunakan Borang HIRARC
Hierarki Kawalan Tindakan

Pelan Tindakan Kawalan Pelaksanaan Semakan terhadap
dilaksanakan sehingga Pelan tahap
hazad BOLEH TERIMA keberkesanan
Tindakan dilaksanakan

Risiko = Kemungkinan x Keterukan
Rujuk kepada Manual Pengurusan KKP MARA

48

Langkah Pertama: Pengenalpastian Hazad
Jenis-jenis Hazad

Hazad elektrik
Mengakibatkan renjatan elektrik dan kebakaran akibat
lebihan bebanan serta percikan (arching)
Contoh: Punca elektrik terdedah.

Hazad mekanikal
Melibatkan kuasa mekanikal yang terdapat pada
mesin.
Contoh: Operasi memotong, menggerusi dsb.

Hazad kimia
Memberikan kesan disebabkan sifat fizik dan kimia
serta tindakbalas kimianya.
Contoh: Asid bateri dan pelarut.

Hazad sinaran
Sinaran mengion mengakibatkan pengionan atom.
Contoh: sinar-x, sinaran gamma

Hazad biologi
Melibatkan benda hidup.
Contoh: bakteria, nyamuk, ular, kucing, burung dsb.

Hazad fizikal
Melibatkan konsep pengabadian tenaga.
Contoh: objek yang jatuh, tergelincir, pelanggaran,
tekanan objek

49

Langkah Kedua: Penaksiran Risiko
Jadual Matriks Kemungkinan

Kemungkinan Keterangan Kadar
4
Paling Hazard/ Kejadian yang paling mungkin
Mungkin berlaku;
(Very Likely) Boleh berlaku dengan kerap

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar 3
(Likely) biasa
Boleh berlaku kadang-kadang

Tidak Belum diketahui berlaku selepas beberapa 2
Mungkin tahun;
(Unlikely) Boleh berlaku tetapi jarang

Sangat Tidak Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah 1
Mungkin berlaku;
(Highly Boleh berlaku tetapi mungkin tidak akan
Unlikely) berlaku

Jadual Matriks Keterukan

Keterukan Keterangan Kadar

Kematian Sekurang-kuranya satu (1) kematian, 4
kerosakan harta benda sekiranya hazard
Kecederaan berlaku;
Serius Kematian berlaku setelah lebih enam (6)
(Major bulan berlaku kemalangan.
Injuries)
Kecederaan yang menyebabkan hilang 3
Kecederaan upaya kekal;
Ringan Diberikan Sijil Cuti Sakit selama empat (4)
(Minor hari dan lebih.
Injuries)
Kecederaan tanpa hilang upaya kekal dan 2
bukan kecederaan kekal;
Diberikan Sijil Cuti Sakit kurang daripada
empat (4) hari

Sedikit Sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan 1
(First Aid) jenis rawatan kecemasan

50

Jadual Matriks Risiko
Risiko = Kemungkinan x Keterukan

KEMUNGKINAN 1 KETERUKAN 4
4 4 23 16
3 3 8 12 12
2 2 69 8
1 1 46 4
23

Rendah Sederhana Tinggi

Nilai Risiko Perihalan Tindakan
9-12 Tinggi
Memerlukan tindakan segera.
Didokumenkan di dalam Laporan
HIRARC beserta tarikh siap.

6-8 Sederhana Pendekatan terancang dan mengguna
pakai langkah sementara jika perlu

1-4 Rendah Risko yang dikategorikan BOLEH
TERIMA

Risiko yang hadir bersama-sama hazard hendaklah dinilai
dengan menggunakan matriks risiko .

Nilai risiko relatif boleh digunakan untuk memberikan
keutamaan kepada tindakan yang perlu diambil untuk
menguruskan hazard di tempat kerja secara efektif.

Rujuk Manual Pengurusan KKP MARA.

51

Langkah Ketiga: Kawalan Risiko

Hierarki Kawalan Pemantauan HIRARC

Pemilihan kawalan hendaklah Pemeriksaan Fizikal
dilaksanakan mengikut keutamaan Pengujian sistem
bermula penyingkiran dan diakhiri Penilaian pendedahan
dengan PPE. Laporan Insiden
Laporan perubatan
Aduan & maklum balas

* PPE = Kelengkapan Perlindungan Diri / Personal Protective
Equipment

Langkah Keempat: Kemaskini HIRARC

Dokumentasi yang berkaitan dengan peralatan, prosedur atau proses
yang telah ditaksirkan mesti dikemas kini untuk memasukkan:

Kawalan yang dikenal pasti; dan
Satu kaedah untuk mengekalkan kawalan.

Penilaian Risiko KKP ini hendaklah diisi dalam Borang HIRARC .

52

Langkah Kelima: Kajian Penilaian Risiko

Proses hendaklah dibangunkan untuk menilai keberkesanan kawalan
dalam mencapai tahap yang boleh diterima risiko. Proses ini boleh
ditentukan dengan kawasan yang menjalankan penilaian.

Proses itu perlu dikaji semula secara berkala sehingga tahap risiko
yang boleh diterima dicapai.

Apabila tahap risiko yang boleh diterima dicapai, penilaian risiko hanya
boleh dikaji semula apabila:

Terdapat perubahan proses kerja yang ketara;
Laporan risiko dan kejadian yang dihasilkan; atau
Tempoh laporan terakhir telah tamat iaitu tiga tahun

Penyimpanan Dokumen:

Minimum tiga (3) tahun atau sehingga ia dikaji semula.

Nota:
Borang HIRARC boleh dirujuk di dalam Manual Pengurusan KKP
MARA. Ditandakan sebagai Lampiran 22.

53

Lampiran 22

Nama Pusat MARA / BORANG HIRARC
IPMa: Dikendalikan oleh:
Proses / Lokasi: (Nama, Jawatan)

Diluluskan oleh: Tarikh:
(Nama, Jawatan) (dari … hingga …)
Semakan/ Tarikh:
Tarikh:

Langkah 1: Langkah 2: Langkah 3:
Pengenalpastian Hazard Analisis Risiko
Kawalan Risiko

Bil. Aktiviti Hazard Yang Boleh Kawalan Kemungkinan Keterukan Risiko Langkah Kawalan Pegawai
Kerja Mengakibatkan Risiko Yang Disarankan Bertugas
(Tarikh
(jika ada) Tamat /
Status)

KKP IKMKK #kita boli bah

Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkah-

i langkah untuk memberitahu, menyiasat dan melaporkan
insiden, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat
kerja.

Diguna pakai semasa menyediakan laporan dan
menjalankan penyiasatan insiden, kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan
yang berlaku di Pusat Pentadbiran MARA.

Tidak terpakai bagi pelaporan kematian, kecederaan atau
keadaan seseorang warga kerja MARA atau pelajar IPMa
yang berlaku semasa menjalani rawatan di hospital atau
pembedahan yang dilaksanakan oleh doktor perubatan
atau doktor gigi.

Kemalangan bermaksud suatu kejadian yang berbangkit daripada atau
berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau
kecederaan tidak maut;

Kecederaan maut bermaksud kecederaan yang membawa kepada
kematian serta merta atau kematian dalam tempoh satu tahun dari
tarikh kemalangan;

57

Kecederaan tidak maut bermaksud
a) Kecederaan masa hilang yang menghalang seorang warga kerja

daripada melaksanakan kerja biasa dan membawa kepada
ketidakupayaan untuk bekerja secara kekal atau sementara;
atau
b) Kecederaan tiada masa jika tiada masa kerja yang hilang selain
yang dikehendaki bagi rawatan perubatan.
Kejadian berbahaya bermaksud suatu kejadian yang berbangkit
daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan
maut atau kecederaan tidak maut;
Keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan bermaksud keracunan
atau penyakit yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja
dan termasuk dalam kelas yang dinyatakan dalam Jadual 3, Peraturan
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan
Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit
Pekerjaan) 2004;
Kemalangan nyaris bermaksud apa-apa kemalangan di tempat kerja
yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan kepada mana-mana
orang atau kerosakan kepada harta benda;
Kecederaan badan yang serius bermaksud apa-apa kecederaan yang
disenaraikan dalam Jadual 1, Peraturan Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004;

58

Carta Alir Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan

Mula

Kemalangan dilaporkan Tindakan
berlaku Pelapor

Lengkap Tidak Kemaskini

Ya Status: Daftar

Pemberitahuan
Pengerusi JKKP

Tidak Status: Sah
JKKP 6,
Perakuan Batal Tindakan
Pengerusi
Ya
JKKP
Dilaporkan kepada
DOSH berdekatan Borang
Laporan KKP1

Rekod Maklumat Status: Dalam
Sisatan: Mangsa, Siasatan
Kerosakan & Tuntutan
Borang JKKP 9, Tindakan
Insurans Laporan KKP2 JKKP 10 BPIN &
JKKP
Laporkan siasatan
kemalangan JKKP 8 Tindakan
JKKP
Hantar Daftar ke Ibu 59
Pejabat DOSH Status: Selesai

Tamat

60

61

Senarai Borang Pemberitahuan dan Tujuan Penyimpanan
Rekod

Bil. Borang Tujuan Tempoh Pengisian

a. Laporan Borang Pemberitahuan Dalam tempoh 7 hari
KKP1
Kejadian dari kemalangan

b. Laporan Borang Siasatan Dalam tempoh 14 hari

KKP2 Kemalangan dari kemalangan

c. JKKP 6 Pemberitahuan Dalam tempoh 7 hari

Mengenai Kemalangan/ dari kemalangan

Kejadian Berbahaya

d. JKKP 7 Pemberitahuan Dalam tempoh 7 hari
Mengenai Keracunan dari kemalangan
Pekerjaan / Penyakit
Pekerjaan

e. JKKP 8 Daftar Kemalangan, Dihantar sebelum 31
Kejadian Berbahaya, Januari setiap tahun;
Keracunan Pekerjaan dan
dan Penyakit Pekerjaan Disimpan selama 5
tahun

f. JKKP 9 Maklumat Berkaitan Dalam tempoh 7 hari

Kemalangan dari siasatan

g. JKKP 10 Maklumat Berkaitan Dalam tempoh 7 hari
Keracunan Pekerjaan/ dari siasatan
Penyakit Pekerjaan

Nota:
Borang-borang di atas dan jadual berkaitan boleh dirujuk di dalam
Manual Pengurusan KKP MARA.
Ditandakan sebagai Lampiran 23 - Lampiran 35.

62

Lampiran 25

LAPORAN PEMBERITAHUAN KEJADIAN

KOTA KINABALU (BORANG KKP1)

Arahan: Tandakan (x) pada kotak yang berkaitan.

Kecederaan Badan Yang Serius Kecederaan Maut

Kebakaran Penyakit Pekerjaan

Kejadian Berbahaya Keracunan Pekerjaan

Kemalangan Nyaris Impak Alam Sekitar

Arahan: Tandakan dan isikan maklumat yang diperlukan.
MAKLUMAT MANGSA

(Warga Kerja/ Pelajar IPMa/ Kontraktor/ Pelanggan)

Nama Mangsa: Jawatan:
No. K.P
Nama Pusat Pentadbiran MARA:

Tarikh Kejadian: MAKLUMAT KEJADIAN
Masa Berlaku:

Tempat Kejadian: Dalam Kawasan Pusat Pentadbiran MARA

Luar Kawasan Pusat Pentadbiran MARA
Alamat/ Lokasi Kejadian:

Ringkasan Kejadian:

KKP IKMKK #kita boli bah Page 1

MAKLUMAT KECEDERAAN/ KEROSAKAN

Hospital/ Klinik:

Bilangan Cuti Sakit:

Catatan:

Tandatangan Pelapor: MAKLUMAT PELAPOR
Nama Pelapor: Jawatan:
No. K.P:
No. Tel:

Tarikh Terima: KEGUNAAN KKP IKM KOTA KINABALU
No. Kemalangan:

Kategori Kemalangan:

Kecederaan Badan Yang Serius Kecederaan Maut

Kebakaran Penyakit Pekerjaan

Kejadian Berbahaya Keracunan Pekerjaan

Kemalangan Nyaris Impak Alam Sekitar

Ulasan KKP IKMKK:
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

KKP IKMKK #kita boli bah Page 2

Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkah-

i langkah kawalan bagi memastikan Pusat Pentadbiran
MARA sentiasa siapsiaga menghadapi situasi kecemasan

dan melaksanakan operasi pengungsian bangunan jika

perlu.

Jenis-jenis Situasi Kecemasan Yang Mungkin Berlaku di MARA

Kebakaran Tumpahan
Bahan Kimia

Ancaman Bom Kecemasan
Perubatan

Rusuhan Gempa Bumi

65

Elemen-Elemen Program Pengurusan Kecemasan

4 Pencegahan Siapsiaga
Tindakan Pemulihan
Elemen
Program
Pengurusan
Kecemasan

Kesiapsiagaan dan 1. Melindungi Warga Kerja,
tindakan kecemasan Pelajar IPMa daripada
sebarang bentuk
adalah kecederaan.
SATU KEPERLUAN
2. Menguruskan situasi
genting dengan bijak.

3. Mengurangkan kerosakan
kepada persekitaran,
peralatan dan sebagainya

4. Mengurangkan masa
melahu (idle time/ down-
time).

66

Langkah-Langkah
Membangunkan Pelan Tindakan Kecemasan

Penubuhan Pasukan Penilaian Risiko dan
Steering Pelan Tindakan Kemampuan Pusat
Pentadbiran MARA
Kecemasan

Melaksanakan Pelan Membangunkan Pelan
Tindakan Tindakan Kecemasan

Kecemasan

Menguji Pelan Melaksanakan Pelan
Tindakan Kecemasan Tindakan

Kecemasan

67

Keperluan Asas
Persediaan Dan Siapsiaga Kecemasan

Laluan Keluar Tempat Berkumpul Semasa
Kecemasan yang Kecemasan disediakan di

selamat tempat yang selamat

Lokasi Alat Pepasangan No. Telefon
Pemadam Api dan Keselamatan Kecemasan
masih berfungsi Kebakaran yang dipamerkan
masih berfungsi
Pelan
Peti Pertolongan Lampu Pengungsian
Cemas disediakan kecemasan
dan diselenggara berfungsi Bangunan
disediakan
dengan baik
Lantikan floor
warden

dilaksanakan

68

Spesifikasi Dan Penyelenggaraan Laluan Keluar Kecemasan

i Laluan Keluar Kecemasan adalah laluan keluar daripada
bangunan ke tempat selamat di luar bangunan.

Spesifikasi Laluan Keluar Kecemasan:
1. Bilangan laluan keluar mencukupi;
2. Setiap pintu keluar dipasang tanda KELUAR yang diluluskan oleh

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
3. Minimum dua (2) laluan keluar disediakan;
4. Selamat;
5. Keluasan adalah mencukupi untuk dilalui;
6. Menghala jalan keluar terus daripada bangunan;
7. Bersifat tahan api; dan
8. Dibina daripada komponen yang diluluskan oleh Jabatan Bomba

dan Penyelamat (JBPM) Malaysia

Penyelenggaraan Laluan Keluar Kecemasan
1. Sifat kalis api dikekalkan;
2. System penggera dipasang dan berfungsi;
3. Tanda KELUAR dipasang di atas setiap pintu keluar;
4. Ditandakan JALAN MATI sekiranya bukan laluan keluar;
5. Tiada halangan di laluan keluar;
6. Tanda KELUAR diuji dan diperiksa secara berkala.

69

Spesifikasi Dan Penyelenggaraan
Laluan Keluar Kecemasan

Piawaian MS

Illuminated) Specifications

Pengujian Tanda KELUAR:

Pemeriksaan Visual Setiap hari

Ujian Kefungsian Bulanan

Ujian Fully Discharge Tahunan
(max. 3 jam)

Keperluan Sijil Perakuan
Bahan

YA

Tekan untuk ujian

Keputusan ujian

Lulus Lampu tanda KELUAR
menyala.

Lampu tanda KELUAR
Tidak lulus

tidak menyala

70

Spesifikasi Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan

i Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan merupakan
kawasan yang telah ditetapkan untuk berkumpul semasa
situasi kecemasan.

Penentuan Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan
1. Minimum dua (2) lokasi tempat berkumpul;
2. Kawasan terbuka. Jarak minimum hendaklah 40 kaki atau

12 meter daripada bangunan;
3. Mudah diakses dan selamat;
4. Keluasan mencukupi untuk menampung semua warga kerja

MARA, pelajar IPMa, pekerja kontraktor, pelanggan dan orang
yang berkepentingan;
5. Terletak jauh dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, talian gas
dan laluan kenderaan;
6. Mudah diakses oleh pegawai perubatan semasa kecemasan;
7. Tempat Berkumpul Khas hendaklah diwujudkan khusus kepada
ibu mengandung, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak;
8. Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan hendaklah ditandakan
dengan jelas di dalam Pelan Pengungsian Bangunan; dan
9. Tempat berkumpul ini hendaklah ditandakan dengan papan
tanda bertulisan TEMPAT BERKUMPUL berwarna putih dan
berlatar belakangkan hijau.

71

Papan Tanda Tempat Berkumpul Semasa Kecemasan

TEMPAT BERKUMPUL
ASSEMBLY POINT

72

Jenis-jenis Alat Pemadam Api

Alat pemadam api Silinder atau tabung yang

i mengandungi medium pemadam kebakaran digunakan
untuk mengawal dan memadamkan kebakaran
diperingkat awal secara manual dan boleh dikendalikan
secara bersendirian.

Jenis Air Label
Merah

LABEL Jenis Karbon Label
Dioksida Hitam

Jenis Buih Label
Krim

Jenis Debu Label
Kering Biru

Kelas Kebakaran

1. Alat pemadam api perlu disediakan berdasarkan potensi punca-
punca kelas kebakaran yang dikenal pasti di suatu bangunan
atau kawasan.

2. Terdapat lima (5) kategori Kelas Kebakaran:
i) Kelas A bahan api pepejal mudah terbakar.
ii) Kelas B bahan api cecair mudah terbakar
iii) Kelas C bahan api gas atau wap mudah terbakar atau
punca elektrik
iv) Kelas D bahan api jenis logam
v) Kelas E melibatkan bahan masakan

73


Click to View FlipBook Version