The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atok_24, 2020-03-31 05:35:34

Starting System

STARTING SYSTEM



BY:-

MD HAFIZI MOHAMAD

STARTING SYSTEM


(SISTEM PENGHIDUP)







Sistem penghidup merupakan gabungan di antara


komponen elektrik dan komponen mekanikal yang

berkerjasama untuk menghidupkan enjin. Sistem

penghidup direka untuk menukarkan tenaga

elektrik kepada tenaga mekanikal. Untuk

memenuhi kehendak ini motor penghidup


digunakan.

STARTING SYSTEM COMPONENT



































1. Bateri

– komponen kimia yang membekalkan arus elektrik yang tinggi kepada

starter motor.

2. Ignition switch (suis penghidup)

– suis yang menyambungkan litar di antara bateri dengan litar motor

penghidup supaya menjadi lengkap.

3. Starter Motor

– ditempatkan disebelah enjin untuk memusingkan roda tenaga bagi

menghidupkan enjin.

BAHAGIAN STARTER MOTOR

SOLENOID@Magnetic Switch




































Mengandungi hold-in coil, pull-in coil, return spring, plunger dan lain-lain

komponen. Ia beroperasi hasil daripada kuasa magnetik atau elektromagnet
yang terhasil dalam lilitan coil bagi menghasilkan situasi tersebut:

1. Menolak pinion gear supaya selari dan bersambung dengan roda tenaga.

2. Bertindak sebagai suis atau relay yang membenarkan arus yang tinggi

daripada bateri mengalir ke motor penghidup.

Dianggarkan 150 ampere sehingga 200 ampere arus akan mengalir melalui
solenoid ke motor penghidup.

BINAAN SOLENOID

DRIVE LEVER

Merupakan bahagian dari starter motor yang berfungsi untuk menolak pinion

gear agar bersambung dengan flywheel (roda tenaga). Ini membolehkankan

putaran starter motor diagihkan kepada flywheel seterusnya meghidupkan

enjin. Selain itu drive lever juga berfungsi untuk memisahkan pinion gear dar

flywheel setelah enjin berjaya dihidupkan. Proses menolak dan menarik ini

dibantu dengan solenoid (magnetic switch)

ARMATURE


Merupakan komponen yang berpusing di dalam motor penghidup yang terdiri

daipada laminated iron core, armature coils (winding), commutator dan shaft.

Armature berpusing hasil daripada penarikan dan penolakan medan magnet

yang terhasil di antara amature coil dan field coil. Commutator dibina pada
armature shaft diperbuat dari ‘cooper’ diasingkan antara satu sama dengan

lain ditebatkan oleh mika.

FIELD COIL




•Diperbuat daripada ‘cooper strip’ yang tebal

dan rata bagi mengalirkan arus elektrik yang

banyak yang diperlukan oleh motor

penghidup. Arus mengalir melalui lilitan feild

akan menghasilkan satu medan magnet yang

kuat.

•Lilitan ‘field coil’ dililitkan secara berlawanan

untuk menentukan polaritinya iaitu kutub

utara dan kutub selatan.

•‘Field coil’ disambungkan secara siri dengan

‘armature winding’ (angker) dan ini

membenarkan aliran arus elektrik melalui

kedua-duanya.

•Kebanyakkan motor penghidup menggunakan

empat field coils.



CARBON BRUSHES

Merupakan pengalir arus elektrik daripada bateri ke commutator. Diperbuat

dari campuran serbuk karbon dan ‘cooper’ tekanan tinggi. Biasanya terdapat

empat atau dua ‘brush’ ditempatkan pada motor penghidup. Pada ‘brush’

dipasang ‘wire cooper’ dan pemegang di dudukan pada commutator.

YOKE (STARTER HOUSING)

❖ Terdapat tiga bahagian utama untuk membentuk motor penghidup


dan memegang komponen-komponen yang terdapat di dalam motor

penghidup.

❖ Centre frame atau field frame diperbuat daripada keluli berbentuk

selinder yang kukuh.


❖ Di bahagian dalamnya di pasang ‘pole shoe’ dengan skru. ‘Pole

shoes’ ini memegang ‘field coil’ (field winding) di sambungkan

kepada terminal housing.

❖ Drive end frame merupakan bahagian yang menempatkan pinion


gear motor penghidup.

❖ Terdapat bush atau sesendal untuk shaft armature. Shaft ini akan

berpusing di dalam bush.


❖ Bush yang terdapat pada drive end frame ini akan membantu dan

memastikan pinion gear bercantum dengan gigi roda tenaga dengan

sempurna.


❖ Bush end frame pula selalunya berfungsi untuk memegang carbon

brush dan spring disekeliling commutator.



STARTER CLUTCH / OVERUNNING CLUTCH


Apabila enjin telah berjaya dihidupkan, enjin akan memaksa stater motor

untuk berputar pada kelajuan yang lebih tinggi daripada binaannya di mana

boleh merosakkan starter motor tersebut. Starter clutch adalah clutch satu

hala yang dipasang untuk melindungi starter motor dari perkara ini terjadi.
Walaupun pembinaan clutch untuk jenis convensional starter motor adalah

berbeza dengan jenis reduction starter motor tetapi prinsip dan operasi

masing-masing pada dasarnya adalah sama.

PINION GEAR


Merupakan komponen pada starter motor yang berfungsi untuk

meneruskan daya putaran dari armature ke flywheel. Pinion gear akan

bercantum dengan flywheel dan kemudian untuk memutar mesin.

ARMATURE BRAKE


Merupakan bahagian dari starter motor yang berfungsi untuk memberhentikan

pusingan armature ketika pinion gear berpisah dari flywheel. Pemberhentian

ini diperlukan agar proses melepaskan pinion gear dapat dilaksanakan dengan

baik tanpa menghasilkan bunyi bising (sentakan). Selain itu juga, ia dapat

mengelakkan berlakunya kerosakan pada pinion gear dan komponen starter

motor yang lain kerana armature masih lagi berpusing semasa perccubaan

untuk menghidupkan enjin kali kedua. Ini dapat mengelakkan pencantuman

pinion gear dan flywheel gear yang tidak betul.

OPERASI MOTOR PENGHIDUP

Percantuman Pinion dan Ring Gears

Kunci penghidup pada kedudukan "ON"

Litar motor penghidup dengan solenoid

JENIS-JENIS STARTER MOTOR









Terdapat empat (4) jenis starter motor yang biasa digunakan iaitu :

1. Direct drive.


2. Gear reduction.


3. Positive-engagement (moveable pole).


4. Permanent magnet.

1. DIRECT DRIVE STARTER

2. GEAR REDUCTION STARTER

3. POSITIVE-ENGAGEMENT STARTERS

4. PERMANENT MAGNET STARTERS

INSTITUT KEMAHIRAN MARA KOTA


KINABALU, SABAH


Click to View FlipBook Version