The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atok_24, 2020-03-26 18:50:32

PENYELENGGARAAN BATERI KENDERAAN

BY:-


MD HAFIZI MOHAMAD

 Gunakan jaket keselamatan atau baju overall untuk

melindungi badan, lengan dan kaki dari terkena

elektrolit dari bateri yang bersifat menghakis iaitu asid

sulfurik.


 Pakai cermin mata keselamatan seperti goggle untuk

melindungi mata dari terkena percikan elektrolit bateri.

 Pakai sarung tangan keselamatan ketika memegang atau

mengendalikan bateri untuk mengelakkan elektrolit

bateri terkena tangan.


 Sentiasa memakai kasut keselamatan semasa

mengendalikan bateri.


 Berhati-hati ketika mengangkat bateri untuk

mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak

diingini.

 Jangan meletakkan bateri di atas lantai tanpa alas. Ini


boleh menyebabkan bateri mengalami luput cas dan


memendekkan hayat sesebuah bateri.



 Gunakan air suling sahaja untuk menambah


kandungan elektrolit di dalam bateri.



 Pastikan elektrolit bateri berada pada paras yang telah


ditetapkan.


 Jangan mengetuk terminal bateri ketika memasang


kabel bateri di dalam kereta.



 Jangan menghempas atau membaling ketika hendak

meletakkan bateri.

 Pastikan terminal bateri dipasang dengan betul dengan

terminal pengecas bateri.


 Pastikan penutup liang bateri dibuka ketika mengecas

untuk membolehkan gas hidrogen keluar.

 Jauhkan sebarang alat yang boleh mengeluarkan bunga api

yang mana boleh menyebabkan kebakaran apabila

berdekatan.

 Pastikan paras elektrolit mencukupi dan berada pada paras

yang ditetapkan.


 Pastikan bilik atau kawasan mengecas bateri mempunyai

pengaliran udara yang baik.


 Pastikan kaedah yang betul dan berseuaian untuk mengecas
bateri.


 Jangan letak di atas lantai simen tanpa alas ketika mengecas

bateri

 Pastikan semua sistem elektrik kenderaan telah


dimatikan.



 Buka terminal negatif dahulu diikuti dengan terminal

positif.



 Angkat bateri dengan cara dan kaedah yang betul.



 Masukkan semula bateri ke dalam kenderaan. Pastikan


kedudukan dan terminal bateri tidak menyongsang


dengan terminal pada kenderaan.


 Pasang terminal positif dahulu kemudian diikuti


dengan terminal negatif.

1. Pemeriksaan secara visual pada bahagian penutup bateri dan kotak


bateri di mana tiada sebarang kekotoran dan gris yang melekat.


2. Periksa paras elektrolit. Tambah air bateri sekira berkurangan. Ketika
menambah air bateri ke dalam sel gunakan air bateri yang betul atau


air suling. Isikan sehingga paras yang telah ditetapkan.

3. Periksa kotak bateri dari sebarang kerosakan, loose terminal posts dan


beberapa tanda fizikal yang menunjukkan kerosakan.




















4. Periksa penutup sel dari sebarang kerosakan, kehilangan dan

sebagainya. Pastikan penututp sel sentiasa ketat dan lubangnya tidak

tersumbat.


5. Periksa semua kabel untuk memastikan tiada kerosakan, putus, wayar

terbelah atau terguris, penebat terbuka, terminal tercabut atau

penyambungan terminal mengalami kerosakan dan kekaratan.

6. Pemeriksaan secara visual terminal bateri, penyambungan


kabel, bahagian logam,hold-downs, dan dulang dari

pengkaratan atau buildup.


7. Periksa selalu Specific Gravity setiap cell pada bateri.


8. Pastikan bahagian atas bateri terutama pada positif

terminal selalu bersih.


9. Periksa tudung udara sentiasa ketat dan lubangnya tidak

tersumbat.


10. Sapukan sedikit petroleum grease jelly pada kepala bateri


dan periksa bateri clamp terikat dengan kemas.

11. Bateri perlulah sentiasa cas sekiranya telah digunakan.


12. Pastikan bateri disimpan pada suhu yang bersesuaian iaitu

tidak kurang dari 10°C dan tidak lebih dari 40°C

 Untuk memastikan bateri sentiasa dalam keadaan yang


baik dan boleh digunakan.


 Ini membolehkan bateri membekalkan tenaga elektrik


yang mencukupi bagi keperluan komponen elektrik dan


elektronik agar dapat berfungsi dengan sempurna.



 Dua jenis sambungan yang biasa digunakan untuk


mengecas bateri adalah:


i. Sambungan secara siri atau secara arus sekata



ii.Sambungan secara selari atau kaedah voltan sekata

 Mengecas secara manual atau automatic dengan mengawal

arus pada kadar yang sekata.

 Kadar cas sebaik-baiknya dihadkan pada kadar 7 hingga 10

peratus dari muatan ampere/jam bateri, jadi bateri yang

mempunyai 80 A/jam hendaklah dicas dengan kadar cas 8

A.

 Bateri akan disambungkan secara siri untuk memastikan

setiap bateri mendapat arus yang sama dalam satu masa.


 Arus pengecas yang sama nilaiannya melalui ke semua

bateri yang sedang dicas dan dikawal secara manual nilai

arusnya melalui suis di pengecas.

 Kadar mengecas boleh diubah dari sifar (kosong) kepada

arus maksima muatan mengecas.

 Kebaikan :


i. Arus mengecas boleh dilaras pada had yang


terhampir bersesuaian dengan bateri di dalam litar.

 ii. Bateri boleh ditinggalkan tanpa dijaga untuk jangka


 masa yang panjang pada kadar mengecas yang


 rendah, terutamanya diwaktu malam.

iii. Bateri yang berkadaan bersulfat(sulfated) boleh


diletakkan bersama di dalam litar.





 Keburukan:


i. Kadar cas maksima ditentukan oleh muatan bateri

(battery capacity) yang paling kecil diantara bateri di


dalam litar. Sebaik sahaja ia sudah bercas penuh,


mestilah di keluarkan dari litar dan pengecas dilaras

sesuai dengan beban semasa.

Bateri









Alat
Pengecas













Sambungan Siri

 Mengecas secara voltan sekata memberikan keluaran voltan yang

bersesuaian dengan voltan penuh bagi sesebuah bateri yang

bercas penuh.

 Sebagai contoh, 14.4 V untuk 12 V bateri. Apabila bateri yang

discas disambungkan dengan pengecas, arus yang masuk adalah
tinggi tetapi akan mula menurun sehingga sifar selepas 6 hingga

8 jam.

 Bateri selalunya disambungkan secara selari untuk jenis

mengecas ini.

 Dalam sambungan secara selari, pengecas memberikan arus

dalam keadaan voltan yang tetap terhadap berbilang bateri

dalam litar iaitu sama ada enam volt atau dua belas volt sahaja.

 Sistem ini telah digunakan dengan meluas pada masa kini

disebabkan pengecas voltan rendah arus tinggi dari jenis ‘dry
rectifier’ boleh dibeli pada harga yang ekonomi.

Mengecas selari mempunyai beberapa kebaikan :




i. Tiada arus yang dibazirkan disebabkan arus yang diambil

sebagai yang diperlukan sahaja oleh setiap bateri yang sedang

dicaskan.

ii. Bateri boleh ditinggalkan bercas tanpa bahaya kemungkinan

berlakunya lampau cas dan menjadi rosak.apabila bateri sudah

bercas penuh, hanya sejumlah kecil arus yang diambilnya.
Sedangkan dalam mengecas siri, bateri akan menerima

sejumlah arus yang sama banyak sama ada ia sudah bercas
penuh ataupun tidak mengakibatkan bateri boleh menjadi

lampau cas.

iii. Masa yang diambil untuk mengecas bateri adalah pendek.


iv. Seberapa banyak bateri pun boleh disambung dalam selari dan

dicas pada masa yang sama tanpa perlu mengawal arus sebagai
yang diperlukan oleh bateri yang paling kecil dalam litar

mengecas siri.

Bateri








Alat

Pengecas















Sambungan Selari

Tiga kaedah mengecas yang biasa dibuat ialah :

1. Cas Perlahan

2. Cas Cepat
3. Cas Trikel




1. Cas Perlahan

 Cas perlahan ialah kaedah mengecas bateri dengan sedikit arus dalam
jangkamasa yang panjang (14 – 16 jam atau lebih) dengan menggunakan arus

dalam julat 5 amp hingga 7 amp.
 Cas perlahan lebih baik jika dibandingkan dengan cas cepat sekiranya
mempunyai masa yang sesuai.


 Kaedah ini adalah munasabah untuk bateri menjadi penuh cas dan adalah
cara yang terbaik untuk mengecas bateri.
 Ini adalah kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar sesebuah bateri itu,

oleh yang demikian cas perlahan ini boleh mengurangkan risiko kerosakan
yang mungkin berlaku.

 Arus mengecas semasa cas perlahan ialah pada kadar satu per sepuluh muatan
bateri. Ketumpatan bandingan elektrolit diukur untuk mendapatkan
jangkamasa mengecas seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.

2. Cas Cepat



 Cas cepat ialah kaedah mengecas bateri dengan jumlah arus yang besar lebih

kurang 50 amp hingga 60 amp dalam jangkamasa yang pendek iaitu dalam 1
atau 2 jam.

 Arus mengecas semasa cas cepat mestilah tidak lebih daripada setengah
muatan bateri (battery capacity) dalam tempoh 30 minit.

 Kaedah ini jika digunakan akan meningkatkan suhu elektrolit sehingga boleh
merosakkan plat-plat di dalam bateri.

 Ini akan memendekkan jangka hayat bateri.

 Tambahan pula mengecas cepat tidak boleh menjadikan bateri itu cas penuh,
ia perlulah di cas dengan alternator atau pengecas perlahan kemudiannya.




3. Cas Trikel



• Apabila sesebuah bateri tidak digunakan dalam tempoh yang lama, bateri itu

akan mengalami luput cas dengan sendiri (self-discharge) dan menjadi

bersulfat.
• Bateri perlulah dijaga dengan cas trikel supaya kuasanya tidak berkurangan.

• Arus mengecas adalah arus yang rendah di mana cas trikel ialah antara ½ hingga

1 ampere dalam jangkamasa yang tiada had.

Jadual menunjukkan kadar dan masa mengecas bergantung kepada

muatan tentu bateri.

Tujuan utama menguji bateri ialah untuk mengetahui samada


bateri boleh digunakan, perlu dicas ataupun perlu diganti.


Pengujian bateri boleh dilakukan dengan cara berikut:-






1. Ujian Ketumpatan Bandingan – untuk bahan cecair



2. Ujian Beban Ringan (Light Load Test)

– untuk perbezaan setiap sel



3. Ujian Luput Cas Kadar Tinggi (High Rate Discharge)

– untuk kemampuan bateri



4. Ujian Voltan Litar Terbuka – ujian tanpa beban


5. Ujian Kebocoran Arus Bateri – untuk litar pintas


6. Uijan Beban – Kekuatan bateri menyimpan arus

1. UJIAN KETUMPATAN BANDINGAN ELEKTROLIT


 Ujian ini dijalankan dengan menggunakan


hidrometer.



 Elektrolit bagi sesebuah bateri yang bercas penuh


mengandungi 40% asid dan 60% air suling di mana

bersesuaian dengan gravity tentu 1.260 sg sehingga


1.280 sg pada suhu 26.7°C.



 Bagi bateri luput cas pula elektrolitnya mengandungi


15% asid dan 85% air.



 Graviti tentu adalah berat bagi sesuatu cecair


dibahagikan dengan berat air. Air tulen mempunyai


graviti tentu sebanyak 1.000 sg.

Cara menggunakan hidrometer

2. UJIAN BEBAN RINGAN (LIGHT LOAD TEST)

Sebelum menjalankan ujian, pastikan kotak bateri dan tudung sel tidak retak dan
elektrolit berada pada parasnya.



1.Pusingkan motor penghidup selama 3 saat, matikan enjin sekiranya hidup.

2.Nyalakan lampu depan bim rendah dan selepas satu minit dengan lampu
masih menyala, baca tiap-tiap sel dengan volmeter.



Ujian beban ringan akan menunjukkan salah satu keadaan di bawah :-

1. Bateri dalam keadaan baik.

Jika bacaannya daidapati dari semua sel 1.95 volt ke atas dan perbezaan antara sel-
sel tidak melebihi 0.05 volt, ini menunjukkan bateri dalam keadaan baik.



2. Bateri dalam keadaan baik tetapi perlu dicas.

Sekiranya bacaan yang didapati tinggi dan rendah dari 1.95 volt, perbezaan antara
sel tidak melebihi 0.05 volt. Ini menunjukkan bateri baik tapi perlu dicas.



3. Bateri perlu dicas dahulu sebelum ujian dijalankan (luput cas)

Jika bacaan ke semua sel didapati kurang dari 1.95 volt, bateri tersebut tidak
sesuai untuk jalankan ujian dan perlu dicas terlebih dahulu.



4. Bateri tidak boleh digunakan.

Walaupun ada sel didapati melebihi 1.95 volt dan ada yang kurang dari 1.95 volt
dan perbezaan antara sel-sel melebihi 0.05 volt, bateri tersebut tidak boleh
digunakan dan perlu diganti.

3. UJIAN LUPUT CAS KADAR TINGGI (HIGH RATE DISCHARGE)



 Gunakan beban sebanyak 200 amp. Dan ambil bacaan dengan voltmeter
selepas 15 saat.

 Voltan bateri mestilah tidak rendah dari 9.5 volt untuk menunjukkan bateri itu
di dalam keadaan yang baik.



4. UJIAN VOLTAN LITAR TERBUKA – UJIAN TANPA BEBAN

• Menguji voltan litar terbuka juga boleh digunakan untuk menggantikan ujian

graviti tentu yang menggunakan hidrometer.
• Semasa bateri dalam keadaan bercas atau nyahcas, selalunya terdapat

perubahan pada voltan bateri. Jadi ujian voltan bateri tanpa beban boleh

dijalankan untuk menunjukkan paras cas sesebuah bateri.
• Suhu bateri mestilah di antara 15.5°C dan 37.7°C.

• Voltan mestilah dibiarkan dalam keadaan stabil lebih kurang dalam 10 minit

dengan tanpa beban disambungkan.
• Pada kenderaan yang mempunyai pengaliran arus yang tinggi (kawalan

komputer, jam dan aksesori yang lain menggunakan arus yang rendah),

sebolehnya tanggalkan wayar pembumian. Bateri yang baru dicas semula,

sambungkan dengan beban yang tinggi selama 15 saat untuk menghilangkan
cas pada permukaan.

• Kemudian biarkan bateri dalam keadaan stabil, apabila voltan telah stabil,

gunakan voltmeter untuk mengukur voltan bateri yang berhampiran 1-10
daripada volt.

Mengukur voltan bateri dengan
menggunakan voltmeter










Jadual menunjukkan jumlah voltan
semassa diuji dengan peratus cas yang

boleh dianggarkan

5. UJIAN KEBOCORAN ARUS BATERI – UNTUK LITAR PINTAS




 Untuk melakukan ujian ini, gunakan voltmeter.

 Laraskan voltmeter pada DC julat voltan rendah.

 Sambungkan terminal negatif penguji dengan terminal negatif bateri.

 Kemudian letakkan terminal positif bateri pada bahagian atas atau sisi kotak
bateri.

 Jika terdapat bacaan pada voltmeter menunjukkan terdapat arus yang mengalir
keluar dari kotak bateri.

 Bateri hendaklah dibersihkan dan diperiksa semula.

 Jika masih terdapat kebocoran selepas dibersihkan, ini menunjukkan mungkin
berlaku keretakan atau bateri mengelembung dan bateri tersebut harus ditukar.

























Rajah menunjukkan cara
menguji kebocoran arus bateri

6. UIJAN BEBAN – KEKUATAN BATERI MENYIMPAN ARUS


 Ujian beban atau ujian kapasiti boleh menunjukkan bateri dalam


keadaan baik atau tidak bagi semua jenis bateri, binaan yang rapi

atau tidak dan bateri boleh berfungsi dalam keadaan ada beban.


 Dalam kata lain, ujian ini menunjukkan kekuatan sesebuah bateri

untuk menyimpan tenaga elektrik dan boleh mengekalkan voltan

untuk menghidupkan enjin.


 Ujian ini boleh dilakukan samada bateri di dalam kenderaan atau

diluar kenderaan.


 Bateri mestilah mempunyai cas yang penuh atau berhampiran
dengan cas penuh.


 Untuk mendapatkan keputusan ujian yang baik, suhu elektrolit

mestilah berhampiran dengan 26.7°C sebolehnya.


 Bateri yang bersuhu sejuk akan menunjukkan kapasiti yang

kurang.


 Jangan lakukan ujian beban ini jika suhu bateri di bawah 15.5°C.

Jadual menunjukkan suhu bateri yang mewakili

jumlah cas minima sesebuah bateri

Check water level




Below plates

Above plates
Add water and charge





Hydrometer test



1.265 or greater with less than 0.050 1.265 or greater with more than 0.050 Below 1.265
variation variation



Load test Replace battery Fast Charge Test



Pass Fail Pass Fail
Battery OK Replace battery


Slow Charge Battery Replace Battery



Load Test
A Battery Troubleshooting

Flowchart Pass Fail



Battery OK Replace Battery


Check Charging
System

KEROSAKAN PUNCA KEROSAKAN TINDAKAN

1. Cas Lampau a) Cas voltan tinggi a)Periksa sistem regulator janakuasa.
b) Suhu tinggi b)Kurangkan graviti bateri dan
kurangkan voltan regulator.


2. Bateri menggunakan a) Cas lampau a)Periksa seperti bahagian 1.
elektrolit yang berlebihan b) Kotak bateri retak b)Ganti bateri.

3. Bateri luput cas a) Janakuasa, regulator atau alternator a)Periksa janakusa, regulator atau
rosak alternator.
b) Litar Pendawaian rosak b)Periksa pendawaian.
c) Menggunakan alat-alat elektrik c)Kurangkan penggunaan alat-alat

berlebihan elektrik.
d) Luput cas sendiri, terlalu tinggi d)Caskan bateri
e) Bateri terlalu lama atau rosak e)Cas, uji atau gantikan jika rosak.
4. Kotak Bateri retak a) Pemegang bateri longgar a)Pasangkan bateri baru dan ketatkan
b) Memasang pemegang bateri terlalu pemegang bateri.
ketat b)Gantikan dengan bateri baru
c) Kotak bateri terkena batu dan jangan memasang pemegang
bateri terlalu ketat.
c)Pasangkan pelindung disekeliling
bateri.
5. Kotak Bateri a) Bateri panas a)Jika disebabkan oleh cas lampau,

Mengelembung b) Memasang pemegang bateri kurangkan voltan regulator.
terlalu ketat. b)Jangan memasang pemegang
bateri terlalu ketat.


6. Pengapit bateri karat a) Mengisi air suling berlebihan a)Jangan mengisi air suling berlebihan.
b) Cas lampau Tukar atau bersihkan dan cat
pengapit bateri.
b)Laraskan voltan regulator.

Data ini sekadar untuk rujukan sahaja

KESIMPULAN






 Pengujian bateri mestilah dilakukan untuk


memastikan bateri berada di dalam keadaan baik dan

sempurna.



 Keadaan baik ini bermaksud bateri mempunyai cas

yang mencukupi untuk membekalkan tenaga elektrik

ke semua peralatan elektrik kenderaan khususnya


motor penghidup.


 Ini adalah kerana motor penghidup memerlukan


sekurang-kurangnya 75% cas daripada bateri untuk

menghidupkan enjin.



 Oleh yang demikian penjagaan dan pengujian bateri

dapat memastikan bateri boleh beroperasi dengan

sempurna dan memanjangkan jangka hayat bateri.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA


KOTA KINABALU, SABAH


Click to View FlipBook Version