HAMMER
BY:-
MD HAFIZI MOHAMAD
Satu peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja
membaikpulih badan kenderaan.
Tukul yang digunakan dalam panel beating / mengetuk badan
kenderaan amat berbeza dengan hammer yang digunakan
oleh tukang kayu atau kerja kerja am.
Hammer untuk kerja panel beating telah direka khas oleh
pembuat supaya ianya keras dan tahan apabila di ketukkan
pada logam dengan tidak meninggalkan kesan pada
permukaan hammer tersebut
Tukul ini biasanya digunakan bersama atau seiringan dengan dolly
(Conjuction with the dolly) ketika kerja kerja panel beating
dijalankan.
Walaupun hammer ini keras, ianya tidak boleh diketuk pada pahat
ataupun pada besi yang lebih keras daripadanya, kerana ianya akan
menyebabkan kerosakkan atau kecacatan dan tidak sesuai digunakan
apabila diketuk pada permukaan panel atau cat.
Bahagian permukaan hammer ini digunakan untuk kerja kerja
penyudah (Finishing) yang berbentuk bulat manakala dibahagian
sebelahnya pula digunakan untuk kerja-kerja dan tugas-tugas tertentu
seperti mencungkil (picking), membuat garis pandu dan membuat
kerja kerja kasar.
Fender Bumping Hammer.
Ianya panjang dan bengkok serta mempunyai
bentuk yang bulat pada bahagian hujungnya.
Hammer ini digunakan untuk menaikkan panel yang
tidak dapat dicapai oleh lain lain hammer dan
biasanya ianya digunakan untuk membetulkan
bahagian fender yang kemek atau bahagian yang
berdekatan dengan lampu.
Berat hammer ini ialah 980 grams
Bumping Blade.
Digunakan untuk mengetuk bahagian panel yang tinggi atau
bahagian yang luas permukaan kerosakkannya.
Disamping itu bumping blade juga digunakan untuk
mengucupkan panel yang kembang. Bumping blade terdapat
dalam dua bentuk iaitu Half Round yang beratnya 623 grams
dan Flat yang beratnya 566 grams.
Cross pein and finishing hammer
bahagian sebelahnya berbentuk seperti pahat / chisel, yang mana terdapat dua
bentuk iaitu yang satu lurus dan yang satu lagi di bengkokkan sedikit
Bahagian yang berbentuk chisel digunakan untuk membetulkan garis pandu (Christ
Line) atau untuk membaiki bahagian yang berdekatan dengan lampu.
Bahagian permukaan yang bulat digunakan untuk kerja kerja penyudah.
Berat hammer ini ialah 425 grams. Permukaan bulat ialah 41 mm
Straight pein and finishing Curve pein and finishing
Dinging Hammer
Jenis ini mempunyai bentuk yang panjang untuk senang ditimbang
khas bagi kerja kerja berat atau ringan. terdapat dua jenis iaitu
Light Dinging Hammer. Heavy Dinging Hammer.
- berat hammer ini ialah 425 grams. - berat hammer ini ialah 567 grams.
- permukaan bulat ialah 30 mm. - permukaan bulat ialah 36 mm.
- permukaan empat segi 27 mm - permukaan empat segi 36 mm
Pick and Finishing Hammer
Digunakan untuk menaikkan lekuk yang ditinggalkan oleh hammer atau kesan
kerosakan.
Hammer jenis ini senang digunakan pada bahagian seperti fender, bonet, boot lid, dan
bumbung kenderaan.
Akan meninggalkan kesan kesan berbintik dan ia hendaklah dihilangkan (dilicinkan)
dengan menggunakan permukaan / bahagian yang bulat, kemudian dihilangkan
(dilicinkan) dengan menggunakan panel file jika perlu.
Berat hammer ini ialah 430 grams. Permukaan bulat ialah 38 mm.
Heavy and Light Shrinking Hammer
Bulat pada satu bahagian dan empat segi disebelahnya.
Pada bahagian empat segi, permukaannya bergigi seperti permukaan kikir.
Ianya digunakan untuk kerja kerja pengecutan panel dan ianya digunakan bersama
dolly.
Ianya juga digunakan untuk menurunkan permukaan panel yang telah mengembang.
Selepas itu hendaklah melicinkan permukaan panel dengan cara sanding atau
menggunakan body file.
Heavy Roughing Hammer
Penggunaan sama dengan fender bumping hammer, tetapi bentuknya berlainan sedikit
dengan sebelahnya bulat dan tinggi.
Hammer ini digunakan untuk kerja kerja kasar sebelum kerja finishing / penyudah
dilakukan pada permukaan panel.
Berat hammer ini ialah 1540 grams.
Standard Bumping Hammer
hammer yang pertama digunakan untuk kerja kerja kasar pada permukaan panel.
Hammer ini juga digunakan untuk kerja kerja penyudah.
Bentuk hammer ini ialah pada bahagian permukaannya bulat dan sebelahnya pula
berbentuk empat segi.
Berat hammer ini ialah 425 grams.
Pemukaan empat segi ialah 38 mm manakala permukaan bulat ialah 41 mm.
Light Bumping hammer
Digunakan untuk mengetuk panel yang nipis.
Ianya digunakan sama seperti Standard Bumping Hammer
Reversed Curved hammer
Hammer ini berbentuk tinggi pada kedua dua belah permukaan.
Bahagian hadapan bulat tetapi tinggi dan bahagian belakangnya empat segi dengan
permukaan tinggi.
Hammer ini biasanya digunakan oleh pembaik badan kenderaan yang betul betul
mahir, terutama di permukaan yang lekuk, dapat dinaikkan dengan cepat.
Berat hammer ini ialah 400 grams.
Bossing Mallet / Pear Mallet
Diperbuat dari kayu keras atau dari kayu lignum vitae.
Digunakan untuk membentuk panel atau untuk kerja mengecut.
Berat hammer ini ialah 453 grams.
Plastik Mallet
Ia juga sejenis Hammer yang mana permukaannya dalam bentuk plastic.
Digunakan untuk memasukkan moulding pin atau memukul benda benda kecil.
Berat hammer ini ialah 623 grams.
Rubber Mallet
Sejenis hammer yang di perbuat dari getah yang mana di gunakan
untuk membetulkan alignment pintu atau membetulkan kedudukan
frame badan kenderaan tanpa merosakkan panel jika di buat dengan
berhati hati.
Berat hammer ini ialah 623 grams.
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai jenis hammer dan kegunaannya. Ianya
mempunyai berbagai-bagai bentuk dan berat yang berbeza.
Penggunaan hammer hendaklah disesuaikan dengan jenis
kerosakan dan bentuk panel. Keselamatan semasa dan
selepas menggunakan hammer amatlah diperlukan bagi
terjadinya kemalangan.
INSTITUT KEMAHIRAN MARA KOTA
KINABALU, SABAH