The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - ABDUL RAHMAN MOHAMED YASSIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58039187, 2021-04-19 02:51:49

SMK TAMAN DAYA 2

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - ABDUL RAHMAN MOHAMED YASSIN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Abdul Rahman Mohamed Yassin

BIODATA SAYA

 Nama : Natrah binti Mohd Yusri

 Kelas : 5 Gamma
 Emel : [email protected]
 Alamat sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Daya 2 Jalan Enau 20, Taman Daya, 81100
Johor Bahru, Johor .

Pendahuluan

 Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin merupakan anak watan
negeri Johor berasal dari Parit Bakar, Muar, Johor, Beliau ialah Yang di-Pertua
Dewan Negara yang pertama.

 Dato’ Abdul Rahman bin Muhammad Yasin ialah salah seorang tokoh Johor yang
terkenal dan berwibawa berasal dari Muar. Negara terhutang budi kepada beliau
kerana beliau ialah antara tokoh Melayu yang cepat dapat melihat jurang bahaya
perpaduan Melayu ketika ditinggalkan oleh Dato Onn Jaafar pada tahun 1951.

 Beliau dengan segera telah menyusun strategi mengisi kekosongan kepimpinan dan
mengemudi hala tuju politik Melayu. Ketika itu keadaan orang Melayu adalah
umpama anak ayam sedang bertebaran tanpa ibu dengan sangkar yang kosong.

 Tokoh kepimpinan Johor Bahru mempunyai sejarah, pengaruh dan pengalaman dan
berasal-usul daripada keturunan pembesar tradisional Johor-Pahang. Mereka
mewarisi hal-hal kebudayaan dan pentadbiran atau politik Melayu daripada
Kesultanan Melayu Melaka.

Biodata Tokoh

 Nama : Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamed Yassin.
 Tarikh lahir : 19 November 1891 di Muar, Johor, British Malaya

(Malaysia).
 Meninggal dunia : pada 24 Mei 1970 berusia 78 tahun.
 Tempat persemadian : di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.
 Pasangannya : Datin Zaharah Orang Kaya Abu Bakar , Datin Kamariah

Dato' Jaafar , Ungku Salamah , Ungku Abdul Rahman.
 Anak-anaknya : Dato; Sulieman Abdul Rahman & Tun Dr. Ismail Abdul

Rahman

Kerjaya Tokoh

 Beliau pernah menjadi kerani, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari Negeri
Johor. Selain daripada itu menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama.

 Dato’ Abdul Rahman menubuhkan Persatuan Melayu Johor menentang Malayan
Union pada 1946 iaitu selepas Perang Dunia II.

 Sebagai ketua Orang Tujuh , menuntut Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar meletak
jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan
Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

 Bendera Malayan Union

Darjah Kebesaran

Johor :
• Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1967)
• Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) –

Dato' (1941)
• Pingat Ibrahim Sultan (PIS)

Tempat dinamakan sempena nama beliau

• Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
• Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Yassin, Kluang, Johor
• Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yassin (SDARY), Johor

Bahru, Johor

Nilai kepimpinan yang boleh
dicontohi oleh generasi sekarang

 Kita mestilah bertolak ansur supaya dapat melatih diri untuk bersabar dan mengawal
diri apabila berlakunya konflik yang boleh menjejaskan dieri seseorang

 Kita sebagai rakyat haruslah bekerjasama antara satu sama lain agar hidup lebih aman
sejahtera

Penutup & Kesimpulan

 Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan folio tentang Tokoh
Pemimpin Johor dalam tempoh masa yang ditetapkan . Ketika
menyiapkan folio ini, saya mendapat banyak pengetahuan, pengajaran
& nilai yang telah saya pelajari . Selepas menyiapkan folio tentang
Tokoh Pemimpin Johor, saya amat bersyukur sebagai seorang anak
Johor kerana terdapat ramai tokoh yang berada di Johor . Selain itu saya
telah mempelajari tentang sejarah tokoh yang telah berusaha dan tidak
pernah putus asa untuk negerinya.

Sumber rujukan

 http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/07/dato-abdul-rahman-yasin-tokoh-
rakyat.html?m=1

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Mohamed_Yassin


Click to View FlipBook Version