The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Own Ownyxz, 2016-10-21 03:58:13

ELTC Annual Report - 2014

ELTC Annual Report - 2014

Keywords: report

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

PROFESSIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH LANGUAGE
TEACHERS (PRO-ELT)

Pengenalan

Program Professional Up-Skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) yang bermula pada tahun 2012 untuk
Kohort 1 adalah dalam tahun ketiga pelaksanaan di mana Kohort 2 akan tamat pada Mac 2015 dan Kohort 3 akan
tamat pada September 2015. Untuk memastikan sasaran melatih 22,500 guru Bahasa Inggeris yang mendapat
Band B1 dan B2 dalam ujian Aptis dicapai, Kohort 4 akan bermula pada bulan Jun 2015 untuk 6000-7000 guru.
Berikut adalah data pelaksanaan Program Pro-ELT Cohort 2 dan Cohort 3:

A) PRO ELT: COHORT 2 (2014-2015)

1) PELAKSANAAN

Item Data Catatan

1. Tarikh Pelaksanaan Mac 2014 – Mac 2015 Mod Kluster & Berpusat di 16 buah negeri

2. Bilangan peserta 9000

3. Bilangan jurulatih 152 76 jurulatih dalam kelas and 76 jurulatih dalam talian

4. Bilangan pusat latihan 283 Di semua negeri

2) UJIAN PRA-APTIS – Ujian Pasca Aptis akan dijalankan pada bulan April 2015

APTIS (Band) Bilangan guru
C2 2
C1
B2 1288
B1 8639
A2 1656
A1
50
Total 2
11,637 (9000 guru dalam Band B1 & B2
dipilih menyertai Pro ELT Cohort 2)

47

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

3) PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PRO ELT 2 OLEH UPM

Pada tahun 2014 ELTC juga telah mengurus dan melaksana penilaian keberkesanan program Pro ELT 2. Satu
panel penyelidik bebas telah dipilih yang diketuai oleh Universiti Putra Malaysia UPM dan dipertanggungjawabkan
menjalankan kajian keberkesanan program Pro ELT 2.

Fokus Penilaian
a. kesan program pada keberhasilan pelajar (bertulis & pembelajaran bahasa keseluruhan).
b. persepsi pihak berkepentingan terhadap bagaimana program ini telah memberi kesan kepada peserta.

Soalan Kajian
a. Adakah Pro ELT membantu peserta meningkatkan tahap profisiensi pelajar mereka ?
b. Apakah terdapat hubungan antara Pro-ELT serta peningkatan hasil pembelajaran pelajar dalam bilik
darjah?
c. Apakah persepsi pihak berkepentingan terhadap impak Pro ELT kepada peserta program ini?

Metodologi Kajian

Rekabentuk : Mixed methodology

Pengumpulan Data : Soal selidik,

Analisa dokumen

Pemerhatian (40 rakaman video daripada 20 guru)

Temubual kumpulan fokus.

Jawapan bertulis daripada pelajar

Persampelan : 150 Guru

3000 Pelajar (20 bagi setiap guru)

200 rakan-rakan guru

50 pentadbir

Tempoh Kajian : Julai 2014 – Mei 2015

48

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Keberhasilan :

a. Menjana maklumat mengenai keberkesanan Pro ELT 2 dalam meningkatkan kefasihan serta pedagogi
guru agar memberi impak kepada pelajar.

b. Menjana maklumat mengenai reaksi serta persepsi pihak berkepentingan terhadap keberkesanan Pro
ELT terhadap peserta.

c. Menjana maklumat mengenai cara terbaik untuk mencapai matlamat NKRA negara iaitu pembangunan
modal insan yang berkefasihan dan keupayaan tinggi dalam kalangan pelajar melalui latihan guru yang
lebih berkesan.

B) PRO ELT: COHORT 3 (2014-2015)

Item Data SMR E-Graduate
1. Tarikh Pelaksanaan
Okt 2014 – Sept 2015 8 buah negeri terlibat
2. Mod pelaksanaan
Berpusat Kedah & Terengganu Pahang, Kelantan
2. Bilangan peserta
3. Bilangan jurulatih Kluster Selangor, WPKL & Johor Selangor & WP Putrajaya

1500 guru 1000 guru 500 guru

15 10 5

49

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LAPORAN INISIATIF
85

ORAL PROFICIENCY FOR
SECONDARY SCHOOLS

(OPS-ENGLISH)

50

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

ORAL PROFICIENCY IN ENGLISH FOR SECONDARY SCHOOLS
(OPS-ENGLISH)

Pengenalan

Program Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English) merupakan satu initiative Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di dalam Gelombang Satu (2013 – 2015) yang bertujuan meningkatkan
kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tingkatan 1 dan 2. Program intervensi untuk
mempertingkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris ini akan dilaksanakan di sekolah
band 3 hingga 6 secara berperingkat. Program OPS-English dilaksanakan di sekolah selama satu semester dalam
Jadual Persekolahan.

Objektif Program

• Meningkatkan kemahiran murid untuk mendengar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
• Membina keyakinan murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris

Pelaksanaan Program 2014

Aktiviti Utama Tarikh Perincian Aktiviti
Jan – Mei
Pelaksanaan Peluasan • 682 sekolah (Tingkatan 1);
Program OPS-English 2014 • Permohonan tambahan: 145 sekolah (Ting 1

Taklimat kepada pengetua Jan - Okt Jumlah: 827 sekolah
dan pegawai JPN Okt • 216 sekolah (Tingkatan 2)
Feb & Apr • Melaksanakan taklimat di 7 negeri dan meli-
Sesi Dialog dengan
Pengetua dari sekolah batkan 353 peserta
pendalaman Sarawak • Melibatkan 44 pengetua

Pemantauan Fasa 1 & 2 • Memantau pelaksanaan program OPS-English
(Support Visits) di 39 sekolah oleh pegawai ELTC

Pemantauan Fasa 1 & 2 Mac – Mei • Memantau dan menilai keberkesanan pelak-
(Facilitation Visits) sanaan program OPS-English di 123 sekolah
oleh pegawai JNJK
Persediaan Pelaksanaan Ogos - Nov
Program OPS-English 2015 • Pemurnian Modul Tingkatan 2
• Percetakan, pembekalan dan penghantaran
Bengkel Kerja ‘Lead Trainer’ Ogos - Okt
untuk Peluasan Program Okt - Nov bahan PdP ke 529 sekolah Tingkatan 1 dan
2015 827 sekolah Tingkatan 2
• Melibatkan 6 zon dan 162 lead trainer dari
Latihan guru secara on-site seluruh Malaysia
di peringkat PPD/JPN
• Melatih 1,587 guru di peringkat PPD/JPN

51

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Peluasan Program OPS-English (Gelombang 1: 2013 – 2015)

Tahun Bilangan Bilangan Lead Bilangan Guru Bilangan Murid
Sekolah Trainer dilatih (Ting 1 & 2)
2012
(Rintis) 20 20 72 5,215

2013 216 36 612 56,000

2014 827 180 2728 260,500

2015 529 180 2728 105,800

52

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LAPORAN

PROGRAM PENINGKATAN
PENGUASAAN BAHASA
INGGERIS SEKOLAH
MENENGAH

53

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
SEKOLAH MENENGAH

Pengenalan

Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPBISM) merupakan salah satu
daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bertujuan menyokong polisi yang mewajibkan
lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM 2016. Kumpulan sasaran program ini ialah murid
menengah atas di sekolah dimana peratus lulus dalam peperiksaan SPM Bahasa Inggeris adalah dibawah tahap
purata lulus kebangsaan, iaitu 77%. Program ini merangkumi merangkumi dua komponen utama:

a. Komponen-Dalam-Kelas: Differentiated Teaching and Learning
Komponen ini bertujuan membolehkan guru BI mengaplisikan Pengajaran dan Pembelajaran yang Dibezakan
(Differentiated Teaching and Learning) supaya sesuai untuk pelbagai tahap kebolehan murid. School Improvement
Specialist Coaches (SISC+) memainkan peranan penting dalam membimbing guru-guru dalam usaha untuk
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Rajah di bawah memaparkan pembangunan
profesional yang telah dilaksanakan untuk SISC + pada 2014. Rajah juga menggambarkan latihan untuk School
Improvement Partners (SIP+) oleh kerana kepimpinan yang berkesan mewujudkan persekitaran yang kondusif
untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Pelaksanaan Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

Perkembangan profesional berterusan yang dirancang untuk SISC + pada tahun 2015 merangkumi Kursus
Kepakaran yang terdiri daripada Cognitive Strategy Instruction in Reading dan Developing Writing Skil

54

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

b. Komponen-Luar-Kelas: Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English
2.0)

Program OPS-English 2.0 dilaksanakan di 1,191 sekolah ‘hotspot’ di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk
memaksimumkan aktiviti luar bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid dan
membina keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris . Pada tahun 2014, program ini dilaksanakan
melalui 2 kaedah iaitu (1) Program Pembangunan bahasa Inggeris (English Development Programme) yang
menjurus kepada penggunaan akhbar dalam pendidikan dan (2) Program Sokongan Bahasa Inggeris (English
Support Programme) yang memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti
bahasa Inggeris.

Implementasi
OPS English 2.0

i. English Development Programme: ii. English Support Programme:
Newspaper in Education “English-in-Camp”

Ketua Panitia bahasa Inggeris dan guru dilatih Murid menyertai kem bahasa Inggeris yang
untuk menggunakan New School Times” dianjur oleh ELTC dengan kerjasama agensi
secara efektif bagi tujuan meningkatkan luar. Aktiviti merangkumi:
minat dan profisiensi pelajar dalam bahasa
Inggeris • Kem CLICK!4.0 (ELTC dan Kedutaan
Amerika Syarikat 17 - 19 Jun 2014, Kuala
• Jun – Nov: 565 Ketua Panitia dilatih Terengganu)

• Jun – Nov: 2,825 guru dilatih di peringkat Penglibatan: 22 sekolah ETA di
sekolah oleh Ketua Panitia Terengganu dan Pahang , 110 murid,
22 guru

• Kem ‘Teen Speech dan Drama Club
Theatre Camp’ (ELTC dan Akademi Enfiniti,
24 - 27 November 2014, Kuala Lumpur)

Penglibatan: 23 sekolah ‘hotspot’ di
WPKL, 114 murid, 23 guru

55

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LAPORAN

MALAYSIAN TECHNICAL
COOPERATION PROGRAMME

2014

56

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA 2014

‘Teaching With Technology, Learning By Design’

Tarikh : 8 – 26 September 2015
Tempat : English Language Teaching Centre, Kompleks Pendidikan Nilai, Negeri Sembilan
Bilangan Peserta : 19 peserta dari 13 negara
Fasilitator Kursus : Dr Wagheeh Shukry bin Hassan

Dr Jayanti Sothinathan
Vilolshini Baskaran
Selvanayagi Shanmugham
Sheila Adelina Ramasamy

Latar Belakang

Kemunculan teknologi baru telah memperluaskan skop untuk pembangunan profesionalisma dalam pendidikan.
Satu bidang yang berpotensi ialah latihan dalam talian. Latihan dalam talian merujuk kepada penyampaian
pembangunan kemahiran tempat kerja melalui kursus berasaskan internet. Latihan tersebut boleh disesuaikan
untuk melengkapkan sesi latihan bersemuka (dalam apa yang dikenali sebagai mod ‘pembelajaran gabungan’)
atau berdiri sendiri. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan latihan mengikut konteks tertentu, latihan
dalam talian jauh boleh memperkembangkan peluang-peluang pembangunan profesional untuk guru-guru.
Modul ini memperkenalkan kepada ahli profesional pendidikan mengenai prinsip-prinsip dan amalan membangun
dan melaksanakan kursus berkualiti dalam talian.

Objektif

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

• Menggunakan alat pemikiran dalam talian secara percuma untuk menyusun idea, menyiasat hubungan
dalam sistem yang kompleks dan berperingkat untuk membina hujah berdasarkan isu-isu kehidupan
sebenar.

• Merangka dan melaksanakan strategi pembelajaran berasaskan masalah melalui penggunaan alat
berfikir dalam talian.

• Menilai kemahiran pelajar untuk berfikir secara kritikal dan menggunakan pemikiran aras tinggi melalui
projek pembelajaran berasaskan masalah.

• Memahami, mengenali dan menggunakan enam rubrik pembelajaran abad ke-21 dalam pengajaran dan
pembelajaran.

• Mewujudkan suasana pembelajaran berdasarkan pembelajaran abad ke-21 dengan memanfaatkan
teknologi di dalam bilik darjah.

57

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Peserta

No Nama Negara Jawatan
Cambodia Pegawai Pendidikan
1 Ngin Vith Cambodia Pereka Kurikulum
Combodia Pegawai Pendidikan
2 Danh Sophy Thailand Pensyarah
Vietnam Ketua Pasukan, Perancangan
3 Phonn Sophak Vietnam Penidikan
Uzbekistan Penyelidik
4 Dr Sayam Raso Uzbekistan Guru
Azerbaijan Ketua Jabatan
5 Thi Thu Huong Duong Bhutan Pensyarah
Bhutan Guru
6 Thi Huong Giang Tran Egypt Guru
Mauritius Guru
7 Malika Miralimovna Yunusova Bosnia Pendidik
Bosnia Guru
8 Munira Zaylobidinova Indonesia Guru
Kenya Guru
9 Iihama Mammadova Bolivia Penolong Pengarah
Chile Profesor
10 Chimi Rinzin Guru

11 Dechen

12 Hanna Mohamed Fathallah
Ibrahim

13 Risuka Reetoo Geeanee

14 Sulvana Durakovic

15 Edin Dupanovic

16 Sariwindari Hamidi

17 Peter Francis Chege Kega

18 Victor Hugo Chavez

19 Carmen Ortega

Pelaksanaan

Metodologi latihan menyeimbangkan pemahaman teori dan aplikasi praktikal dengan menggunakan pendekatan
pembelajaran berasaskan masalah. Para peserta akan berpeluang untuk bekerjasama melalui interaksi dan teknik
inkuiri dalam merancang projek menggunakan alat berfikir dalam talian iaitu dalam persekitaran pembelajaran
berasaskan teknologi.Reka bentuk pembelajaran abad ke-21 adalah praktikal di mana peserta diberi peluang
untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran berasaskan projek dengan mengabungkan pelbagai sumber dalam
talian. Refleksi disertakan diakhir setiap aktiviti agar perserta dapat berfikir secara mendalam akan pembelajaran
yang mereka laksanakan.

Pada akhir kursus ini, para peserta telah menyediakan satu projek untuk digunakan di negara mereka sendiri.

58

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Kesan

Para peserta merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia kerana memberikan
peluang kepada mereka yang memerlukan bantuan dalam membangunkan pembelajaran dalam talian. Mereka
berpendapat bahawa kursus yang telah mereka sertai adalah yang ‘terbaik’ yang pernah dihadiri kerana mereka
telah mendapat pengetahuan ‘baru’ berkaitan dengan kerja mereka. Pengalaman mereka dalam membentuk
dan melaksanakan kursus dalam talian adalah baharu dan penting untuk membantu mereka mewujudkan
kursus dalam talian di negara mereka sendiri.
Paserta juga merasakan bahawa mengajar dengan menggunakan teknologi adalah mencabar tetapi mereka
masih ingin mencuba kaedah ini dengan pelajar mereka. Kebanyakkan peserta mengatakan bahawa capaian
Internet yang perlahan merupakan satu cabaran di negara mereka tetapi kursus ini telah mengajar Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi di mana aktiviti pembelajaran juga dapat dilaksanakan tanpa menggunakan Internet. Peserta
mencadangkan agar lebih banyak kursus seperti ini diadakan kerana ia akan memberi ruang kepada kaedah
pembelajaran secara alternatif dengan adanya strategi dan amalan baik PdP diterapkan dalam latihan.
Peserta telah memuji ELTC atas sikap profesional fasilitator serta kemudahan latihan yang disediakan serba
canggih seperti kemudahan makmal komputer, perpustakaan serta kampus yang luas. Mereka juga berpendapat
bahawa rakyat Malaysia baik hati, mesra dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan. Mereka juga
mendapati negara ini berada dalam keadaan harmoni dengan adanya perpaduan di kalangan rakyat.

59

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

60

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LAPORAN

PROGRAM INTERVENSI
TAMBAH OPSYEN (PITO)
BAHASA INGGERIS - INTENSIVE

COURSE IN ENGLISH
LANGUAGE TEACHING (ICELT)

ICELT – PITO
BAHASA INGGERIS 2014

61

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) BAHASA INGGERIS -
INTENSIVE COURSE IN ENGLISH LANGUAGE TEACHING (ICELT)
ICELT – PITO BAHASA INGGERIS 2014

Pengenalan

Kursus Intensive Course In English Language Teaching (ICELT) – Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Bahasa Inggeris (ICELT-PITO Bahasa Inggeris) adalah kursus yang direka khas untuk guru bukan opsyen Bahasa
Inggeris yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Melalui kursus ini, guru akan dilatih dan dilengkapkan
dengan content knowledge serta kemahiran dalam metadologi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) Bahasa Inggeris. Setelah tamat berkursus serta lulus kerja tugasan dan peperiksaan yang diambil, guru
akan dianugerahkan Sijil PITO Bahasa Inggeris. Ini akan meningkatkan keyakinan dan kemahiran guru dalam PdP
Bahasa Inggeris dalam kelas serta melayakkan guru untuk didaftar sebagai guru Bahasa Inggeris ‘tambah opsyen’

Perincian Kursus ICELT-PITO

Kursus ICELT sebagai satu Program Intensif Tambah Opsyen Bahasa Inggeris ini menggabungkan tiga aspek
penting dalam pengajaran Bahasa Inggeris iaitu metodologi, profisiensi dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Enam komponen dalam ICELT adalah seperti berikut :

• Awareness Raising
• Developing Language Skills in ESL Context
• Classroom Talk
• Adaptation and Materials Design
• Planning for Teaching and Learning
• Assessment (SBA)

Struktur Kursus ICELT-PITO

Kursus ICELT-PITO dilaksanakan selama 12 minggu secara tiga fasa.

Fasa Tahap Mod Tempoh
1 Tahap 1 Pembelajaran bersemuka (face to face) 4 minggu
2 Tahap 1 dan 2 Pembelajaran Kendiri (Online) 4 minggu
3 Tahap 2 Pembelajaran bersemuka (face to face) 4 minggu

62

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Kursus ICELt-PITO melibatkan cara pembelajaran berikut :
• Pembelajaran Berpusartkan Pensyarah
• Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
• Ulangkaji
• Persediaan Penilaian

Implikasi dan Keberhasilan

Pada tahun 2013, ICELT-PITO anjuran ELTC telah menjalan projek perintisnya di Sg Karangan, Kedah, dimana
38 orang guru telah mengikuti kursus selama 8 minggu dan diikuti dengan ujian sumatif yang telah dijalankan di
kampus ELTC.

Pada tahun 2014, seramai 75 orang telah mendaftar untuk mengikuti kursus ICELT-PITO untuk Kohot 1 dan 21
orang guru untuk Kohot 2. Kohot pertama telah menamatkan kursusnya pada bulan Disember 2014 dan Kohot
dua akan menamatkan kursusnya pada bulan Jun 2015.

80
70
60
50
40
30
20 2013
10 2013
0 2013

Rajah 1: Bilangan Peserta ICELT 2013 -2015

Perancangan Strategik PITO ICELT 2015

Pada tahun 2015, perlaksanaan kursus PITO-ICELT akan melibatkan IPGM di mana seramai 390 guru bukan
opsyen Bahasa Inggeris akan dilatih bersama ELTC. Untuk tujuan ini pihak IPGM telah mengenal pasti sebanyak
lima buah kampus di seluruh Negara. Setiap kampus akan melatih dua kumpulan seramai 60 orang peserta.
ELTC akan melatih 3 kumpulan seramai 90 orang peserta. Juga sebagai projek rintis, satu kumpulan guru bukan
opsyen Bahasa Inggeris sekolah menengah seramai 30 orang akan di latih di ELTC.

63

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Peserta Kursus ICELT – Kohot 1, 2014

64

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

65

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LAPORAN

KURSUS-KURSUS BAHASA
INGGERIS 2014

66

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

ELTC: PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME DALAM
ENGLISH LANGUAGE TEACHING (ELT)

Latar Belakang

Sejak penubuhannya, ELTC memegang kepada prinsip bahawa latihan yang berkualiti merupakan salah satu
daripada faktor penting yang menghasilkan impak positif yang ketara terhadap amalan pengajaran bahasa
Inggeris.
Kumpulan sasaran untuk latihan adalah kumpulan yang berperanan sebagai mentor guru (teacher mentors and
coaches, teacher leaders) seperti Ketua Panitia, School Improvement Specialist Coaches (SISC), Pensyarah
Institut Pendidikan Guru (IPG), Jurulatih Utama Negeri (JU) dan Pegawai Bahasa Inggeris dari Jabatan/Pejabat
Pendidikan Negeri/Daerah dan guru Bahasa Inggeris.

Aktiviti 2014

Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi pengamal ELT
Kursus-kursus yang dilaksanakan pada tahun 2014 dikumpulkan ke dalam kategori berikut:
• Specialist Certificate Courses
• Subject Leadership Series
• Trainer Training Series
• ELT for non-TESL-trained teachers
• Short ELT courses

i. Kursus baru
Empat (4) kursus baru telah dilaksanakan, seperti berikut:

• Specialist Certificate in Teaching and Learning of Literature for Secondary School
• Teaching and Learning of Vocabulary for Secondary School (blended)
• Subject Leadership Year 3: Contemporary Children’s Literature
• Remedial Instruction in English Language Programme (RI-ELP)

67

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

ii. Intensive Course in ELT (ICELT): Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Kursus Intensive Course in ELT (ICELT), iaitu, kursus ELT untuk guru Bahasa Inggeris bukan opsyen Bahasa
Inggeris, yang dilaksanakan sebagai projek rintis pada tahun 2013, telah diberikan pensijilan Program
Intervensi Tambah Opsyen (PITO) oleh Bahagian Pendidikan Guru. Peserta kursus yang lulus program
ICELT akan diiktirafkan sebagai guru opsyen Bahasa Inggeris, sebagai opsyen tambahan kepada opsyen
asal mereka.

iii. Program Peningkatan Profesionalisme kumpulan School Improvement Specialist
Coaches Plus (SISC+) di bawah Program Transformasi Daerah
ELTC telah terlibat dalam program peningkatan profesionalisme kumpulan School Improvement Specialist
Coaches Plus (SISC+) di bawah Program Transformasi Daerah. Kumpulan SISC+ (Rendah) dari Sabah,
Kedah dan Selangor telah menerima latihan dalam Specialist Certificate courses (2 kursus), Trainer Training
Series (2 kursus) dan kursus School-based Assessment.

iv. Penambahan kumpulan sasaran kursus
i. Pensyarah (Post-secondary colleges)
ELTC telah menawarkan program pembangunan profesionalisme kepada pensyarah dari bahagian
yang berikut:
• Bahagian Matrikulasi (BM)
• Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
• Bahagian Pendidikan Teknikal-Vokasional (BPTV)

ii. Guru
Selain daripada melatih guru sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), ELTC juga telah
memperluaskan program pembangunan profesionalisme kepada guru dari sekolah di bawah Bahagian
KPM, seperti berikut:
• Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)
• Bahagian Pendidikan Khas (BPK)
• Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPMM)

68

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Impak

Sebanyak 128 buah kursus ELT dikendalikan di bawah inisiatif MBI (Memperkukuh Bahasa Inggeris) kepada
3,042 pengamal ELT.

Bil. Kursus Jumlah Jumlah Kumpulan Sasaran
1 Specialist Certificate Courses kursus peserta
dikendalikan terlatih Bhg. KPM/
Pengamal Jab. KPM /

Org.

23 449 SISC+ JPN

Pensyarah IPGM
BM
JPP
BPTV

Guru BPSBPSK

BPMM

2 Subject Leadership Series 23 521 Ketua JPN
3 Trainer Training Series 24 508
Panitia (Sek.

Ren.)

SISC+ JPN

Jurulatih
Utama

Pensyarah IPGM
BM

JPP

BPTV

4 Intensive Course in ELT – Program 4 88 Guru JPN
Intervensi Tambah Option (ICELT- 6 (bukan
PITO) (Sek. Ren.) opsyen)

5 Action Research (Primary / 139 Pensyarah BM
Secondary)
JPP

BPTV

Guru JPN
BPSBPSK
BPMM

69

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

6 Kursus/ program pendek: 48 1,337 Guru JPN
- School-based Assessment Pelajar BPSBPSK
- Partners-in-Learning BPMM
- Remedial Instruction in
English Language
- Read-to-Write (blended)
- Outreach Programme

- Teaching with Technology, Profesional Negara ahli
Learning by Design ELT Program
Koloborasi
Teknikal Malaysia
(PKTM)

- English at the Workplace Pegawai Bahagian KPM
- Fun with English 1, 2 / Staf
sokongan

TOTAL: 128 3,042

Perancangan 2015

ELTC terus mengendalikan program peningkatan profesionalisme bagi pengamal ELT terutama sekali kepada
kumpulan guru mentor seperti Ketua Panitia, School Improvement Specialist Coaches (SISC), Pensyarah
Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Jurulatih Utama Negeri (JU), yang akan ditugaskan untuk menerajui program
pembangunan profesionalisme berterusan bagi guru dalam konteks sekolah.
Kandungan dan struktur kursus ELTC untuk 2015 akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran
dan pemerkasaan profesionalisme kumpulan profesionalisme ini dalam peranan mereka sebagai mentor kepada
guru Bahasa Inggeris melalui program peningkatan profesionalisme berasaskan sekolah.

Sehubungan dengan itu, dua (2) buah kursus baru akan dihasilkan berdasarkan keperluan latihan yang telah
dikenalpasti melalui tinjauan program.

• Principles and Practice in the Teaching of English for Specific Purposes
• E-Moderation Training Course for Online Tutors

Di samping itu, ELTC akan juga memperluaskan lagi kumpulan sasaran kursus bagi merangkumi kumpulan
pensyarah dari Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

70

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LAPORAN

PENYELIDIKAN DALAM BIDANG
ELT

71

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Pengenalan

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan di ELTC bertanggungjawab mengembangkan budaya penyelidikan
dalam kalangan guru serta pensyarah bahasa Inggeris melalui perancangan, pengurusan serta perlaksanaan
latihan kajian tindakan. Ini bertujuan membantu guru Bahasa Inggeris mengenalpasti masalah berkaitan PdP
bilik darjah serta melaksanakan penambahbaikan dalam pengajaran mereka yang bersifat ‘research driven.
Jabatan ini juga sentiasa menjalankan kajian lapangan yang bertujuan memantau serta menyelia aktiviti guru
dalam kelas supaya dapat mengutarakan cadangan PdP yang dapat meningkatkan pecapaian prrestasi guru
sebagai pendidik yang efektif.

Objektif Penyelidikan & Pembangunan

• Menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan pendidik Bahasa Inggeris.
• Memperkembangkan amalan terbaik dalam bilik darjah melalui penyelidikan dan latihan pemyelidikan.
• Membina dan mengurus pengkalan data bagi penyelidikan dan dapatan pemantauan program Bahasa

Inggeris.
• Menjalankan kajian lapangan dan kajian keberkesnanan program.
• Menerbit dan menyebarkan penyelidikan dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris.
• Memberi khidmat rundingan dalam penyelidikan dalam konteks Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

A. LATIHAN KAJIAN TINDAKAN

KURSUS ACTION RESEARCH FOR EL TEACHERS
Kursus Action Research for EL teachers bertujuan mengembangkan budaya penyelidikan dalam kalangan guru
serta pensyarah Bahasa Inggeris dan mengembang serta menyebarluas amalan terbaik dalam PdP melalui kajian
tindakan dalam bilik darjah. Kursus ini membantu guru untuk mengenalpasti isu dalam PdP yang dihadapi serta
tindakan yang diambil dalam mempraktik proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Guru diberi
pendedahan kepada teori dan prosedur kajian tindakan serta dibimbing dalam menghasilkan pelan tindakan,
analsis data pelajar dan penyediaan laporan kajian. Melalui kursus ini guru juga berpeluang mengembangkan
amalan refleksi.

72

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Objektif kursus

• Menyediakan guru dengan pengetahuan dan amalan dalam
bidang kajian tindakan untuk penambahbaikan PdP bilik
darjah.

• Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru supaya
dapat memperkembangkan profesionalisme guru sebagai
pendidik.

• Memupuk amalan refleksi yang dapat membawa kepada
guru sebagai penyelidik yang sentiasa menganalisa serta
memperbaiki stratgei PdP masing masing dalam kelas.

Jumlah kursus pada 2014

Bilangan Peserta

Kohot Fasa 1 Fasa 2 Kumpulan sasar

1 24 22 Guru Sekolah Rendah
2 Guru Sekolah Rendah
3 17 15 Guru Sekolah Menengah
4 Pensyarah Matrikulasi
5 22 17 Pensyarah Politeknik
6 Guru Sekolah Menengah
Jumlah 16 13

20 7

21 16

120 90

73

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Fasa kursus

FASA 1 FASA 2 FASA 3

Memberi guru pengetahuan Guru menjalankan kajian di mana Guru menganalisis data serta
dalam cara merancang, serta mereka mengumpulkan data melaporkan dapatan kajian.
menyedikan pelan kajian berdasarkan pelan kajian yang Ini diikuti dengan cadangan
tindakan. disediakakn semasa fasa 1. penambahbaikan PdP bilik
darjah masing masing.

Syarahan Pendek Mod latihan

Diskusi dan Kerja
Kumpulan

Pembentangan

Kursus ini sangat berguna untuk Impak kursus Saya mencadangkan agar
meningkatkan pengetahuan saya kursus ini diteruskan dan
diperkembangkan kerana dapat
menjalankan kajian. meningkatkan amalan refleksi.

Kursus sangat menyeronokkan,
menarik dan harus didedahkan
kepada semua agar mereka juga
dapat menjalankan kajian dalam
kelas untuk penambahbaikan PdP.

74

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

B. KAJIAN KEBERKESANAN DAN KAJIAN LAPANGAN
Selaras dengan fungsi ELTC sebagai pusat kecemerlangan Bahasa Inggeris ELTC turut memberi fokus kepada
menjalankan penyelidikan yang bertujuan mengenalpasti isu berkaitan PdP Bahasa Inggeris dalam bilik darjah.
Penyelidikan yang dijalankan adalah seperti kajian penilaian, kajian impak dan kajian lapangan. Pada tahun 2014
ELTC telah menjalankan beberapa kajian keberkesanan penyelidikan seperti berikut.

1. KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM
SUBJECT LEADERSHIP TAHUN 2 : COACHING AND MENTORING
Pada tahun 2014 ELTC telah menjalankan kajian keberkesanan program latihan Subject Leadership Tahun 2 yang
berfokuskan kepada coaching and mentoring.

Objektif Kajian
Mengenalpasti persepsi peserta terhadap kandungan latihan serta penyampaian latihan kursus coaching and
mentoring yang dijalankan oleh ELTC.

Responden kajian
8 orang guru panitia Bahasa Inggeris yang telah mengikuti program mentoring and coaching (subject
leadership) pada tahun 2014

Tekik pengumpulan data dilaksanakan melalui temubual dengan guru

Dapatan penyelidikan
Peserta kursus melaporkan bahawa diakhir kursus mereka dapat:

• memahami konsep mentor yang efektif iaitu bukan sekadar menjalankan pemerhatian tapi juga
membimbing dan menjalankan pencerapan bersama guru serta menjalankan team teaching/modelling.

• Memahami dan mempelajari strategi menjalankan aktiviti pementoran yang berkesan seperti perbincangan
dan penyelesaian masalah secara bersama, menganalisis PdP melalui kajian kes dalam kelas, cara
menjalankan kaedah pemerhatian terhadap guru yang lebih berkesan, memahami cara meningkatkan
amalan refleksi dalam kalangan guru serta mempelajari cara memberi maklumbalas kepada PdP guru
secara berkesan

• Kesedaran tentang cara untuk membina hubungan mentor mentee kerana perlakuan mentor memberi
kesan dalam pembangunan hubungan.mentor-mentee

75

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

• Memahami teknik mengemukakan soalan kepada guru yang efektif menggunakan kaedah penyoalan
sokratik

• Menambah ilmu pengetahuan dalam pedagogical knowledge of ELT teaching (MUF Framework for
teaching grammar serta lesson study sebagai cara menyebarluaskan amalan efektif bersama guru).

Isu serta Cabaran peserta kursus

Isu yang dikenalpasti Penambahbaikan
Tempoh kursus terlalu pendek Panjangkan kursus kepada 4 hari
Tambahkan aktiviti main peranan (role Kajian semula kandungan serta strategi
play), perbincangan, serta pembelajaran
perantisan (apprenticeship learning). latihan
Perbincangan mengenai strategi Kandungan kursus perlu memberi
pemindahan pembelajaran dari peserta penekanan bagaimana peserta dapat
membuat pemindahan pembelajaran
kepada guru di sekolah
dengan efektif kepada guru

76

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

2. KAJIAN LAPANGAN
Pada tahun 2014 ELTC telah menjalankan kajian lapangan untuk menilai keberkesanan pegawai SISC+ Bahasa
Inggeris Sekolah Rendah di negeri Kedah dan Sabah dalam memainkan peranan mereka sebagai mentor kepada
guru.

Fokus kajian
Memantau keberkesanan pegawai SISC+ Bahasa Inggeris sekolah rendah dalam memainkan peranan mereka
sebagai mentor kepada guru.

Rekabentuk kajian: Kualititatif

Pengumplan data
Pemerhatian bilik darjah.
Temubual kumpulan berfokus dengan pegawai SISC+.
Pemerhatian aktiviti bimbingan (mentoring) yang dijalankan oleh mentor bersama guru

Persampelan
41 SISC+ Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dari negeri Kedah dan Sabah

Dapatan Kajian

1. Persekitaran menjalankan aktiviti mentoring
Semua mentor menyedari keperluan untuk menjalankan aktviti dalam persekitaran yang kondusif.

2. Pengetahuan kandungan matapelajaran mentor
Pada keseluruhannya, mentor menunjukkan keyakinan yang berbeza tahap antara tahap memuaskan ke tahap
tinggi dalam pengetahuan kandungan matapelajaran Bahasa Inggeris.

77

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

3. Pengetahuan pedagogi mentor
Secara umumnya mentor mempunyai pengetahuan pedagogi yang memuaskan. dan dapat memberi penjelasan
dalam aspek pedagogi kepada guru mereka. Didapati mentor perlu terus berusaha meningkatkan pengetahuan
teori supaya dapat menerangkan rasional bagi sesuatu pedagogi yang dicadangkan serta kebaikan theori
tersebut.

4. Kemahiran memberi bimbingan
Secara umumnya adalah baik. Namum mentor perlu memberi lebih fokus kepada cara mengemukakan soalan
yang berunsurkan ‘probing questions’, kritis, berkemahiran aras tinggi dan reflektif. Untuk terus berusaha
memberikan impak yang efektif dalam PdP guru yang dibimbing, mentor digalakkan meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka melalui bacaan akademik dan penglibatan aktif dalam sesi perkongsian ilmu professional.

C. PENERBITAN
Dalam usaha untuk memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru serta menyediakan pangkalan data
berdasarkan penyelidikan, ELTC melalui Jabatan Penyelidikan dan Pembangunannya juga menerbitkan jurnal
pendidikannya yang bertajuk ESL PRACTITIONER.
Jurnal ini memberi peluang kepada warga pendidik ELT untuk :

• menyumbang idea, strategi serta amalan berkesan dalam P&P bahasa Inggeris.
• Menerbit dan menyebarkan maklumat mengenai kajian penyelidikan dan dapatan terkini dalam penilaian

keberkesanan serta impak program yang dijalankan di ELTC serta inisiatif KPM. .

Jurnal ESL Practitioner menerima sumbangan dari warga pendidik ELT yang luas seperti guru sekolah, pegawai
KPM, pensyarah IPG serta Universiti tempatan maupun swasta. Jurnal ini disebarkan kepada semua JPN,
Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Institusi Pendidikan Guru, serta universiti yang menyumbang
artikel. Pada tahun 2014 ELTC telah menerbitkan jurnal ESL Practitoner (Issue 2) yang bertemakan maklumat
berkaitan CEFR (Common European Framework of Reference).

78

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

Pada tahun 2014 Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan ELTC juga telah menerbitkan A Compendium of
Research Reports Volume 1 yang merupakan koleksi semua kajian lapangan, kajian impak serta kajian
keberkesanan program yang telah dilaksana oleh ELTC dalam tahun 2012-2013.

79

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

GLOSARI

ELITE-ToT Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education
ELT English Language Teaching
ICELT Intensive Course in English Language Teaching
ICT Information Communication Technology
IPG Institut Pendidikan Guru
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KP Ketua Panitia
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah
L&S Listening and Speaking
LMS Learning Management System
MPSKBI Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris
MTCP Malaysia Technical Cooperation Programme (Program Kerjasama Teknikal Malaysia)
OPS-English Oral Proficiency in English for Secondary School
PADU Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan
PdP Pengajaran dan pembelajaran
PiL Partner in Learning
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pro-ELT Professional Up-Skilling of English Language Teachers
RELTmax Reinforcing English Language Teaching: Maximising Resources, Enhancing
RELTNote Pedagogy
RIELP Reinforcing English Language Teaching for Non-option Teachers
SBA/PBS Remedial Instruction for English Language Programme
SCLD School-based Assessment/Pentaksiran Berasaskan Sekolah
SISC+ Specialist Certificate in Literacy Development
STEP School Improvement Specialist Coaches
ToT State Trainer Enhancement Plan
Training of Trainers

80

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

LEMBAGA EDITORIAL

Penasihat Dr Mohamed bin Abu Bakar - Pengarah ELTC
Puan Zainab binti Yusof - Timbalan Pengarah ELTC

Ketua Editor Dr Jayanti S. Sothinathan

Editor Cheok Oy Lin
Dr Kalminderjit Kaur
Viloshini Baskaran

Jurugambar Ahmad Radzi bin Mat Nawi
Grafik & Rekaletak Mohammad Hidayat bin Hasan

Lembaga Editorial mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan, pegawai
Akademik, serta pengawai dan staf khidmat Pengurusan ELTC yang telah menyumbang
secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan LAPORAN TAHUNAN 2014 English

Language Teaching Centre.

81

LAPORAN TAHUNAN 2014

English Language Teaching Centre

English Language Teaching Centre
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai

Lebuh Enstek, 71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus
MALAYSIA

Tel: 06-797 9000 | Fax: 06-797 9113 / 114
82




Click to View FlipBook Version