The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ammar Nawawi (ammar nawawi), 2023-05-09 21:45:52

pengajian islam jual atas talian

pengajian islam jual atas talian

MPU23012-PENGAJIAN ISLAM Aidil Ahadiat Saifullah Bin Akasyah–03DPR22F1060 Muhd Aqmal A edz Bin Mohamad Zahir -03DPR22F1063 Muhammad Ammar Yusri Bin Zulki i-03DPR22F1084 Mohamad Ammar Bin Mohamad Nawawi -03DPR22F1030 Ahmad Aqram Akid Bin Ismail -03DPR22F1088


SAINS TEKNOLO GI DAN ICT


PLATFORM JUAL BELI ATAS TALIAN DAPAT MELAHIRKAN USAHAWAN ISLAM YANG BERJAYA


PENGENALAN Perniagaan jual beli atas talian adalah keperluan hidup masyarakat sejak dahulu. Walaupun sejarah kehidupan manusia telah berubah, namun kehendak dan keperluan hidup kepada perniagaan adalah masih kekal sehingga hari ini. Perubahan yang berlaku hanyalah pada barangan serta metod transaksi yang dilaksanakan. Jika dahulu, tidak tergambar bahawa sesuatu urus niaga boleh dilakukan dari jarak jauh. Kini ianya bukanlah suatu persoalan yang mustahil lagi. Malah, urus niaga ini mula mendominasi bentuk-bentuk urusan muamalat seharian dalam kepesatan hidup manusia pada hari ini Tugasan ini adalah bertujuan bagi menilai kedudukan ijab dan qabul di dalam aqad jual beli secara atas talian. Kepesatan dan perkembangan teknologi pada hari ini telah mengubah corak kehidupan manusia ke arah yang lebih memudahkan. Perubahan ini juga berlaku dalam transaksi muamalat seharian. Perbincangan ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu yang pertama menjelaskan secara ringkas berkenaan dengan keperluan perniagaan dan pengenalan istilah jual beli atas talian. Bahagian kedua pula berkenaan dengan syarat-syarat bagi jab dan qabul di dalam agad jual beli menurut pandangan ulama' silam dan kontemporari Bahagian seterusnya pula akan mengetengahkan contoh aktiviti jual beli atas talian yang pernah dilakukan


Konsep Jual Beli Atas Talian dari Perspektif Islam Perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebegai atas talian merupakan salah satu medium perniagaan terkini yang banyak diaplikasikan oleh para peniaga pada ini. Jual bell atas talian juga merupakan sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat, terutamanya telekomunikasi yang canggih dan talian internet untuk berurusan dengan pelanggan. Selain itu, Jual bell atas tallan juga melibatkan kegiatan pemiagaan yang menggunakan internet sebagai instrumen pemasaran dengan jangkauan potensi jualan seluruh dunia.Secara umumnya, hukum jual beli dalam Islam adalah harus, hal ini berdasarkan rman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 275:Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan ju beli (berniaga) dan mengharamkan riba


HUKUM JUAL BELI DALAM ISLAM ● ● Menurut islam, konsep perniagaan ini hukumnya dibolehkan kerana ia sama seperti konsep yang dibawahkan platform online seperti Lazada atau Shopee. Tambahan pula, jual beli sa; am (bayar dahulu barang dapat kemudian) juga membawakan kaedah perniagaan yang sama iaitu bayar dahulu barang kemudian dapat


RUKUN JUAL BELI ATAS TALIAN Peraturan jual beli dalam Islam sudah diatur dengan jelas namun seiring perkembangan zaman saat akan melakukannya perlu adanya pengkajian ulang dari sumber terpercaya agar transaksi yang dilakukan sah secara umum terdapat beberapa rukunnya berikut ulasannya .1) Barang atau perkhidmatan untuk diniagakan 2) Penjual dan pembeli yang melakukan transaksi 3) Harga dapat diukur dengan nilai wang atau alat pembayaran lain yang berlaku dikawasan 4) Serahan atau ab bobul


1. 2. 3. Penjual selalu melampirkan gambar prokul Menyertakan spesi kasi secara lengkap Menyediakan jaminan jika ada kerosakan Syarat jual beli atas talian


Maksud lafaz ijab dan qabul dalam berjual beli ● ● ● Ijab dan qabul adalah lafaz yang diucapkan semasa urusan jual beli Ia diucapkan pada akhir transaksi sebagai tanpa sah urusan tersebut Ketika melakukan urus niaga, kita bisa mendengar sesetengah penjual melafazkan perkataan “saya jual” dan pembeli pula membalas, “saya beli”


1.Pembeli dan penjual tidak bersemuka secara zikal Urusan jual beli dilakukan secara maya . Penjual memasukkan maklumat berkaitan barang yang hendak dijual di laman web . Maklumat itu biasanya dalam bentuk gambar dan beberapa perkara lainyang dapat menarik minat pembeli untuk membelinya . Namun , kebiasaanya pembeli tidak berkomunikasi dengan penjual disebabkan telah biasa atau telah pasti mengenai barang yang hendak dibeli . Mereka telah mendapat maklumat mengenai barang itu bahkan mungkin pernah menggunakannya .Disini wujud sikap saling mempercayai antara penjual dan pembeli .   Ciri-Ciri Jual Beli Atas Talian


2. Barang dihantar kepada pembeli oleh agen penghantaran. Tugas penghantara barang diuruskan oleh penjual yang dilakukan oleh agen penghantaran . Pembeli hanya menerimanya di tempat ditetapkan dalam urusan jual beli . Memandangkan pembeli tidak melihat keadaan zikal sebenar barang , maka biasanya penjual bersetuju menerima kembali barang itu jika pembeli memulangkannya Kos penghantaran akan dijelaskan di dalam web sama ada ditanggung pembeli atau penjual . Jika dinyatakan kos ditanggung oleh pembeli maka sejumlah bayaran perlu dibayar atau ditambah dari jumlah harga barang   Ciri-Ciri Jual Beli Atas Talian


3. Kewujudan barang Dalam keadaan biasa , barang dagangan wujud Ketika akad dilakukan . Pembeli boleh memeriksa atau menilai sendiri barang yang ingin dibeli . Pembeli boleh buat penilaian secara zikal seperti menyentuhnya , melihat dan perkara lain yang boleh dilakukan seadnya apabila barang berada di hadapan mata .  Sebaliknya jualan di atas talian tidak memberi peluang sedemikian , pembeli hanya dapat maklumat menegnai produk secara gambar yang dipaparkan dan beberapa maklumat yang dinyatakan , Sekiranya ingin mendapat maklumat lebih , bakal pembeli boleh menghubungi penjual .   Ciri-Ciri Jual Beli Atas Talian


4. Bentuk Akad  Dari segi akad ,jualan biasa memperlihatkan sighah akad sama ada melalui perkataan,perbuatan atau secara berdiam diri.Namun akad jualan atas talian berlangsung secara berasingan.Peniaga menyatakan kesediaan menjual mungkin telah beberapa bulan lalu ketika meletakkan iklan hendak menjual,sedangkan pembeli baru menyatakan persetujuan hendak membeli.Ini ternyata tidak menepati syarat menetapkan ungkapan qabul hendaklah saling berkaitan dan ada kesinambungan seperti ungkapan ijab,yakni perkara iti berlaku dalam satu majlis,serta kedua-dua pihak saling memahami ungkapan yang dikeluarkan .    Ciri-Ciri Jual Beli Atas Talian


5.Tempoh Serahan  Elemen boleh diserah yang menjadi satu lagi syarat jualan ternyata jelas dalam akad jual beli secara biasa Ini kerana penjual dan pembeli secara langsung dapat mengambil keputusan berkaitan penyerahan itu . Bagaimanapun dalam jual beli atas talian, barang tersebut tidak boleh serta merta,ia perlu melalui proses panjang dan rumit . Ini kerana melibatkan jarak yang jauh dan pelu melalui beberapa proses lain yang mungkin ada berlaku halangan untuk dihantar segera  Selain itu,penjual tidak mengawal” keupayaan” ajen penghantaran.Kerap berlaku barang yang dihantar lewat sampai dan hilang di perjalanan   Ciri-Ciri Jual Beli Atas Talian


Sebab itu,kejadian ini perlu difahami oleh pembeli oleh pembeli. Mereka perlu bersedia menghadapi risiko, terutamnya kelewatan menerima barang yang dibeli. Ia tidak mencatakan akad jual beli, kecuali syarat tempoh penghantara disebut sebagai salah satu “penerimaan” kepada persetujuan membeli. Disebabkan sudah memehami situasi ini, pembeli biasanya tidak menjadikan tempoh penghantaran sebagai syarat membeli 


6. Produk Terlibat  Produk yang gambarnya dipaparkan di laman sesawang tidak semesti dihantar kepada pembeli.Ini untuk barang”sama” bagi melambangkan barang yang sebenarnya berjumlah ribu hendak dipasarkan . Contohnya setiap buku dengan judul buku yang sama tidak perlu dipamerkan imejnya di dalam iklan semata – mata untuk menjelaskan bahawa semua buku iti hendak dijual dan pembeli perlu memilih mana satu Sebaliknya , hanya satu buku dipamerkan sudah memadai untuk mewakili buku yang lain. Apabila hendak menghantar kepada pembeli, mana-mana buku boleh dihantar asalkan judul buku yang sama.   Ciri-Ciri Jual Beli Atas Talian


KEBAIKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN 1.Menjimatkan masa pengguna 2.Menawarkan pelbagai jenis produk 3.Memudahkan perbandingan harga 4.Menawarkan eksibiliti 5.Mengurangkan risiko perniagaan 6.Membuka pasaran global


KEBURUKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN 1.Ketidakupayaan untuk menguji produk sebelum membeli 2.Kekurangan komunikasi dan hubungan peribadi 3.Anda memerlukan sambungan internet yang selamat 4.Adalah mustahak untuk mempunya peranti untuk menyambung ke Internet 5.Takut pembayaran palsu, penipuan dan pencurian maklumat peribadi(penggodam) 6.Kesukaran atau bahkan ketidakupayaan untuk mengesan penipuan dan penipu


CARA PEMBELIAN ATAS TALIAN


CONTOH APLIKASI PEMBELIAN ATAS TALIAN


ADAB JUAL BELI DALAM ISLAM 1-Menggunakan akad 2-Menjelaskan aib barang 3-jujur 4-Tidak menjual barang haram 5-Memaparkan gambar produk


DALIL JUAL BELI ATAS TALIAN DALAM ISLAM


CONTOH JUALAN ATAS TALIAN


KESIMPULAN JUAL BELI ATAS TALIAN ● ● ● ● ● ● Kecanggihan dunia teknologi pada hari ini telah menyaksikan pelbagai aplikasi bagi memudahkan masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian. kemodenan telah mewujudkan perniagaan secara e-dagang dengan pelbagai barangan yang disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna. E-dagang bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. E-dagang mampu meningkatkan jualan dan mengurangkan kos-kos yang tertentu serta dapat berinteraksi dengan pengguna secara langsung. Kemunculan e-dagang juga merupakan muamalah yang tidak bercanggah dengan sistem jual beli yang telah ditetapkan oleh syarak, sekiranya menepati syarat dan rukun jual beli. Oleh kerana hukum asal bagi sesuatu itu adalah mubah (harus), maka e-dagang juga adalah harus selagi mana ia menepati rukun dan syarat jual beli yang telah digariskan oleh Islam bagi menjamin kemaslahatan manusia secara keseluruhannya.


Click to View FlipBook Version