The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1276-15-ayuni, 2021-11-08 08:45:25

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA DAN PERINGKAT ANTARABANGSA

TUGASAN 2 BMM 1074 PENULISAN E-PORTFOLIO

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
BMM 1074 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA :NOR AYUNI BINTI HAMZAH
ANGKA GILIRAN :2021292310355
NO. TELEFON :01123652027
OPSYEN :BAHASA MELAYU (SK)
AMBILAN :JUN 2021
KOD KURSUS :BMM 1074
NAMA KURSUS :SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH :MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
JABATAN/UNIT :JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAHAN :8 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada): Tarikh: 8 / 11 / 2021
Tandatangan pelajar: yuni

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA DAN PERINGKAT
ANTARABANGSA

Bahasa Melayu pernah melalui zaman kegemilangannya iaitu semasa zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Bahkan pada masa sekarang, bahasa Melayu
masih lagi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri terutamanya di negara kita seperti
yang termaktub dalam Perlembagaan negara iaitu Perkara 152 (1) Perlembagaan
Persekutuan.Terdapat beberapa syarat yang dalam Perkara 152 iaitu tiada seorang pun yang
boleh melarang dan dihalang daripada menggunakannya selain daripada urusan rasmi atau
untuk mengajar dan belajar bahasa-bahasa lain. Yang terakhir, tiada perkara dalam Fasal ini
yang boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri
untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa kaum-kaum yang lain.
Menurut Seong, T. K. (2018) menegaskan bahawa bahasa Mandarin adalah bahasa
Vernakular untuk kaum cina sahaja dan tidak boleh digunakan dalam urusan pejabat rasmi.
Menurut Sallehudin (n. d.) rasmi ditakrifkan sebagai perkara yang berkaitan dengan kerajaan
Persektuan, kerajaan Negeri dan pihak berkuasa awam. Namun, tak dapat kita nafikan
bahawa pada masa kini, penggunaan bahasa melayu sudah semakin dipandang remeh oleh
pemuda-pemudi. Hal yang sedemikian tak boleh dibiarkan berterusan kerana pemuda adalah
penerus bangsa dan pemangkin bahasa kita.

Seringkali kita dengar, banyak isu dan cabaran yang telah muncul berkenaan penggunaanb
bahasa Melayu di Malaysia. Antaranya ialah pada abad ke-21, bahasa Melayu mengalami
persaingan yang sengit apabila bahasa Inggeris seringkali menjadi bahasa komunikasi ketika
bermesyuarat (Nawi et al. 2021). Malahan, seringkali juga kita lihat media massa sering
memaparkan sesuatu iklan dalam bahasa Inggeris dan dapat juga kita perhatikan apabila
banyak pegawai.-pegawai profesional dan tokoh-tokoh masyarakat yang lebih suka
menggunakan bahasa inggeris ketika ditemu ramah oleh para wartawan. Di samping itu juga,
penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik.
Menurut Mahathir (2020), bahasa Inggeris perlu diguna pakai semula bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik di sekolah kerana bidang itu bukan datang daripada bahasa ibunda kita.
Tambahan lagi, bahasa Melayu sendiri banyak meminjam perkataan bahasa inggeris yang
diserapkan dalam kosa kata bahasa Melayu. Contohnya ialah perkataan katalog (catalog),
aktiviti (activity), mesej (message) dan sebagainya. Kita memang tidak dapat hindari daripada
penggunaan pinjaman bahasa Inggeris dalam kosa kata Bahasa Melayu namun ianya amat
mengecewakan apabila cara sebutan dan intonasi yang digunakan oleh anak-anak muda
pada masa kini juga terikut dengan intonasi bahasa inggeris.

Selain itu, penggunaan bahasa rojak amat berleluasa dalam kalangan remaja. Menurut
Jongakeling (2010), bahasa rojak bermaksud pencampuran pelbagai bahasa dalam satu
pertuturan walaupun pada dasarnya bahasa Melayu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi, bahasa rojak telah dikesan apabila sebuah entreport antarabangsa yang diasaskan oleh
Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini dikunjungi oleh para pedagang yang

muncul daripada pelbagai arah yang membawa bahasa masing-masing. Hal yang sedemikian
menyebabkan rakyat tempatan terbiasa menggunakan bahasa rojak. Penggunaan bahasa
rojak telah mencemarkan bahasa Melayu. Hal ini dapat kita lihat apabila terdapat banyak
kesalahan bahasa, aspek tatabahasa, struktur ayat, istilah, ejaan dan penggunaan singkatan
bahasa yang terlalu banyak. Seperti mana yang kita tahu, Malaysia mempunyai penduduk
yang pelbagai kaum seperti kaum Cina, Iban, Melayu, Kadazandusun, Melanau, Jawa dan
banyak lagi. Penghijrahan penduduk antara wilayah di Nusantara telah mewujudkan
masyarakat yang saling berhubung walaupun berbeza etnik. Perpaduan kaum telah
menyebabkan berlakunya pencampuran bahasa.

Di samping itu, pada abad ke-7 masihi, sejarah telah membuktikan bahawa bahasa melayu
telah menjadi bahasa perantara. Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan dan
perhubungan antarabangsa pada zaman pemerintahan Sriwijaya. Pada masa itu, kerajaan
Sriwijaya telah diakui sebagai kerajaan yang sangat berpengaruh dan mempunyai
kepelbagaian hasil komiditi seperti kayu gaharu, timah, emas dan cengkih. Walaupun bahasa
Melayu pernah diangkat menjadi bahasa lingua franca, namun pada masa kini bahasa Melayu
agak ketinggalan apabila bahasa Inggeris telah diangkat menjadi bahasa lingua franca.
Menurut Asmah (2007), lingua franca ditakrifkan sebagai bahasa yang diketahui oleh
kebanyakan penutur walaupun hanya pada peringkat yang asas. Hal ini dapat dibuktikan
apabila bahasa Melayu tidak mempunyai sokongan sumber untuk meluaskan kuasa dari segi

geografi dan penggunaan dan agak ketinggalan apabila negara-negara berkuasa besar
seperti Jerman, Sepanyol dan Jepun terus menerus membekalkan sumber untuk meluaskan
pengaruh dan budanyanya dalam urusan perdagangan. Jelaslah bahawa, semakin banyak
sumber untuk menyokong sesuatu bahasa, semakin tinggilah nilai estetik bahasa tersebut.

Teknologi yang kian canggih juga telah mewujudkan cabaran bagi memartabatkan bahasa
Melayu. Aplikasi-aplikasi komunikasi seperti WhatsApp, Instagram, Telegram, WeChat,
Facebook dan Youtube yang telah membuka ruang seluasnya kepada masyarakat tanpa
mengenal peringkat umur untuk berkomunikasi tanpa sempadan. Menurut Bakar & Mazzalan
(2018), bagai cendawan tumbuh selepas hujan, itulah keadaan teknologi terkini yang
berkembang pesat yang mendorong kepada kepesatan teknologi komunikasi melalui
penyebaran maklumat yang sangat cepat. Komunikasi dalam ruang siber ini telah
menimbulkan bibit-bibit kehancuran bahasa apabila penggunaan singkatan perkataan seperti
‘Akum’ iaitu Assalamualaikum, ‘Pk’ iaitu berfikir yang telah menjadi budaya terutamanya para
remaja. Penggunaan bahasa dalam media memang kita tak boleh kawal kerana tiada
peraturan bahasa atau akta yang mengikatnya sebagai bahasa rasmi. Selain itu juga,
penggunaan bahasa yang kesat dan lucah juga sudah membanjiri media sosial. Hal yang
sedemikian bukan sahaja mencemarkan bahasa, namun menunjukan hilangnya maruah
sesuatu bangsa. Lebih teruk lagi apabila, para pengguna media sosial berminat
mempopularkan ungkapan Inggeris dalam yang ditukarkan dalam penggunaan dan nada

bahasa Melayu. Contohnya, perkataan I love you (ILebiU), Keep it up (Kipidap), I Miss you
(IMicU) dan lain-lain. Yang paling menyedihkan apabila para pengguna media sosial ini sering
berinteraksi di laman sosial menggunakan bahasa rojak, bahasa pasar dan singkatan-
singkatan perkataan dengan sesuka hati tanpa memikirkan martabat bahasa Melayu dan
menggunakannya seolah-olah bahasa yang mereka gunakan itu adalah bahasa rasmi. Hal
yang sedemikian kerana media sosial tiada peraturan, melepasi sempadan, tiada polis dan
pemantau dan tiada akta yang tegas dan tetap.

Dalam bidang ekonomi pula telah muncul isu tentang nilai bahasa Melayu itu sendiri. Hal
ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat tempatan namun di peringkat antarabangsa.
Bahasa Melayu dikatakan tidak mempunyai nilai ekonomi, tiada nilai komersial dan susah
untuk digunakan dalam urusan perdagangan. Hal ini dapat kita di negara kita sendiri iaitu
rancangan televisyen yang melibatkan perbincangan bajet dan ekonomi seperti Ringgit Sense
Plus menggunakan suara latar bahasa Inggeris manakala rancangan yang tidak melibatkan

perbincangan kewangan seperti Majalah 3 menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengacaraan. Hal ini seolah-olah menunjukkan hanya bahasa Inggeris sahaja yang sesuai
digunakan dalam bidang ekonomi. Suasana tersebut tidak seharusnya berlaku kerana
kemajuan dalam bidang ekonomi bukanlah dapat ditentukan dengan bahasa namun dari segi
nilai mata wang, untung rugi dan proses bersenergi yang memerlukan bahasa sebagai objek
kedua. Memang tak dapat kita nafikan bahawa bahasa juga merupakan salah satu faktor
untuk membangunkan ekonomi.

Akhir sekali, kekurangan sumber tenaga pengajar bahasa Melayu dan bahan dalam bidang
pendidikan juga telah mejadi satu cabaran. Hal ini dapat kita bandingkan dengan negara barat
yang mempunyai agen bahasa iaitu British Council sebagai penyebar bahasa inggeris ke
seluruh pelosok dunia. Menurut Abdullah (2021) mengatakan bahawa projek premis khas bagi
mempromosikan kebudayaan dan warisan bakal dilancarkan di sebuah negara jiran macam
British Council namun bukan ditempatkan di Malaysia. Bagi Amerika Syarikat pula, telah
diadakan program pengantarabangsaan bahasa Inggeris yang dilaksanakan melalui
pembentukan yayasan.

Kesimpulannya, isu-isu ini haruslah dibincangkan sebaik mungkin di parlimen agar tidak
mewujudkan sebarang isu lagi yang boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu. Semua
rakyat juga haruslah lebih cakna dalam isu ini kerana bahasa adalah jiwa banga. Harapan
saya sebagai penulis ingin melihat kembali bahasa Melayu dapat menjadi bahasa pengantara
di seluruh pelosok dunia seperti pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka bermatlamat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah
satu utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah sesuatu
yang mustahil (Deraman, 2008).

Rujukan
Abdullah, S. (2021, November 2). British Council tapi versi Malaysia bakal wujud.

Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/british-council-tapi-versi-
malaysia-bakal-wujud/
Asmah, O. (2007). Kegemilangan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca. Jurnal Kesidang,2
(18-30). 21.
Bakar, M.S.A. & Mazzalan A. M. (2018). Aliran pertuturan bahasa rojak dalam kalangan
pengguna Facebook di Malaysia, e-ISSN: 2289-6589, 7(1),63.
Deraman, A. A. (2008, Julai 16). Isu dan cabaran bahasa Melayu dalam bidang Pendidikan.
BeritaHarian. A11.
Jongakeling. (2010, Oktober 18). Pembentangan bahasa rojak. [PowerPoint slides].
SlideShare. https://www.slideshare.net/jongakeling/present-bahasa-rojak
Nawi, S. A., Dollah, S. & Yusoff, Z. (2020). Pengenalan sejarah perkembangan bahasa
Melayu. Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu.
Mahathir, M. (2020, Januari 31). Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Inggeris.
BHONLINE.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/651459/sains-dan- matematik -
Sallehudin. (n. d.). Semua pihak berperanan memartabatkan bahasa Melayu. AstroAwani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/semua-pihak-berperanan-memartabatkan-
-bahasa-melayu-dbp-308519
Seong, T. K. (2018, Jun 25). Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan jelas. BHONLINE.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/441594/perkara-152-
perlembagaan-persekutuan-jelas

Lampiran




Click to View FlipBook Version