The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chow6142003, 2024-04-06 03:21:55

INOVASI AEQ BOARD

INOVASI AEQ BOARD

0


1 NAMA GURU : CHOW MEI LING STESEN BERTUGAS : SMK MEDAMIT, LIMBANG KATEGORI : INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH 1. TAJUK INOVASI Pengajaran Dan Pemudahcaraan Ungkapan Algebra Menggunakan “AEQ Board”. 2. SINOPSIS INOVASI “AEQ Board” merupakan salah satu inovasi berbentuk bahan bantu mengajar (BBM) yang memfokuskan pengetahuan dan kemahiran asas murid dalam Matematik peringkat menengah. Kandungan yang dipelajari dalam sesuatu topik merupakan asas pengetahuan dan kemahiran bagi topik yang lain. Oleh itu, konsep Matematik perlu dikuasai bagi memastikan individu dapat meneruskan penguasaan pembelajaran di peringkat seterusnya kerana setiap topik mempunyai hubungan dan perkaitan antaa satu sama lain. “AEQ Board” mengandungi pengetahuan dan kemahiran yang disesuaikan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 1 iaitu 5.2 Menambah Dan Menolak Dua Atau Lebih Ungkapan Algebra. Inovasi ini diberikan nama “AEQ Board” singkatan bagi Algebraic Eqation Board. Penghasilan inovasi ini juga bertujuan membantu guru merancang pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih menarik dan berkonsepkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Penggunaan cara tradisional semasa PdPc tidak dapat menyampaikan pemahaman yang betul tentang konsep yang dibelajar terutamanya murid yang lemah. Hal ini kerana kebanyakan murid-murid pada masa kini lebih suka menggunakan aktiviti yang melibatkan VAKS. Kaedah yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid dan menarik minat murid Penghasilan inovasi ini tercetus apabila rugutan guru tentang isu ketidakfahaman konsep Ungkapan Algebra tidak kira Tingkatan 1 mahupn Tingkatan 5. Penghasilan “AEQ Board” turut mengambil kira kos kewangan dan masa serta potensi untuk disebarluas kepada pihak-pihak berkenaan.


2 3. OBJEKTIF INOVASI Objektif penghasilan inovasi adalah seperti berikut: 3.1 Guru dapat meningkatkan dan menambahbaik kaedah atau teknik pengajaran Ungkapan Algebra 3.2 Guru dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Ungkapan Algebra 3.3 Guru dapat menarik minat murid dalam mempelajari topik Ungkapan Algebra. 3.4 Murid dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan Ungkapan Algebra. Penghasilan ini disasarkan kepada: 4.1 Murid Tingkatan 1 dan 4 4.2 Guru Mata Pelajaran Matematik 4. LATAR BELAKANG INOVASI Sepanjang menjadi guru mata pelajaran Matematik, saya mendapati murid mempunyai masalah memahami konsep asas yang menyukarkan mereka menguasai kemahiran lain dalam topik yang sama. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan aras tinggi berkaitan sesuatu topik. Selain itu, murid dilihat tidak berminat dengan subjek Matematik yang sering dianggap sebagai subjek yang sukar tambahan lagi yang berkaitan dengan Algebra. Murid tidak minat dari Tingkatan 1 dan tidak dapat menjawab soalan SPM kerana hampir 90% soalan adalah menggunakan konsep Ungkapan Algebra. Keadaan ini dapat dilihat semasa murid menjawab soalan ujian. Didapati kebanyakkan murid yang lemah tidak menjawab soalan yang berkaitan walaupun ianya soalan aras rendah. Soalan berkaitan Ungkapan Algebra ini kerap kali disoal dalam Kertas 1 dan Kertas 2 sebagai asas untuk menjawab soalan berbentuk situasi dan penyelesaian masalah. Kegagalan murid untuk menguasai Ungkapan Algebra menyebabkan mereka tidak dapat menjawab banyak soalan Matematik dalam kertas 2 SPM. Daripada penilaian, kebanyakkan murid yang lemah tidak memahami konsep Ungkapan Algebra. Murid gagal dalam membezakan operasi darab bahagi atau tambah tolak Ungkapan Algebra Berdasarkan beberapa faktor di atas, sebuah inovasi perlu dihasilkan untuk membantu murid-murid lemah ini supaya mereka dapat menjawab soalan ujian dengan baik. Inovasi yang dihasilkan berfokus kepada PdPc secara ABM Matematik. Inovasi yang dihasilkan dinamakan sebagai “AEQ Board” dengan murid boleh memahami konsep Ungkapan Algebra secara fizikal. Inovasi ini dipecahkan kepada dua fasa. Fasa pertama merupakan merancang dan melaksana. Fasa kedua pula merupakan menganalisis data dan pelaporan. 6 proses digunakan iaitu mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, merancang inovasi, melaksanakan inovasi, dapatan inovasi dan menilai semula serta laporan.


3 5. ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI 6.1 Murid menunjukkan minat dalam Ungkapan Algebra setelah menggunakan AEQ Board 6.2 Murid dapat menyelesaikan masalah Ungkapan Algebra dengan mudah 6.3 Guru dapat meningkatkan kefahaman murid dalam Ungkapan Algebra 6. HURAIAN INOVASI A. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi Penghasilan inovasi ini adalah melalui penggunaan ABM. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan AEQ Board adalah seperti berikut : i. Mounting board ii. Botol air mineral iii. Ribben iv. Sticker bulat v. Hot Glue vi. Laminate film vii. Marker B. Cara inovasi digunakan Penghasilan inovasi ini melalui penghasilan ABM yang menarik dalam PdPc. Merangka tapak inovasi menggunakan kertas biasa


4 AEQ Board yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula Cara-cara penggunakan AEQ Board Soalan : Selesaikan 9x + 6y + 7 + 3x – 2y – 4x – 5 Langkah 1 : Susun semua pekali x dalam ruangan yang sama. Langkah 2 : Susun semua pekali y dalam ruangan yang sama.


5 Langkah 3 : Susun semua nombor yang tiada pembolehubah dalam ruangan yang sama. Langkah 4 : Nombor ditambah / ditolak dan pembolehubah dikekalkan. Murid 4A menggunakan AEQ Board dalam PdPc


6 Penyebarluas penggunaan AEQ Board dengan guru Matematik lain Penggunaan AEQ Board dalam kelas Matematik Tingkatan Lain Video penggunaan kaedah “AEQ Board” boleh diakses dan ditonton pada pautan berikut: C. Kos bagi menghasilkan inovasi Kos bagi penghasilan inovasi ini adalah seperti berikut: Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit (RM) Kos (RM) 1 Mounting board 1 3.00 3.00 2 Botol air mineral 50 - - 3 Ribben 1 0.50 0.50 4 Sticker bulat 1 2.50 2.50 5 Hot Glue 4 4.00 4.00 6 Laminate film 1 1.00 1.00 7 Marker 1 2.50 2.50 Jumlah 13.50


7 D. Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran Data telah dikumpul sebelum dan selepas penggunaan ABM kaedah “AEQ Board” untuk melihat keberkesanannya dalam PdPc dan membuat kesimpulan. Berikut adalah perbandingan dalam jumlah murid yang dapat menyelesaikan soalan Ungkapan Algebra. E. Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain Inovasi ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain dengan melihat dan menilai aspek-aspek berikut: Aspek Kos Bagi menghasilkan inovasi ini, saya hanya memerlukan kos sebanyak RM13.50 untuk membeli bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan “AEQ Board”. Selain itu, inovas ini juga merupakan satu inovasi Go Green dengan menggunakan kaedah kitar semula botol-botol mineral yang dibuang setiap hari. Aspek Masa Penggunaan kaedah “AEQ Board” ini sangat ringkas dan tidak memakan masa yang lama untuk menerangkan serta membuat penekanan mengenai Ungkapan Algebra. “AEQ Board” ini sangat sesuai dengan minat murid pada masa kini dengan penggunaan ABM yang menarik. Aspek Kepuasan Murid Setelah penggunaan inovasi “AEQ Board”, murid menunjukkan minat dalam mempelajari Ungkapan Algebra. Mereka berusaha untuk menjawab soalan yang berkaitan topik ini khasnya yang melibatkan penambahan dan penolakan Ungkapan Algebra.


8 Aspek Peningkatan Penguasaan Murid Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, saya dapati bahawa tahap penguasaan murid telah meningkat setelah menggunakan kaedah “AEQ Board”. Maka, telah terbukti bahawa penggunaan kaedah “AEQ Board” telah memudahkan PdPc konsep asas Ungkapan Algebra terutamanya bagi kumpulan murid yang lemah. Pada peringkat pasca penggunaan kaedah “AEQ Board” telah memperlihatkan murid bersetuju bahawa sesi PdPc secara aktiviti Hand On adalah jauh lebih mudah difahami dan sangat menarik serta menyeronokkan. F. Keterangan lain yang berkaitan Penggunaan ABM kaedah “AEQ Board” ini berjaya meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid dalam Ungkapan Algebra serta membantu mereka menjawab soalan-soalan yang berkaitan sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Secara kesimpulan, inovasi yang telah dihasilkan ini telah banyak membantu guru Matematik khasnya guru yang mengajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dalam menyampaikan konsep Ungkapan Algebra dengan kaedah yang berbeza. Sungguhpun keberkesanan kaedah ini tidak merangkumi semua murid namun ianya telah memberikan impak yang positif terhadap murid yang terlibat.


Click to View FlipBook Version