The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI MATEMATIK GAMBARAJAH POKOK (KEBARANGKALIAN)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chow6142003, 2023-05-28 03:15:09

KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI MATEMATIK (KEBARANGKALIAN)

KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI MATEMATIK GAMBARAJAH POKOK (KEBARANGKALIAN)

0


1 ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Halaman 1. Penghargaan 2 2. Tajuk dan Abstrak 3 3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 4 4. Isu Keperihatinan / Fokus Kajian 5 5. Objektif Kajian, Soalan Kajian dan Kumpulan Sasaran 6 6. Merancang Tindakan 8 7. Dapatan Kajian 16 8. Cadangan Kajian Seterusnya 18 9. Kesimpulan 19 10. Kos 20 11. Senarai Rujukan 21 12. Lampiran 22


2 PENGHARGAAN Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasil kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa waktu PdPc. Pendidikan merupakan agenda yang penting untuk Negara. Khususnya dalam usaha menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah semasa waktu PdPc dengan mengadakan kajian tindakan. Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek. Tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani ke arah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah ke arah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini hala tuju pendidikan ke arah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan dengan mencapai PdPc abad ke-21.


3 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GAMBAR RAJAH POKOK (KEBARANGKALIAN) DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KAD UNO Suatu Kajian Tindakan Nama pengkaji: Cik Chow Mei Ling Nama Sekolah: SMK Medamit Limbang, Limbang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman pelajar Tingkatan 4 terhadap penyelesaian masalah membentuk gambar rahaj pokok dalam tajuk kebarangkalian untuk subjek Matematik. Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 4, SMK Medamit, Limbang dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan harian dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan gambar rajah pokok dalam mata pelajaran Matematik. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik menyelesaikan masalah melukis gambar rajah pokok dengan menggunakan kaedah kad UNO. Pelajar telah didedahkan kepada kaedah kad UNO selama 180 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu.


4 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sepanjang menjadi guru mata pelajaran Matematik, saya mendapati masalah utama pelajar tidak menyelesaikan soalan kebarangkalian adalah mereka tidak dapat melukis gambar rajah pokok dengan betul. Selain itu, pelajar juga keliru dengan cara menulis kebarangkalian yang betul untuk peristiwa tanpa pengembalian. Pelbagai teknik iaitu kaedah hafalan, lihat dan tulis telah diperkenalkan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi pelajar masih tidak dapat memperolehi markah untuk soalan tersebut. Berdasarkan beberapa faktor di atas, suatu Kajian Tindakan perlu dilaksanakan untuk membantu pelajar menjawab soalan kebarangkalian dengan betul dalam peperiksaan SPM. Kajian Tindakan yang dilaksanakan adalah kaedah melukis gambar rajah pokok dengan menggunakan kaedah kad UNO.


5 2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN I. Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan. II. Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul. III. Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan kebarangkalian Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara melukis gambar rajah pokok dan menggalakkan pelajar menjawab soalan kebarangkalian agar sentiasa berkeyakinan tinggi dan seterusnya mendapat markah penuh untuk soalan tersebut.


6 3.0 OBJEKTIF KAJIAN, SOALAN KAJIAN DAN KUMPULAN SASARAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk membantu pelajar untuk menjawab soalan kebarangkalian dengan betul. Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar berkaitan dengan konsep kebarangkalian serta akan membantu pelajar dalam menjawab soalan kebarangkalian. Ini secara tidak langsung akan membantu pelajar menguasai cara penyelesaian soalan kebarangkalian untuk mata pelajaran Matematik. 3.2 Objektif Khusus Kajian ini spesifiknya untuk : 1. Mengkaji kesan penggunaan kaedah kad UNO dalam menyelesaikan semua jenis soalan yang berkaitan dengan gambar rajah pokok. 2. Memudahkan pelajar untuk menulis jawapan yang betul berkaitan gambar rajah pokok. 3. Mempermudahkan pengajaran kebarangkalian bagi guru. 4. Meningkatkan minat pelajar untuk menyelesaikan soalan kebarangkalian 3.3 Soalan Kajian Solan kajian ini adalah berdasarkan objektif khusus kajian. 1. Adakah penggunaan kaedah kad UNO dalam menyelesaikan semua jenis soalan yang berkaitan dengan gambar rajah pokok ? 2. Adakah pelajar dapat memudahkan pelajar untuk menulis jawapan yang betul berkaitan gambar rajah pokok ? 3. Adakah pengajaran kebarangkalian guru dapat dipermudahkan? 4. Adakah kaedah kad warna dapat meningkatkan minat pelajar untuk menyelesaikan soalan kebarangkalian?


7 3.4 Kumpulan Sasaran Kajian tindakan ini berfokus kepada seorang guru Matematik yang mengajar Tingkatan 4 serta 35 orang pelajar Tingkatan 4. Kajian tindakan yang dijalankan bertujuan untuk untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang sukar untuk menyelesaikan soalan kebarangkalian dengan betul. Rasional pelajar Tingkatan 4 dipilih adalah kerana mereka bakal menghadapi SPM pada tahun depan dan soalan kebarangkalian adalah soalan wajib dalam kertas 2 Matematik setiap tahun. Keberkesanan kaedah kad UNO dapat dibuktikan dengan cara penulisan jawapan pelajar yang betul setelah guru menggunakan kaedah pengajaran tersebut.


8 4.0 MERANCANG TINDAKAN Kajian tindakan ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Medamit, Limbang, Sarawak selama satu bulan berdasarkan model kajian tindakan Stringer (2004) seperti berikut :


9 4.1 Mereka Bentuk Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa pelajar tidak dapat menyelesaikan kebarangkalian dengan tepat kerana pelajar gagal melukis gambar rajah pokok dengan betul. Maka satu kaedah untuk membantu pelajar menjawab soalan pembesaran telah direka bentuk iaitu dengan menggunakan kaedah kaedah kad UNO. Kaedah kad UNO adalah untuk memudahakan pelajar melukis gambar rajah pokok dengan senang dan betul 4.2 Mengumpul Data Dalam kajian ini, instrumen kajian pertama yang telah saya gunakan ialah pemerhatian terhadap PdPc secara melukis gambar rajah pokok dalam kelas 4AB & 4CD. Instrumen kajian kedua yang saya gunakan dalam kajian tindakan ini adalah ujian pra dan ujian pasca. Saya telah mengemukakan 2 soalan bagi ujian pra dan 2 soalan bagi ujian pasca. Soalan yang diberikan adalah serupa dengan menggunakan konsep yang sama.. ( Rujuk bahagian Lampiran 1 & 2 ) Masa ujian pra dan ujian pasca adalah 20 minit dan pelajar diberitahu sehari sebelum ujian tersebut. Pelajar mengambil ujian pra dan pasca dalam kelas semasa waktu PdPc. Punca masalah dan cara penyelesaian kebarangkalian dikenal pasti dengan memberi ujian pra kepada semua pelajar Tingkatan 4AB & 4CD.


10 4.3 Menganalisis Data Kesalahan pelajar dalam ujian pra ditelitikan dan analisis dibuat secara individu. Markah ujian pra pelajar direkod. Hasil daripada ujian Pra tersebut di dapati bahawa pelajar tidak boleh menjawab soalan dengan betul dan tepat. Analisis yang diperolehi adalah seperti ditunjukkan dalam jadual berikut: BIL NAMA KELAS S1 (2m) S2 (2m) Jum (4m) 1 AARON CHESTER ANAK SAYO 4B 0 0 0 2 CASPHER JACK ANAK ROGIN 4A 0 2 2 3 FELLYCIA UNSI ANAK JUNETTA 4B 0 2 2 4 GERARD MULI ANAK MANGOH 4A 0 0 0 5 GILVANTER RENANG ANAK HENRY 4B 2 0 2 6 GRACIA ALLYSA ANAK REZETTA 4B 0 2 2 7 JASON ANAK JACK 4B 0 0 0 8 JUSTICE ANAK JOSEPH 4B 2 2 4 9 MELVIN JAROP ANAK PARAN 4A 0 0 0 10 MIKEKELERAN ANAK TERRY 4B 0 0 0 11 PRISCILLIA KEMBANG ANAK SANDAU 4B 0 2 2 12 ROJESH MUAN ANAK MOSES 4A 2 0 2 13 RONALD SMITH ANAK GEORGE 4B 2 2 2 14 VALENTINO ROSSI NGUMBANG ANAK SEMELLY 4A 2 2 4 15 ADRIAN THOMPSON ANAK ACHONG 4C 0 0 0 16 ADRIANA THALIA ANAK MUNAN 4C 0 0 0 17 ALICIA NATASHA BINTI MOHD HAIKAL DANIAL 4C 0 0 0 18 ALVIN AQASHA ANAK OLIVER 4C 0 0 0 19 AMANDA SUZIE GADUNG BANYAMIN 4D 2 2 4 20 ANGIELYCCA ANAK DISON 4D 2 2 4 21 ANJELINE JOHNGLYN @ JOHNGLYA 4C 0 0 0 22 DIANA JATI ANAK BABU 4C 0 0 0 23 ELLEZBETH ANAK NGALAI 4D 0 0 0 24 EMISYADILLA KIAH ANAK ALI 4C 0 0 0 25 ERIKSON JULLY 4C 0 0 0 26 GALVIN NYAMBAR ANAK UDIN 4D 0 2 2 27 GENIEVE ELFIE ANAK RIANO 4C 0 0 0 28 JESSIEYLIA ANAK KITIR 4D 0 0 0 29 KRISSFERRO PITTERSENN ANAK KOPAI 4C 0 0 0 30 LENORD LINGAN ANAK JOHN 4C 2 0 2 31 MCGLENN MICHEAL 4C 0 0 0 32 VIVIANIE PANIAS 4D 2 0 2 33 STANLEY KEAI ANAK USAH 4C 0 0 0 34 FEBIAN ANAK NERON 4D 0 0 0 35 ROZZA 4C 0 0 0 Markah 0 1 – 2 3-4 Bilangan Pelajar 21 10 4


11 4.4 Menyampai Hasil Dalam kajian ini, tindakan dilaksanakan selama empat minggu iaitu dari 1 Oktober 2020 hingga 29 Oktober 2020. Tindakan yang dilaksanakan adalah mengikut strategi yang digariskan dalam pelan tindakan. Bil Perkara / Minggu 1 2 3 4 1 Melaksanakan Ujian Pra 2 Pelaksanaan Kaedah Kad Warna 3 Melaksanakan Ujian Pasca Cara penggunaan kaedah Kad UNO untuk melukis gambar rajah pokok. Soalan (Dua kad dipilih Tanpa Pengembalian) Warna Kad (Pilihan pertana) Warna Kad (Pilihan kedua) 3 Kad Merah 2 Kad Biru Merah Merah 3 5 2 4 3 5 M B 2 4 M B M B


12 Gambar – gambar berikut merupakan aktiviti yang dijalankan. Ujian Pra Pelajar mengambil pra ujian dalam kelas Penggunaan Kaedah kad Warna


13 Pelajar menerangkan penggunaan kaedah kad warna dengan kawan-kawan Pelajar menggunakan kaedah kad warna untuk melukis gambar rajah pokok


14 Hasil pembentangan pelajar Ujian Pasca Pelajar mengambil pasca ujian dalam kelas


15 4.5 Mengambil Tindakan Data yang dikumpul semasa pelaksanaan tindakan akan dianalisis untuk mengusulkan kesimpulan yang relevan. Hasil daripada kajian, keputusan pelajar dalam ujian pasca adalah seperti berikut: BIL NAMA KELAS S1 (2m) S2 (2m) Jum (4m) 1 AARON CHESTER ANAK SAYO 4B 1 2 3 2 CASPHER JACK ANAK ROGIN 4A 1 2 3 3 FELLYCIA UNSI ANAK JUNETTA 4B 1 2 3 4 GERARD MULI ANAK MANGOH 4A 0 2 2 5 GILVANTER RENANG ANAK HENRY 4B 1 2 3 6 GRACIA ALLYSA ANAK REZETTA 4B 1 2 3 7 JASON ANAK JACK 4B 0 2 2 8 JUSTICE ANAK JOSEPH 4B 1 2 3 9 MELVIN JAROP ANAK PARAN 4A 0 2 2 10 MIKEKELERAN ANAK TERRY 4B 1 2 3 11 PRISCILLIA KEMBANG ANAK SANDAU 4B 0 2 2 12 ROJESH MUAN ANAK MOSES 4A 1 2 3 13 RONALD SMITH ANAK GEORGE 4B 1 2 3 14 VALENTINO ROSSI NGUMBANG ANAK SEMELLY 4A 1 2 3 15 ADRIAN THOMPSON ANAK ACHONG 4C 1 2 3 16 ADRIANA THALIA ANAK MUNAN 4C 0 0 0 17 ALICIA NATASHA BINTI MOHD HAIKAL DANIAL 4C 2 1 3 18 ALVIN AQASHA ANAK OLIVER 4C 0 0 0 19 AMANDA SUZIE GADUNG BANYAMIN 4D 0 1 1 20 ANGIELYCCA ANAK DISON 4D 1 1 2 21 ANJELINE JOHNGLYN @ JOHNGLYA 4C 0 2 2 22 DIANA JATI ANAK BABU 4C 2 2 4 23 ELLEZBETH ANAK NGALAI 4D 2 2 4 24 EMISYADILLA KIAH ANAK ALI 4C 2 2 4 25 ERIKSON JULLY 4C 2 2 4 26 GALVIN NYAMBAR ANAK UDIN 4D 0 0 0 27 GENIEVE ELFIE ANAK RIANO 4C 2 2 4 28 JESSIEYLIA ANAK KITIR 4D 2 2 4 29 KRISSFERRO PITTERSENN ANAK KOPAI 4C 1 0 1 30 LENORD LINGAN ANAK JOHN 4C 1 2 3 31 MCGLENN MICHEAL 4C 2 2 4 32 VIVIANIE PANIAS 4D 2 2 4 33 STANLEY KEAI ANAK USAH 4C 0 0 0 34 FEBIAN ANAK NERON 4D 0 0 0 35 ROZZA 4C 1 0 1 Markah 0 1 – 2 3-4 Bilangan Pelajar 5 9 21


16 Perbandingan keputusan pra ujian dan pasca ujian adalah seperti berikut: MARKAH Ujian Pra ( Bilangan ) Ujian Pasca ( Bilangan ) 0 21 5 1-2 10 9 3-4 4 21 Kesimpulan yang diperoleh berdasarkan analisis data dalam proses pelaksanaan kajian tindakan akan dinilai semula untuk menentukan keberkesanan pelan tindakan yang telah dilaksanakan. Jika strategi yang digunakan kurang berkesan, strategi baru akan difikirkan untuk menambahbaik pendekatan tersebut. Selepas kaedah ini diperkenalkan dalam kajian saya, didapati bahawa markah pelajar telah meningkat kecuali kecuaian pelajar. Maka, telah terbukti bahawa penggunaan kaedah kad UNO telah memudahkan pengajaran dan pembelajaran gambara rajah pokok.


17 5.0 DAPATAN KAJIAN Jadual 1 : Tahap Keberkesanan Pembelajaran Gambar Rajah Pokok secara Sebelum Penggunaan Kaedah Kad UNO diperkenalkan. Kategori Pengajaran dan pembelajaran berkesan Pengajaran dan Pembelajaran kurang berkesan Pelajar 14 21 Jadual 1 Pemerhatian yang dibuat terhadap keberkesanan pembelajaran gambar rajah pokok sebelum kaedah kad UNO menunjukkan bahawa pelajar tahu menjawab soalan gambar rajah pokok dengan betul. Jadual 2 : Tahap Keberkesanan Pembelajaran Gambar Rajah Pokok secara Selepas Penggunaan Kaedah Kad UNO diperkenalkan. Kategori Pengajaran dan pembelajaran berkesan Pengajaran dan Pembelajaran kurang berkesan Pelajar 30 5 Jadual 2 Pemerhatian yang dibuat terhadap keberkesanan pembelajaran gambar rajah pokok selepas kaedah kad UNO menunjukkan bahawa pelajar tahu menjawab soalan gambar rajah pokok dengan betul.


18 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan kajian ini, fokus utama adalah untuk membantu pelajar memperolehi markah penuh untuk kebarangkalian dan ini turut membantu meningkatkan markah bagi mata pelajaran Matematik. Secara keseluruhannya, didapati bahawa penggunaan kaedah kad UNO dapat membantu pelajar dalam penyelesaian soalan kebarangkalian. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan semasa semester pertama Tingkatan 4 untuk menyelesaikan soalan kebarangkalian dan kajian ini perlu diperbaiki supaya dapat menyelesaikan soalan kebarangkalian secara menyeluruh.


19 7.0 KESIMPULAN Penyelesaian soalan berkaitan dengan topik kebarangkalian adalah keliru jika tiada usaha untuk menyelesaikannya. Berdasarkan analisis yang dibuat dan didapati bahawa penggunaan kaedah kad UNO merupakan suatu cara penyelesaian yang konstruktif. Kaedah kad UNO ini dapat dibuat dengan cara yang sangat mudah serta menjimatkan masa dan kos. Dalam kajian ini, pengimplementasian amalan penggunaan kaedah kad UNO dijadikan indikator penilaian untuk mengukur tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran gambar rajah pokok. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah kad UNO telah berjaya memberi kesan positif kepada pengajaran dan pembelajaran sub topik kebarangkalian iaitu gambar rajah pokok. Hal ini terbukti apabila semua pelajar Tingkatan 4AB & 4CD telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca walaupun ramai yang masih cuai dalam pengiraan.


20 8.0 KOS Kos keseluruhan kajian Bil Jenis Barang Harga seunit ( RM ) Kuantiti Jumlah Harga ( RM ) 1 Kad warna 8.00 1 8.00 2 Ink printer 10.00 1 10.00 3 Kertas Mahjong 1.00 10 10.00 4 Soalan Ujian Pra dan ujian Pasca 0.40 35 14.00 Jumlah harga keseluruhan RM 42.00


21 9.0 RUJUKAN Dorothy Anak Denis Gasan. 2011. Pembelajaran dan pengajaran topik penjelmaan melalui “L Shape”, SMK Bakun. Pegawai SI Partner + Negeri Sembilan. 2015. Panduan penulisan laporan kajian tindakan. Diambil pada September 5, 2015, dari http://documents.tips/documents/penulisan-laporan-kajian-tindakan.html Faizal Sulaiman. ( n.d ). Contoh proposal kajian tindakan. Diambil pada Ogos 23, 2015, dari http://www.academia.edu/5540749/Contoh_proposal_kajian_tindakan Tengku Zaini Binti Tengku Ismail ( n.d ). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Diambil pada Jun 20, 2018, dari https://www.slideshare.net/norzilaniza/proposalkajian-tindakan-9720868


22 LAMPIRAN Lampiran 1 Ujian Pra Sub Tajuk : Peristiwa Bersandar Gambar rajah pokok 1) Terdapat 2 keping kad berwarna kuning, 5 keping kad berwarna merah, 3 keping kad berwarna biru dalam satu kotak. Tiga keping kad dipilih satu demi satu tanpa dikembalikan. Lukis gambar rajah pokok untuk mewakili kesudahan yang mungkin. 2) Terdapat 3 keping kad bernombor 4, 2 keping kad bernombor 5, 3 keping kad bernombor 9 dalam satu sampul. Tiga keping kad dipilih satu demi satu tanpa dikembalikan. Lukis gambar rajah pokok untuk mewakili kesudahan yang mungkin.


23 Lampiran 2 Ujian Pasca Sub Tajuk : Peristiwa Bersandar Gambar rajah pokok 1) Terdapat 3 keping kad berwarna kuning, 6 keping kad berwarna merah, 1 keping kad berwarna biru dalam satu kotak. Dua keping kad dipilih satu demi satu tanpa dikembalikan. Lukis gambar rajah pokok untuk mewakili kesudahan yang mungkin. Cari kebarangkalian mendapat kad yang warna berlainan. 2) Terdapat 4 keping kad berhuruf A, 1 keping kad berhuruf X dan 3 keping kad berhuruf W dalam satu kotak. Dua keping kad dipilih satu demi satu tanpa dikembalikan. Lukis gambar rajah pokok untuk mewakili kesudahan yang mungkin. Cari kebarangkalian mendapat huruf yang sama.


Click to View FlipBook Version