BUKU SKRAP
DIGITAL
DATO’ ONN
JAAFAR
MAKLUMAT PESERTA
NAMA : NOOR AISYAH BINTI NORRODIN
KELAS : 4 ARIF
ALAMAT E-MAIL : [email protected]
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
LABIS
ALAMAT SEKOLAH : JALAN MUAR , 85300 LABIS , JOHOR
ISI KANDUNGAN : Muka Surat
1
Perkara 2
1.0 Pendahuluan 3-4
2.0 Biodata Dato‟ Onn Jaafar
o 2.1 Galeri Gambar Dato‟ Onn Jaafar 5
3.0 Pendidikan Dato‟ Onn Jaafar
o 3.1 Galeri Gambar Dato‟ Onn Jaafar 6-7
4.0 Kerjaya Dato‟ Onn Jaafar 8
5.0 Sumbangan Dato‟ Onn Jaafar 9
6.0 Nilai-nilai Kepimpinan Dato‟ Onn Jaafar 10
7.0 Penutup 11
Rujukan
1.0 PENDAHULUAN
Allahyarham Dato‟ Onn Jaafar merupakan seorang Yang Dipertua Pertama UMNO yang
telah dimartabatkan sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan.
Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah
mengambil kira sumbangannya untuk menyatupadukan penduduk di negara ini. Sebagai
contoh, memulakan langkah yang efektif untuk menentang Malayan Union.
Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato‟ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju
bangsa Melayu pada zaman sebelum kemerdekaan perlu dikenang oleh semua lapisan
masyarakat. Rakyat Malaysia perlulah mengambil iktibar daripada perjuangan dan
sumbangan Allahyarham supaya boleh dijadikan sebagai pembakar semangat bangsa Melayu
seterusnya dihormati di mata dunia sebagai bangsa yang berani,setia dan bersemangat waja
dalam menuntut hak kerajaan sendiri.
“Cogan Kata”Hidup Melayu” yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini,orang
Melayu akan memelihara semangat, maruah dan kesopanan bangsa, kita berkehendakkan
tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang menyebabkan
kebinasaan dan terhapusnya bangsa”.Petikan daripada ucapan Dato‟ Onn Jaafar , Utusan
Melayu, 25 Mac 1946.
DATO’ ONN JAAFAR
Dato‟ Sir Onn Bin Dato‟ Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor
pada 1 Jun 1947.Namun,beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18
Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
2.0 BIODATA DATO’ ONN JAAFAR
Dato‟ Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru.
Bapanya ialah Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad, iaitu Menteri Besar Johor yang pertama
dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, sementara ibunya bernama Hanim Rogayah
berasal dari Scarcia,Turki. Dato‟ Onn Jaafar berketurunan Bendahara Paduka Raja dan
Bendahara Kerajaan Melaka. Oleh itu,beliau mendapat keistimewaan sebagai kerabat diraja.
Beliau juga merupakan seorang kerabat diraja Johor.Tambahan pula, beliau dipelihara oleh
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sebagai anak angkatnya dan bergaul dengan kerabat
raja Johor sejak kecil. Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang berpengaruh di Johor
pada lewat abad ke-19 sehingga kini. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan
perempuan yang seibu sebapa,sebapa dan seibu sahaja.
LATAR HIDUP BERUMAHTANGGA
Dato‟ Onn Jaafar mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei
1921. Perkahwinan ini ialah kali ketiga bagi Dato‟ Onn Jaafar dan kali kedua bagi Datin
Halimah. Mereka hidup teman-meneman selama 41 tahun sehingga akhir hayatnya. Dato‟
Onn Jaafar berkahwin kali pertama dengan Rafi‟ah, salah seorang anak angkat kepada
Dato‟Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini maka lahirlah tiga orang anak perempuan. Mereka
bernama Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafi‟ah meninggal dunia semasa anak bongsu
mereka,Salehah berumur 10 hari.Daripada isteri yang kedua,Dato‟ Onn Jaafar mendapat
seorang anak perempuan lagi,tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau
bercerai hidup dengan isteri kedua ini. Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila
Dato‟ Onn Jaafar mengahwininya pada 1921.Suami Datin Halimah yang pertama ialah
Muhammad, salah seorangg saudara tua Dato‟Onn. Setelah isteri
pertamanya,Rafi‟ah,meninggal dunia dengan meninggalkann tiga orang anak yang masih
mecilk,Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato‟Onn tanpa membeza-
bezakan dengan anak kandungnya sendiri,iaitu Abid dan Abidin. Anak Dato‟ Onn bersama
denagn Datin halimah ialah Hussein, Ja‟afar,Gharieb,Nel,Nurziah dan Tahir.Dato‟ Onn
sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan rumah
tangga. Beliau sentiasa bersikap penyayang dan lemah lembut terhadap isteri dan anak-anak.
Sebagai seorang bapa, beliau telah berjaya menanam semangat kekeluargaan,persahabatan
dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya,sama ada lelaki mahupun perempuan. Beliau
sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya. Dato‟ Onn
Jaafar yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara ibubapa itu
sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan.
2.1 GALERI GAMBAR DATO’ ONRGAN DAN KELUARGA
Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad (ayahanda Dato’Onn),
Menteri Besar Johor Yang Pertama
Hanim Rogayah (ibunda Dato’Onn)
Doto’Onn Jaafar semasa beliau masih kecil
Dato’ Onn bersama isterinya Datin Halimah Hussein
3.0 PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR
Dato‟ Onn Jaafar mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru sebelum
melanjutkan pelajarannya di England. Beliau turut belajar Bahasa Inggeris dengan wanita
Inggeris yang menjaga beliau bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim, iaitu Tunku
Mahkota Ismail,Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, beliau telah
melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Beliau kesana
sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.Oleh itu. Sultan Ibrahim telah membiayai
pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar terbaik dalam Bahasa Inggeris dan
Perancis. Dato‟Onn jaafar meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air di
Maktab Melayu Kuala kangsar untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu.
3.1 GALERI PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR
MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR
ALDERBURGH LODGE SCHOOL
4.0 KERJAYA DATO’ ONN JAAFAR
KERJAYA AWAL
1) Bertugas sebagai wartawan
Pada tahun 1930,beliau bekerja sebagai wartawan di mana pada ketika itu berumur 35
tahun dan pada tahun 1934 beliau menjadi pengarah Lembaga Malaya dan Harian
Lembaga. Rencana tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan
mendesak agar perubahan dilakukan. Dato‟ Onn Jaafar mendapati bahawa orang-
orang cina tidak segan melakukan berkebun sayur,membuka kedai jahit dan lain-lain
pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu.Beliau juga telah dilantik menjadi
pengarang Warta Malaya pada 1 Januari 1930 hingga penghujung1933.
2) Bertugas Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat
Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat pada era pentadbiran penjajah
British,tetapi kemudiannya berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.Dato‟Onn
Jaafar menggantikan tempat Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman,iaitu
pegawai daerah yang telah dibunuh secara kejam oleh gerila-gerila „Bintang Tiga‟ di
Benut pada 10 Jun 1945. Selepas Jepun menyerah kala, kebanyakan orang Melayu
yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung ditangkap,hilang dan dibunuh oleh
MPAJA antara bulan Mac hingga April 1945.
KERJAYA POLITIK
1) Pengasas UMNO
Pada 1 hingga 4 Mac 1946,terdapat 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di
Kelab Sultan Sulaiman,Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama
yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang dilihat sebagai ancaman
terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil
mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Malayu telah ditubuhkan ketika
Kongres ketiga diadakaan di Johor Bahru iaitu pada 1 Mei 1946. Kongres itu melantik
beliau sebagai presiden yang pertama kerana beliau sangat aktif dalam gerakan
nasionalisme Melayu.
Pada 1 Jun 1947,beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun selepas itu,
beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.UMNO
berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu ketika dibawah kepimpinannya.
Persekutuan Tanah Melayu 19448 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan seterusnya memberi hak istimewa Melayu.
Namun,beliau kemudiannya berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai
dasar-dasar perkauman UMNO serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka
kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum.Seterusnya,nama
UMNO ditukarkan menjadi “Pertubuhan Kebangsaaan Penduduk Tanah Melayu
Bersatu”.Oleh sebab cadangan beliau ditentang, beliau kemudiannya meletakkan
jawatan sebagai presiden UMNO ketika persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam yang diadakan pada 25 hinggan 26 Ogos 1951.
2) Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos
1951. Namun,nasibnya bertukar malang apabila parti yang ditubuhkan tidak mendapat
sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954,beliau meninggalkan parti itu
untuk menubuhkan parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum
yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara
menyekatkan keahlian bukan orang Melayu untuk memperoleh sokongan daripada
orang-orang Melayu. Walau bagaimanapun,partinya masih gagal mendapat sokongan
dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Namun begitu,Dato‟
Onn Jaafar masih lagi tidak berputus asa dan berusaha keras untuk mendapatkan
tempat dalam politik. Akhirnya beliau mendapat satu kerusi di kawasan parlimen
Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti
PAS.
5.0 SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR
5.1 Membela Nasib Orang Melayu
Semasa Dato‟ Onn Jaafar menjadi presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib
masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain. Beliau menubuhkan Lembaga
Perusahaan dan Kemajuan Kampung(RIDA) yang lebih dikenali sebagai Majlis Amanah
Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh
beliau sendiri. RIDA ditubuhkan untuk menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang
ekonomi. RIDA memberi bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampung
supaya menghasilkan produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut
di pasaran domestik sehingga mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil
alih perniagaan tersebut.RIDA juga memastikan masyarakat Melayu dapat pendidikan
sempurna supaya dapat mengubah nasib dan masa hadapan mereka.
5.2 Bantahan Terhadap Penubuhan Malayan Union
Dato‟ Onn Jaafar telah membakar semangat orang Melayu dengan menyeru orang
Melayu menentang Malayan Union. Beliau menulis pelbagai rencana untuk menyedarkan
rakyat bahawa misi sebenar Malaya Union tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak
Brirish. Beliau menggunakan akhbar sebagai wadah menyampaikan maklumat berkenaan
tentang tujuan penubuhan Malaya Union serta menggesa orang Melayu menentang Malaya
Union secara terbuka.
Tambahan pula, Dato‟ Onn Jaafar telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik
yang menyatukan parti-parti politik di seluruh Tanah Melayu. Maka tertubuhlah sebuah parti
politik yang berdiri atas nama UMNO. Tujuan utama ialah mahu menentang penubuhan
Malayan Union. UMNO berjaya menyatupadukan orang Melayu di seluruh Semenanjung
Tanah Melayu. Ianya bertujuan untuk mewujudkan sebuah organisasi nasional yang boleh
menjaga kepentingan politik di Tanah Melayu. UMNO juga telah membuka minda bangsa
Melayu akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan dan memajukan jati diri orang
Melayu.
Seterusnya, Dato‟ Onn Jaafar telah menjadi Kongres Melayu yang pertama. Kongres
Melayu pertama ini diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung
Baru,Kuala Lumpur. Kongres bersetuju untuk menubuhkan United Malays National
Organization (UMNO) atau juga dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Berkembar untuk menentang Malayan Union. Dato‟ Onn Jaafar yang menjadi ketua orang
Melayu telah mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cara Sir Harold Mac
Michael yang memperoleh tandatangan raja-raja Melayu dan membantah tindakan Malayan
Union yang ingin menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan kedudukan orang
Melayu. “Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikendaki” antara slogan yang
terdapat dalam penentangan Malayan Union. Orang Melayu juga menunjukkan bantahan
mereka terhadap Malayan Union.
6.0 NILAI-NILAI KEPIMPINAN DATO’ ONN JAAFAR
Kegigihan Dato‟ Onn Jaafar dalam usaha membebaskan negara daripada terus dijajah
oleh penjajah serta menyatupadukan rakyat telah menunjukkan bahawa beliau merupakan
seorang pemimpin yang berkredibiliti tinggi. Antara nilai-nilai yang boleh diterapkan oleh
generasi pada masa kini ialah bersatu padu. Sebagai contoh, Dato‟ Onn Jaafar melarang sama
sekali perbalahan antara rakyat. Hal ini demikian kerana nilai ini dapat mewujudkan
keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.Intihanya,terdapat banyak
nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi muda masa kini.
Selain itu, Dato‟ Onn Jaafar juga mengamalkan nilai bermuafakat bagi
menyatupadukan rakyat. Contohnya, Dato‟ Onn Jaafar mengaturkan pertemuan dengan
pelbagai pihak hanya untuk menuntut hak kemerdekaan. Sebagai seorang pemimpin yang
bijak, nilai muafakat perlulah sentiasa diamalkan supaya dapat membentuk sebuah negara
yang harmoni yang terdiri daripada pelbagai kaum. Perkara ini juga mampu untuk
memastikan perpaduan antara masyarakat sentiasa kukuh.
Tambahan pula, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi daripada Dato‟ Onn Jaafar
ialah nilai taat setia kepada kedua ibu bapa. Sebagai contoh, ikatan perkahwinan yang berlaku
antara Dato‟ Onn Jaafar Dan Cik Kah tidak bertahan lama kerana tidak mendapat restu
daripada keluarga. Jelaslah bahawa,seorang anak perlulah taat kepada ibu bapa kerana setiap
perkara yang dilakukan perlulah diiringi oleh restu ibu bapa untuk terus berjaya.
Akhir sekali, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi ialah nilai bertanggungjawab.
Untuk menjadi pemimpin yang hebat, nilai bertanggungjawab adalah tonggak utama untuk
membentuk negara yang maju dan harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya
nilai bertanggungjawab ini tiada dalam diri seseorang pemimpin, ianya akan mendatangkan
banyak masalah terutamanya kepada negara. Sebagai contoh, gagal melaksanakan tugas yang
sepatutnya dengan amanah dan jujur. Namun begitu, Dato‟ Onn Jaafar bertanggungjawab
terhadap keluarga dan negaranya. Beliau sanggup mengahwini balu adiknya dan turut
bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
7.0 PENUTUP
Jasa Dato‟ Onn Jaafar dalam memperjuangkan tanah air kita tidak akan dilupakan
sepanjang zaman. Laungan perjuangan “HIDUP MELAYU” yang dicetuskan oleh Dato‟
Onn Jaafar bukan sahaja slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan bangsa Melayu,membela
kedudukan raja-raja, agama, bahasa,kebudayaan, pendidikan,ekonomi dan hak-hak istimewa
orang Melayu. Walaupun dalam sejarah politiknya beliau keluar dari UMNO, tetapi beliau
pernah menubuhkan dua parti lain iaitu menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan.
Selain itu, Dato‟ Onn Jaafar telah menaja RIDA(sekarang lebih dikenali sebagai
MARA) untuk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup
semasa Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah. Walau bagaimanapun, beliau menyedari
kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi, tetapi beliau tetap yakin bahawa orang
Melayu boleh berjaya dan bangkit dari kegagalan dalam bidang ekonomi.Hal ini dikatakan
demikian kerana sektor ekonomi memainkan peranan penting bagi sesebuah negara yang
mencapai arus kemerdekaan.Tambahan pula, Dato‟ Onn Jaafar berjaya menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan Kebangsaan di negara kita.Perkara ini adalah sumbangan
yang paling besar dilakukan oleh beliau kepada negara.
Akhir sekali, kita dapat merumuskann bahawa banyak sumbangan Dato‟ Onn Jaafar
yang telah dilakukan kepada bangsa dan negara seperti membebaskan negara daripada kuasa
jajahan penjajah.Selain itu.beliau turut menyatupadukan rakyat dengan adanya bahasa
kebangsaan dan bangkit dalam ekonomi dengan memperkenalkan RIDA.Oleh itu,sebagai
generasi muda masa kini,kita hendaklah menghargai pengorbanan dan jasa yang telah
dilakukan oleh para pemimpin.Kita hendaklah menghargai jasa mereka dengan sentiasa
memupuk semangat patriotisme dan semangat cinta akan negara.
SUMBER RUJUKAN
INTERNET
https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
blogspot.com/2015/12/pengajianmalaysia-peranan-tokoh-isu
https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
ORANG SUMBER
Guru
Ibu bapa
Rakan-rakan