The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by simsw806, 2022-02-09 00:36:19

KUANTITI FIZIK

SUBTOPIK 1

1.1 Kuantiti Fizik

Pengukuran merupakan kaedah Ketinggian Gunung Kinabalu
untuk menentukan nilai kuantiti ialah 4 095 m.
fizik. Kuantiti fizik terdiri daripada Atlet paralimpik negara, Mohamad
kuantiti asas dan kuantiti terbitan. Ridzuan Puzi mencipta rekod dunia
dengan catatan masa 11.87 s dalam
Hasil pengukuran yang jitu acara pecut 100 m (kategori T36) di
membolehkan manusia membuat Sukan Para Asia 2018.
keputusan yang tepat. Kelajuan harimau, Panthera
tigris ialah 49 km j–1 hingga
Rajah 1.1 menunjukkan beberapa 65 km j–1.
contoh pengukuran yang melibatkan
kuantiti fizik. Nyatakan kuantiti fizik
yang berkaitan.

Rajah 1.1 Contoh pengukuran yang melibatkan
kuantiti fizik

Anda telah mempelajari kuantiti CasMasa
asas fizik semasa di Tingkatan 1.
DMaoPmyaenanjtaunKmgAeFrtruuesmkeulpeeknatstriaikn
Bolehkah anda mengenal pasti TenagaMuatan haba tentu
kuantiti asas fizik yang terdapat
dalam Rajah 1.2? Impuls Suhu
Keamatan berluminositi
JisimKuantiti jirim
Isi padu
Pecutan
Halaju
Kuasa

Rajah 1.2 Kuantiti fizik

Masa, panjang, arus elektrik, suhu termodinamik, jisim, Imbas kembali
keamatan berluminositi dan kuantiti jirim merupakan kuantiti
asas. Kuantiti yang selebihnya dalam Rajah 1.2 merupakan Kuantiti fizik
kuantiti terbitan. dan unitnya

4 1.1.1

Bab 1 Pengukuran

Hasil pengukuran suatu kuantiti fizik boleh dinyatakan dalam magnitud bersama
unitnya. Teliti Rajah 1.3.

Kuantiti fizik Magnitud

Panjang = 100 m Unit

Rajah 1.3 Contoh hasil pengukuran

Lihat pembaris anda. Adakah anda dapat melihat unit dalam sentimeter dan inci
pada pembaris itu? Sentimeter ialah contoh unit metrik manakala inci ialah contoh unit
imperial. Teliti Gambar foto 1.1.

Unit metrik: sentimeter

Unit imperial: inci

   Gambar foto 1.1 Unit metrik dan unit imperial pada pembaris

Pada masa kini, kita lebih biasa menggunakan unit metrik. iNtegrasi
Unit imperial jarang digunakan. Gambar foto 1.2 menunjukkan
tolok tekanan tayar yang memaparkan kedua-dua unit metrik SEJARAH
dan unit imperial.
Pada tahun 1999, kapal
Unit imperial: psi angkasa Mars Climate Orbiter
(pounds per square inch) tiba-tiba hilang di angkasa
lepas. Kejadian ini disebabkan
oleh perbezaan unit pengukuran
yang digunakan. Kumpulan
jurutera menggunakan unit
imperial manakala kumpulan
navigasi menggunakan unit
S.I. Ketidakseragaman ini
telah menyebabkan kesilapan
pentafsiran data sehingga kapal
angkasa tersebut terhempas
ke permukaan Marikh.

Unit metrik: kilopascal 5
Gambar foto 1.2 Unit metrik dan unit imperial pada tolok tekanan tayar

Contoh-contoh lain unit imperial ialah gelen, batu, kaki
dan ela. Tahukah anda, unit imperial boleh ditukarkan kepada
unit metrik dan sebaliknya?

1.1.1

Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan
Kuantiti asas ialah kuantiti fizik yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain.
Jadual 1.1 menunjukkan tujuh kuantiti fizik asas.

Jadual 1.1 Kuantiti asas, unit S.I. dan simbol

Kuantiti asas dan simbolnya Unit S.I. dan simbolnya
Panjang
Jisim l meter m
Masa m
t kilogram kg
Suhu termodinamik T
Arus elektrik I saat s
Iv
Keamatan berluminositi n kelvin K
Kuantiti bahan
ampere A

candela cd

mol mol

Kuantiti fizik lain seperti yang ditunjukkan dalam Kuantiti bahan biasanya
Jadual 1.2 boleh diperihalkan dalam sebutan kuantiti asas digunakan dalam Kimia, merujuk
fizik. Kuantiti fizik ini dikenali sebagai kuantiti terbitan. kepada kuantiti bahan bagi
suatu unsur atau sebatian.
Jadual 1.2 Contoh kuantiti terbitan dan simbolnya
Sistem Unit Antarabangsa,
Kuantiti terbitan dan simbolnya Rumus biasanya disebut sebagai S.I.
dipersetujui dalam Persidangan
Isi padu V V=l3 Antarabangsa tentang Berat dan
Ketumpatan ρ Ukuran (Conférence Générale
v ρ = m des Poids et Mesures, CGPM)
Halaju Q V ke-11 pada tahun 1960 di Paris,
Cas Perancis. Penyelarasan sistem
v= l unit pengukuran di seluruh dunia
t ini telah memudahkan bidang
saintifik, sukan, perdagangan,
Q=I×t perubatan dan sebagainya.

Memerihalkan Kuantiti Terbitan dalam Sebutan Kuantiti
Asas dan Unit Asas S.I.

Rumus digunakan untuk memerihalkan kuantiti
terbitan dalam sebutan kuantiti asas dan seterusnya
menentukan unit asas S.I. Teliti contoh yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.4 di halaman 7.

6 1.1.2 1.1.3

Kuantiti terbitan Rumus Sebutan dalam kuantiti asas Bab 1 Pengukuran
Ketumpatan m m
ρ = V Unit S.I.
l×l×l kg m–3

Rajah 1.4 Contoh memerihalkan kuantiti terbitan

Aktiviti 1.1 KBMM KIAK

Tujuan: Membincangkan kuantiti terbitan dalam sebutan kuantiti asas dan unit asas S.I.

Arahan: Muat turun Jadual 1.3

1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan dalam bentuk http://bit.ly/
Think-Pair-Share. 2OFiKXD

2. Muat turun dan cetak Jadual 1.3 dalam laman sesawang
yang diberikan di sebelah.

3. Bincangkan dan lengkapkan jadual tersebut.

Jadual 1.3

Kuantiti terbitan dan Rumus Sebutan dalam Sebutan dalam Unit S.I.
simbolnya kuantiti asas unit asas S.I. (Nama khas)

jika ada

Luas A A = l 2 –

Isi padu V V = l3 –
Ketumpatan ρ –
Halaju v ρ = m m = m –
Pecutan a V l×l×l l3 –
newton (N)
v= l m s–1 –
t kg m s–2 pascal (Pa)
kg m–1 s–2 joule (J)
a= v l = l coulomb (C)
t t×t t2 As

Daya F F=m×a

Momentum p p = m × v m× l = ml
t t

Tekanan P P= F
A

Tenaga atau W W=F×l ml × l = ml 2
Kerja t2 t2

Cas Q Q = I × t

1.1.3 7

Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor iNFO
Rajah 1.5 menunjukkan dua situasi semasa Pendidikan KERJAYA
Jasmani. Dalam kedua-dua situasi tersebut, guru mengarahkan
murid-murid untuk berlari sejauh 50 meter. Apakah perbezaan iNFO
antara situasi 1 dan situasi 2? Metrologi mKelEibaRtkJaAnYA

Murid-murid, sila berkumpul di tengah penyelidikan yang teliti
padang dan lari mengikut arahan saya. mengenai pengukuran
dan piawaian. Ramai

tsyeaakinnngtoislsoiamgNniegpnFaKegtnOgcEguaunnRkaguJkgraaiAhnnYA

untuk penentuan
piawaian unit asas.
Di negara kita, SIRIM
diamanahkan untuk
menyediakan semua
piawaian pengukuran.

Situasi 1 Situasi 2
Lari sejauh 50 meter.
Lari sejauh 50 meter
ke arah pokok itu.

Rajah 1.5 Dua situasi semasa Pendidikan Jasmani
Kuantiti skalar ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja manakala kuantiti
vektor ialah kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah. Sekarang, cuba anda mengenal
pasti situasi yang menghuraikan kuantiti skalar dan kuantiti vektor dalam Rajah 1.5 di atas.

8 1.1.4

Bab 1 Pengukuran

Jadual 1.4 menunjukkan contoh-contoh kuantiti skalar dan kuantiti vektor. Apakah contoh
kuantiti skalar dan kuantiti vektor lain yang anda tahu?

Jadual 1.4 Contoh-contoh kuantiti skalar dan vektor

Kuantiti skalar Kuantiti vektor Video kuantiti skalar dan
Sesaran kuantiti vektor
Jarak Masa Halaju
Luas Isi padu Daya http://bit.
Panjang Laju Pecutan ly/2FONuzX
Kerja Tenaga
Suhu Ketumpatan Momentum

Latihan Formatif 1.1

1. Rajah 1.6 menunjukkan Cikgu Fendi sedang membuat suatu pengukuran terhadap Wei Li.

1.65 m

Rajah 1.6
(a) Nyatakan kuantiti fizik yang diukur.
(b) Apakah unit asas, simbol unit, magnitud kuantiti fizik dan simbol kuantiti fizik yang

diukur dalam situasi di Rajah 1.6 ?

2. (a) Apakah perbezaan antara kuantiti skalar dengan kuantiti vektor?
(b) Baca petikan berikut.

Puan Aishah hendak pergi ke Kota Kinabalu. Jarak dari rumahnya ke Kota Kinabalu
ialah 333 km. Beliau memandu keretanya dengan laju 80 km j–1 di lebuh raya. Beliau
ingin tiba di Kota Kinabalu dalam masa 3 jam. Jadi beliau menambahkan laju kereta
dengan pecutan 1.2 m s–2.
Kenal pasti kuantiti skalar dan kuantiti vektor yang terlibat dalam situasi yang dihuraikan.

3. Rina dan rakan-rakannya telah menyertai Permainan Mencari Harta Karun yang diadakan
sempena Hari Sains di sekolah mereka. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari dan
membawa beberapa objek yang disembunyikan di sekitar kawasan sekolah dalam masa
30 minit. Rajah 1.7 menunjukkan senarai yang diberikan kepada setiap kumpulan.

▫ Bekas berisi sampel air kolam sebanyak 500 ml
▫ Seketul batu unik yang berjisim 950 g
▫ Tali berukuran 1.5 m
▫ Kain khemah berukuran 7.2 m2

Rajah 1.7
Kenal pasti kuantiti asas dan kuantiti terbitan dalam situasi di atas.

1.1.4 9


Click to View FlipBook Version