The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyraf alias, 2020-11-18 08:06:20

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL.2 2020

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 2 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN TERAP
45300 SUNGAI BESAR,

SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
BIL 2 TAHUN 2020

Tarikh : 9 Julai 2020
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SKBT

Hadir :

1. Ustaz Mohd Fauzi b Selamat - PK Kokurikulum
- Setiausaha Kokurikulum
2. Cikgu Mohd Asyraf Bin Alias Setiausaha Sukan
Penyelaras Badan Uniform
3. Cikgu Mohd Khairulnizam b. Mohamad Samsuri - Penyelaras Kelab Dan Persatuan
Ketua Pergerakan Puteri Islam
4. Cikgu Muhammad Fahdly Bin Anuar - Ketua Pergerakan Pengakap
Ketua TKRS
5. Cikgu Nurima Fadinatun binti Jamaludin - Penyelaras Persatuan Bahasa
Penyelaras Persatuan Sains & Matematik
6. Ustazah Nurul Atiqah bt Shoib - Penyelaras Kelab Doktor Muda
Penyelaras Kelab Seni & Kebudayaan
7. Cikgu Mahyiddin Bin Mohamed Kormin - Penyelaras Kelab Olahraga
Penyelaras Kelab Bola Sepak & Futsal
8. Cikgu Rozila Bt Basri - Penyelaras Kelab Bola Jaring
Penyelaras Kelab Bola Baling
9. Cikgu Amir Roshid Bin Ambali - JK TKRS
JK Pergerakan Pengakap
10. Cikgu Hasni binti Hamid - JK Pergerakan Puteri Islam
JK Pergerakan Puteri Islam
11. Cikgu Siti Eshah bt Mohd Noor - JK Pergerakan Pengakap
JK Pergerakan Puteri Islam
12. Cikgu Yusri bin Hamzah - JK Pergerakan Pengakap
JK Pergerakan Puteri Islam
13. Ustaz Mohd Hilmi bin Badron -

14. Cikgu Muhammad AjrulHanif b Rasli@Rosli -

15. Ustazah Kasumawati binti Mohamed Jais -

16. Ustazah Noor Hayati binti MdYusof -

17. Cikgu Khomsah binti Samsudin -

18. Cikgu Ramli bin Bayok -

19. Ustazah Jaminyah binti Mohamed Hashim -

20. Ustazah Siti Zubaidah binti Mat Nor -

21. Cikgu Muhamad Bastami Bin Zakaria -

22. Cikgu Azizah binti Baharom -

23. Ustaz Hj Mohamad Jamil bin Samingon -

24. Cikgu Noorhafizzah binti Mansor -

Turut Hadir : - Guru Besar
1. Ustaz Tamzis bin Hj Kusin - PK Pentadbiran
1. Cikgu Hjh Askinah binti Mohd Mokhtar - PK Hal ehwal Murid
2. Ustaz Norazam bin Mashudi - PK PPKI
3. Ustaz Hj Nor Azmi Bin Sikit
- Setiausaha Kokurikulum
Tidak Hadir (Bersebab) :-

Urusetia Mesyuarat :
1. Cikgu Mohd Asyraf Bin Alias

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Ucapan Guru Besar (Ustaz Tamzis bin Haji Kusin)

1.1.1 Tuan guru besar memaklumkan semua pertandingan ditangguhkan dan
terdapat pertandingan yang dijalankan melalui perekodan video.

Makluman

1.1.2 Beliau memaklumkan peralatan dalam stor kokurikulum dan Pendidikan
Jasmani perlu ada rekod inventori. Rekod inventori perlu dihantar kepada
beliau 6 bulan sekali.

Tindakan
S/u Kokurikulum dan KP Pendidikan Jasmani

1.1.3 Beliau memaklumkan bahawa unit beruniform terbahagi kepada dua iaitu
organisasi kerajaan (G.O) dan organisasi bukan kerajaan (N.G.O). Sekiranya
N.G.O. ada program atau aktiviti diluar, guru terlibat perlu memaklumkan dan
meminta keizinan daripada beliau.

Makluman

1.1.4 Beliau meminta guru-guru hadir aktiviti kokurikulum sama seperti kehadiran
sesi pengajaran dan pemudahcaraan.

Makluman

1.1.5 Beliau turut meminta guru-guru bekerjasama agar unit kokurikulum mencapai
kecemerlangan yang baik.

1.2 Ucapan PK Kokurikulum (Ustaz Mohd Fauzi Bin Selamat)

1.2.1 PK Kokurikulum menayangkan agenda mesyuarat kokurikulum pada hari
tersebut.
Makluman

2.0 Pengesahan minit mesyuarat.

2.1 Encik Mohd Asyraf Bin Alias membentangkan minit mesyuarat kokurikulum
bilangan 1/2020 tanpa sebarang pindaan.

2.2 Cadangan minit disahkan oleh Encik Mohd Hilmi bin Badron.
2.3 Sokongan oleh Encik Mahyiddin Bin Mohamed Kormin.

3.0 Perkara berbangkit : -
(rujuk maklum balas)

4.0 Perkara-perkara Baharu

PK Kokurikulum (Ustaz Mohd Fauzi Bin Selamat)

4.1 Beliau memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum ditangguhkan sehingga ke suatu
tempoh yang akan dimaklumkan.
Makluman

4.2 Beliau membentangkan takwin kokurikulum yang baharu dan mengingatkan guru-guru
penasihat agar membuat laporan aktiviti kokurikulum unit masing-masing. Bagi tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan, laporan aktiviti kokurikulum perlu ditulis perintah kawalan
yang dijalankan mengikut tarikh tertentu.

Makluman

4.3 Beliau memaklumkan guru-guru penasihat perlulah memberi tugasan aktiviti
kokurikulum yang perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga aktiviti
kokurikulum berjalan seperti biasa. Tugasan yang diberi boleh dijadikan sebagai eviden
untuk markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Makluman

4.4 Beliau memaklumkan bahawa gred minimum PAJSK murid ialah gred “B” walaupun
murid tersebut tidak mewakili sekolah dalam satu acara sekalipun.

Makluman

4.5 Beliau membentangkan laporan semasa kokurikulum bagi tahun 2020.

Makluman

4.6 Beliau menyatakan bahawa pertandingan lain yang belum berlangsung masih
menunggu makluman daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pertandingan ko-
akademik berjalan seperti biasa tetapi melalui dalam talian.

Makluman

4.7 Beliau juga memaklumkan sekiranya terdapat murid yang berpotensi untuk menyertai
pertandingan, guru perlulah melatih murid tersebut.

Makluman

4.8 Beliau memaklumkan bagi aktiviti Bulan Kemerdekaan, beliau akan berbincang bersama
guru-guru yang terlibat.
Makluman

4.9 Beliau turut memaklumkan bahawa Ujian Segak masih menunggu makluman dan bagi
ujian tersebut yang tidak dapat dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan perlulah
diisi “Tidak Laksana (TL)”.
Makluman

5.0 Beliau memaklumkan setiap aspek dalam Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum
perlulah mempunyai eviden dan sekali lagi beliau mengingatkan guru-guru agar
melengkapkan buku laporan unit masing-masing.

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Cikgu Mohd Khairulnizam bin Mohamad Samsuri bertanyakan tentang status
pembayaran belian baju sukan agar beliau boleh membawa perkara tersebut ke
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

6.2 Tuan guru besar memberi respon kepada pertanyaan Cikgu Khairulnizam yang status
pembayaran tersebut tidak diteruskan dan meminta bayaran baju sukan dimasukkan
dalam bayaran sumbangan PIBG bagi tahun 2021.

6.3 Ustaz Mohd Helmi bin Badron bertanyakan tentang cara pelupusan peralatan dalam stor
sukan.

6.4 Tuan guru besar memberi respon kepada pertanyaan Cikgu Hilmi yang peralatan dalam
stor sukan perlu mempunyai rekod inventori dan pengambilan peralatan perlulah
dikendalikan oleh guru.

6.5 Ustazah Nurul Atiqah binti Shoib memaklumkan tentang aktiviti Persatuan Puteri Islam
Malaysia (PPIM).

6.6 Cikgu Noor Hayati binti Md Yusof bertanyakan tentang penyimpanan jersi di bilik
kaunseling.

6.7 Tuan guru besar menyatakan jersi tersebut bolehlah disimpan di dalam bekas khas.

6.8 PK Kokurikulum memaklumkan tentang unit kokurikulum yang ditetapkan kepada guru
baharu iaitu Cikgu Ramli bin Bayok menyertai Pergerakan Pengakap Malaysia dan
Kelab Permainan Futsal manakala Cikgu Noorhafizzah binti Mansor menyertai
Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Kelab Permainan Bola Jaring.

7.0 Penutup

Sebelum mengakhiri mesyuarat pada hari ini, tuan guru besar mengucapkan tahniah kepada
pasukan-pasukan elit yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Bagi tahun
hadapan pula, tuan guru besar meminta penyertaan pertandingan bagi tahun hadapan
dihadkan kerana kekangan kewangan. Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah
al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh :

(MOHD ASYRAF BIN ALIAS)

Setiausaha Kokurikulum SKBT

MAKLUM BALAS MESYUA
BIL 2/ 2

SEKOLAH KEBANGSAA

BIL KEPUTUSAN K
1 Muka Surat : 1 la
Para : 1.1.2 d
Beliau memaklumkan peralatan dalam stor kokurikulum dan
Pendidikan Jasmani perlu ada rekod inventori. Rekod S
inventori perlu dihantar kepada beliau 6 bulan sekali.
T
Tindakan : S/u Kokurikulum&KP Pendidikan Jasmani p
2 Muka Surat : 2

Para : 4.8
Beliau memaklumkan bagi aktiviti Bulan Kemerdekaan,
beliau akan berbincang bersama guru-guru yang terlibat.

Tindakan : Unit Kokurikulum S

3 Muka Surat : 2

Para : 4.9

Beliau turut memaklumkan bahawa Ujian Segak masih U

menunggu makluman dan bagi ujian tersebut yang tidak dapat O

dijalankan kerana Perintah Kawalan Pergerakan perlulah diisi
“Tidak Laksana (TL)”.

Tindakan : Unit Korikulum S

Disediakan Oleh:

Mohd Asyraf bin Alias
Urusetia
Mesyuarat Kokurikulum Bil 2/2020
Sekolah Kebangsaan Bagan Terap

ARAT KOKURIKULUM
2020
AN BAGAN TERAP

MAKLUM BALAS
Kemaskini inventori stor sukan & kokurikulum telah di
aksanakan pada 4 November 2020, dan laporan sedang
disediakan.
Status : Selesai / Belum Selesai / Tidak Berkenaan

Telah dilaksanakan bermula 17 Ogos 2020 dan Majlis
penutup diadakan pada 20 September 2020

Status : Selesai / Belum Selesai / Tidak Berkenaan

Ujian SEGAK telah selesai dilaksanakan pada 6,7&8
Oktober 2020.

Status : Selesai / Belum Selesai / Tidak Berkenaan


Click to View FlipBook Version