The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kerja lapangan teknologi hijau dari zahin ilhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilhanzahin1, 2022-12-27 06:42:52

Kerja lapangan geografi teknologi hijau

kerja lapangan teknologi hijau dari zahin ilhan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(PERMAS VILLE,PERMAS JAYA)

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD ZAHIN ILHAN

TINGKATAN:

2 EMERALD

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

29/12/2022

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 3

2. PENDAHULUAN 3
3. OBJEKTIF KAJIAN 3
4. JADUAL KERJA 4

KAJIAN KES 5
5. KAWASAN KAJIAN 5-6
6. KAEDAH KAJIAN 6-9
7. HASIL KAJIAN

7.1 Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi 9-10
Hijau 10
10
7.2 Mengenal pasti 3 jenis contoh Teknologi
Hijau yang terdapat di Kawasan Permas
Ville,Permas Jaya

7.3 Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi
Hijau

7.4 Menyenaraikan 4 punca amalan Teknologi
Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian

7.5 Mencadangkan 4 langkah-langkah atau
strategi yang boleh digunakan bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau
yang sesuai

8. RUMUSAN
9. RUJUKAN
10. LAMPIRAN

10.1 Lampiran A
10.2 Lampiran B

1.Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru matapelajaran Geografi ,
Puan Hanifah binti Jamaluddin atas segala bimbingan dan tunjuk ajar
serta telah banyak menolong dalam menyiapkan tugasan.
Ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu Puan Norzarina Binti
Mohd Faudzi dan Encik Mohamed Zairin Bin Ibrahim yang telah
memberi sokongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa
untuk menolong saya mengumpul maklumat berkenaan teknologi
hijau.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas saya kerana telah
memberi idea untuk melakukan tugasan ini.

2.Pendahuluan

Saya, Mohamad Zahin Ilhan Bin Mohamed Zairin merupakan pelajar
tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor
Bahru. Saya telah melakukan tugasan kerja lapangan mengenai
Teknologi Hijau. Kawasan kajian yang dipilih oleh saya ialah Permas
Ville,Permas Jaya.

3.Objektif Kajian

Diakhir kajian ini,saya akan dapat:
1)Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2)Mengenal pasti 3 jenis contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Kawasan Permas Ville,Permas Jaya

3)Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau

4)Menyenaraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian

5)Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh
digunakan bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang
sesuai

4. Jadual Kerja

Bil. Tarikh Perkara Catatan

1. 4/12/2022 Menghadiri taklimat yang dijalanka oleh guru Dilakukan bersama guru

mata pelajaran Geografi berkaitan Teknologi dan rakan-rakan di

Hijau dalam kelas

2. 7/12/2022 Membuat persediaan dan merancang jadual Dilakukan secara
kerja individu

Mengenal pasti objektif kajian dan

menentukan kaedah kajian

3. 9/12/2022 Menyediakan borang soal selidik atas talian Dilakukan secara
individu
menggunakan aplikasi ‘Google Form’

4. 10/12/2022 Mengedarkan borang soal selidik atas taliann Dilakukan secara
untuk mendapatkan maklumat mengenai individu

amalan teknologi hijau yang dilakukan di

Permas Ville

5. 14/12/2022 Menganalisis data yang diperolehi daripada Dilakukan secara
soal selidik individu dengan

Membuat rujukan mengenai konsep melayari internet dan

teknologi hijau merujuk buku

6. 18/12/2022 Menulis kerja lapangan menggunakan aplikasi Dilakukan secara
‘Microsoft Words’ individu

7. 24/12/2022 Melakukan pemerhatian terhadap amalan Dilakukan secara
individu
teknologi hijau di kawasan kajian

8. 27/12/2022 Membuat rumusan untuk kerja lapangan Dilakukan secara

Menghantar tugasan kerja lapangan kepada individu menggunakan

guru laman web anyflip.com

5. Kawasan Kajian

Kawasan Permas Ville,Permas Jaya dipilih sebagai kawasan kajian.
Kawasan ini berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir
Gudang.Terdapat taman perumahan lain di sekitar kawasan
kajian.Terdapat juga kemudahan seperti sekolah, kedai dan restoran
yang berdekatan.

Peta 1: Peta Permas Ville,Permas Jaya

6.0 Kaedah Kajian

Melalui kaedah kajian, sesuatu maklumat berkaitan tajuk kajian akan
diperolehi dengan mudah dan lengkap. Berikut adalah kaedah-kaedah
kajian yang saya gunakan dalam menjalankan kajian ini:

Pemerhatian

Saya telah melawat kajian saya iaitu Permas Ville,Permas Jaya.Saya
mengumpul banyak maklumat yang terdapat di Kawasan kajian
itu.Terdapat beberapa rumah yang menggunakan panel solar.

Rujukan

Saya mencari maklumat melalui internet dan merujuk buku-buku tentang
amalan teknologi hijau di kalangan penduduk untuk mendapatkan lebih
banyak maklumat.

Soal Selidik

Saya membuat soal selidik terhadap 20 orang respoden di Permas Ville .
Saya mengedarkan borang soal selidik secara atas talian dalam bentuk
‘Google Form’. Borang tersebut mengandungi soalan yang berkaitan
dengan amalan Teknologi Hijau.

7.0 Hasil Kajian

7.1 Konsep dan Definisi Teknologi Hijau

i. Menurut Buku Teks Geografi Tingkatan 2 pada tahun 2017, Teknologi
Hijau merujuk kepada pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

ii. Menurut Wikipedia , Teknologi Hijau adalah penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian manusia.

7.2 Amalan Teknologi Hijau di Permas Ville

Berdasarkan pemerhatian saya dan analisis borang soal selidik, berikut adalah
amalan teknologi hijau di Permas Ville:

i. Menanam pokok di halaman rumah ialah amalan yang paling kerap
dilakukan di Permas Ville,Permas Jaya iaitu lebih kurang 65% penduduk di
Permas Ville mengamalkan amalan ini.

ii. Rumah-rumah di Permas Ville tidak mempunyai kereta hybrid,hanya 30%
daripada penduduk menggunakan kereta hybrid dan selebihnya
menggunakan kereta biasa.

iii. Sebahagian daripada penduduk Permas Ville menggunakan kenderaan
awam untuk pergi ke sesuatu tempat.Hanya 30% menggunakan
kenderaan awam,45% tidak pernah menggunakan awam dan 25% yang
jarang menggunakan kenderaan awam.

7.3 Kepentingan Teknologi Hijau

Dengan merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 2, saya dapat mengenal pasti 4
kepentingan teknologi hijau, iaitu:

i. Meningkatkan kualiti udara. Dengan menanam pokok di halaman rumah
dan sekitar kawasan perumahan, penduduk Permas Ville mendapat
bekalan udara bersih secara berterusan.

ii. Meningkatkan kualiti udara.Dengan menggunakan kereta hybrid,kita
dapat mengurangkan pembebasan asap yang bahaya iaitu gas karbon
dioksida.

iii. Meningkatkan keselesaan masyarakat. Struktur binaan rumah yang
mempunyai tingkap yang membolehkan pengudaraan.

iv. Mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara. Pokok-pokok di
sekitar kawasan perumahan boleh menyerap gas karbon dioksida untuk
menjalankan proses fotosintesis.

7.4 Punca Amalan Teknologi Hijau Tidak Diterapkan Dalam
Kehidupan Seharian

Berdasarkan pemerhatian saya, berikut adalah punca amalan Teknologi Hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian:

i. Tidak memahami kecekapan guna tenaga. Terdapat sesetengah penduduk
yang memasang lampu pada waktu siang.

ii. Penggunaan pendingin hawa. Hampir semua penduduk Permas Ville
menggunakan pendingin hawa. Penggunakan pendingin hawa adalah
antara punca pembebasan gas CFC (Chlorofluorocarbon).

iii. Pembakaran terbuka. Segelintir penduduk masih mengamalkan
pembakaran terbuka yang menyebabkan pencemaran udara yang sangat
teruk sehingga boleh menyebabkan hutan terbakar.

iv. Pembuangan sampah yang tidak terurus. Kawasan perumahan ini
menghasilkan banyak sisa domestik setiap minggu. Terdapat pihak yang
tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di dalam rumah yang
terbiar.

7.5 Langkah-langkah dan Strategi yang Boleh Dilakukan bagi
Meningkatkan Penggunaan Teknologi Hijau

Berdasarkan punca-punca yang disenaraikan , berikut adalah langkah-langkah
dan strategi untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau.

i. Membuka tingkap pada waktu siang. Dengan cara ini, para penduduk
tidak perlu membazir tenaga elektrik dengan memasang lampu dan kipas
pada waktu siang. Rumah juga telah dibina dengan banyak tingkap untuk
memastikan pencahayaan dan pengudaraan yang bagus.

ii. Menggalakkan penggunaan udara yang tidak menggunakan elektrik.Kita
boleh membuka tingkap pada waktu malam supaya angin akan masuk ke
rumah kita.Oleh itu, penggunaan tingkap amat digalakkan.

iii. Menggalakkan amalan kitar semula. Para penduduk tidak mengasingkan
sampah sebelum dibuang.Dengan meletakkan tong kitar semula, para
penduduk akan terdorong untuk mengkitar semula bahan buangan.

iv. Setiap rumah hanya mempunyai satu tong sampah besar yang akan
dikutip 2 kali seminggu. Seperti yang telah dinyatakan, terlalu banyak sisa
domestik dihasilkan sehingga tidak muat untuk dimasukkan ke dalam
tong sampah. Oleh itu, pihak berkuasa mesti menambah bilangan tong
sampah supaya sampah tidak dibuang di merata-rata tempat.

8.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa hanya terdapat
sedikit amalan teknologi hijau yang dilakukan diPermas Ville.
Antaranya ialah menadah air hujan, menanam pokok di halaman
rumah dan menggunakan kenderaan awam. Kajian ini juga membantu
saya memahami kepentingan amalan teknologi hijau. Antaranya
termasuklah meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan
pembebasan gas karbon dioksida. Namun, terdapat beberapa amalan
yang bercanggah dengan teknologi hijau seperti pembakaran terbuka,
penggunaan pendingin hawa dan pembuangan sampah yang tidak
terurus. Langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan tersebut

ialah dengan menggalakkan penggunaan tingkap dan amalan kitar
semula.
Saya berharap penduduk kawasan perumahan Permas Ville,Permas
Jaya akan mempraktikkan amalan teknologi hijau dengan lebih kerap
pada masa akan datang.

9.0 Rujukan

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
2. Rujukan Wikipedia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

10.0 Lampiran

10.1 Lampiran A

Amalan-amalan teknologi hijau yang dipraktikkan di Permas Ville.



10.2 Lampiran B

Borang soal selidik ‘Google Form’.
https://forms.gle/aRhwwMXQAKj3z2Zb7




Click to View FlipBook Version