MALAY DESSERT
KUIH KERIA
Bahan – bahan kuih keria:
3 Cawan Tepung Gandum
2 Tbsp shortening
1 Kg Ubi Keledek
Bahan – bahan sira kuih keria:
2 Cawan Gula Pasir
2 Tbsp Minyak Kelapa
Air
Cara – cara membuat kuih keria:
1.Masukkan 2 cawan tepung gandum bersama garam ke dalam ubi keledek yang
telah dilenyek.Gaulkan sehingga tepung rata.
2.Kemudian masukkan shortening.Gaul sehingga sebati.
3.Bulatkan menjadi bentuk seperti donut.
4.Pastikan bentuknya semua sama.
5.Kemudian goreng kuih keria yang telah siap dibentuk tadi sehingga keperangan.
6.Masukkan kuih keria yang telah siap digoreng tadi ke dalam kuali yang mempunyai
sira yang telah dibuat tadi.
7.Gaulkan kuih keria bersama sira sehingga sebati.
8.Pastikan semua kuih keria disaluti dengan sira secukupnya.
9.Siap untuk dihidangkan.
Cara – cara membuat sira kuih keria:
1.Masak air dan gula di dalam kuali.Sebatikan kedua – dua bahan tersebut.
2.Kemudian masukkan minyak kelapa.Kacau sehingga sebati.
3.Masak air gula sehingga berbuih dan menjadi pekat.
PENGAT JAGUNG
Bahan – bahan:
5 Tongkol Jagung(dihiris isinya)
500 Gram Santan
Secubit Garam
1 Sudu Besar Gula Pasir
2 Sudu Besar Gula Melaka
½ Cawan Sagu(bersihkan)
2 Helai Daun Pandan
Cara – cara:
1.Masukkan jagung,santan,garam,gula pasir,sagu dan gula melaka di dalam
periuk.Gaul sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan daun pandan di dalam bubur.
3.Masak bubur di atas api yang sederhana.
4.Sentiasa kacau bubur supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.
5.Masak bubur sehingga jagung,santan dan bubur menjadi pekat.
6.Masukkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.
PENGAT PISANG
Bahan – bahan:
Sesisir Pisang(dipotong serong)
500 Gram Santan
Secubit Garam
1 Sudu Besar Gula Pasir
2 Sudu Besar Gula Melaka
½ Cawan Sagu(bersihkan)
2 Helai Daun Pandan
Cara – cara:
1. Masukkan pisang,santan,garam,gula pasir,sagu dan gula melaka di dalam
periuk.Gaul sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan daun pandan di dalam bubur.
3.Masak bubur di atas api yang sederhana.
4.Sentiasa kacau bubur supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.
5.Masak bubur sehingga jagung,santan dan bubur menjadi pekat.
6.Masukkan bubur di dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.
PENGAT LABU
Bahan – bahan:
Sebiji Labu(dipotong)
500 Gram Santan
Secubit Garam
1 Sudu Besar Gula Pasir
2 Sudu Besar Gula Melaka
½ Cawan Sagu(bersihkan)
2 Helai Daun Pandan
Cara – cara:
1.Masukkan labu,santan,garam,gula pasir,sagu dan gula melaka di dalam
periuk.Gaul sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan daun pandan di dalam bubur.
3.Masak bubur di atas api yang sederhana.
4.Sentiasa kacau bubur supaya santan tidak berketul dan pecah minyak.
5.Masak bubur sehingga jagung,santan dan bubur menjadi pekat.
6.Masukkan bubur di dalam mangkuk dan siap untuk dimakan.
APAM SERI AYU
Bahan – bahan:
3 Biji Telur
1 Cawan Gula Kastor
1 Tsp Ovalette
1 Tsp Pewarna Hijau
1 Tbsp Pandan Emulco
2 Cawan Tepung Gandum
1 Kotak Santan
500 Gram Kelapa Parut(dikukus)
Secubit garam
Cara – cara:
1.Pukul telur,gula kastor dan ovalette sehingga kembang.
2.Masukkan santan,pandan emulco dan pewarna hijau yang telah disebatikan.
3.Pukul sehingga sebati.
4.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
5.Gaul sehingga sebati.
6.Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam acuan apam seri ayu yang telah
diletakkan kelapa.
7.Kukus adunan selama 20 minit.
8.Letakkan di atas pinggan.
9.Siap untuk dihidangkan.
KUIH KETAYAP
Bahan – bahan kulit kuih ketayap:
2 Cawan Tepung Gandum
1 Biji Telur
2 ½ Cawan Air Pandan
½ Tsp Pewarna Hijau
Bahan – bahan untuk inti kuih ketayap:
1 Biji Kelapa Parut
1 Cawan Gula Melaka
Secubit Garam
Cara – cara membuat kulit kuih ketayap:
1.Masukkan tepung gandum,air pandan,pewarna hijau dan telur ke dalam mesin
pengisar.
2.Kisar sehingga sebati.
3.Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit mentega pada kuali agar kulit ketayap
tidak melekat pada kuali ketika memasak.
4.Apabila kuali sudah panas tuangkan adunan kuih ketayap tadi ke dalam kuali dan
tunggu sehingga masak.
5.Apabila sudah masak masukkan kulit kuih ketayap tadi ke dalam pinggan.
6.Letakkan inti kelapa yang telah dimasak tadi di atas kuih ketayap.
7.Gulungkan kuih ketayap bermula daripada depan kemudian tepi kiri dan kanan
dan gulung sehingga habis.
8.Susun di atas pinggan.
9.Siap untuk dimakan dan dihidangkan.
Cara – cara membuat inti kuih ketayap:
1.Masukkan gula Melaka ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
2.Masukkan sedikit air.
3.Masukkan garam dan kelapa parut.
4.Gaul sehingga sebati.
5.Siap.
NYONYA DESSERT
KUIH BOM
Bahan – bahan adunan kuih bom:
2 Cawan Tepung Pulut
½ Cawan Tepung Gandum
½ Sudu Garam
½ Cawan Bijan Putih
3 Cawan Air
Bahan – bahan inti kuih bom:
1 Biji Kelapa Parut
1 Cawan Gula Melaka
2 Tbsp Tepung Gandum
Cara – cara membuat kuih bom:
1.Masukkan tepung pulut,tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk
adunan(sebatikan).
2.Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang telah disebatikan tadi.
3.Gaul sehingga adunan boleh digumpal.
4.Seterusnya bulatkan dan leperkan adunan tadi.
5.Masukkan inti kelapa ke dalam adunan yang telah dileperkan dan tutup adunan
dengan betul dan bulatkan adunan tadi.
6.Salutkan adunan tadi di dalam mangkuk yang berisi bijan.
7.Pastikan bijan melekat pada adunan dan memenuhi setiap permukaan adunan.
8.Tuangkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
9.Apabila minyak sudah betul – betul panas masukkan satu persatu adunan yang
telah siap tadi.
10.Biarkan adunan tadi di dalam kuali selama 3 – 5 minit.
11. Apabila adunan sudah terapung dan permukaan mula mengeras adunan boleh
diangkat(sudah masak).
12.Susun di dalam pinggan dan siap untuk dimakan dan dihidangkan.
Cara – cara membuat inti kuih bom:
1.Masukkan gula Melaka ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
2.Masukkan sedikit air.
3.Masukkan garam dan kelapa parut.
4.Masukkan tepung gandum(supaya kelapa yang dimasak tidak melekat).
5.Gaul sehingga sebati.
6.Siap.
KUIH ANGKO
Bahan – bahan:
500 Gram Tepung Gandum
1 Tsp Garam
500 Gram Ubi Keledek
100 Gram Air
200 Gram Tepung Pulut
200 Gram Air
50 Gram Minyak Masak
150 Gram Kacang Merah(inti)
Segulung Daun Pisang(dipotong mengikut saiz yang diingini)
Cara – cara:
1.Campurkan tepung gandum dan garam.Gaul sehingga sebati.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.(gaul sehingga sebati).
3.Campurkan tepung pulut bersama ubi keledek yang telah dilenyek tadi dan
masukkan air yang telah dicampurkan dengan minyak masak tadi.
4.Gaul sehingga sebati.
5.Kemudian campurkan kedua – dua adunan yang telah diuli tadi.
6. Ambil doh yang telah siap tadi dan bulatkan.
7.Masukkan doh yang telah dibulatkan ke dalam acuan.
8.Setelah dimasukkan ke dalam acuan keluarkan doh daripada acuan dan letakkan
doh di atas daun pisang yang telah disapu dengan minyak.
9.Kukus kuih selama 5-8 minit.
Tang Yuan
Bahan – bahan tang yuan:
2 Cawan Tepung Pulut
1 ½ Cawan Air
½ Tsp Pewarna Merah
½ Tsp Pewarna Hijau
Bahan – bahan untuk air gula:
1 Cawan Air
½ Cawan Gula Pasir
Cara – cara:
1.Campurkan tepung pulut dengan air.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.
3.Gaul sehingga sebati.
4.Asingkan adunan kepada 3 iaitu 1 untuk warna merah,1 untuk warna putih dan 1
untuk warna hijau.
5.Masukkan pewarna pada adunan yang telah diasingkan.
6.Bulatkan setiap adunan seperti bebola kecil.
7.Panaskan air sehingga mendidih.
8.Masukkan bebola tadi di dalam periuk mengikut warna(tak boleh campur warna).
9.Apabila adunan telah masak toskan air nya dan masukkan ke dalam mangkuk
yang berisi air gula yang telah dibuat dan disejukkan tadi.
10.Siap untuk dihidangkan dan dimakan.
Cara – cara membuat air gula:
1.Panaskan air.
2.Apabila sudah mendidih masukkan gula.
3.Kacau sehingga gula larut menggunakan api sederhana.
4.Apabila gula sudah larut tutup api dan tuang air gula ke dalam mangkuk.
ONDE – ONDE
Bahan – bahan:
2 Cawan Tepung Pulut
1 Cawan Air Daun Pandan
½ Cawan Gula Melaka(inti)
1 Tsp Garam
1 Biji Kelapa Parut
Bahan – bahan air pandan:
6-8 helai Daun Pandan
1 Cawan Air
Cara – cara membuat adunan onde - onde:
1.Campurkan air daun pandan bersama tepung pulut.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.
3.Gaul sehingga boleh diketul.
4.Bulatkan dan leperkan doh tersebut.
5.Letakkan gula Melaka di tengah – tengah adunan tadi.
6.Tutup doh dengan betul dan bulatkan adunan.
7.Setelah selesai dibulatkan,masukkan doh yang telah dibulatkan tadi ke dalam
periuk yang berisi air yang sedang mendidih.
8.Biarkan sehingga doh timbul di permukaan air.
9.Keluarkan dan toskan airnya kemudian masukkan onde - onde tadi ke dalam
mangkuk yang berisi kelapa parut yang telah dikukus tadi.Golekkan doh tersebut
bersama kelapa parut itu.
10.Setelah onde - onde disaluti dengan kelapa keluarkan dan susun onde - onde
tadi ke dalam pinggan dan siap untuk dihidangkan.
Cara – cara membuat air pandan:
1.Gunting daun pandan dan masukkan daun pandan ke dalam mesin pengisar.
2.Kemudian masukkan air ke dalam mesin pengisar.
3.Kisar air dan daun pandan sehingga sebati dan hancur.
4.Tapis air daun pandan tersebut.
5.Serbuk – serbuk daun pandan buang hanya ambil air sahaja.
6.Tuangkan air daun pandan ke dalam mangkuk.
Cara – cara untuk kelapa parut:
1.Masukkan kelapa parut ke dalam mangkuk dan kukus kelapa parut selama 10
minit.
2.Apabila sudah masak keluarkan kelapa parut daripada kukusan.
3.Masukkan garam ke dalam kelapa parut tadi.
4.Gaulkan garam bersama kelapa parut tadi.
5.Siap.
INDIAN DESSERT
KESARI
Bahan – bahan:
3 Cawan Tepung Suji
3 Cawan Gula
3 Air Suam
2 Cawan Susu
2 Cawan Minyak Sapi
200 Gram Kacang Gajus(dicincang)
100 Gram Kacang Badam(dicincang)
50 Gram Kismis
3 Titis Pewarna Oren
Cara – cara:
1.Sangai tepung suji di atas api yang sederhana selama 3 hingga 4
minit.Campurkan bersama dengan minyak sapi sedikit.
2.Kacau sehingga sebati dan masak.
3.Di dalam kuali lain masukkan dua sudu kecil dan masak kacang badam dan
kacang gajus sehingga masak.
4.Di dalam kuali yang sama,masukkan air suam dan biarkan ia mendidih.
5.Kemudian masukkan susu.
6.Masukkan kacang gajus,kacang badam dan kismis ke dalam susu dan kacau
sehingga sebati.
7.Kemudian masukkan pewarna oren,garam dan gula.Kacau sehingga sebati dan
mendidih.
8.Kemudian masukkan tepung suji sedikit demi sedikit.Kacau sehingga sebati dan
masak.
10.Tutup api dan masukkan adunan kesari yang telah masak tadi ke dalam loyang
dan ratakan.
11.Lukis bentuk dan hiaskan kesari dengan kacang gajus,ceri dan kismis.
12.Sejukkan
13.Siap dan sedia untuk dimakan.
BOONDI LADDU
Bahan – bahan:
2 Cawan Tepung
2 ¼ Cawan Gula
2 Tbsp Minyak Sapi
50 Gram Kacang Gajus
50 Gram Kismis
50 Gram Kacang Badam
Air Secukupnya
¼ Tbsp Serbuk Halia
¼ Tbsp Serbuk Buah Pelaga
Secubit Soda Bikarbonat
3 Titis Pewarna Oren
3 Titis Pewarna Merah
3 Titis Pewarna Merah
Secubit Serbuk Kapur
Cara – cara menyediakan boondi:
1.Campurkan tepung ,pewarna kuning dan baking soda.Gaul semua sehingga
sebati.(ulang cara yang sama untuk warna hijau dan merah)
2.Masukkan air sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati.
3.Panaskan api pada api yang kuat,.
4.Goreng boondi dengan menggunakan acuan.
5.Goreng sekejap sahaja dan angkat secepat yang mungkin dan toskan minyaknya.
Cara – cara membuat air gula:
1.Masukkan gula dan air ke dalam kuali.Kacau sehingga sebati.
2.Masak sehingga air gula pekat dan tidak putus apabila ditarik.
Cara – cara membuat boondi laddu:
1.Masukkan semua boondi yang telah siap dimasak ke dalam air gula kacau
sehingga sebati.
2.Masukkan kacang badam,kacang gajus dan kismis yang telah diangai tadi.
3.Campurkan kesemuanya dan kacau sehingga sebati.
4.Toskan adunan keluarkan air gula.
5.Biarkan sejuk sekejap.
6.Apabila dah sejuk bentukkan adunan menjadi sepeti bebola dan masukkan
adunan ke dalam acuan.
7.Siap untuk dimakan.