The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fiqa1761, 2021-06-03 09:20:49

NYONYA DESSERT siti aisyah

NYONYA DESSERT siti aisyah

NYONYA DESSERT

KUIH BOM

Bahan – bahan adunan kuih bom:
2 Cawan Tepung Pulut
½ Cawan Tepung Gandum
½ Sudu Garam
½ Cawan Bijan Putih
3 Cawan Air

Bahan – bahan inti kuih bom:
1 Biji Kelapa Parut
1 Cawan Gula Melaka
2 Tbsp Tepung Gandum

Cara – cara membuat kuih bom:
1.Masukkan tepung pulut,tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk
adunan(sebatikan).
2.Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan yang telah disebatikan tadi.
3.Gaul sehingga adunan boleh digumpal.
4.Seterusnya bulatkan dan leperkan adunan tadi.
5.Masukkan inti kelapa ke dalam adunan yang telah dileperkan dan tutup adunan
dengan betul dan bulatkan adunan tadi.
6.Salutkan adunan tadi di dalam mangkuk yang berisi bijan.
7.Pastikan bijan melekat pada adunan dan memenuhi setiap permukaan adunan.
8.Tuangkan minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
9.Apabila minyak sudah betul – betul panas masukkan satu persatu adunan yang
telah siap tadi.
10.Biarkan adunan tadi di dalam kuali selama 3 – 5 minit.
11. Apabila adunan sudah terapung dan permukaan mula mengeras adunan boleh
diangkat(sudah masak).
12.Susun di dalam pinggan dan siap untuk dimakan dan dihidangkan.

Cara – cara membuat inti kuih bom:
1.Masukkan gula Melaka ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
2.Masukkan sedikit air.
3.Masukkan garam dan kelapa parut.
4.Masukkan tepung gandum(supaya kelapa yang dimasak tidak melekat).
5.Gaul sehingga sebati.
6.Siap.

KUIH ANGKO

Bahan – bahan:
500 Gram Tepung Gandum
1 Tsp Garam
500 Gram Ubi Keledek
100 Gram Air
200 Gram Tepung Pulut
200 Gram Air
50 Gram Minyak Masak
150 Gram Kacang Merah(inti)
Segulung Daun Pisang(dipotong mengikut saiz yang diingini)

Cara – cara:
1.Campurkan tepung gandum dan garam.Gaul sehingga sebati.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.(gaul sehingga sebati).
3.Campurkan tepung pulut bersama ubi keledek yang telah dilenyek tadi dan
masukkan air yang telah dicampurkan dengan minyak masak tadi.
4.Gaul sehingga sebati.
5.Kemudian campurkan kedua – dua adunan yang telah diuli tadi.
6. Ambil doh yang telah siap tadi dan bulatkan.
7.Masukkan doh yang telah dibulatkan ke dalam acuan.

8.Setelah dimasukkan ke dalam acuan keluarkan doh daripada acuan dan letakkan
doh di atas daun pisang yang telah disapu dengan minyak.

9.Kukus kuih selama 5-8 minit.

Tang Yuan

Bahan – bahan tang yuan:
2 Cawan Tepung Pulut
1 ½ Cawan Air
½ Tsp Pewarna Merah
½ Tsp Pewarna Hijau

Bahan – bahan untuk air gula:
1 Cawan Air
½ Cawan Gula Pasir

Cara – cara:
1.Campurkan tepung pulut dengan air.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.
3.Gaul sehingga sebati.
4.Asingkan adunan kepada 3 iaitu 1 untuk warna merah,1 untuk warna putih dan 1
untuk warna hijau.
5.Masukkan pewarna pada adunan yang telah diasingkan.
6.Bulatkan setiap adunan seperti bebola kecil.
7.Panaskan air sehingga mendidih.
8.Masukkan bebola tadi di dalam periuk mengikut warna(tak boleh campur warna).

9.Apabila adunan telah masak toskan air nya dan masukkan ke dalam mangkuk
yang berisi air gula yang telah dibuat dan disejukkan tadi.
10.Siap untuk dihidangkan dan dimakan.

Cara – cara membuat air gula:
1.Panaskan air.
2.Apabila sudah mendidih masukkan gula.
3.Kacau sehingga gula larut menggunakan api sederhana.
4.Apabila gula sudah larut tutup api dan tuang air gula ke dalam mangkuk.

ONDE – ONDE

Bahan – bahan:
2 Cawan Tepung Pulut
1 Cawan Air Daun Pandan
½ Cawan Gula Melaka(inti)
1 Tsp Garam
1 Biji Kelapa Parut

Bahan – bahan air pandan:
6-8 helai Daun Pandan
1 Cawan Air

Cara – cara membuat adunan onde - onde:
1.Campurkan air daun pandan bersama tepung pulut.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit.
3.Gaul sehingga boleh diketul.
4.Bulatkan dan leperkan doh tersebut.
5.Letakkan gula Melaka di tengah – tengah adunan tadi.
6.Tutup doh dengan betul dan bulatkan adunan.
7.Setelah selesai dibulatkan,masukkan doh yang telah dibulatkan tadi ke dalam
periuk yang berisi air yang sedang mendidih.
8.Biarkan sehingga doh timbul di permukaan air.

9.Keluarkan dan toskan airnya kemudian masukkan onde - onde tadi ke dalam
mangkuk yang berisi kelapa parut yang telah dikukus tadi.Golekkan doh tersebut
bersama kelapa parut itu.
10.Setelah onde - onde disaluti dengan kelapa keluarkan dan susun onde - onde
tadi ke dalam pinggan dan siap untuk dihidangkan.

Cara – cara membuat air pandan:
1.Gunting daun pandan dan masukkan daun pandan ke dalam mesin pengisar.
2.Kemudian masukkan air ke dalam mesin pengisar.
3.Kisar air dan daun pandan sehingga sebati dan hancur.
4.Tapis air daun pandan tersebut.
5.Serbuk – serbuk daun pandan buang hanya ambil air sahaja.
6.Tuangkan air daun pandan ke dalam mangkuk.

Cara – cara untuk kelapa parut:
1.Masukkan kelapa parut ke dalam mangkuk dan kukus kelapa parut selama 10
minit.
2.Apabila sudah masak keluarkan kelapa parut daripada kukusan.
3.Masukkan garam ke dalam kelapa parut tadi.
4.Gaulkan garam bersama kelapa parut tadi.
5.Siap.


Click to View FlipBook Version