2021
LOG JAYA DIRI
➢ AHMAD DANISH BIN SAMSUL KAMAL
➢ SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU
JAAFAR
➢ 06 SEREMBAN TIMUR , NEGERI SEMBILAN
DARUL KHUSUS
5/24/2021
Nama Penuh: AHMAD DANISH BIN SAMSUL KAMAL
Tarikh Lahir: 05-06-2005 No Kad Pengenalan: 050605-05-0349
Keturunan:MELAYU Agama : ISLAM
Jantina :LELAKI No Tel Bimbit : 0108290846
Kegemaran: MELUKIS
Cita-cita: JURUTERA
Alamat Rumah: NO 16 TAMAN PD D'TROPIKA,71000 PORT
DICKSON,N.SEMBILAN DARUL KHUSUS
Nama Sekolah:SEK MEN TEKNIK TUANKU JAAFAR
Alamat Sekolah: KM 4 JALAN SEREMBAN - KUALA PILAH,AMPANGAN
70400,SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
No Kumpulan: 06
Daerah: SEREMBAN TIMUR
Negeri: NEGERI SEMBILAN
REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI
Nama Penuh:AHMAD DANISH BIN SAMSUL KAMAL
Tarikh Lahir: 05-06-2005 No Kad Pengenalan: 050605-05-0349
No Kumpulan: 06
Daerah: SEREMBAN TIMUR
Negeri: NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
BIL PERKARA TARIKH LULUS T/TANGAN
1 Fungsi Parlimen PENGUJI
2 Bendera Negeri dalam
Malaysia dan lambang Negara
dan Negeri
3 Fungsi sebuah agensi
kerajaan
4 Peta kawasan parlimen negeri
dan ahli parlimen
5 Buku log peribadi
Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.
______________________ _______________________
( Tarikh ) (Pemimpin Pengakap Remaja )
Nama dan Cop
01. FUNGSI PARLIMEN
PARLIMEN PERSEKUTUAN
Parlimen Persekutuan terdiri daripada
➢ Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan
Agong
➢ Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Pengenalan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-
syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi
Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau
Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.
Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju
dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit
telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti
mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di
tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka
diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-
raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda
adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi
negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga
menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-
tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing
dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau
Ketua-ketua Menteri.
Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen
terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen
untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk
menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan
untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6)
bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan
tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu
memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada
penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh
lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau
bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh
meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan.Parlimen akan terus bersidang selama lima (5)
tahun dari tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya
umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu. Setelah genap tempoh
masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam
tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih
wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan. Selepas itu persidangan
Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi
seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.
Sejarah Bangunan Parlimen
Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga
Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks
bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-
dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak
dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri,
kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan
menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang
dan hal memiliki harta benda.
Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari
aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang
ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham
Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana
Menteri Malaysia Pertama.
Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu
Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan
Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan
1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah
dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi
penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.
Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-
a. Bangunan Ibu (3 tingkat)
b. Menara (17 Tingkat)
Bangunan Ibu
Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam
bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat
dan Dewan Negara dibina.
Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga
bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi
memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang
hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum.
Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi
ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai
keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak
Islam asli daripada mozek merah dan biru.
Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah
surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan
jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di
atasnya.
Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di
anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap
bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar
terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat
juga pejabat-pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan
serta Persatuan Parlimen Komanwel.
Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-
ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-
pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini.
Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam
satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung
Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen
berehat semasa persidangan.
Menara
Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia
bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di
dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang
lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar
suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.Di tingkat dua menara ini
terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan
padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di
tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah
keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara
inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.
Keistimewaan Bangunan Parlimen
Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh
menyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran
matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan
terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan
dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang
lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini.
Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi
waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah
digunakan untuk membina kompleks Parlimen.
Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya
merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air
akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di
bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya
pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan
lumpur.
Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen
turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang
peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon
berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar
diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar.
Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang
dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-
puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang
didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam
kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks
Parlimen.
Fungsi Parlimen
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia
membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
negara.
Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan
kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar
kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil
cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam
mengenai perkara-perkara nasional.
Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan
sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah
memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil
"Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan. Keistimewaan ini
terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-
ahli Parlimen secara individu.
Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing,
mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-
kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah, dan
Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak
keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen
adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah
bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan
pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan
itu.
DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli.
Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:- 26 ahli
yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri
(setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). 44 ahli yang dilantik oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan
boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada
peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran
Parlimen.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai
kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan,
industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan
menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua
Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji
bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli
Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili
satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai
melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang
memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi
mentadbir negara. Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti
berikut:-
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli
dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa
mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan
sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi,
menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
02. BENDERA NEGERI DALAM MALAYSIA BERSAMA LAMBANG
NEGARA DAN NEGERI
BENDERA MALAYSIA
BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG
Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah
atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah,
Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis,
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke
bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan
rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda
Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda
perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning
pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja.
JATA NEGARA MALAYSIA
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13
buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan
Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu
tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda
Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan
bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka.
Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat
dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah
itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning
warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah,
hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di
sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah
Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan
sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu
digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di
sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada
awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-
raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat,
bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja
untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa
megah dan menghormati bendera mereka.
BENDERA NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang
berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang
menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah
negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah
dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu
dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna
kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu
adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-
tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda
Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.
BENDERA NEGERI JOHOR
Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula
maksudnya Kerajaan Negeri.
LAMBANG NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu
menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor
Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak
Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang
memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas
yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan
yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan
Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.
BENDERA NEGERI KEDAH
Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah
perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di
atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan
juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol
agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung
dan penjaga rakyatnya
LAMBANG NEGERI KEDAH
Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan
tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
BENDERA NEGERI PERAK
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur
putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih
melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Perak Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli
Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam
melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
Darul Ridzuan.
LAMBANG NEGERI PERAK
Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini
dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata
melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan
Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan
sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.
BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu
putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam
adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada
suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang
yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan
warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang
adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam,
tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai
negeri beraja dan berdaulat.
LAMBANG NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa
dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari
emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika
itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia
menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah
lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga
dijadikan azimat yang berguna.
BENDERA NEGERI KELANTAN
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat
Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja
negeri ini.
LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris
maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan
bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa
negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua
ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala
Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada
akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang
kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan
gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah
cogankata negeri ini.
BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna
Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah
negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah
lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
LAMBANG NEGERI MELAKA
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri
dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan
termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang
pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka
ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor
pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua
iaitu pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama
mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan
membukanya.
BENDERA NEGERI PERLIS
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya
rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama yang erat di antara Raja
dengan Rakyat baginda.
LAMBANG NEGERI PERLIS
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri
iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.
BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau
itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai.
Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana
pulau itu mendapat namanya.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna
kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang
mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang
tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di
dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan
empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-
lain.Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima
(5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip
Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau
Pinang.
BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging
dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga
kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu
agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan
warna putih.
LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak
merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah
Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat
Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah
cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai
sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia
melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna
Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda.
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan
pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula
merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah
Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di
sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai
melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
BENDERA NEGERI SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan
pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk
mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah
dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning
menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order),
perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak
mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi
memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung
sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal
di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat
kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan
selepas merdeka.
LAMBANG NEGERI SARAWAK
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang
tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya
usaha, berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini
juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri
lain di dunia.
BENDERA NEGERI SABAH
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2.
Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka
lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar
belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah
petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga
jalur warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi
kaki bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah
berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon
melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih melambangkan
kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan
dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah
Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu
melambangkan Negeri Sabah.
LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa
dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang
terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah
cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama
lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini
tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam
bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu
dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan
cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan
yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan
kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah
kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima
buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon
melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih
melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan
semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri
Sabah.
Wilayah Persekutuan
CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan
Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan
seluruh rakyat Malaysia.
Kuning : Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
Biru Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan
Merah : kebenaran.
Jata
Negara : Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
Tiga (3) (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah
Bintang : Persekutuan.
Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah
Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah
: Persekutuan.
Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna
merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas
berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih,
biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna
Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi
Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan
bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan
Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
• Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan
adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
• Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan
dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab,
berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
• Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup
bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan
pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.
• Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta
mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah
Rukun Negara.
• Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi
lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang
terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih,
biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan
lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan
dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan
keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan
melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak
pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang
utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan
Malaysia sebuah negara maju.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan
merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna
kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala
Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14
jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah
negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di
bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang
melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14
melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.
• Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan
wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
• Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah
bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan
bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
• Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala
Lumpur.
• Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan
bandaraya dalam taman bercahaya
Fungsi Agensi Kerajaan
Setiap negara mempunyai agensi kerajaan mereka yang tersendiri.
Agensi kerajaan memang mempunyai peranan yang banyak dan penting
terutama dalam memastikan pembangunan negara berjalan mengikut jadual.
Peranan terpenting agensi kerajaan adalah untuk memastikan semua
program kerajaan berjalan dengan lancar. Agensi kerajaan merupakan pelaku
yang paling hampir dengan rakyat.
Pemimpin negara akan mengagih-agihkan peranan tertentu kepada
agensi kerajaan untuk dijelmakan dalam bentuk program kepada rakyat.
Pegawai-pegawai agensi kerajaan akan merangka pelbagai program
berdasarkan harapan pemimpin negara. Jadi, tanpa agensi kerajaan
perancangan yang dilakukan oleh para pmimpin negara akan gagal.
Selain itu, agensi kerajaan berperanan untuk memberi penerangan dan
bantuan teknikal kepada rakyat mengikut tugas mereka. Pekerja agensi
kerajaan yang terlatih akan menyalurkan pengetahuan mereka kepada rakyat
yang dapat merealisasikan impian negara itu. Maklumat yang diberikan oleh
pekerja agensi kerajaan memastikan rakyat tidak melakukan kesilapan dalam
menjalankan sesuatu aktiviti.
Secara amnya, agensi kerajaan membantu meningkatkan taraf
kehidupan rakyat di negara ini. Semua program yang diatur oleh agensi
kerajaan berhasrat untuk memastikan taraf hidup rakyat berubah dengan lebih
baik. Kemas berperanan membantu penduduk kampung mempunyai
pendidikan awal yang baik dan kemahiran tambahan seperti menjahit dan
menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Agensi kerajaan bertindak
sebagai pemangkin dalam memajukan rakyat di negara ini.
Agensi kerajaan juga berperanan untuk menyebarkan manifesto
kerajaan kepada rakyat. Semua dasar dan harapan pemimpin negara
disalurkan kepada rakyat melalui agensi kerajaan. Keadaan ini memastikan
rakyat memahami dan bersedia untuk bekerjasama menjayakan sesuatu
dasar kerajaan itu. Tanpa bantuan rakyat usaha kerajaan akan menjadi sia-
sia. Agensi kerajaan menjadi mata dan telinga pemimpin negara.
Kesimpulannya, agensi kerajaan mempunyai peranan yang cukup
bermakna dalam pembangunan negara. Agensi kerajaan memerlukan semua
tenaga yang ada untuk menjayakan rancangan pemimpin kita. Cuma rakyat
harus memberikan sedikit sokongan untuk meringankan beban mereka dalam
menjalankan tanggungjawab berat itu. Bersatu teguh bercerai roboh harus
menjadi renungan kita semua dalam perkara ini.
Majlis Amanah Rakyat (Mara)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan
berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA
adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera
dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf
ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru.
Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu
Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah
pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya.
Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi
Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur.
Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan agar RIDA disusun semula
telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development Authority
ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di
kawasan luar bandar.
Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh
MARA. Penguasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan
agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera
mempunyai kedudukan yang sewajarnya.
MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan
Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua
daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Intitusi Pendidikan Di Bawah MARA
• Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), diwujudkan bagi pelajar bumiputera
yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam
yang cemerlang
• Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan
pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program
matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
• Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk
melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
• GiatMARA
• Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
• Institut Kemahiran MARA (IKM)
• German-Malaysian Institute (GMI)
• Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
• Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
• Universiti Teknologi MARA (UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi
MARA (ITM) – Kini diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Kawasan Parlimen Negeri Sembilan
P 126 JELEBU YB DATUK SERI JALALUDDIN BIN ALIAS - BN
P 127 JEMPOL YB DATO' HAJI SALIM SHARIF -BN
P 128 SEREMBAN LOKE SIEW FOOK- PKR
P 129 KUALA PILAH DATO' EDDIN SYAZLEE BIN SHITH -PPBM
P 130 RASAH CHA KEE HIN - PKR
P 131 REMBAU YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
-BN
P 132 PORT YB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM -PKR
DICKSON
P 133 TAMPIN DR HASAN BIN BAHAROM - PKR
KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) NEGERI SEMBILAN
N01 CHENNAH YB TUAN LOKE SIEW FOOK -HARAPAN
N02 PERTANG
N03 SUNGAI LUI YB TUAN NOOR AZMI BIN YUSOF-BN
N04 KLAWANG YB TUAN MOHD. RAZI BIN MOHD. ALI -
BN
N05 SERTING YB DATO' HAJI BAKRI BIN SAWIR-
HARAPAN
N06 PALONG YB DATO’ HJ. SHAMSHULKAHAR BIN
HAJI MOHD. DELI -BN
N07 JERAM PADANG YB TUAN HJ. MUSTAPHA BIN NAGOOR
-BN
N08 BAHAU YB DATO’ MANICKAM A/L
N09 LENGGENG LETCHUMAN - BN
YB TUAN TEO KOK SEONG -HARAPAN
N10 NILAI
YB TUAN HJ. SUHAIMI BIN KASSIM -
N11 LOBAK HARAPAN
N12 TEMIANG YB TUAN ARUL KUMAR A/L
N13 SIKAMAT JAMBUNATHAN - HARAPAN
YB TUAN CHEW SEH YONG-HARAPAN
YB TUAN NG CHIN TSAI - HARAPAN
YAB DATO’ SERI HAJI AMINUDDIN BIN
HAJI HARUN -HARAPAN
N14 AMPANGAN YB DATO' DR. MOHAMAD RAFIE BIN
AB. MALEK - HARAPAN
N15 JUASSEH YB DATO’ HJ. ISMAIL BIN HJ. LASIM-
N16 SERI MENANTI BN
YB DATO’ HJ. ABD. SAMAD BIN HJ.
IBRAHIM - BN
N17 SENALING YB DATO’ HJ. ADNAN BIN ABU
N18 PILAH HASSAN -BN
N19 JOHOL YB TUAN MOHAMAD NAZARUDDIN
N20 LABU BIN SABTU -HARAPAN
N21 BUKIT KEPAYANG YB TUAN HJ. SAIFUL YAZAN BIN
N22 RAHANG SULAIMAN -BN
N23 MAMBAU YB DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJI
N24 SEREMBAN JAYA AHMAD- HARAPAN
N25 PAROI YB PUAN NICOLE TAN LEE KOON -
N26 CHEMBONG HARAPAN
N27 RANTAU YB PUAN MARY JOSEPHINE PRITTAM
N28 KOTA SINGH - HARAPAN
N29 CHUAH YB TUAN YAP YEW WENG-HARAPAN
N30 LUKUT
N31 BAGAN PINANG YB TUAN GUNASEKAREN A/L
N32 LINGGI PALASAMY -HARAPAN
N33 SRI TANJUNG YB DATO' HAJI MOHAMAD TAUFEK
N34 GEMAS BIN ABD. GHANI - HARAPAN
N35 GEMENCHEH YB DATO’ HJ. ZAIFULBAHRI BIN HAJI
N36 REPAH IDRIS -BN
YB DATO' SERI UTAMA HAJI
MOHAMAD BIN HAJI HASAN -BN
YB DATO’ SERI DR. HJ. AWALUDIN BIN
SAID -BN
YB DATO' YEK DIEW CHING-HARAPAN
YB TUAN CHOO KEN HWA- HARAPAN
YB DATO’ HJ. TUN HAIRUDIN BIN ABU
BAKAR -BN
YB DATO’ HJ. ABDUL RAHMAN BIN
MOHD. REDZA- BN
YB DATO RAVI A/L MUNUSAMY -
HARAPAN
YB DATO’ ABD. RAZAK BIN AB. SAID -
BN
YB DATO' MOHD. ISAM BIN HAJI
MOHD. ISA -BN
YB TUAN VEERAPAN A/L
SUPERAMANIAM - HARAPAN
KAWASAN PARLIMEN TEMPAT KEDIAMAN :
Kawasan Parlimen: P132 :PORT DICKSON
Nama ahli Parlimen: YB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM
KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) TEMPAT KEDIAMAN:
Kawasan DUN: N33: SRI TANJUNG
Nama Ahli DUN : YB DATO RAVI A/L MUNUSAMY