The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yogasaputrangin, 2022-11-10 10:15:17

KONSEP PERPADUAN , KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN

MPU 21302
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Keywords: ETIKA KONSEP PERPADUAN , KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN

MPU 21302
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KONSEP PERPADUAN , KESEPADUAN DAN

PENYATUPADUAN

Nama Pensyarah : Puan Noorwati binti Mohd Dawam

Kelas : DAS 1B

Jabatan : Kejuruteraan Awam

Sesi : 2022/2023

NAMA NUM MATRIK
17DAS22F1042
NURUL KHAUNMNAPNU​LAN 7 17DAS22F1044​
17DAS22F1046​
YOGA SAPUTRA 17DAS22F1050​
NUR SYAFIQA 17DAS22F1048​

MUHAMMAD NAIM​
ADDINI AYUNI​

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

PENDAHULUAN 01

KONSEP PERPADUAN,KESEPADUAN DAN
02
PENYATUPADUAN

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI
03-04
MALAYSIA

FAKTOR - FAKTOR BERLAKUNYA
05 - 06
KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN

ANTARA KAUM

KONSEP MASYARAKAT DAN BUDAYA 07 - 09

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
10
MASALAH ETNIK DAN KAUM

DASAR PERPADUAN NEGARA MALAYSIA 11

BAGAIMANA MENJADIKAN MALAYSIA KE
12
ARAH PERPADUAN

ETOS NASIONAL 13

KESIMPULAN 14

Pembuka Bicara

Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh

Pada kesempatan yang baik ini, marilah kita panjatkan puji dan syukur kehadirat Allah
SWT yang telah memberikan kita semua nikmat dan hidayahnya sehingga kita dapat
bersama-sama dalam keadaan sihat pada hari ini yang telah memberikan kita semua nikmat
dan hidayahnya sehingga kita dapat bersama-sama dalam keadaan sihat pada hari ini.

Pertama-tama, marilah kita semua sekali memberikan puji syukur kehadirat Allah SWT
yang telah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita. Berkat redha-Nya kami dapat
berkumpul di hari yang sempurna ini dalam keadaan sihat walafiat untuk melaksanakan
tugasan yang telah diamanah kepada kumpulan kami oleh Puan Noorwati binti Mohd
Dawam. Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan Tugasan
ber kumpulan yang telah diamanahkan ini.

Perpaduan masyarakat berbilang bangsa,agama dan budaya. ialah kunci kedamaian,
kemakmuran, kestabilan dan kelangsungan pembangunan negara. Tanpa perpaduan,
negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak,kemajuan dan keamanan yang
berterusan. Nikmat yang negara kita peroleh kini ialah bukti yang jelas bahawa formula
perpaduan dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara berada pada landasan yang
betul. Kita mempunyai tahap kerjasama dan toleransi yang amat tinggi dalam kalangan
bangsa dan kaum dan dari segi agama di Malaysia.

Perpaduan rakyat Malaysia semakin terserlah di saat kita bersama-sama bersatu untuk
memerangi penularan dan memutuskan rangkaian wabak Covid-19. Kesepakatan yang
ditunjukkan oleh rakyat sebagai jentera perpaduan pada saat krisis ini berlaku
mencerminkan kematangan rakyat memahami makna perpaduan dan kesepaduan sosial
antara kaum.

Jika selama ini, elemen perpaduan diterapkan secara berasingan dalam dasar kerajaan
yang lain, sudah sampai masanya perpaduan juga mempunyai dasarnya sendiri. Perpaduan
dalam Kepelbagaian bukan sekadar mantera yang diucapkan tanpa makna. Konsep
perpaduan ini perlu difahami, dihayati dan disemat dalam hati.

Nikmat yang negara kita peroleh kini ialah bukti yang jelas bahawa formula
perpaduan dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara berada pada
landasan yang betul. Kita mempunyai tahap kerjasama dan toleransi yang
amat tinggi dalam kalangan bangsa dan kaum dan dari segi agama di
Malaysia.

Perpaduan sebagai amalan hidup kita yang berterusan.

"Raikan perbezaan."

Semarakkan perpaduan
-SENATOR DATO’ SRI TI LIAN KER-

PENDAHULUAN

Perpaduan,Kesepaduan & Penyatupaduan

Oleh :Mohamad Naim

M alaysia secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia
adalah sebuah Negara yang masyarakatnya dicirikan
oleh perpaduan dalam kepelbagaian. Negara bekas tanah
jajahan yang berdepan dengan cabaran perpaduan in
kepelbagaian yang muncul dari kepelbagaian masyarakat ,
kaum , agama dan etnik. Sering diungkapkan sebagai
keunikan negara ini. Hal ini adalah kerana, Malaysia
dibentukan sebegini oleh sebab kesan lansung dari
pembentukan plural society semasa era penjajahan barat.
Penerimaan ini dilandaskan kepada andaian bahawa
kepelbagaian berpotensi besar mencabar perpaduan.

Terutamanya berikutan peristiwa tragis pada 13 Mei
1969. Kepelbagaian ekonomi merujuk kepada kehadiran
identiti etnik dalam aktiviti ekonomi negara (contohnya,
pekerja ladang India, peniaga Cina, dan petani Melayu),
dan perbezaan dan jurang ekonomi antara etnik Melayu dan
etnik Cina begitu besar sehingga menyebabkan ketegangan
dan peralihan.

Semenjak selepas kejadian itu sehingga sekarang,
PERPADUAN menjadi slogan, sebutan dan idaman, dan
termaktub sebagai matlamat akhir Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang digubal dan dilancarkan pada 1971.

Dalam kata lain, wujudnya diversity (kepelbagaian)
dengan tiga wajahnya itu tidak dinafikan, namun secara
sedar penekanan Kerajaan Malaysia adalah terhadap
PERPADUAN. Rakyat mesti BERSATU menghadapi
cabaran kepelbagaian, yang diungkapkan dalam beberapa
konsep lain seperti kerencaman sosial, heterogeneity, multi-
ethnic, multi-cultural, berbilangkaum, dan selainnya.

Ternyata PERPADUAN yang dinyatakan dan
diinginkan semenjak 1971 masih belum tercapai setelah
lebih 40 tahun. Sehingga kini slogan Perpaduan Nasional,
Integrasi Nasional, Bangsa Malaysia dan 1Malaysia terus
menerus dilaungkan, dinyanyikan dan disebut-sebut di
media. Ratusan kajian dan tulisan telah dihasilkan untuk
memecahkan kebuntuan ini. Seolah-olah ianya tidak
tercapai.

Diambil dan diubah suai daripada 'Ucaptama untuk

‘Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan: Perkongsian

Pengalaman,”anjuran bersama Institut Kajian Etnik

(KITA), UKM, JPT, Kementerian PelajaranMalaysia

(KPM), dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional (JPNIN)' 19-21 Januari 2014

1

01KONSEP PERPADUAN, KESEPADUAN

DAN PENYATUPADUAN

Satu Negara, Satu Kata Akar, Tiga Konsep Keramat

Oleh :Mohamad Naim

G agasan perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan
telah pun dibincangkan secara meluas oleh rakyat
cerdik pandai negara kita.Pemikiran perpaduan kuno perlu
diganti dengan pemikiran baru yang melibatkan tiga proses
serentak perpaduan, kesepaduan dan Integriti.
Apakah maksud Perpaduan?
Secara umumnya perpaduan adalah kesamaan dan kesatuan
identiti seperti satu bangsa dan satu budaya. Bagi Malaysia
yang mempunyai kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan
budaya, konsep yang ditekankan dalam Dasar Perpaduan
Negara adalah ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’.
Apakah maksud Kesepaduan?
Keadaan Bersepadu, menjadi kesatuan utuh, Keadaan aman,
stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi masih
diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk definit sosial
yang wujud dalam sesebuah masyarakat
Apakah maksud Penyatupadu?
Proses menyatupadukan ; Usaha berterusan pada peringkat
semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit
sosial berasaskan tapak intergriti berprinsipkan tawar-
menawar perundingan dan mediasi.
Oleh itu, menyedari bahawa usaha mencapai perpaduan
Malaysia adalah satu proses yang lama dan sukar,
meletakkan 3 perkara ini dalam frasa tiga konsep keramat
perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Konsep ini
sebagai permulaan melihat dan menyusun segala yang rumit
dan pelbagai dalam imaginasi sosial yang berkait dengan
masyarakat majmuk. Mengembangkan konsep ini pula akan
mengupas isu-isu sosial, politik dan ekonomi yang terdapat
di Malaysia.

2

02KEPENTINGAN PERPADUAN
KAUM DI MALAYSIA
Oleh :Mohamad Naim

Perpaduan antara rakyat Malaysia Kestabilan politik
merupakan satu keistimewaan yang
memainkan peranan penting demi mencapai Dalam hal ini, perpaduan kaum amat
status negara maju depan menjelang tahun penting untuk mengekalkan kestabilan
2022. Banyak negara di dunia mencontohi politik. Kestabilan politik dalam setiap
Malaysia sebagai negara yang berbilang jabatan amat perlu bagi menjamin
bangsa, agama dan budaya kerana keutuhan struktur pentadbiran
keharmonian dan kemakmuran antara kaum Malaysia.Fungsi pentadbiran Negara pula
serta budaya menjadi pegangan kepada perlu dilaksanakan secara sistematik
pandangan positif rakyat antarabangsa kerana banyak negara luar yang gemar
terhadap Malaysia. berurusan dengan pemimpin
Malaysia.Impak positif yang berlaku ialah
Menjamin Negara Malaysia Negara Malaysia dapat melebarkan ruang
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat lingkup jalinan persahabatan dan
perdagangan bagi mencakupi arena global.
menjamin Negara Malaysia. Amnya Umpamanya, kestabilan politik di Johor
mengetahui bahawa Malaysia terdiri telah memberi keyakinan kepada pelabur-
daripada berbilang bangsa di mana majoriti pelabur asing untuk melabur di Malaysia
rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, bagi membangunkan Wilayah
Cina dan India yang mempunyai pelbagai Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu,
adat resam, agama dan kepercayaan sejak perpaduan kaum yang telah menyumbang
lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin ke arah kestabilan politik memberi
yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, pulangan yang lumayan kepada Malaysia
Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambathan bak kata pepatah Melayu’ pucuk dicta,
serta ramai pemimpin berwibawa yang lain ulam mendatang’ kerana kedua- duanya
telah berunding dan bertolak ansur untuk memberikan faedah kepada Malaysia.
mencapai perpaduan demi sebuah negara
yang tercinta. Kini, sudah menjadi Merapatkan Jurang Perbezaan Ekonomi
tanggungjawab kita untuk terus
memelihara perpaduan yang telah kita Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting
warisi sejak zaman-berzaman lagi. Melalui bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai
perpaduan dan keharmonian, Malaysia kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi
telah mengorak langkah serta melalui satu ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
fasa perubahan yang drastik sehingga kita diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2,
standing dengan negara-negara maju yang Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970, beliau
lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu
dunia. Tambahan pula, ada segelintir rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum
pemimpin dunia yang menjadikan telah memusuhi kaum yang lain dalam peristiwa berdarah
Malaysia sebagai suri teladan untuk 13 Mei 1969.Impak positif daripada formulasi ini, wujud
membentuk perpaduan rakyat mereka semangat bertolak-ansur dalam kalangan rakyat dalam
seterusnya mencetuskan keharmonian usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas
negara. dapat dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha
meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin melaui
proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya,
usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat
penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

3

03FAKTOR - FAKTOR BERAKUNYA

KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA

KAUM
Oleh : Nur Syafiqa

Penubuhan sekolah vernakular
ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan menghantar
anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Ini kerana mereka
merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin
kecemerlangan akademik anak mereka. Hal ini akan menyebabkan
anak mereka menjauhi hubungan antara etnik.
Keadaan politik di negara kita
Isu-isu mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi
sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu.
Dalam hal ini, teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik
berkenaan isu sensitif tersebut tidak selalunya betul lebih-lebih lagi
ketika menegur. Hal ini akan memberikan impak yang negatif
kepada rakyat.
Masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di
kalangan etnik
Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu telah wujud sejak
dahulu lagi. Hal ini disebabkan ketidaksefahaman yang berlaku dan
menyebabkan munculnya konflik . Sebagai contoh , peristiwa 13
Mei 1969 yang dapat dijadikan sebagai pengajaran.
Propaganda perkauman di media sosial
Pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi
kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara. Hal ini menjadikan
keselamatan negara terdedah kepada pelbagai ancaman. Oleh hal
demikian, walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif
maklumat dalam mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna
kurang berhati-hati apabila melemparkan tuduhan.

4

04KONSEP MASYARAKAT DAN
BUDAYA

Oleh : Addini Ayuni

Maksud Masyarakat
Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai
ciri – meliputi unit-unit sosial dan institusi-institusi sosial yang lebih luas.
Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial
yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit
sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem
interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi
bersandar atas kepentingan tersendiri.
Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat.
Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya
dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan.
Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-
individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini
terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu
adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi.
Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola
interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilai-nilai sosial.

Maksud Budaya
Dalam bahasa Melayu “budaya” itu berasal daripada perkataan “budi”,
iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-
perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi
lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian “daya” dan “budi”
yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan
fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu.
Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.

Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan
anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh
berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam,
kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil
dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai
peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan
gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.

5

05LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
MASALAH ETNIK DAN KAUM

Oleh : Addini Ayuni

Memperbaiki dasar pendidikan negara untuk membangunkan ekonomi kaum
Dasar Pendidikan negara perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat
untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu
untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang terutamanya bidang
ekonomi.
Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara
ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan. Melalui pendidikan,
pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk
menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat kerajaan, ianya boleh
dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan
kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi.

Menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pengerat hubungan antara etnik
Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif.
Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan,
ianya menampakkan semangat perpaduan yang positif diantara pelajar-pelajar
pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan
semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai
di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara
aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran
terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.

Media massa memberi pendedahan kebudayaan dalam pelbagai etnik
Media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih
lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik
dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat
memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

Menjadikan rukun negara sebagai panduan
Pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara, menunjukkan
kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan dan
kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini. Kita hendaklah
menunjukkan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita
mahukan yang terbaik untuk diri kita. Hal ini akan mendorong kita untuk lebih
bersikap bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain.
Kita tidak akan memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan
menindas atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima oleh kaum lain.
Kita juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara yang
dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-undang dan
keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.

6

06DASAR PERPADUAN NEGARA
MALAYSIA
Oleh : Nur Syafiqa

Apakah Dasar Perpaduan Negara (DPN)?
Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha
berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan
rakyat. Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan
keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala tuju
perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia
sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur. DPN merupakan
dasar pertama negara yang khusus kepada pengukuhan perpaduan dan integrasi
nasional.
Apakah manfaat Dasar ini kepada rakyat?
Dasar ini perlu dijadikan panduan kepada semua pihak; tidak kira Kementerian dan
Agensi Kerajaan, sektor swasta, NGO dan masyarakat sivil serta seluruh rakyat
Malaysia agar semua dapat memainkan peranan masing-masing dalam
menyemarakkan perpaduan berdasarkan kemampuan setiap golongan masyarakat.
Setiap rakyat Malaysia yang menghargai keharmonian negara seharusnya melibatkan
diri dalam usaha untuk mencapai matlamat Dasar ini, demi kesinambungan dan
generasi akan datang.
Dasar Perpaduan Negara adalah bagi manfaat setiap rakyat Malaysia. Agenda
perpaduan negara memerlukan komitmen dan usaha semua pihak dan merupakan
tanggungjawab bersama. Setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan masing-
masing dalam mencapai agenda perpaduan di peringkat individu, keluarga dan
komuniti.
Apakah matlamat DPN yang ingin dicapai?
DPN mempunyai tiga (3) objektif yang ingin dicapai iaitu:

1.Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara;

2.Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin,
toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab; dan

3.Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.
.

7

07 BAGAIMANAKAH KITA DAPAT
MENJADIKAN MALAYSIA KE ARAH PERPADUAN?


Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman

dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita,
tetapi bagaimanakah cara untuk kita mengekalkan perpaduan di dalam negara yang mempunyai
kepelbagaiannya jenis orang ini?

Menghormati budaya dan adat resam
Masyarakat haruslah mempunyai sifat sayang

kaum lain
dan setia dengan negara mereka.
Menghormati budaya dan adat masing-masing
kuatkan perpaduan di Malaysia. Kita harus Lambang-lambang kebesaran negara seperti
sentiasa hormat-menghormati antara satu sama bendera, lagu kebangsaan dan jata negara harus
lain tanpa menghirau kedudukan, bangsa atau dikanali dan dihormati oleh setiap warganegara
agama. Seperti, kita tidak berhak mengkritik Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang
atau mengutuk adat resam dan kepercayaan haruslah dikibarkan dengan penuh semangat
kaum lain dan menghormati budaya mereka dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan
sepenuhnya. Oleh itulah hubungan dan kita tidak boleh membenarkan bendera negara
kelakuan kita harus diperhatikan dengan lebih dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus
terperinci supaya ia tidak membawa berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
ketidakharmonian di negara kita yanga akan berkibar di tiang bendera tertinggi didunia. Kita
menyebabkan perpaduan di negara kita hancur. juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan
lagu negaraku, menghayati liriknya dan
Memupuk sifat berdisiplin di dalam
menyanyikannya dengan penuh bersemangat
kalangan rakyat Malaysia. dan menjaga atau mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara kita. Dengan tindakan-
Memupuk sifat berdisiplin di dalam kalangan tindakan ini perpaduan terhadap negara kita
rakyat Malaysia juga amatlah penting dalam dapat ditubuhkan kerana betapa banyaknya
memupuk perpaduan. Peraturan dan undang- yang nampak kita sayang dan hormat akan
undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah negara kita.
dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Apatah lagi ini dapat menimbulkan sifat buruk Rakyat perlu memupuk sifat tolong menolong

sangka antara satu sama lain di negara itu. Oleh antara satu sama lain.
itu, tanpa sifat berdisiplin ini perpaduan dan
keharmonian rakyat akan menjadi sangat Rakyat perlu memupuk sifat tolong menolong

berantakan dan sifat berdisiplin ini sangatlah seperti sentiasa cuba menghulurkan tangan

penting untuk semua rakyat mengamalkan kepada rakyat lain yang kesusahan tanpa kira

supaya perpaduan di negara kita dapat status dan kaum mereka. Contohnya,

dibentukkan. melakukan aktiviti seperti menderma,

bergotong-royong bersama-sama dan banyak

lagi. Dengan ini rakyat dapat menjadi lebih

dekat dengan sesama sendiri dan sifat

perpaduan ini dapat dibangkitkan lagi supaya

rakyat-rakyat kita dilihat sebagai rakyat yang

bersepadu.

8

08 ETOS
NASIONAL
M
aksud etos dalam kamus dewan ialah
sifat ciri sesuatu bangsa ,budaya dan Menurut Nazri muslim, terdapat bebrapa
lain lain. Ia berasal daripada perkataan greek dimensi utama yang dapat menjelaskan etos
yang membawa makna perkataan atau bangsa sesebuah masyarakat. Etos bangsa
karakter. Menurut Mansor et al, perkataan etos terbina apabila masyarakat berkongsi nilai yang
berasal daripada perkataan etika, sikap, sama. Nilai masyarakat yang dikongsi bersama
keperibadian ,watak, karakter serta keyakinan merangkumi elemen kerjasama dan
atas sesuatu perkara. menghormati setiap individu, toleransi,disiplin
diri serta demokrasi. Di samping itu, Etos
Menurut pendapat Tun Dr.Mahathir Etos bangsa juga akan terbina melalui perkongsian
nasional bangsa malaysia ialah: perasaan dan semangat. Perasaan dan semangat
dalam konteks etos bangsa dapat di ketegorikan
1)Perkongsian sejarah kepada perasaan kekitaan, semangat patriotisme
2)Perkongsian nilai dan nasionalisme dan perasaan sebagai seorang
4)Perasaan kekitaan bersama warganera malaysia.
5)Perkongsian masa depan
6)Kesetiaan
7)Komitmen
8)Keterikatan emosi negara

Masyarakat multietnik malaysia juga membawa
suatu identiti tersendiri. Identiti bangsa
malaysia merujuk kepada beberapa sub-dimensi
iaitu bangsa malaysia ,bahasa malaysia
,simbol-simbol negara dan beli barang buatan
Malaysia. Sesebuah masyarakat yang tidak
mempunyai kesedaran tentang etos bangsa tidak
akan berupaya untuk hidup sebagai satu unit
kolektif apatah lagi untuk membentuk sebuah
negara-bangsa yang ideal.
Etos nasional menjadi pusat kepada agenda
pembinaan negara-bangsa khususnya dalam
konteks untuk mencapai matlamat perpaduan
negara dan integrasi nasional. Etos nasional
perlu mempunyai ciri-ciri unik masyarakat
setempat yang mengikat seseorang individu
dengan individu yang lain dan yang mengikat
individu dengan negara. Ciri-ciri unik etos
nasional merangkumi empat dimensi utama
iaitu:
Ciri unik etos nasional
Perasaan identiti
Nilai semangat
Kepercayaan

8

Kesimpulan

Oleh :Yoga Saputra

K esimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen
yang penting dan harus diberi perhatian kerana
perpaduan etnik antara masyarakat adalah amat penting
bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta
menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada
kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan,
negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-
masing.

Cadangan

Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati 8
nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,
Ketabahan,Rendah hati, Penerimaan, Kesetiaan,
Meritokrasi,Pendidikan dan Integriti.

Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses
pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan global yang besar, Oleh itu, negara kita amat
memerlukan kesatuan dari golongan masyarakat tanpa
mengira agama dan bangsa.

Penutup

Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati
antara kaum ya diterjemakkan secara berlebihan hanya akan
mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan
akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan
usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-
pemimpin dahulu.

9

Q.S. Ali Imran [3]: 103
‫ي ُْكم ِْإذ َوْاُذك ُروا ِْنَع َم ت َِّهللا ََع ل وۚا ُق ِب َْحِبل َِّهللا َِج مًيعا َوَال ََتف َّ ْر‬
‫َوْاَع ِتُص موا ا َُوكُنْتم َع َٰىل ََش فا ُْكم َف َْأَص ْبُحتم ِِبْنَع ِم ِته ِْإَخوًان ِوب َف َْبَين‬

‫ُق ُل َّل َْع دًاء َف َأ ُكُنْتم َأ َّل ُْكم َْتَه ُتدَون َل ُْكم َآيِاِته ََلع َِلك َُيِّبُين َُّهللا‬
‫ ُْحف ٍَرة َِّم ن اَّلنا‬. ‫َنَقُذكم ِّْم َنهۗا َك َٰذ َف َأ ِر‬




Artinya:

“Dan berpegang teguhlah kalian pada tali (agama) Allah seraya
berjama’ah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah
nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah)
bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan
karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu)
kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan
kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.” Inilah rahsia yang
menghasilkan perpaduan dalam persaudaraan, kerana orang yang
beriman akan melaksanakan suruhan Allah atas dasar keikhlasan
yang akan menjadikan mereka orang yang berakhlak lohor dan
mulia. Ia akan sentiasa berusaha menyuburkan ukhuah Islamiah
itu dengan ikatan kasih sayang dan sanggup berkorban, baik
berkorban harta, masa, tenaga atau fikiran. Jika perkara ini
diamalkan oleh semua orang perpaduan dapat dicapai, kehidupan
menjadi aman, negara bertambah maju dan kukuh serta selamat
dari sebarang ancaman atau pengaruh anasir yang tidak baik.

10

RUJUKAN

BIL RUJUKAN
1 http://meepawn.blogspot.com/2016/08/langkah-langkah mengelakkan-
masalah.html
2 https://www.perpaduan.gov.my/images/document/pe

nerbitan/Dasar_Perpaduan_Negara-1.pdf
https://www.academia.edu/5828754/Perpaduan_Kes

3 epaduan_dan_Penyatupaduan_Satu_Negara_Satu_Ka

ta_Akar_Tiga_Konsep_Keramat
4 https://www.coursehero.com/file/p3iauh52/Konse p-Perpaduan-Kesepaduan-

dan-Penyatupaduan sudah-banyak-dibincangkan-oleh/

5 Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia | Jobstore Careers Blog -

Malaysia's best career blog

6 https://www.academia.edu/21464149/KONSEP_MASYARAK

7 Perpaduan Kesepaduan dan Penyatupaduan S - Perpaduan, Kesepaduan dan

Penyatupaduan: Satu Negara, - StuDocu

8 Konsep Perpaduan, Kesepaduan, Penyatupaduan - Membalik Buku Halaman
1-23 | AnyFlip


Click to View FlipBook Version