Si Katak
Yang
Sombong
Pada suatu hari, anak katak pergi bersiar-siar di dalam
hutan.
Anak katak terjumpa dengan seekor kucing.
Dia berasa sangat takut kerana tidak pernah melihat
kucing. 1
“Wah, besar sungguh haiwan ini!” kata anak katak
dalam hatinya.
Anak katak terus melarikan diri dan segera pulang.
2
Anak katak memberitahu ibunya,
“Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!”
Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong,
“Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar.”
3
“Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu.”
kata anak katak kepada ibunya.
Ibunya segera mengembungkan badannya.
4
“Adakah haiwan itu sebesar ini ?” ibunya bertanya lagi.
Anak katak menjawab, “Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi.”
“Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?”
tanya ibunya lagi.
5
Ibu katak itu pun cuba mengembungkan
badannya supaya menjadi lebih besar lagi.
POP !!!
Anak katak terkejut mendengar bunyi letupan itu.
6
Ibu kepada anak katak itu mati kerana cuba mengembungkan
badannya menjadi lebih besar.
Akhirnya, badannya pecah.
Itulah akibatnya kerana sombong.
7
NILAI MURNI
Jangan sekali-kali bersikap sombong dan 8
ingin membangga-banggakan diri.
Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk.
Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri
sendiri.