Kajang
Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu
Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan
mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang
ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.
Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah
tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan
melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api.
Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat
pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di
sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.
Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di
kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut.
Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit-bukau. Tanah
datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai
seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai
Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat
awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang.
Asal usul nama Kajang
Terdapat beberapa pendapat tentang asal usul nama
Kajang.
Pendapat pertama:
Dipercayai Kajang mulanya diterokai oleh orang asli dari
suku Temuan kira-kira tahun 1580 lagi. Suku inilah yang
memberi nama Kajang berdasarkan sejenis mengkuang
hutan yang digunakan untuk membuat atap yang tumbuh
dengan banyaknya di kawasan itu.
Pendapat kedua:
Seorang pembesar di Sungai Ujong bernama Batin
Berenggai Besi, pernah mendirikan beberapa pondok di
pinggir sungai yang terletak di kawasan Kajang sekarang
dengan menggunakan atap mengkuang yang dilipat
kajang. Kemudian, beliau berkesimpulan tempat ini sesuai
untuk dijadikan penempatan. Sempena bentuk atap
mengkuang yang dilipat kajang.
Pendapat ketiga:
Menurut satu riwayat, maksud perkataan 'berkajang' bagi
orang Mendailing ialah berpondok/berteduh. Manakala
bagi orang Bugis 'bertikam atau bergaduh'. Kedua-dua
puak ini pernah bertikaman di salah sebuah kawasan bukit
berhadapan stesen keretapi yang ada sekarang, kerana
salah faham maksud perkataan 'berkajang'. Peristiwa ini
berlaku semasa kedua-dua golongan ini menghulu ke
Sungai Langat kerana melarikan diri dari perang saudara
yang berlaku di Kelang di antara tahun 1867 hingga 1873.
Setelah peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama Kajang.
Pendapat keempat:
Ada sumber lain mengatakan Kajang telah dibuka oleh
Encik Lili juga dikenali sebagai Toh Lili yang datang
dari Riau pada tahun 1776. Beliau adalah pengikut Sultan
Mohamed Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Shah yang
berasal dari Riau. Dengan kebenaran Sultan, beliau
bersama enam orang rakan telah membuka tanah untuk
penanaman padi di Bukit Sungai Merbau dan membuka
lombong Sungai Merbau yang kini dikenali sebagai Kajang.
Pendapat kelima:
Raja Alang dari suku Mandailing bersama sekumpulan
pengikutnya berhijrah ke Tanah Melayu pada awal tahun
1800. Kumpulan ini belayar memasuki Tanah Melayu melalui
Kuala Sungai Langat. Setelah beberapa hari berlayar,
mereka berteduh atau 'berkajang' disuatu kawasan yang
sekarang ini dipanggil Jalan Mandailing. Sebahagian
pengikut-pengikut Raja Alam telah menerokai kawasan
Kampung Batu 14 sekarang dengan penanaman padi.
Penempatan mereka ini akhirnya dimasyhurkan dengan
nama Kajang oleh Raja Alam.
Bandar Kajang membangun kerana terletak berhampiran
dengan Sungai Langat dan cawangannya iaitu Sungai
Jelok atau Sungai Jerloh. Sungai Langat merupakan laluan
utama pedagang dan pelombong mengangkut bijih
timah dan getah ke luar negara, khususnya ke
negara Britain. Jadi Kajang boleh membangun kerana
adanya faktor bijih timah dan getah.
Kajang terletak hanya 22 km dari Kuala Lumpur, 8 km
dari Semenyih dan 12 km dari Bandar Baru Bangi. Pada
masa dahulu 'pusat' Kajang ialah di pejabat pos. Tetapi kini
'pusat' Kajang beralih kepada bangunan Plaza Metro.
Kajang merupakan bandar utama dan bekas pusat
pentadbiran daerah Hulu Langat sebelum dipindahkan
ke Bandar Baru Bangi. Di sini terletak semua pejabat
kerajaan yang utama.
Antaranya:
1. Hospital Kajang
2. Radio Televisyen Malaysia (cawangan dan tapak
pemancar gelombang pendek)
3. Jabatan Imigresen Malaysia
4. Balai Polis Kajang
5. Ibu pejabat UMNO daerah Hulu Langat
6. Pejabat pos
7. Pepustakaan Awam Kajang
8. Masjid Kajang
9. Arked MARA
10. Balai Bomba Kajang
11. Jabatan Penjara Malaysia
12. Stesen kereta api KTM dan KTM Komuter
13. Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
(PKDHL).
Mercu Tanda
Kajang adalah pekan lama yang sibuk, di mana banyak jalan raya
bertembung. Kebanyakan bangunan zaman kolonial dibina sekitar tahun
1920-an hingga 1930-an. Banyak seni bina rumah kedai adalah gabungan
reka bentuk tradisional Cina dan Eropah. Aras tanah kebanyakannya
digunakan untuk kegiatan komersial dan tingkat atas sebagai penempatan
suku keluarga atau lebih dikenali sebagai 'rumah kedai'.
Salah satu mercu tanda Kajang ialah Stadium Kajang yang terletak di
tengah-tengah bandar. Stadium ini dapat menampung sehingga 5,000
orang pada satu-satu masa. Pernah juga digunakan untuk beberapa
perlawanan bola sepak bertaraf kebangsaan dan masih digunakan
sepanjang tahun untuk pertandingan sepak bola masyarakat. Perhentian
kereta api MRT (Mass Rapid Transport) yang terletak di Bandar Kajang
berada berhadapan pintu utama Stadium Kajang.
Masjid Jamek Kajang
Satu lagi mercu tanda ialah Masjid Jamek Kajang yang mudah dikenali
dengan warna kuning yang terang. KK Hotel Kajang (65 bilik) terletak di
antara Stesen Bandar Kajang dan Stesen Saujana Impian.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang (SMKTK) atau Sekolah
Tinggi Kajang (STK) atau nama asal dan Inggerisnya, Kajang High
School (KHS) adalah sekolah tertua di Kajang dan daerahnya, Hulu
Langat. Diasaskan oleh 5 orang cendikia dan dermawan tempatan iaitu
Raja Muhammad, Law Ti Kok, Kindersley, Buck dan Haji Jalil (nama-nama
yang kemudiannya dijadikan nama rumah sukan) pada tahun 1919.
Senibina bangunan utama sekolah ini banyak dipengaruhi oleh senibina
kolonial Inggeris. Sehingga kini, sekolah ini masih lagi mendahului dalam
pelbagai aspek di daerah Hulu Langat terutamanya di Kajang.
Tempat Tumpuan Ramai
• Metro Point
• Metro Kajang
• Arked MARA
Tarikan
• Sate Kajang terkenal di seluruh Malaysia.
• Lt. Adnan Saidi, wira Bukit Candu dilahirkan di Sungai Ramal.
• Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
• Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), dahulunya
Kolej Ikram.
• Kolej Komuniti Hulu Langat
• Kajang High School (KHS)
Sekolah di Kajang
• Sekolah Rendah Agama Sungai Balak
• Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam
• Sekolah Kebangsaan Convent Kajang
• Sekolah Kebangsaan Saujana Impian
• Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2
• Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua
• Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kajang
• Sekolah Kebangsaan Kajang Utama
• Sekolah Kebangsaan Taman Rakan
• Sekolah Kebangsaan Sri Jelok
• Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin
• Sekolah Kebangsaan Kantan Permai
• Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu
• Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit
• Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih '1'(Integ)
• Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih '2'(Integ)
• Sekolah Kebangsaan Kajang
• Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang
• Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
• Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua
• Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah
(Integrasi)
• Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang
• Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit
• Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko
• Sekolah Menengah Teknik Kajang
• Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian
• Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama
• Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2
• Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat
• Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan
• Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
Kajang terkenal dengan binaan
bangunan-bangunan lama.
\
Antara artifak peninggalan sejarah penting Bandar Kajang di Pusat Warisan Kajang.
Bangunan pejabat daerah Ulu Langat yang lama, dari jarak dekat. Ia terletak di tapak Bangunan
Dato' Nazir kini (dibina tahun 1970) (Eric Lim, 2020: |History of Kajang).
Bandar Kajang sekitar tahun 1960-an (diwarnakan): Vijaya Kumar Ganapathy @ Facebook, 12 Julai
2021: |"An Air View' of a part of Kajang Town in the 1960's").
Balai Bomba Kajang, 1976. Gambar warna (“colorized”) oleh Mohamad Fareez).
Pekan Kajang: Dulu & Sekarang
Pejabat Pos Kajang yang terletak di Jalan Hishammudin. Gambar ini diambil pada tahun 1985. -- Foto
MPKj
Pejabat Pos Kajang baru yang masih terletak di Jalan Hishamuddin.Foto Astro AWANI
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang adalah sebuah kompleks 3-dalam-1. Balai Polis Kajang dan Cawangan
Trafik IPD Kajang turut diletakkan di dalam kawasan IPD ini.-- Foto MPKj
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang adalah sebuah kompleks 3-dalam-1 di mana Balai Polis Kajang dan
Cawangan Trafik IPD Kajang terletak bersama-sama.Foto Astro AWANI
Kaunter-kaunter lama plaza tol Kajang. Gambar ini diambil pada tahun 1987.-- Foto MPKj
Kaunter-kaunter baru plaza ke Bukit Kajang. -- Foto Astro AWANI
\
Pemandangan hadapan Pejabat Daerah Hulu Langat - Majlis Daerah Hulu Langat pada 1987. -- Foto
MPKj
Majlis Perbandaran Kajang telah ditubuhkan untuk mentadbir kawasan di sekitar Hulu Langat. Ianya
terletak di Menara MPKj Jalan Cempaka Putih.-- Foto Astro AWANI
Pada 29 April 1967, Sultan Selangor telah merasmikan stesen pemancar Seberang Laut RTM yang baru
di Kajang, Selangor. Ini ialah Pejabat Radio TV Malaysia Kajang yang terletak di Jalan Kelab Selangor.
Gambar diambil pada 1987. -- Foto MPKj
Radio Televisyen Malaysia cawangan Kajang terletak di jalan Cheras-Kajang, kira-kira 500 meter dari
bandar Kajang. Bangunan RTM ini terletak bersebelahan dengan Stadium Kajang.-- Foto Astro AWANI
Bangunan Perpustakaan Cawangan Ulu Langat, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 1984.
Bangunan ini kini menempatkan francais sate Hj Samuri yang terkenal.-- Foto MPKj
Sate Kajang Haji Samuri adalah Sate Kajang makanan segera rangkaian restoran terkenal di Malaysia.
Cawangan utamanya terletak di Medan Sate, Kajang. Bangunan ini asalnya merupakan bangunan
perpustakaan awam lama.Foto Astro AWANI
Pemandangan hadapan Hospital Daerah Kajang yang terletak di Jalan Semenyih pada 1984. Hospital
ini ditubuhkan pada tahun 1889 sewaktu penubuhan Kajang.-- Foto MPKj
Hospital Kajang dibiayai oleh kerajaan terletak di bahagian timur bandar Kajang. Ia telah dibina di atas
tanah seluas 16 ekar kira-kira 30km timur laut Kuala Lumpur.Foto Astro AWANI
Bangunan lama Lembaga Letrik Negara (LLN) Kajang pada tahun 1983. Bangunan ini terletak
berhampiran Bulatan Kajang. -- Foto MPKj
Bangunan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kajang.Foto Astro AWANI