KERJA KURSUS TINGKATAN 1
SEJARAH
NAMA : IRDINA RATNA FATINI BT MOHD POZI
NO. KAD PENGENALAN : 080521050138
TINGKATAN : 1 IBNU KHALDUN
TARIKH : 18 FEBRUARI 2022
NAMA GURU : CIKGU MOHD NOOR
SEKOLAH : SMK SERI AMPANGAN
TAJUK : SENI BINAAN TAMADUN ROM
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
1 PENYATAAN MASALAH 1
2 JADUAL KERJA 2
3 OBJEKTIF KAJIAN 3
4 LAPORAN 4
4.1 PENGENALAN 5
4.2 CONTOH HASIL SENI BINA TAMDUN ROM 6–7
4.3 TIGA CONTOH KEUNIKAN SENI BINA YANG TERDAPAT DI 8
MALAYSIA 9 - 10
4.4 PERANAN GENERASI MUDA UNTUK MEMELIHARA DAN
MEMULIHARA SENI BINA BERSEJARAH DI MALAYSIA
5 KAEDAH KAJIAN 11
6 SUMBER RUJUKAN 11
7 LAMPIRAN 12 – 13
TEMA : TAMADUN DUNIA DAN SUMBANGANNYA
STANDARD KANDUNGAN : Penyiasatan Tamadun Rom
1.0 PENYATAAN MASALAH :
Tamadun Rom menghasilkan pelbagai seni bina mengagumkan
yang memberi inspirasi dan tarikan pelancong kepada masyarakat dunia
2.0 JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN T.TANDA TANGAN
GURU
1. 10 JANUARI
2022 Menerima taklimat Semasa waktu
berkaitan kerja pdpr
kursus Sejarah ( tutorial )
daripada guru
mata pelajaran
2. 11 – 12 Membuat rujukan Semasa waktu
JANUARI 2022 awal berkaitan pdpr
tajuk yang diberi
3. 14 JANUARI Menyenaraikan Semasa waktu
2022 objektif kajian, pdpr
kaedah kajian dan
sumber rujukan
4. 15 – 16 Menentukan Semasa waktu
JANUARI 2022 maklumat penting pdpr
format yang di
tetapkan
5. 17 – 18 Menulis laporan Semasa waktu
JANUARI 2022 akhir pdpr
6. 19 JANUARI Melengkapkan Semasa waktu
2022 laporan akhir pdpr
7. 20 JANUARI Mengemaskini Semasa waktu
2021 kerja kursus pdpr
sejarah dan
menghantar
tugasan
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian saya adalah seperti berikut :
• MENYENARAIKAN 3 HASIL SENI BINA DALAM SENI BINA ROM YANG
MENJADI INSPIRASI KEPADA MASYARAKAT DUNIA PADA HARI INI
( PENGETAHUAN )
• MENGANALISIS JENIS KEUNIKAN SENI BINA YANG WUJUD DI MALAYSIA
(KPS : MENEROKA BUKTI)
• MENGHURAIKAN TANGGUNGJAWAB YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK
MEMASTIKAN SENI BINA BERSEJARAH DAPAT DIKEKALKAN. (NILAI :
MEMPUNYAI JATI DIRI)
4.1 Pengenalan
TAMADUN ROM
Tamadun Rom terletak di lembah Latium, berhampiran dengan sungai Tiber.
Tamadun Rom boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Beraja ( 753
– 509 SM ), Zaman Republik ( 509 – 27 SM ), dan zaman empayar ( 27 SM – 476
M ). Tamadun Rom mencapai kegemilangannya pada era Pax Romana begitu
penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud dalam Tamadun Rom
berkembang meliputi tiga buah benua iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.
Rom mengalami perkembangan yang Panjang sebelum mencapai
kegemilangannya dalam berbagai – bagai bidang. Tamadun ini mencapai
kemajuan dalam bidang, seperti politik, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah,
dan Pendidikan.
Atas kepakaran tamadun ini di dalam bidang seni bina, orang rom bukan
sahaja membina bangunan bersaiz besar dan mempunyai nilai estetika, tetapi
setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus. Peningkatan dalam seni bina
menunjukkan kemampuan dan kebolehan orang rom menghasilkan binaan
yang menonjolkan kebijaksanaan mereka.
4.2 Empat Contoh Hasil Seni Bina Tamadun Rom
Antara contoh hasil binaan tamadun ialah Colossuem melupakan binaan
yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat
mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti acara
gladiator. Struktur binaan Colosseum mempunyai ketinggian mencapai 50
meter panjang , lebar 156 meter dan luas keseluruhannya bangunan kira – kira
2.5 hektar dengan Kawasan arena seluas 85 meter x 54 meter yang mampu
memuatkan 50,000 orang pada satu – satu masa. Colosseum mempunyai system
pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden.
Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat
– tingkat. Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72M dan
diselesaikan oleh anaknya, Titus pada tahun 80 M.
Contoh binaan kedua ialah Pantheon. Pantheon merupakan binaan
berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan
dewa – dewa masyarakat Rom. Pada awalnya, Pantheon dibinanya oleh Marcus
Visanius Agrippa pada tahun 27 SM, namun musnah dalam kebakaran pada
tahun 80 M. Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun
125 M. Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani
terutama di bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh. Atap
Pantheon pula dibina daripada batu – bata yang dilepa dengan simen. Puncak
Pantheon mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oclus berukuran 13
meter lebar yang membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan dalam binaan
ini.
Binaan seterusnya ialah Amfiteater. Binaan ini merupakan Colosseum
mini atau sebuah gelanggang terbuka yang digunakan untuk membuat
persembahan seni, pertunjukan dan gladiator. Amfiteater ini berbentuk
lingkaran. Terdapat kira – kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar
Rom dengan mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.
Amfiteater yang terkenal termasuklah amfiteater di El Djem, Tunisia yang boleh
memuatkan 16,000 orang dan di Arles, Perancis yang boleh memuatkan 20,000
orang. Kewujudan binaan amfiteater di seluruh wilayah Rom menjadi bukti
nyata tentang pengaruh dan cara hidup masyarakat zaman ini yang menggemari
aktiviti di luar rumah.
4.3 Tiga Contoh Keunikan Seni Bina Yang Terdapat Di Malaysia
Contoh yang pertama ialah, Masjid Cina Al – Muttaqin. Masjid ini terletak
di Melaka, tidak jauh dari stadium Hang Jebat Krubong / Paya Rumput. Masjid
ini mempunyai banyak keunikan yang tersendiri. Ia mula dibina pada Oktober
2012 dan siap dibina pada jun 2014, reka bentuknya diilhamkan daripada
gabungan beberapa buah masjid di China termasuklah di Beijing, Shanghai dan
Xian. Ia dilengkapi dengan dewan solat, bilik tetamu dan pelbagai jenis
kemudahan termasuk laman parkir yang luas dan dua menara yang menjadi
mercu tanda masjid ini.
Contoh yang kedua ialah Kellie’s Castle terletak di Perak. Binaan ini dapat
dilihat semasa perjalanan dari Simpang Pulai ke Batu Gajah atau Seri Iskandar.
Kellie’s Castle dibina oleh William Kellie Smith, seseorang warga Scotland yang
pernah menetap di kawasan ini suatu masa dahulu. Kellie’s Castle dikatakan
dibina sebagai symbol ciri – ciri seni bina di India dan agama Hindu yang amat
diminati oleh William Kellie ketika itu. Bangunan ini mempunyai 14 buah nilik,
sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi oleh lif yang
pertama dibina di Tana Melayu. Ada yang mengatakan bahawa roh Kellie
sekeluarga masih menghantui bilik – bilik di situ.
Akhir sekali ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini terletak di
Kuala Lumpur. Ia dinamakan sempena Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah
iaitu Sultan Selangor yang ke-4. Bangunan ini terletak berhadapan Dataran
Merdeka, lokasi perisytiharan kemerdekaan. Ia mula dibina pada 1894. Kerja –
kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan dua
tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5
meter dan meliputi Kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan
binaannya berbentuk “ SORECANIC ” berasaskan seni bina Moghul dan Moor
Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid – masjid di Cardova
dan Mesir. Bangunan Sultan Abdul Samad sememangnya telah menyaksikan
pelbagai peristiwa bersejarah tanag air, sebagai contoh, pengisytiharan
kemerdekaan pada 31 OGOS 1957.
4.4 Peranan Generasi Muda Untuk Memelihara dan Memulihara
Seni Bina Bersejarah di Malaysia
Peranan generasi muda untuk memlihara dan memulihara seni bina
bersejarah di Malaysia amatlah penting. Terdapat banyak peranan boleh
dilakukan bagi mengelakkan seni bina ini ditelan zaman. Peranan yang pertama,
peruntukan khas kerajaan. Pihak kerajaan perlu memperuntukkan bajet khas
untuk memulihara bangunan bersejarah di Malaysia. Dengan adanya wang yang
mencukupi, bangunan bersejarah dapat dinaik taraf bagi menarik perhatian
orang luar dating berkunjung dan dapat memperbaiki kekurangan pada binaan
tersebut.
Peranan seterusnya, sukarelawan dari sekolah dan university. Pihak
sekolah dan university perlu memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat
dalam usaha untuk memulihara banguna bersejarah. Sebagai contoh, pelajar
boleh menyertai aktiviti sukarelawan untuk membersihkan dan menaik taraf
lanskap bangunan.
Selain itu, pihak sekolah mahupun university perlu mengadakan lawatan
sambal belajar ke lokasi – lokasi bersejarah di sekitar Malaysia. Yuran masuk
yang dikenakan kepada pelawat dari sekolah dan university tersebut akan secara
tidak langsung dapat memberikan dana digunakan untuk memulihara binaan
tersebut.
Seterusnya ialah galakan daripada ibu bapa. Ibu bapa memainkan
peranan untuk membawa anak anak brcuti ke tempat – tempat bersejarah bagi
menarik minat dan memupuk sifat cintakan sejarah negara. Dengan ini, generasi
muda kita tidak melupakan sejarah negara dan mengelakkan pendedahan
keterlaluan dengan gaya hidup barat.
Akhir sekali adalah media massa, zaman kini, media massa mampu
memberi pengaruh yang besar – besaran untuk menarik minat orang untuk
mengunjungi lokasi – lokasi bersejarah. Tindakan ini dapat mendidik orang
ramai tentang tempat bersejarah dan memberi sumber pendapatan yang
mencukupi kepada pihak pengurusan.
5.0 KAEDAH KAJIAN
5.1 Kaedah Rujukan
Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di internet; bahan
bacaan di perpustakaan dan juga buku teks bagi mendapatkan fakta yang sahih
dan tepat
5.2 Kaedah Internet
Permohonan.my dan Tarahap telah menjadi sumber rujukan saya untuk
menambah bahan kajian untuk dijadikan rujukan tambahan dalam tugasan
sejarah ini
6.0 SUMBER RUJUKAN
1. Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Md Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid . ( 2016 )
Sejarah Tingkatan 1 , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
2. TARAHAP. ( 2022 , 19 Januari) Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom.
https://www.tarahap.xyz/2020/05/peningkatan-tamadun-yunani-dan-
rom.html
3. Permohonan.my ( 2022, 19 Januari) Cara Memelihara Bangunan Bersejarah.
https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/
7.0 Lampiran 1
Pantheon Colosseum
Akueduk Amfiteater
7. Lampiran 2
Masjid Cina Al – Muttaqin Kellie’s Castle
Bangunan Sultan Abdul Samad