PELANCONGAN
GASTRONOMI
ALEESYA ZAHRAA BINTI TANDIKO
&
NUR MIRZA IZZATI BINTI ROSLI
4 IBNU SINA
CIKGU NORHAYATI BINTI ABU BAKAR
Apa itu gastronomi?
Gastronomi merupakan kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan. Istilah ini
sering disalah tafsir sebagai istilah yang mengacu kepada seni masakan (lihat seni
memasak). Gastronomi hanyalah sebahagian kecil dari seni memasak. Gastronomi mengkaji
berbagai komponen budaya dengan makanan sebagai pusatnya.
Kata gastronomi berasal dari bahasa Yunani kuno γαστήρ (gastros) yang ertinya "perut" dan
νόμος (nómos) yang maksudnya "pengetahuan" atau "ilmu".
Dalam pengertian ini juga, gastronomi merupakan disiplin yang mengkaji hubungan
manusia dengan makanannya, persekitaran semula jadi iaitu cara dan bagaimana untuk
menggunakannya serta aspek sosial dan budaya yang campur tangan dalam hubungan yang
dibentuk oleh setiap masyarakat dengan keahliannya.
PELANCONGAN
GASTRONOMI DI SABAH
Sabah, Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah
negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah Bumi
serta tarikan pelancong.
Lengkapkan percutian anda di Sabah dengan
melawati pelbagai destinasi makan yang menarik
unutk santapan anda.
Terdapat pelbagai kaum yang terkenal dengan
makanannya yang menarik. Antaranya ialah:
LATOK=> Bajau & Sulu
Dalam istilah saintifik, latok dikenali sebagai
Caulerpa lentillifera, iaitu sejenis rumpai laut.
Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali
sebagai alga, dan berbeza mengikut pigmen
warna aslinya seperti merah, hijau, atau
perang. Oleh kerana biji-biji latok menyerupai
buah anggur, ia turut digelar sebagai umibudo
(anggur laut) dalam bahasa Jepun.
Latok biasanya dimakan sebagai ulam
bersama-sama nasi, lauk-pauk dan sayur-
sayuran lain. Ia juga boleh dimakan begitu saja
bersama perahan limau kasturi dan cili padi.
Selain itu, latok juga tinggi dengan kandungan
komponen bioaktif semula jadi. Kandungan
makro- dan mikronutrien di dalam latok juga
memberikan pelbagai khasiat. Antaranya ialah
dapat mengawal paras gula dalam darah.
BURASAK=> Bugis & Makasar
Tidak dapat diketahui asal usul burasak, namun ianya
dipercayai berasal daripada Indonesia. Ia merupakan
makan istimewa Bugis dan Makasar di sana. Burasak
juga dijadikan makanan utama untuk menggantikan
nasi atau ketupat. Apa yang menarik, burasak bukan
sahaja dimakan bersama satu lauk namun ianya boleh
dimakan dengan pelbagai jenis lauk atau begitu sahaja!
Burasak berasakan beras dan santan. Tempoh untuk
menyediakan burasak ini juga mengambil masa yang
lama namun prosesnya tidak merumitkan.
Secara tradisinya, burasak dihidang bersama nasu metti
atau asam pedas ikan parang. Ia juga boleh dimakan
dengan lauk yang lain seperti ayam lingkuas, rendang,
serunding kelapa, ayam atau daging mahupun bersama
sambal udang. Burasak tidak jauh beza seperti ketupat
dan lontong, tetapi rasanya lebih berlemak kerana
campuran santan yang ada di dalam burasak. Oleh itu, ia
juga boleh dimakan begitu sahaja.
AMBUYAT=> Kadazan,
Bajau, Murut & dusun
Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional di
kalangan masyarat di Sabah. Sesetengah kaum di
Sabah memanggil nya Linut. Kaum Kadazan, Murut,
Dusun, Bajau di Sabah juga mempunyai variasi
dalam menyediakan juadah ambuyat. Kebiasaanya
ia menjadi sajian utama selepas nasi. Bagi kaum
Bugis pula ianya dikenali sebagai Kapurung tetapi
cara penyediaan yang bebeza. Ini kerana kapurung
dimakan secara berkuah.
Ambuyat berasal dari bahagian batang dalam sagu
sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama
seperti ubi kanji.
Selain itu, ambuyat atau linut mempunyai pantang
larangnya. Pada zaman dahulu, jika ada kematian,
ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan
linut/ambuyat ketika mayat masih di dalam rumah.
Jika ahli keluarga berkeras hendak makan, jasad si
mati akan menjadi sangat lembut dan melekit
seperti linut.
Faedah pelancongan
gastronomi
Menjadi Meningkatkan Menikmati
tarikan ekonomi keindahan
pelancong negara
alam
Pendapat saya?
Pada pendapat saya, makanan di Sabah
dapat dijadikan sebagai daya tarikan
pelancong. Secara tidak langsung, ia juga
dapat meningkatkan ekonomi negara.
Selain itu, kita berpeluang untuk
mengenali budaya baharu serta
mempelajarinya dengan lebih
mendalam. Oleh itu, kita dapat
menimbulkan rasa bangga dan cinta
akan tanah air.
Saya berharap pada
masa akan datang,
saya dapat merantau
ke seluruh Malaysia
untuk menikmati
pelbagai keindahan di
setiap negeri.
Harapan saya?