BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013 – CU04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE
NO DAN TAJUK UNIT WORK
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORKS
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. PERFORM CONCRETE MIXING
3. PERFORM CONCRETE POURING WORK
4. CARRY OUT CONCRETE CURING PROCESS
5. COORDINATE CONCRETE WORK INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 13
CODE NO.
BC-030-3:2013-C04/P(2/5)
NO. KOD / CODE NO.
TAJUK / TITLE:
MEMBANCUH KONKRIT MENGIKUT NISBAH
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang membancuh konkrit mengikut nisbah yang ditetapkan dengan proses
yang dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
13
PENERANGAN / INFORMATION :
Membancuh konkrit adalah proses mencampur semua bahan-bahan konkrit iaitu
batu baur kasar,batu baur halus dan air mmengikut kadar tertentu sehingga sebati
menepati standard ciri-ciri konkrit yang diperlukan. Bagi menghasilkan bancuhan konkrit
seperti yang diperlukan,ia haruslah mematuhi nisbah bancuhan yang ditetapkan
sepertimana yang akan dibincangkan.
1.0 NISBAH BANCUHAN
Nisbah bancuhan ialah campuran simen + batu baur halus+batu baur kasar & air. Konkrit
perlu dibancuh mengikut nisbah tertentu supaya mendapat kekuatan yang diperlukan.
Terdapat beberapa nisbah bancuhan konkrit yang biasa digunakan seperti 1;2;4, 1;3;6,
1:½: 3, 1:1:2 dan 1:5:10
1.1 Nisbah bancuhan dalam kerja konkrit
i. Bancuhan 1:2:4 memperincikan 1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4
bahagian batu baur. Campuran 1:2:4 ini adalah campuran yang biasa
digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertetulang dan juga kerja
konkrit tuang dulu. ( pre-cast concrete)
ii. Bancuhan 1:3:6 memperincikan 1 bahagian simen : 3 bahagian pasir : 6
bahagian batu baurkasar . Campuran ini digunakan dalam kerja konkrit yang
banyak seperti papak lantai konkrit.
iii. Bancuhan 1:1½: 3 memperincikan 1 bahagian simen : 1½ bahagian pasir: 3
bahagian batu baur kasar.
iv. Bancuhan 1:1:2 memperincikan 1 bahagian simen: 1 bahagian pasir : 2
bahagian batu baur kasar.
v. Bancuhan 1:5:10 memperincikan 1 bahagian simen: 5 bahagian pasir : 10
bahagian batu baur kasar .Sesuai untuk binaan tapak konkrit di bawah lantai
gantung.
Nota: Kadar air tidak dinyata dalam ratio bancuhan kerana ia mempunyai
pengukuran dan pertimbangan sendiri bagi menentukan berapa banyak air
diperlukan untuk sesuatu bacuhan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
13
1.2 Kadar Campuran Air
Campuran air dan simen akan menghasilkan sifat plastik pada bancuhan konkrit.
Banyaknya air yang dicampur perlu seimbang bagi menghasilkan konkrit bermutu tinggi.
Kadar banyak air dan simen yang dicampur untuk bancuhan seimbang dikenali sebagai
nisbah air- simen. Ia di tafsir sebagai:
Hubungan antara kadar air dan simen yang disukat mengikut berat, atau isipadu
dicampur dengan kadar seimbang supaya menghasilkan kekuatan , ketahanan,bersifat
kalis air dan kebolehkerjaan bila pengkonkritan dijalankan Bagi bancuhan tangan, nisbah
air-simen adalah kira-kira 0.5 memberikan konkrit yang kuat dan kebolehkerjaan yang
baik. Pengiraannya dilakukan dengan menggunakan formula berikut :
Nisbah air simen = Berat air
Berat Simen
Semakin tinggi nilai nisbah air-simen akan menghasilkan kebolehkerjaan yang
lebih baik tetapi akan mengurangkan kekuatan dan semakin rendah nilai nisbah air-simen
akan mengurangkan kebolehkerjaan tetapi kekuatannya meningkat.Secara dasarnya ia
bermakna semakin banyak kandungan air digunakan untuk bancuhan konkrit semakin
lemah bancuhan tersebut. Semakin kurang air digunakan dalam bancuhan konkrit
kekuatanya bertambah
1.3 Nisbah Bancuhan dan Kesesuaiannya mengikut Jenis Struktur
Kekuatan
Mampatan
Nisbah /Gred Bancuhan Pada hari ke Jenis Struktur
Lantai tanpa tetulang dan konkrit jisim
28 (N/mm²)
1:3:6 (Gred 15) 15.0
1:2:4 (Gred 20) 21.0 Konkrit bertetulang –tiang &rasuk
1:1½:3 (Gred 25) 25.5 Konkrit bertetulang - Tangki air atau
takungan air
1:1:2 (Gred 30) 30.0 Konkrit prategasan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
13
1.4 Cara menyukat nisbah Bancuhan:
Terdapat 2 Cara menyukat nisbah Bancuhan konkrit iaitu
i) Kaedah Reka bentuk bancuhan – bagi konkrit siap bancuh
ii) Kaedah Nominal – terbahagi kepada 2 jenis
Kaedah Isipadu- Menyukat isipadu konkrit
Kaedah Berat - Menggunakan timbangan berat bahan yang diguna
untuk bancuhan konkrit
1.5 Nisbah bancuhan terbahagi kepada 2 kategori
Nisbah Bancuhan Keterangan
Nisbah bancuhan Konkrit Nominal Nisbah bancuhan- 1:2:4 & 1:3:6
Pengukuran/Sukatan –Isipadu atau berat
Bancuhan cara tangan atau mesin
Bancuhan di tapak pembinaan
Nisbah bancuhan konkrit Nisbah bancuhan – gred 15,20 & 25
direkabentuk Con. Mix design Dikienali sebagai konrit siap Bancuh
(ready mixed).
Bancuhan dibuat di loji khas
Sesuai untuk projek pembinaan konkrit-
jambtan,jalan raya atau lantai
2.0 KAEDAH MEMBANCUH KONKRIT
Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara iaitu :-
i. Membancuh secara manual menggunakan penyodok.
ii. Membancuh menggunakan mesin penggaul (mixer)
iii. Konkrit bancuhan siap dari kilang (Ready Mixed)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
13
2.1 Bancuhan secara manual/bancuhan tangan
Bancuhan secara manual/bancuhan tangan biasanya untuk kerja – kerja yang
memerlukan kuantiti konkrit yang sedikit Sukatan simen perlu ditambah 10% lagi
untuk memudahkan kerja - kerja membancuh. Bahan campuran akan digaul kering dahulu
sebelum air dicampurkan. Air dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatannya
mencukupi.Kerja menggaul dilakukan sehingga bahan campuran menjadi sekata.
Kaedah bancuhan tangan
i. Campurkan bahan dan bancuh secara kering
ii. Tuangkan air kedalam bancuhan kering
iii. Bancuh konkrit separuh kering
iv. Tambahkan air ke dalam bancuhan
v. Bancuh konkrit sehingga sebati
vi. Bancuhan konkrit siap dengan Kesebatian yang baik
2.1.1 Bancuhan menggunakan mesin penggaul sesuai bagi keperluan kerja yang
sederhana besar atau besar, cepat dan bancuhan dapat disebatikan dengan
baik.
2.1.2 Konkrit bancuhan siap adalah sesuai bagi kerja -kerja berskala besar.
Konkrit ini boleh didapati daripada pembekal konkrit siap tuang yang
mendapat pengiktirafan serta menepati nisbah bancuhan yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
13
bagi menghasilkan konkrit yang berkualiti.Konkrit dibancuh di loji dan
dihantar ke tapak bina menggunakan lori berdram.
2.1.1 Alat-Alat Untuk Kerja Bancuhan Konkrit
Membancuh secara manual
i. Skop/penyodok
ii. Shovel
iii. Sudip/steel trowel
iv. Baldi
v. Kereta sorong
vi. Cangkul/cangkul konkrit
2.2 Membancuh menggunakan mesin penggaul
Mencampur konkrit dengan manual iaitu bancuhan tangan (hand mixing) tidak
digalakkan untuk kerja – kerja yang memerlukan mutu yang tinggi kerana kurang efektif
dan sukar mengawal mutunya. Ia hanya sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan
kuantiti konkrit yang kecil sahaja. Konkrit perlulah digaul dengan menggunakan mesin
pencampur (mixer) kecualilah jika kerja tersebut terlalu sedikit.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
13
o Jenis T- Gelendong condong
o Jenis NT- Gelendong tak condong
o Jenis P – pencampur panic
2.2.1 Jenis T – Gelendong condong
Menggunakan drum untuk tujuan pencampuran bahan- bahan konkrit. Apabila selesai
digaulkan konkrit akan dikeluarkan dan dicondongkan/ jongkit. Pencampur berbentuk
kon, memusing pada satu hala dan semasa pencampuran drum di condongkan pada
sudut 45º hingga 60º.
2.2.2 Jenis NT – Gelendong tak condong
Mesin campur berbentuk selinder dan hampir sama seperti mesin gelendong condong
semasa menuang dipusingkan ke arah berlawanan. Selinder berpusing dalam keadaan
tegak, apabila mengeluarkan konkrit bahagian bawahnya akan dibuka.
3.0 KAEDAH-KAEDAH MENGANGKUT KONKRIT DI TAPAK BINA.
Terdapat 4 jenis alat yang sering digunakan di tapak bina untuk mengangkut konkrit
yang telah disediakan, iaitu :
Pam (pipe)
Kren
Kereta sorong
Pelongsor (chute)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
13
Pelongsor
(Chute) Gambar 3.1 : Pelongsor
Pelongsor digunakan untuk
mengangkut konkrit dari tempat atas ke
bawah tanpa berlaku ceraian.
Diperbuat daripada belahan paip PVC
atau dibuat daripada kayu dan
kepingan logam. Panjang pelongsor
dihadkan kepada 3m untuk
mengelakkan berlakunya ceraian.
Garispusatnya lebih kurang 300mm.
Pam konkrit (Concrete Gambar 3.2 : Pam konkrit
Pump)
Penggunaan pam adalah satu kaedah
yang cepat, kemas dan ekonomik jika
dirancang dengan teliti. Menggunakan
paip- paip 6” yang dipamkan dari tempat
menggaul. Digunakan untuk kuantiti
konkrit yang banyak. Boleh mengangkut
sejauh 30m hingga 50m arah tegak dan
300m hingga 500m arah ufuk. Terdiri
daripada 2 jenis samaada jenis pelocok
(plunger pump) atau pam tekan (squeeze
pump).
Kren
Terdapat beberapa jenis kren yang digunakan bagi tujuan mengangkut konkrit iaitu :
Kren Bergerak (Mobile Crane)
Kren Menara (Tower Crane)
Kren Bergerak (Mobile Crane)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
13
Gambar 3.3 : Kren Bergerak
Digunakan untuk projek yang besar dan
dalam pembinaan struktur yang sangat tinggi.
Gambar 3.4 : Langkau (skip)
Dimana konkrit dimasukkan dalam suatu
bekas besar yang dilengkapkan dengan pintu
kolong (trap door) di bawahnya dan
dituangkan secara langsung melalui langkau
(skip). (Rujuk Gambar 3.4)
Kren Menara (Tower Crane) Gambar 3.5 : Kren Menara
Kren menara digunakan untuk bangunan
yang tinggi yang melebihi 30 meter. Kren
bergerak pula hanya terhad kepada
bangunan yang tingginya 20 meter.
Penggunaan langkau (skip) bergantung
kepada saiz muatan. Jika kadar perletakan
konkrit tinggi, langkau yang besar perlu
digunakan supaya lebih ekonomik. Saiz
langkau terhad kepada saiz maksimum 0.57
m³ atau 1394kg
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
13
4.0 UJIAN –UJIAN KONKRIT
4.1 Ujian Keruntuhan/penurunan (slump test)
Tujuan
Ujian penurunan ini adalah ujian yang praktikal bagi menyukat kebolehkerjaan/taraf kerja
untuk semua jenis konkrit. Perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan
perubahan pada bahan, kandungan air atau pada kadar bancuhan. Dengan itu ia amat
berguna bagi mengawal kualiti konkrit yang akan dihasilkan.
b) Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian.
Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak/frustrum berbentuk kon
dengan 100mm (4”) garispusat bahagian atas, 200mm (8”) garispusat bahagian bawah
dan 300mm (12”) tingginya serta dipasangkan dengan dua pemegang pada bahagian sisi.
Aturcara ujikaji adalah seperti berikut :
Pastikan cetak kon sentisa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di
atas alas yang keras dan rata serta kedap.
Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan.
Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan
rod keluli bergarispusat 5/8”.
Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip (trowel).
Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan
runtuh.
Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
13
Gambar 4.1 : Runtuhan konkrit diukur bagi ujian penurunan
Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan
roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara ½”
hingga 4½”.
Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu
kekurangan sifat lekit atau terlalu basah. Konkrit begini tidak boleh
digunakan dalam pembinaan.
Rajah 3.2 : Runtuhan benar, ricih dan roboh
4.2 Ujian Kiub
Ujian ini dilakukan terhadap kiub-kiub berukuran 150mm x 150mm x 150mm
yang dibuat semasa menyediakan campuran untuk sesuatu pembinaan. Kekuatan
mampat diuji apabila kiub tersebut telah mencapai umurnya 7 hari dan 28 hari. Nilai
kekuatan yang diperoleh akan dibandingkan dengan kekuatan reka bentuk konkrit.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
13
Sekiranya nilai kekuatan yang diuji itu mencapai sekurang-kurangnya kekuatan
ciri bagi sesuatu gred konkrit, maka konkrit tersebut dianggap telah lulus ataupun
memenuhi keperluan rekabentuk. Sebaliknya jika kekuatan yang diuji itu kurang
daripada kekuatan ciri, maka konkrit tersebut dianggap telah gagal dan langkah
tertentu perlu diambil untuk menjamin keutuhan struktur yang terlibat.
4.3 Ujian tukul anjal
Ujian ini merupakan salah satu ujian tak pecah yang begitu meluas digunakan.
Lazimnya peranti ini menggunakan sejenis tukul yang dikawal oleh pegas. Fungsi pegas
adalah untuk memberikan tenaga pantulan secara automatik apabila ia ditekan pada
permukaan konkrit. Kekerasan permukaan konkrit ini dapat diukur dengan berpandukan
pada bacaan skala pada tukul anjal yang lebih dikenali sebagai tukul anjal Schmidt.
Nombor pada tukul anjal ini sangat peka terhadap perubahan setempat, khususnya jenis
aggregat dan tekstur permukaan konkrit yang terbentuk. Tukul anjal schmidt bukan sahaja
dapat digunakan pada permukaan yang menegak dan mengufuk malah ianya dapat
digunakan pada permukaan yang sendeng.
4.4 Ujian ultrasonik
Ujian ultrasonik dilakukan dengan menggunakan kuasa elektrik untuk mengukur
kelajuan gelombang denyut yang merentasi sesuatu ruang. Berdasarkan kaedah ini,
sejenis alat yang dikenali dengan jenama PUNDIT telah direka khas untuk mengukur ciri-
ciri tertentu konkrit samada sebagai ujian dimakmal mahupun ujian ditapak.
Walaupun ia digunakan sebagai ujian permukaan namun ia dapat memberikan
hasil yang lebih memuaskan khususnya untuk menganggarkan sifat-sifat tertentu konkrit
seperti ketumpatan, kekuatan dan keretakan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
13
SOALAN / QUESTIONS:
1. Berikan nisbah kadar bancuhan mengikut struktur berikut :
a. Rasuk Bumbung : __________________________________________________
b. Lantai : __________________________________________________________
c. Asas : ___________________________________________________________
2. Huraikan 2 kaedah menggaul konkrit ditapak bina.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
3. Senaraikan 2 jenis ujian untuk konkrit.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis
2. Tang Boon Tong, 2000. Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa
dan Pustaka