ULANGKAJI 1
WTP 2022 (KERJA KONKRIT)
BAHAGIAN A
Arahan : Sila jawab semua soalan dengan membulatkan jawapan yang betul.
1. Berikut adalah bahan-bahan campuran untuk menghasilkan konkrit, kecuali
(1 Markah)
A. Simen
B. Pasir
C. Batu-baur
D. Kapur
2. Apakah yang dimaksudkan dengan 1 : 2 : 4? (1 Markah)
A. 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian batu-baur
B. 1 bahagian batu-baur, 2 bahagian pasir dan 4 bahagian simen
C. 1 bahagian simen, 2 bahagian batu-baur dan 4 bahagian pasir
D. 1 bahagian pasir, 2 bahagian simen dan 4 bahagian batu-baur
3. Batu baur yang digunakan untuk menghasilkan konkrit berkualiti hendaklah dipilih
berdasarkan kepada sifat-saifatnya yeng berikut :
(1 Markah)
i. Kekuatan
ii. Saiz butir batu baur
iii. Ketidaktelapan
iv. Bentuk butir batu baur
A. i, ii
B. iii, iv
C. ii, iii, iv
D. Semua di atas
4. Di antara jenis-jenis batu baur yang digunakan untuk menghasilkan konkrit,
apakah jenis batu baur yang dapat menghasilkan konkrit yang lebih kuat?
(1 Markah)
A. Batu granit
B. Batu kapur
C. Serpihan bata
D. Semua di atas
5. Berapakah nisbah bancuhan untuk “lean concrete” di dalam peparit bagi tanah
yang keras? (1 Markah)
A. 1 : 1 ½ : 3
B. 1 : 2 : 4
C. 1 : 3 : 6
D. 1 : 5 : 10
6. Berapakah nisbah bancuhan konkrit untuk kerja-kerja konkrit bertetulang bagi
tiang, rasuk dan lain-lain? (1 Markah)
A. 1 : 1 ½ : 3
B. 1 : 2 : 4
C. 1 : 3 : 6
D. 1 : 5 : 10
7. Berapakah nisbah bancuhan konkrit untuk kerja-kerja lantai, konkrit jisim dan
lain-lain? (1 Markah)
A. 1 : 1 ½ : 3
B. 1 : 2 : 4
C. 1 : 3 : 6
D. 1 : 5 : 10
8. Di antara kaedah yang digunakan untuk mengukur nisbah bancuhan konkrit,
manakah yang lebih tepat dan dapat menghasilkan konkrit yangt lebih bermutu
tinggi? (1 Markah)
A. Kiraan jumlah sekop
B. Kotak sukat
C. Timbang
D. Mengagak (bagi pekerja yang mahir)
9. Apakah tujuan melakukan rawatan konkrit? (1 Markah)
A. Membaiki kerja-kerja konkrit yang tidak sempurna
B. Membaikpulih konkrit yang dibancuh tidak menepati nisbah bancuhan.
C. Menambah sejenis bahan lain ke dalam konkrit sebelum ianya dituangkan
D. Melembab / membasahkan permukaan konkrit supaya tidak kering
secara mengejut
10. Jika air digunakan berlebihan dalam bancuhan konkrit ini akan mengakibatkan
…………………….....? (1 Markah)
A. Konkrit akan menjadi lebih kuat apabila ia mula mengeras
B. Kekuatan dan ketumpatan konkrit akan berkurangan.
C. Konkrit mudah dikerjakan
D. Konkrit susah dikerjakan
11. Hose timbang air digunakan untuk ………………………………..?
(1 Markah)
A. Membuat kemasan pada permukaan konkrit
B. Menggaul konkrit.
C. Mendapatkan aras yang sama tinggi
D. Mendapatkan konkrit yang padat dan padu
BAHAGIAN B
Tanda (√) pada ruangan yang disediakan untuk kenyataan di bawah.
12. Simen ialah sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran
batu kapur dan tanah liat . (1 Markah)
BETUL √ SALAH
13. Air laut sesuai digunakan untuk membancuh konkrit. (1 Markah)
BETUL SALAH √
14. Konkrit dirawat dengan cara menutup dengan kepingan plastik secepat mungkin
selepas kerja konkrit siap dan rawatan ini biasanya dibuat selama 7 hari tetapi
perlu ditambah kepada 14hari pada cuaca panas
(1 Markah)
BETUL SALAH √
15. Nisbah bancuhan konkrit untuk kerja lantai ialah 1 : 5 : 10 (1 Markah)
BETUL SALAH √
16. Poker vibrator merupakan salah satu jentera yang gunakan sebagai alat pemadat
konkrit selepas ianya ditempatkan ke dalam acuan (1 Markah)
BETUL √ SALAH
17. Tujuan merawat konkrit ialah untuk menghalang kelembapan keluar dari konkrit
selepas ianya mengeras (1 Markah)
BETUL √ SALAH
18. Batu-baur yang berbentuk bulat adalah lebih mudah untuk menghasilkan konkrit
yang senang dikerjakan (1 Markah)
BETUL √ SALAH
19. Simen menjalani proses tindak balas selepas ianya dibancuh dengan air dan ia
dinamakan proses penghidratan (1 Markah)
BETUL √ SALAH