BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013 –CU04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE
NO DAN TAJUK UNIT WORK
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORKS
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. PERFORM CONCRETE MIXING
3. PERFORM CONCRETE POURING WORK
4. CARRY OUT CONCRETE CURING PROCESS
5. COORDINATE CONCRETE WORK INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 10
CODE NO.
BC-030-3:2013-C04/P(3/5)
NO. KOD / CODE NO.
TAJUK / TITLE:
PENUANGAN KONKRIT
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang menempatkan konkrit menggunakan perkakas dan peralatan dengan
kaedah yang betul mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
PENERANGAN / INFORMATION : 10
Dalam kerja konkrit selain dari menjaga nisbah bancuhan bagi mengekalkan kualiti
konkrit dan hasil kerja yang baik,terdapat beberapa proses kerja yang menjadi factor
penentu.
Menuang dan memadatkan konkrit merupakan dua proses daripada lima proses kerja
konkrit yang menjadi faktor penentu kepada kualiti struktur konkrit yang dibina. Konkrit
yang ditempatkan dengan prosedur yang betul dan pemadatan konkrit yang dilakukan
dengan seragam dan sempurna sudah pasti memberi kesan kualiti yang terbaik.
Kualiti konkrit yang baik akan menjamin kekuatan struktur konkrit. Bagi lebih jelas
dua proses yang menjadi tajuk utama iaitu menempat dan memadatkan konkrit akan
di bincang secara terperinci
2.0 PROSES DALAM KERJA KONKRIT
Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
i. Membancuh konkrit (Mixing concrete)
ii. Mengangkut Konkrti (Transporting concrete)
iii. Menempat/menuang konkrit (Placing concrete)
iv. Memadat konkrit (Compacting concrete)
v. Pengawitan Konkrit (Curing concrete)
3.0 MENEMPAT/MENUANG KONKRIT
Menempat/menuang konkrit adalah peringkat proses kerja paling penting yang
menentukan hasil kerja kerana pada peringkat ini beberapa prosedur perlu dipatuhi.
Prosedur yang perlu diikut menyatakan:
a) Konkrit hendaklah dituang sebaik sahaja siap dibancuh.
b) Ia perlu dituang berperingkat-peringkat sehinggalah memenuhi kotak acuan.
Setiap peringkat tuangan hendaklah dimampatkan.Kaedah ini adalah perlu
kerana ia dapat membantu memadatkan konkrit secara keseluruhan dari bawah
ke atas. Penuangan yang serentak menyebabkan pemadatan konkrit
dibahagian bawahnya tidak dapat dilakukan. Keadaan ini adalah tidak baik bagi
penghasilan struktur berkualiti.
c) Segala kekotoran seperti abuk kayu pada kerjabentuk hendaklah dibuang
sebelum tuangan konkrit dibuat.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
10
d) Kerjabentuk/kotak acuan perlu dibasahkan terlebih dahulu bagi memastikan
kandungan air dalam bancuhan konkrit tidak diserap oleh kayu yang kering
e) Permukaan dalam kotak acuan hendaklah disapu dengan minyak hitam atau air
sabun atau kapur supaya konkrit tidak melekat pada permukaan
tersebut.Minyak hitam hendaklah disapu terlebih dahulu sebelum tetulang
diletak di dalam kerjabentuk. Ia bagi mengelakkan minyak hitam terkena pada
besi tetulang. Konkrit tidak akan melekat pada permukaan besi tetulang yang
berminyak. Akibatnya kekukuhan gabungan antara tetulang dan konkrit terjejas.
f) Jika permukaan konkrit akan dilepa,permukaan dalam kerjabentuk tidak boleh
disapu minyak hitam kerana lapisan lepa tidak akan melekat pada permukaan
yang berminyak.
Selain dari itu terdapat beberapavbkaedah yang perlu diberi perhatian semasa kerja-kerja
penempatan dan penuangan konkrit berdasarkan keadaan kerja-kerja konkrit yang perlu
dilakukan.
Kerja konkrit Menegak
Mix Concrete Proportion & Concrete Placing and Compacting
Kerja Konkrit Mendatar
Tuangan dilakukan bagi struktur lantai bawah padu dan lantai atas
Konkrit perlu dituang terus menerus hingga selesai memenuhi ruang yang
ditetapkan.
Konkrit perlu diratakan dan tidak dibiarkan berlonggok-longgok hingga melebihi
ketebalan kerjabentuk.
Tuangan konkrit dilakukan berlapis-lapis dan setiap lapisan dipadatkan. Sewaktu
menuang konkrit untuk lapisan atas,.lapisan dibawahnya hendaklah masih
basah
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
10
3.1 Persediaan sebelum Menuang Konkrit
Lantai Bawah Padu
i. Tapak kerja disediakan dengan baik dan bersesuaian.
ii. Tapak tanah hendaklah dipadatkan dengan mesin pemadat atau menggunakan
rammer.
iii. Tapak tanah hendaklah disiram air supaya mendapan mudah berlaku dan
membantu pemadatan tapak
iv. Jika kerja konkrit perlu dilapiskan,permukaan terdahulu perlu bebas dari bahan-
bahan yang boleh melemahkan ikatan konkrit seperti minyak,cat habuk dan
sebagainya.
3.2 Kaedah Menuang Konkrit
Penuangan konkrit boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Kaedah Mesin
b) kaedah Insani
4.0 PEMADATAN KONKRIT
i. Pemadatan konkrit bertujuan mengeluarkan udara yang terperangkap dalam
konkrit.
ii. Kandungan udara boleh menyebabkan :
Kekuatan dan ketahanlasakan konkrit terjejas
Kandungan udara akan mengurangkan kekuatan konkrit. Bagi setiap 1% udara
yang teperangkap,kekuatan konkrit akan menurun sekitar antara 5% -
7%.Bermakna konkrit mengandungi 5% kandungan udara yang disebabkan
ketidaksempurnaan pemadatan boleh menghilangkan sebanyak 1/3 daripada
kekuatannya.
Mengurangkan sifat ketelapan konkrit.
Jika konkrit tidak tumpat dan tidak telap,ia akan menjadikan konkrit tidak tahan
air,menyebabkannya tidak mampu terdedah dengan cecair secara
aggresif.Permukaan yang terdedah akan terjejas teruk dengan cuaca.
Kelembapan dan udara akan dapat menyerap sehingga kepada besi tetulang
dan boleh menyebabkan karat.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
10
Daya pegangan antara konkrit dan besi tetulang lemah.
Kandungan udara menyebabkan pegangan antara konkrit dan tetulang menjadi
lemah. Ikatan yang diperlukan tidak akan tercapai dan anggota tetulang tidak
sekuat sepertimana sepatutnya.
Terjadi lubang seni dan sarang labah-labah.
Kandungan udara menyebabkan kecacatan pada permukaan contohnya lubang
seni dan sarang labah-labah.
4.1 Kaedah Pemadatan Konkrit
Pemadatan konkrit dilakukan dengan 2 kaedah iaitu cara tangan melalui cucukan dan
cara mesin melalui getaran mesin. Kedua-dua kaedah ini akan dapat membantu
membebaskan udara dalam konkrit dan seterus menghapuskan kesan yang
disebabkan oleh kewujudan udara dalam konkrit.
.4.1.1 Menggunakan Tangan
a) Sesuai untuk kerja kecil dan tidak komplek
b) Menggunakan kayu atau rod keluli sebagai pemadat.
c) Mengetuk kotak acuan dengan tukul besi
d) Menggunakan rammer (untuk lantai konkrit)
4.1.2 Menggunakan Mesin Pengetar
Mesin yang digunakan dipanggil “Mesin Getar Dalam” Ia mempunyai motor dan satu
selinder keluli yang disambung dengan kabel kepada motornya. Digerakkan dengan
kuasa letrik. Apabila motor dihidupkan,selindernya akan bergetar. Getaran dari selinder ini
membolehkan konkrit dipadatkan dengan berkesan. Cara menggunakannya adalah
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
10
dengan memasukkan selinder yang bergetar ke dalam konkrit pada setiap peringkat
penuangan konkrit.Kedudukan selinder hendaklah tegak dan digerakkan ke arah yang
betul. Penggunaan mesin getar lazimnya sesuai untuk kerja bersekala besar kerana
kemampuannya memadatkan konkrit dengan cepat. Operasi mesin getar yang
membolehkan penyebaran konkrit ke bahagian lain berlaku dengan mudah menghasilkan
pemadatan konkrit yang seragam dan seterusnya menghasilkan keputusan yang
memuaskan.
Tempoh masa yang diambil bagi operasi getaran memadatkan konkrit sepenuhnya
bergantung kepada;
a. Kebolehkerjaan konkrit- semakin kurang kebolehkerjaan bancuhan,semakin lama ia
perlu digetarkan.
b. Tenaga yang dibekalkan pada pengetar- pengetar yang lebih besar melakukan kerja
dengan lebih cepat.
c. Kedalaman konkrit.Seksyen yang lebih tebal mengambil masa yang lebih lama.
Kelebihan jenis alat getar Dalam ialah :
Alat ini menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi
tahan lasak
Ia mudah dibawa dan dipindahkan kerana saiz enjinnya kecil Ia mempunyai
beberapa saiz pin getaran yang mudah ditukar untuk menyesuaikan jenis kerja :
tembok, rasuk, tiang, asas dan lain-lain lagi.
4.2 Peraturan dan Teknik Memadatkan Konkrit
Penggunaan alat getar (poker vibrator) perlu dimenfaat sepenuhnya. Pemadatan
dengan alat getar perlu dilakukan dengan cara yang betul kerana kecuaian boleh
menyebabkan konkrit tidak terpadat sepenuhnya .
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
10
5.0 KEKUATAN KONKRIT.
Kekuatan konkrit amat bergantung kepada reaksi hidrasi .Air memainkan peranan
kritikal terutama kandungan yang digunakan. Kekuatan konkkrit meningkat apabila
kurang air digunakan untuk membancuh konkrit.Reaksi hidrasi konkrit menggunakan
jumlah kandungan ai r tertentu. Konkrit sebenarnya dicampur dengan air yang banyak
melebihi dari apa yangdiperlukan untuk reaksi hidrasi. Yang baikAir tambahan ini di
tambah bagi memberi konkrit kebolehkerjaan secukupnya. Aliram konkkrit diperlukan
bagi mengcapai pengisian dan komposisi kerjabentuk. Air yang tidak digunakan dalam
reaksi hidrasi akan tertinggal dalam liang mikrostruktur. Liang-liang ini menjadikan
konkrit lemah disebabkan berkurangnya pembentukan kekuatan ikatan hidrat kalsium
silicate. Ada diantara liang-liang masih tertinggal tidak kira sebaik mana konkrit
dipadatkan.
6.0 KAEDAH-KAEDAH MENGANGKUT KONKRIT DI TAPAK BINA.
Terdapat 4 jenis alat yang sering digunakan di tapak bina untuk mengangkut konkrit
yang telah disediakan, iaitu :
Pam (pipe)
Kren
Kereta sorong
Pelongsor (chute)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
10
Pelongsor
(Chute) Gambar 3.1 : Pelongsor
Pelongsor digunakan untuk
mengangkut konkrit dari tempat atas ke
bawah tanpa berlaku ceraian.
Diperbuat daripada belahan paip PVC
atau dibuat daripada kayu dan
kepingan logam. Panjang pelongsor
dihadkan kepada 3m untuk
mengelakkan berlakunya ceraian.
Garispusatnya lebih kurang 300mm.
Pam konkrit (Concrete Gambar 3.2 : Pam konkrit
Pump)
Penggunaan pam adalah satu kaedah
yang cepat, kemas dan ekonomik jika
dirancang dengan teliti. Menggunakan
paip- paip 6” yang dipamkan dari tempat
menggaul. Digunakan untuk kuantiti
konkrit yang banyak. Boleh mengangkut
sejauh 30m hingga 50m arah tegak dan
300m hingga 500m arah ufuk. Terdiri
daripada 2 jenis samaada jenis pelocok
(plunger pump) atau pam tekan (squeeze
pump).
Kren
Terdapat beberapa jenis kren yang digunakan bagi tujuan mengangkut konkrit iaitu :
Kren Bergerak (Mobile Crane)
Kren Menara (Tower Crane)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
i. Kren Bergerak (Mobile Crane) 10
Gambar 3.3 : Kren Bergerak
Digunakan untuk projek yang besar dan
dalam pembinaan struktur yang sangat tinggi.
Gambar 3.4 : Langkau (skip)
Dimana konkrit dimasukkan dalam suatu
bekas besar yang dilengkapkan dengan pintu
kolong (trap door) di bawahnya dan
dituangkan secara langsung melalui langkau
(skip). (Rujuk Gambar 3.4)
ii. Kren Menara (Tower Crane) Gambar 3.5 : Kren Menara
Kren menara digunakan untuk bangunan
yang tinggi yang melebihi 30 meter. Kren
bergerak pula hanya terhad kepada
bangunan yang tingginya 20 meter.
Penggunaan langkau (skip) bergantung
kepada saiz muatan. Jika kadar perletakan
konkrit tinggi, langkau yang besar perlu
digunakan supaya lebih ekonomik. Saiz
langkau terhad kepada saiz maksimum 0.57
m³ atau 1394kg
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
SOALAN / QUESTIONS: 10
1. Nyatakan 2 tanda yang menunjukkan pemadatan telah dilakukan dengan sempurna.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
2. Nyatakan kaedah menempatkan konkrit ditapak bina
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
3. Terangkan kaedah menuang konkrit secara incani dengan betul.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis
2. Placing and Compacting Concrete
www.scribd.com/doc/8739249/Placing-and-Compacting-Concrete