Syair Burung Nuri
Nama: Abner, Shahadan
Kelas: 3 Inquirer
Guru:Cikgu Sa’diah
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Maksud Syair:
warkah yang ditulis oleh orang hina
banyak kekurangan berdasarkan
pendapatnya yang tidak sempurna.
Penyair menyatakan bahawa dia
dipandang hina, pemikirannya yang tidak
luas dan hidup dalam keadaan miskin.
Penyair memohon maaf atas coretan kata-
katanya yang ditulis dalam perasaan
sedih.
Penyair menulis surat untuk meluahkan
perasaan cinta kepada pasangannya.
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya
yang sering dirundung malang dan
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Penyair menceritakan kehidupannya yang
tiada hala tuju dan terumbang-ambing
hinggakan tidak makan dan minum.
Penyair tersedar bahawa kesedihan dan
kekecewaan boleh mengakibatkan
hidupnya musnah.
Penyair sedar kekecewaan boleh
menyebabkan seseorang itu bertindak di
luar kawalan fikiran yang waras dan
rasional. Jika penyair menurut
perasaannya lebih baik dia memilih mati
daripada hidup.
Komik Syair:
Tema: Adab dalam Kehidupan seseorang
Persoalan:
(a) Kepentingan memiliki ilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan
kehidupan seseorang.
(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri
ketika bercinta.
(d) Rasional dalam berfikir dan membuat
tindaka
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah
supaya nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin
jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam
banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan
ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula
warkah surat rencana. (perulangan vokal
a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir
tiada tertentu. (perulangan konsonan t).
Bilangan suku kata dalam Rima akhir : a,a,a,a
setiap baris antara 10
hingga 13 suku kata.
Bentuk
Bilangan perkataan dalam
setiap baris antara 3 hingga 6
suku perkataan.
8 rangkap dan semua baris
sama 4 baris dalam satu
rangkap
Kesedaran Merendah Diri
NILAI
Rasional Hemah Tinggi
Pengajaran
(a) Kita sepatutnya bersikap merendah
diri .
(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan
yang telah dilakukan.
(c) Kita janganlah mementingkan
percintaan dalam kehidupan.
(d) Kita tidak boleh berputus asa.
(e) Kita janganlah bertindak mengikut
kata hati.
RUJUKAN
http://cikgusimile.blogspot.com/2017/01/an
tologi-bintang-hati-tingkatan-3-syair.html