The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Noor Fatirah Binti Fadzil, 2019-11-25 23:41:30

Buku Program Orientasi Tahun 1 - 2020

Buku Program Orientasi Tahun 1 - 2020

ORGANISASI SEKOLAH : Pn. Noriah Binti Ismail
:Pn. Noriyati Binti Pit
Guru Besar : Pn. Siti Hanim bt Ismail
GPK Tadbir & Kurikulum : En. Mohammad Nizam bin
GPK HEM Shamsudin
GPK Kokurikulum

Guru Kaunseling : Pn. Noor Hayati bt. Aziz

Guru Penyelaras Bestari : En. Mohd Hafiz b. Ahmad Tarmizi

Guru Disiplin : En. Ahmad Nizam b. Yahya

Guru Pusat. Sumber : Cik Nadiah bt Has Bullah

Guru-guru Tahun 1 : Pn Hafizah bt. Mohd Yusop
: Pn Siti Habsah bt Md Shuid
: Cik Nik Nur Khalidah Bt Nik Ahmad Saide
: Pn. Rupazidah bt. Mohd Zam

: Pn. Aimi Adhwa bt Abdul Kadir

TENTATIF HARI ORIENTASI TAHUN 1

MASA AKTIVITI TEMPAT
7.30 pagi Laman Bestari
 Pendaftaran murid-murid dan pembayaran
mengikut kelas.

 Penyerahan fail peribadi murid beserta dengan
borang kebenaran DLP kepada guru kelas di
kaunter pendaftaran.

8.00 pagi  Murid-murid beratur mengikut kelas yang telah
ditetapkan.
 Murid bergerak masuk ke kelas. Kelas Tahun 1
 Murid membuat aktiviti di dalam kelas.

 Ibubapa / penjaga berkumpul di Laman Bestari
untuk taklimat bersama pentadbir.

Laman Bestari

8.40 pagi  Bacaan doa. Laman Bestari
9.10 pagi  Taklimat oleh Guru Besar. Bilik Anggerik
10.00 pagi  Taklimat DLP oleh Penyelaras DLP.
Bilik SPBT
11.00 pagi  Pengambilan buku teks.
 Pembelian baju outdoor di kaunter PIBG Laman Bestari
sekolah.
 Penyerahan murid-murid kepada ibubapa /
penjaga.
 Bersurai.

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

TEMA PROGRAM TRANSISI : “KAMI MURID TAHUN SATU”
( Minda Cerdas, Mata Bercahaya )

Objektif :
1. Murid bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang

menyeronokkan.
2. Dapat mengenalpasti murid-murid yang menguasai kemahiran asas motor kasar dan

halus, kognitif, bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan.
3. Memberi peluang kepada murid yang masih kurang berkemampuan mencapai tahap

yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan sehingga tamat proses transisi.
4. Proses pengajaran dan pembelajaran KBSR selepas transisi diteruskan tetapi dalam

suasana persekitaran kelas yang menarik, pembelajarann yang menyeronokkan dan
terancang.

Program Transisi ini akan dijalankan selama 3 minggu

AKTIVITI :

Aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada 4 komponen :
1. Aspek Pengurusan Kelas
2. Aktiviti Fizikal
3. Aktiviti Nilai Kerohanian dan Nilai-nilai Murni
4. Aktiviti Membina Semangat Patriotik

BANTUAN MURID

Murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah akan dikenalpasti untuk
memohon bantuan-bantuan kerajaan seperti berikut :

1. KWAPM - Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
2. RMT - Rancangan Makanan Tambahan
3. Baitulmal - untuk murid Islam sahaja

Kerjasama daripada ibu bapa diperlukan dalam perkara berikut :

1. Murid lelaki diwajibkan memakai tali leher setiap hari.

2. Mencatat nombor telefon yang perlu dihubungi sekiranya kecemasan ada
beg sekolah murid.

3. Menulis nama anak pada kasut sekolah, semua buku termasuk buku teks
bantuan, buku latihan dan barang-barang peribadi.

4. Buku teks bantuan wajib ditulis nama dengan lengkap dan dibalut dengan
kemas. Sekiranya hilang, diganti dengan buku juga.

5. Ibu bapa hanya dibenarkan berada di sekolah pada 2 hari pertama sesi
persekolahan 2020 sahaja. Namun, tidak dibenarkan berada di sekitar bilik
darjah Tahun 1 bagi memudahkan kelancaran Program Transisi. Ibu bapa
hanya dibenarkan menunggu di D’Anjung ( berhadapan bilik prasekolah )

6. Ibu bapa/penjaga yang ingin berjumpa dengan guru perlu membuat
temujanji terlebih dahulu bagi memudahkan kedua belah pihak
berurusan. Kebenaran berjumpa dengan guru hanya selepas waktu sekolah
sahaja.

7. Ibu bapa yang ingin mengemukakan sebarang aduan, boleh mengisi
borang aduan yang disediakan untuk tindakan se lanjutnya oleh pihak
sekolah.

8. Ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan /minuman untuk
anak-anak. Jika ingin membeli makanan di kantin, pastikan anak

dibekalkan dengan wang syiling secukupnya.

9. Pastikan pihak bas sekolah / pengangkutan yang lain tida menurunkan
atau mengambil anak tuan/puan terlalu jauh dari sekolah atau perlu
menyeberangi jalan besar tanpa pengawasan.

10. Ibu bapa dilarang membawa kenderaan memasuki kawasan sekolah
semasa menghantar/menjemput anak. Sekiranya hujan, ibu bapa boleh
menghantar/menjemput dengan berpayung sahaja.

11. Ibu bapa/penjaga perlu mendaftar di pondok keselamatan dan perlu
mendapatkan tandatangan pihak pengurusan setelah selesai urusan.

12. Segala urusan hanya di pejabat sahaja.
13. Ibu bapa yang ingin menukarkan anak ke sekolah swasta perlu

memaklumkan kepada pihak sekolah secara bertulis dan
memulangkan semua skim bantuan buku teks.
14. Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu menyerahkan sijil cuti sakit/
perakuan ibu bapa.
15. Cuti berpanjangan tanpa maklum kepada pihak sekolah akan
dikenakan amaran pertama, kedua dan ketiga. Pihak sekolah boleh
mengambil tindakan memberhentikan murid tersebut jika tiada respon
kepada semua amaran tersebut.
16. Ibu bapa perlu sentiasa memantau kerja rumah anak-anak serta
memberi respon kepada segala surat siaran daripada pihak sekolah.
17. Ibu bapa dikehendaki hadir ke Mesyuarat Agung PIBG dan pihak
sekolah amat berharap penglibatan tuan/puan di dalam aktiviti yang
dijalankan oleh PIBG. Segala bentuk sumbangan amat dialu-alukan.
18. Menyediakan buku rampaian ( buku tulis ) seperti dicatatkan di dalam
lampiran ( rujuk m/s sebelah ) serta men yerahkannya kepada guru
kelas pada hari pertama sesi persekolahan. Pastikan semua buku
rampaian tersebut dii kat bersama untuk memudahkan guru untuk
menyimpannya.
19. Loker murid akan diberi selepas penempatan kelas murid.
20. Merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas bil 2/ 2009, murid tidak
dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.
22. Penggunaan pensel mekanikal tidak dibenarkan di sekolah atas faktor
keselamatan.


Click to View FlipBook Version