KAQ 3073
HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
MODUL
SAINS
AWAL
NAMA: NUR SYAZANI IZZATI BINTI SHUHAIMI
NO MATRIK: D20192091107
PENGENALAN
Menurut Abrusco (1982), sains ialah satu proses
yang melibatkan kemahiran intelek dan
manipulatif untuk mendapatkan maklumat
tentang alam semula jadi. Sains juga merupakan
pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi
proses sains. Pengetahuan, kemahiran, dan nilai
yang diperoleh melalui pengalaman saintifik
seharusnya dapat membantu kanak-kanak
memahami dan membentuk dunia di sekeliling
mereka. Dalam pendidikan awal kanak-kanak,
proses saintifik ialah pembelajaran, yang boleh
merangsang rasa ingin tahu, meneroka
persekitaran, membuat ramalan, memerhati,
menjalankan eksperimen dan membuat
kesimpulan. Dengan bantuan dan bimbingan
orang dewasa, kanak-kanak boleh memahami
dan menggunakan pemikiran saintifik, yang
melibatkan perancangan, peramalan,
pemerhatian dan pelaporan.
OBJEKTIF
1. Mengembangkan sikap ingin tahu dan
minat tentang dunia disekeliling
mereka.
2. Mengenal pasti haiwan liar
3. Menyebut nama haiwan liar
KONSEP
1. Mengelaskan haiwan dan tempat
tinggal mereka.
PANDUAN
AKTIVITI
KANAK-
KANAK
KEPADA
IBU BAPA
MODUL 1
MELABEL HAIWAN LIAR
https://forms.gle/w3r9TuXK9Dss5a
fa6
KELEBIHAN
1. Kanak-kanak dapat mengira berapa jumlah kaki
haiwan
2. Kanak-kanak dapat meneka nama haiwan.
3. Kanak-kanak dapat Menyusun semula nama
haiwan.
4. Kanak-kanak dapat menulis tempat tinggal
haiwan.
ALAT DAN BAHAN
1. Komputer
2. Speaker
PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA
1. Guru akan membuka link google form kepada
murid.
2. Guru akan menerangkan cara untuk menjawab
soalan dalam google form.
3. Guru akan menyanyi lagu haiwan bersama murid.
4. Murid akan bernyanyi lagu haiwan.
5. Murid akan mula menjawab soalan didalam google
form.
RUMUSAN
Berdasarkan rancangan pengajaran
aktiviti yang digunakan oleh guru, kanak-
kanak seawal usia prasekolah sangat
tertarik dengan pembelajaran lebih lagi
berkaitan dengan sains awal. Guru
haruslah peka dan menggunakan media
massa yang bersesuaian mengikut arus
perbezaan zaman.
Pengetahuan yang asas mengenai
sains awal amatlah penting kepada
kanak-kanak dalam menuju kearah
masyarakat yang maju. Dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, membangunkan
sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.
RPA
Rancangan Pengajaran Harian
Kelas : 6 Cempaka
Tarikh : 28/1/2022 (Selasa)
Masa : 10.00 a.m hingga 10:30 a.m
Bil pelajar : 2 Orang
Tajuk : Haiwan
Tunjang Utama : Sains Awal
Fokus : Menyiasat Alam Hidupan
Standard Kandungan : SA 3.3 Membuat penerokaan ke atas haiwan
Standard Pembelajaran : SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan
Kesepaduan Tunjang :
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-
i. Menyebut nama haiwan dengan betul.
ii. Melakukan aktiviti mengenai haiwan dengan betul.
iii. Menyatakan tempat tinggal haiwan dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid boleh menyebut nama haiwan dalam kehidupan
seharian.
Mengajar : Laptop, gambar haiwan, speaker
Kemahiran Berfikir (KB) : Mengaplikasi dan menilai
Penerapan Nilai : Kerjasama, Keberanian, Kerajinan
Fokus MI : Motor halus, Pertuturan, sosialisasi
Masa/Langkah Isi Aktiviti P&P Catatan
Pelajaran
Set Induksi Pergerakan 1. Guru memainkan lagu haiwan kepada murid KBAT
(5 minit) asas melalui pautan youtube. Mengingat
2. Guru meminta murid menonton video terlebih BBM
dahulu. Laptop
3. Guru meminta murid untuk menyanyi Pautan Video:
bersama-sama. https://www.youtube.
4. Murid menyanyi lagu haiwan bersama-sama com/watch?v=SzAK
guru. 4ZBISZA
Langkah 1 Menyebut 1. Guru menunjukkan kad gambar haiwan liar KBAT
(`10 minit)
nama kepada murid Memahami
Langkah 2
(10 minit) haiwan. 2. Guru meminta murid menyebut nama haiwan BBM
liar. Gambar haiwan liar.
3. Guru meminta murid untuk menyebut nama
haiwan dalam bahasa inggeris.
Haiwan dan 1. Guru menerangkan tempat tinggal haiwan KBAT
tempat kepada murid. Menganalisis dan
tinggal 2. Guru menunjukkan kad perkataan kepada mengaplikasi
murid. BBM
3. Guru meminta murid untuk membaca dan Kad perkataan
mengeja kad perkataan. haiwan
4. Murid menyebut bersama guru tentang tempat
tinggal haiwan.
5. Guru menanyakan beberapa soalan mengenai
haiwan kepada murid.
6. Murid menjawab pertanyaan guru mengenai
haiwan.
Langkah 3 Aktiviti 1. Guru menerangkan aktiviti yang akan KBAT
(10 minit)
google doc dilakukan. Menganalisis dan
Penutup
(5 minit) mengenai 2. Guru membuka laman web google doc kepada mengaplikasi
haiwan murid. BBM
3.Guru membaca semua soalan berkaitan haiwan Laptop dan speaker
kepada murid.
4. Murid mula menjawab soalan.
Rumusan 1. Guru menanyakan perasaan murid mengenai KBAT
Topik perkara yang mereka pelajari. Menganalisis
2. Guru meminta murid untuk mengimbas
kembali tentang apa yang telah mereka pelajari.
3. Murid diminta untuk menyebut nama haiwan
yang ditunjuk oleh guru.
4. Murid menyebut nama haiwan.