SJHK3213 SEJARAH ISLAM SEHINGGA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH NAMA PENSYARAH : DR. HABIDS BUHIGIBA BIN MOHAMAD BUSTAMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG
AMBROSE ANAK DAVID KUMPULAN 6 ANJELA LAWI BINTI ABDULLAH AUDREY MITCHELLYNIE ANAK CHRISTOPHER
Kandungan 01 Pengenalan Sejarah Awal Kota Baghdad 02 Ciri - Ciri Kota Baghdad 03 Pengasas Kota Baghdad 04 Fungsi Kota Baghdad 05 06 Rumusan
Pengenalan Kerajaan Abbasiyah merupakan dinasti Islam yang paling berjaya dalam membangun tamadun Islam. Bani Abbasiyah memerintah selama lebih 500 tahun atau selama 534 tahun di bawah 34 orang khalifah (132-656 M). Pengasas Kerajaan Abbasiyah ialah Abu Abbas Abdullah Bin Muhammad Binali As-Safah. Pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di Baghdad, Iraq. Al-Manshûr memerintahkan Abu Muslim al-Khurasani melakukannya, dan kemudian menghukum mati Abu Muslim al-Khurasani pada tahun 755 M, karena dikhawatirkan akan menjadi pesaing baginya. Pada mulanya ibu kota negara adalah al-Hâsyimiyah, berhampiran Kufah. Bagi lebih memantapkan dan menjaga kestabilan negara yang baharu membangun itu, al-Manshûr memindahkan ibu kota negara ke kota yang baharu dibangunnya, Baghdad, berhampiran bekas ibu kota Persia, Ctesiphon, tahun 762 M. Antara sumbangan Bani Abbasiyah terhadap Kerajaan Abbasiyah ialah Kota Baghdad dalam bidang pembangunan.
Sejarah Awal Kota Baghdad Baghdad pula dalam bahasa Parsi. Ia juga kadang kala disebut sebagai Baghdaz, Baghdan dan Maghdan. ‘Bagh’ merupakan istilah yang dirujuk oleh masyarakat Parsi pada masa itu kepada tuhan atau berhala sembahan mereka. Sementara ‘Dad’ bermaksud hadiah atau pemberian. Justeru, Baghdad bermaksud kota yang dihadiahkan tuhan. Bagh juga mempunyai maksud yang lain iaitu kebun atau taman. Dikatakan juga semasa alMansur ingin membuka kota ini, terdapat seorang penduduk bernama Daz yang mempunyai sebuah kebun, lalu dikatakan tempat itu sebagai Baghdaz yang bermaksud kebun Daz (al-Khatib al-Baghdadi, 2001 Jil. 1: 364-369, 375-376). Walaupun Madinat al-Salam merupakan nama rasmi bagi kota ini, namun nama Baghdad lebih popular dalam penggunaan masyarakat awam. Kota Baghdad diasaskan oleh Abu Ja’far al-Mansur pada tahun 145 Hijrah bersamaan 762 Masihi dan selesai dibina pada tahun berikutnya iaitu 146H dan memindahkan pentadbiran pada tahun tersebut dari Kufah ke Baghdad. Ia kemudiannya dibina penambahan bangunan di dalamnya sehingga selesai pada tahun 147M.
Sejarah Awal Kota Baghdad Sebelum kedatangan Islam, Baghdad yang ketika itu belum menjadi sebuah kota merupakan sebahagian daripada kawasan dalam ‘Iraq yang mengharungi pelbagai peradaban manusia meliputi zaman Mesopotamia yang menyaksikan penguasaan pelbagai kuasa besar seperti Sumer, Akkadia (2334-2154SM), Assyria (2025-1366 6SM) dan Babylonia (1894-SM) dan kembali diambil oleh Assyria (911-606SM) dan sekali lagi oleh Babylonia (626-539SM) serta kemudiannya oleh Media (615-549SM). Baghdad pada zaman sebelum kedatangan orang-orang Islam merupakan sebuah kampung kecil yang menjadi pusat tumpuan para pedagang dan mempunyai sebuah pasar yang besar yang menjual pelbagai hasil pertanian. Pada awal pemerintahan ‘Abbasiyah, pusat pentadbiran kerajaan adalah di kota Kufah. Baghdad semasa dalam pemerintahan Abbasiyah telah memenuhi cahaya Ilmu dan telah membangkitkan seni dan Budaya Islam dalam kota Baghdad. Adanya perkembangan Intelektual Islam, dimana Abbasiyah mendatangkan para tokoh-tokoh ilmuan tertinggi baik dalam bidang ilmu umum maupun agama. Serta perkembangan peradaban di bidang fisik, seperti pembangunan sekolah, madrasah, masjid, istana dan pembangunan yang sangat bersejarah adalah perpustakaan yang didirikan oleh khalifah Harun ar-Rasyid, yang dinamakan Baitul Hikmah.
CIRI-CIRI Kota dibangun dalam dua semi-lingkaran dengan diameter sekitar 19 Kilometer. Batu bata yang digunakan untuk membina bersaiz sekitar 45 sentimeter dalam semua aspek. Merupakan pintu gerbang Baghdad yang terletak di Raqqa, Iraq. Pintu gerbang ini merupakan monumen semasa era Abbasiyah. Ada empat benteng yang mengelilingi Baghad, masingmasing diberi nama Kufah, Basrah, Khurasan dan Damaskus, sesuai dengan arah gerbang untuk perjalanan menuju kota-kota tersebut. Setiap gerbang memiliki pintu rangkap yang terbuat dari besi tebal, yang memerlukan beberapa lelaki dewasa untuk membukanya.
Pengasas Tokoh Kota Baghdad Al-Manshur adalah khalifah ke-2 Dinasti Abbasiyah Khalifah Al-Manshur, pada usia 41 tahun menjabat khalifah kedua dari Daulah Abbasiyah. Khalifah Al-Manshur memerintah selama 22 tahun dari tahun 136 H/ 754 M sampai tahun 158 H/ 775 M Khalifah Al-Mansur menjadikan kota Baghdad sebagai tempatnya pemerintahan Daulah Abbasiyah. Khalifah AlMansur memutuskan hatinya di bandar Baghdad kerana ia merupakan tempat yang sangat strategik di Baghdad menguntungkan bagi Daula Abbasiyah, baik dari segi ketenteraan mahupun dari segi ekonomi. Al-Mansur sendiri telah menyiasat ciri-ciri tempat yang dipilih untuk dijadikan ibu kota kerajaannya, dan telah melibatkan dirinya dalam membuat segala persiapan dan pelaksanaannya. Khalifah al-Mansur memindahkan ibu kota dari al-Hasyimiah, berhampiran kota Kufah, ke Baghdad dengan tujuan untuk mewujudkan kestabilan keselamatan Negara Abbasiyah yang baru ditubuhkan. Di ibu negara baru,dia bebas membuat pelbagai perubahan. Dia yang buat beberapa pembaharuan dalam sektor kerajaan, dan sistem pelaksanaan baru. Khalifah al-Manshur meninggal pada tahun 775 M dalam perjalanannya ke Makkah untuk melaksanakan ibadah haji. ABU JA’FAR AL-MANSHUR
Pengasas Tokoh Kota Baghdad Pada tahun 15 H, Al-Manshur berangkat haji dan melantik Al-Mahdi sebagai penggantinya di Baghdad. Seperti yang disebutkan, Al-Manshur telah berangkat di pertengahan jalan, dan Al-Mahdi dilantik secara resmi menjadi khalifah serta mendapat pengakuan taat setia dari seluruh rakyat. (Syalaby, 2003). Menurut Hakim (2004), Al-Mahdi berhasil membawa kehidupan perekonomian menigkat dengan cara memperbaiki system pertanian dan perdagangan. Perbaikan irigasi yang menyebabkan produksi gandum, beras, korma, dan zaitun melimpah. Diperkuat dengan lancarna arus perdagangan anatar wilayah Timur dan Barat dengan hasil-hasil barang-barang pertambangan seperti perak, emas, tembaga dan besi, di samping produksi pertanian. KHALIFAH AL-MAHDI
Pengasas Tokoh Kota Baghdad KHALIFAH HARUN AL-RASYID Khalifah Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima Daulah Abbasiyah, beliau menggantikan saudaranya Al-Hadi pada tahun 786 M, dalam usia 25 tahun, masa pemerintahannya 23 tahun yaitu tahun 786-809 M, yang merupakan zaman keemasan Daulah Abbasiyah.(Sou ’ yb, 1977) Harun al-Rasyid berjaya membawa dinasti Abbasiyah membuahkan hasil kemajuan dalam pelbagai bidang, dari ekonomi, perdagangan, pengembangan wilayah kuasa dan politik, sains, dan tamadun. kemajuan itu dialami oleh Dinasti Abbasiyah menjadikan Baghdad sebagai ibu kota pemerintahan Abbasiyah, sebagai pusat perdagangan terbesar dan tersibuk di dunia pada masa itu. Di kota Baghdad sudah berlaku pertukaran barang dan mata wang yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. Pada zaman pemerintahan Harun al-Rasyid, tamadun Islam mencapai zaman kegemilangannya. Oleh itu, tempoh pemerintahannya dan anaknya al-Makmun, disebut sebagai zaman keemasan Islam (zaman keemasan Islam). Pada masa itu, Baghdad telah menjadi kota metropolitan dan bandar utama di dunia ini.
Fungsi Kota Baghdad Pusat Peradaban Islam lokasi kota yang strategik terletak di pusat kota mempunyai tembok melindungi kota Pusat Ilmu Pengetahuan memberikan kemajuan dari segi bidang agama, bidang umum menubuhkan perpustakaan & hospital menjalankan perdagangan antarabangsa melalui laut meningkatkan hasil pertanian sistem pengaliran yang baik Ibu Kota Kerajaan Abbasiyah
Video tentang Kota Baghdad
Rumusan Sejarah kegemilangan Baghdad ini dapat menjadi pedoman dalam membentuk peradaban pada masa kini dan akan datang supaya menjadikan tamadun manusia bersifat holistik merangkumi aspek spirtitual dan material. Unsur-unsur yang membentuk ketamadunan Baghdad adalah perkara-perkara yang senantiasa kekal penting dalam pembangunan bandar dan negara serta peradaban manusia.
SEKIAN TERIMA KASIH
Rujukan Daulay, H. P., Dahlan, Z., & Putri, Y. A. (2021). Peradaban dan Pemikiran Islam pada Masa Bani Abbasiyah. Edu Society: Jurnal Pendidikan, Ilmu Sosial Dan Pengabdian Kepada Masyarakat, 1(2), 228-244. Muid, A. (2019). Peradaban Islam Pada Zaman Dinasti Bani Abbasiyah. JURNAL ILMU PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN ISLAM, 3(3). Ramli, Y. M. (2023). Unsur-Unsur Ketamadunan Baghdad (Elements of Civilization of Baghdad). UMRAN-International Journal of Islamic and Civilizational S Studies, 10(3), 27-40.