TUJUAN PROJEK
Mereka cipta salah satu alternatif untuk memasak
Membangunkan alat yang mesra alam dan tidak
menyumbang kepada pencemaran alam
Membangunkan alat yang menjimatkan kos
Menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam
menghadapi penyusutan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
Meningkatkan taraf kesihatan penduduk
HIPOTESIS
Penggunaan Ketuhar Solar dapat :
Mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
Mengurangkan pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran
udara akibat penghasilan asap dari pembakaran bahan api ketika memasak .
Kos yang rendah kerana tidak melibatkan pembelian bahan api.
Meningkatkan taraf kesihatan manusia .
OBJEKTIF PROJEK
Menghasilkan ketuhar solar yang mempunyai ciri-ciri Teknologi Hijau .
Menghasilkan ketuhar solar yang mampu mengumpul tenaga haba yang
tinggi untuk memasak makanan dalam konsistensi cecair dan pepejal .
Mendapatkan bahan dan rekabentuk terbaik untuk ketuhar solar yang
dibina.
Menggalakkan murid memahami , mengaplikasi dan mengamalkan
konsep Teknologi Hijau bagi sektor pengurusan sisa (3R).
Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara
cekap dan bijaksana
APLIKASI SAINS
1. PANTULAN CAHAYA
CAHAYA MATAHARI BOLEH DIPANTULKAN .
CAHAYA MATAHARI YANG DIPANTULKAN MEMBAWA
BERSAMA HABA
HABA DARI CAHAYA MATAHARI INI DAPAT
MENINGKATKAN SUHU .
2. KESAN RUMAH HIJAU
HABA DARI PANTULAN CAHAYA AKAN DIKUMPULKAN DIDALAM RUANG
MEMASAK KETUHAR SOLAR .
PENGGUNAAN PLASTIK LUTSINAR MENUTUP BAHAGIAN ATAS RUANG MEMASAK
KETUHAR SOLAR , DAPAT MEMPERLAHANKAN HABA TERBEBAS KE PERSEKITARAN .
PENGGUNAAN KOTAK DWI LAPISAN BERONGGA SEBAGAI BINAAN ASAS KETUHAR
SOLAR , BERTINDAK SEBAGAI PENEBAT HABA.
PENYERAPAN HABA PADA BAHAGIAN MEMASAK DIOPTIMUMKAN DENGAN
PENGGUNAAN KERTAS HITAM MELAPISI DINDING RUANG MEMASAK DAN
BATU LANDSKAP HITAM .
METODOLOGI
PENYESUAIAN BAHAN BINAAN
STRUKTUR KETUHAR SOLAR DIBAHAGIKAN
KEPADA 2 BAHAGIAN :
1. BAHAGIAN ATAS UNTUK PANTULAN CAHAYA
KE BAHAGIAN BAWAH
2. BAHAGIAN BAWAH UNTUK RUANG MEMASAK
1. BAHAGIAN ATAS ketuhar solar
▰ Bahagian ini dilapisi keranjang aluminium yang bertindak
sebagai bahagian pemantul cahaya matahari ke ruang
memasak ketuhar solar.
▰ Sifat keranjang aluminium yang berkilat
menjadikannya sebagai pemantul cahaya yang baik .
2. Bahagian bawah ketuhar solar
▰ Ruang memasak untuk ketuhar solar.
▰ Mempunyai ciri-ciri penyerap haba dan penyimpan haba yang baik .
▰ Ciri-ciri tersebut ialah:
a. Binaan diperbuat daripada kadboard tebal dwi lapisan yang berongga ,
bertindak sebagai penebat haba yang baik .
b. Permukaan dalam ruang memasak juga dilapisi kertas hitam.
Permukaan hitam dalam ruang memasak mampu untuk menyerap
haba .
▰
2. Bahagian bawah ketuhar solar
c. Penggunaan batu landskap hitam didalam ruang memasak
dapat meningkatkan keupayaan penyerapan haba . Batu ini
secara semulajadi berwarna hitam , oleh yang demikian tidak
menimbulkan kesan bahan kimia dalam ruang memasak .
d. Tiga biji batu hitam di letakkan dibawah bekas air . Langkah ini
bertujuan untuk memberi ruang kosong dibawah bekas air untuk
peredaran haba yang baik dalam ruang memasak ketuhar solar
ini.
Lakaran awal BINAAN KETUHAR SOLAR
Struktur binaan ketuhar solar
SPESIFIKASI KETUHAR SOLAR
i. Saiz : 26.2 cm ( Panjang) x 26.5 cm ( Lebar) x 4.5 cm ( Tinggi )
ii. Keluasan : 694.3 cm2
iii. Isipadu : 3124.35 cm3 ( Boleh memuatkan bekas
air berisipadu 500ml )
iv. Berat : 860 gram
UKURAN PANJANG
UKURAN LEBAR
UKURAN TINGGI
PROSEDUR PENGUJIAN KEBOLEH
FUNGSIAN KETUHAR SOLAR
i. 500 ml air dimasukkan dalam bekas dan di letakkan di dalam ruang
memasak .
ii. Suhu awal ruang memasak ketuhar solar diambil dan dicatat .
iii Ketuhar solar diletakkan dibawah pancaran cahaya matahari
iv. Selepas 30 minit pemanasan , sebiji telur gred C dimasukkan ke dalam
air yang dipanaskan .
v. Pemanasan air diteruskan lagi selama 30 minit .
vi. Suhu akhir ruang memasak ketuhar solar di sukat dan dicatat .
vii. Telur yang direndam didalam air dipecahkan untuk melihat perubahan
struktur telur tersebut .
SUHU AWAL AIR DI AMBIL
SETELAH 30 MINIT PEMANASAN KETUHAR , TELUR AYAM GRED
C DIRENDAMKAN KE DALAM BEKAS BERISI AIR
SETELAH 30 MINIT KEDUA ,
SUHU AIR DIAMBIL SEMULA
(SUHU AKHIR)
Rekod cuba jaya :
TARIKH / MASA SUHU AWAL / ⁰C SUHU AKHIR / ⁰C PENINGKATAN SUHU / ⁰C
10 / 08 / 2021 27.5 61.3 33.8
12.30 TGH HINGGA 1.30 PTG 26.9 58.6 31.7
30.3 64.5 34.2
11 / 08 / 2021
12.00 TGH HINGGA 1.00 PTG
12 / 08 / 2021
12.00 TGH HINGGA 1.00 PTG
PERUBAHAN PADA STRUKTUR TELUR YANG DIRENDAM DALAM BEKAS
AIR YANG DIPANASKAN DALAM KETUHAR SOLAR
ANALISIS DAPATAN CUBA JAYA
1. Dapatan suhu yang dicatat menunjukkan peningkatan suhu
pada air yang diletakkan di dalam ruang memasak ketuhar
solar yang di jemur dibawah pancaran matahari .
2. Peningkatan suhu yang tertinggi dicatatkan ialah 34.2⁰C .
3. Haba yang terperangkap dalam ruang memasak ketuhar solar
mampu untuk mengubah struktur telur gred C yang
direndamkan didalam air yang dipanaskan selama 30 minit .
KESIMPULAN
1. KETUHAR SOLAR YANG DIBINA MAMPU MENUNJUKKAN
KEBOLEH FUNGSIANNYA SEBAGAI ALAT MEMASAK
ALTERNATIF .
2. ALAT INI MESRA ALAM DIMANA KEBANYAKKAN BAHAGIAN
BINAANNYA ADALAH BAHAN KITAR SEMULA .
3. ALAT INI TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG ASAP SEMASA
MEMASAK MAKANAN YANG BOLEH MENCEMARKAN ALAM
.
4. ALAT INI MEMPROMOSIKAN TEKNOLOGI HIJAU
5. MEMBANTU DALAM USAHA MENINGKATKAN TARAF
KESIHATAN PENDUDUK .
RUJUKAN
1. Jariah Khalib , Maznah Omar , Badariah Hamzah & Shamsulikram Abdul Hamid (2017)
Sains Tingkatan 2 , Kuala Lumpur : Karang kraf Network Sdn Bhd.
2. Noraini Abdullah , Nor Mazliana Abdul Hashim , Mohammad Amirul Adnan &
Shamsulikram Abdul Hamid (2019) Sains Tingkatan 4 , Kuala Lumpur : Odonata Publishing
Sdn Bhd .
3. CETREE , USM , TEKNOLOGI HIJAU : https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-
teknologi-hijau
4. Teknologi Hijau tingkat kualiti hidup , pacu ekonomi negara :
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-
tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-negara
THANKS!
28