The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Folio Komunikasi (implikasi gajet terhadap institusi kekeluargaan)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrlsabrina, 2021-05-24 12:49:40

E-Folio Komunikasi (implikasi gajet terhadap institusi kekeluargaan)

E-Folio Komunikasi (implikasi gajet terhadap institusi kekeluargaan)

NOTES
- Korang nnt kita amik isi yg highlight kuning shj taw
- Kesan negatif n positif kita tak amik ganti dgn kelebihan n keburukan gajet
- Tambah isu semasa psl gajet (yang jd skrg)
- Lps siap isi kene edit guna microsoft word sbb ggl word susah nk edit jd

majalah
- Majalah sent by PDF
- Isi kandungan kita kurang nnt check RUBRIK BHG ISI KANDUNGAN

*dalil/hadis

* pendapat orang ramai/pakar

* ruangan soal jawab

* sajak/puisi berkaitan tajuk

- isi kandungan dah termasuk kebaikan keburukan , langkah2 jd dlm tu kita selitkan je
pendapat orang ramai/pakar & ruangan soal jawab

-

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T
Titipan penghargaan terhadap Allah SWT tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan
kepada hambanya. Berserah ke-atas takdir yang dikehendaki kepada isi alam seluruhnya.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta para
tabi’in.
Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan e-Folio yang
telah kami usahakan selama ini yang bertajuk “Implikasi Gajet Terhadap Institusi
Kekeluargaan”.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu dan memberi
kerjasama sepanjang menyiapkan e-Folio ini. Kami juga turut berterima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Ustazah Rahimah Binti Halim dan Ustaz Mohamad Zan kerana tidak
jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat tugasan subjek
ini mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang tidak berhenti
menyokong dalam usaha menyiapkan kerja e-Folio ini. Tanpa sokongan mereka, mungkin kami
tidak dapat menyiapkan sepenuhnya kerana melakukan kerja ini memerlukan motivasi, usaha
dan buah fikiran.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
rakan-rakan kelas yang memberi semangat dan sokongan dalam usaha menyiapkan kerja e-Folio
ini. Sedikit sebanyak, mereka membantu kami dalam menghasilkan idea tugasan ini.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung sepanjang kerja ini dijalankan dan dibentangkan.

(SIDANG EDITOR)
-GAMBAR, NAMA & NO MATRIKS

1) NUR FARAH AFIQAH BT OMAR SHARIFF (17DIB18F2037)
2) NURUL SABRINA BT HASHIM (17DIB18F2009)
3) NUR ATIQAH BT MADING (17DIB18F2016)
4) NURUL ZAHIRAH LUBIS BINTI FAHRUDIN LUBIS (17DIB18F2058)
5) LAVANYA JEGAN (17DIB18F2064)

ISI KANDUNGAN

NO. Tajuk Muka Surat
1. Sidang editor
2. Pengenalan
3. Maksud gajet terhadap kekeluargaan
4. Kelebihan gajet terhadap institusi kekeluargaan
5. Keburukan gajet terhadap institusi kekeluargaan
6. Isu semasa mengenai gajet terhadap institusi
kekeluargaan
7. Langkah-langkah memperbaiki komunikasi dalam
hubungan kekeluargaan
8. Kesimpulan Dan Saranan
9. Lampiran
10. Rujukan

Objektif penulisan number 2
Last skli LAMPIRAN ( macam mana nk edit taruk dekat colume number 2 sebelum
PENGENALAN??? I dah terokai cari tempat tambah kotak tak jumpa !!! hmm sorry bangang IT
:(

OBJEKTIF PENULISAN.

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti bagaimana aplikasi gajet mempengaruhi nilai
keperibadian institusi kekeluargaan. Selain itu dapat mengetahui kebaikan dan keburukan dari
sudut positif dan negatif terhadap gajet dalam institusi ini. Di samping itu, mampu memperoleh
langkah-langkah mengatasi penyalahgunaan aplikasi gajet dalam institusi kekeluargaan untuk
membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pada masyarakat pada masa kini.
Tujuan penulisan ini juga, untuk memberi kesedaran terhadap pengguna-pengguna yang lalai
dan leka terhadap implikasi gajet. Oleh sebab demikian ini penulisan ini dapat memberi serba
sedikit kesedaran bagi pengguna, malah ia juga dapat membantu membina generasi yang baru.

(PENGENALAN/PENDAHULUAN)
-masalah/isu yang dikaji

Di arus perkembangan dunia, dapat kita saksikan banyak pihak yang berusaha untuk
mengembangkan serta memajukan sesebuah negara dengan membangunkan pelbagai
teknologi yang mampu mengharumkan nama sesebuah negara. Pelbagai cara dan alternatif
yang telah digunakan bagi membantu negara kita mencapai tahap negara maju. Antara cara
dan alternatif yang telah digunakan adalah melalui teknologi yang berkembang pesat pada hari
ini sesuai dengan peredaran zaman yang sedang membangun dari hari ke hari.

Selain itu, banyak aplikasi dan laman sesawang atas talian yang telah banyak dibangunkan
oleh para pembangun. Aplikasi dan laman sesawang tersebut bebas di akses oleh orang awam
dari pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Antaranya adalah aplikasi seperti
Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Dengan kewujudan
aplikasi dan laman sesawang seperti ini dapat memudahkan masyarakat untuk berhubung
dengan masyarakat dari luar atau dalam negara tanpa batasan.

Walau bagaimanapun terdapat pelbagai yang boleh kita dapati dari penggunaan gajet serta
teknologi pada masa kini. Antaranya, kita dapat mengumpul maklumat yang berfaedah di
internet, menambah kenalan baru daripada pelbagai negara, bangsa dan agama, dapat
meneroka negara-negara lain dengan melihat gambar-gambar yang diletakkan di laman
sesawang seperti google images.

Di samping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi yang berhemah, wujud
keburukan seandainya teknologi itu disalahgunakan. Antara penyalahgunaan teknologi ialah
menggunakan kamera untuk tujuan pengintipan, menonton video lucah, menggodam akaun
milik orang lain dan menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan islam.

Akhir sekali, penggunaan gajet dan teknologi yang berlebihan akan mengakibatkan sebuah
institusi kekeluargaan boleh runtuh. Hal ini kerana apabila kita menggunakan gajet untuk
tempoh yang lama boleh membuatkan kita mengabaikan tanggungjawab dan juga ahli keluarga
kita. Hubungan kekeluargaan akan menjadi semakin renggang kerana ahli keluarga kurang
berinteraksi serta meluangkan masa sesama ahli keluarga.

Maksud gajet terhadap kekeluargaan

Keluarga adalah asas kepada arah pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Pembinaan dan pembentukan keluarga yang bahagia perlu menerapkan cara hidup yang positif
berlandaskan ilmu dan nilai-nilai akhlak yang baik. Dalam kehidupan, setiap insan memainkan
peranan penting dalam menentukan sejauh mana diri seseorang itu boleh membentuk dan
menentukan kebahagiaan mereka, terutamanya dalam hidup berkeluarga. Apa yang kami ingin
ringkaskan dalam E-folio ini adalah mengenai bagaimana peranan ahli keluarga, terutama ibu
bapa itu sendiri melihat kesan penggunaan gajet atau teknologi dalam kalangan anak-anak
mereka dan juga terhadap hubungan suami isteri. Adakah kemunculan gajet yang ada pada
hari ini memberi kesan baik atau buruk terhadap hubungan kekeluargaan, Dalam Islam juga
mengajar bahawa keluarga yang bahagia dan sejahtera adalah bertunjangkan pada sikap dan
tatacara yang diamalkan dalam keluarga itu sendiri tetapi bukan pada perkara yang dibentuk
dengan memusatkan kehidupan pada prinsip buatan manusia itu sendiri.

Gajet merupakan suatu alat berbentuk elektronik canggih yang mengandungi aplikasi-aplikasi
tertentu yang membolehkan pengguna menggunakan gajet tersebut untuk mengakses segala
maklumat tanpa sekatan. Kebanyakan gajet yang ada pada harini boleh didapati dalam bentuk
yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana mengikut kehendak pengguna itu sendiri.
Contohnya seperti, telefon bimbit, laptop, MP3, tablet, Ipad dan sebagainya telah mencetuskan
impak yang sangat mendalam dalam sesebuah kehidupan dan dalam sesuatu perhubungan
terutamanya terhadap hubungan kekeluargaan.

Kewujudan gajet yang moden pada hari ini jelas mempengaruhi perkembangan anak anak
masa kini, ini kerana kemajuan teknologi juga dapat membentuk akal fikiran anak anak .
Pengawalan penggunaan gajet ini jika tidak dikawal dengan sebaiknya, tetapi membebaskan
anak di bawah umur menggunakan teknologi seperti gajet itu maka dapat mengubah perilaku
seorang anak, secara tidak langsung pasti akan mengakibatkan hubungan kekeluargaan yang
tidak seimbang dan tidak mustahil hubungan kekeluargaan yang dibina sejak awal lagi akan
rapuh dan seterusnya akan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Dalil / Hadis

‫ِإنَّ ُك ْم َو َما تَ ْعبُ ُدو َن ِمن ُدو ِن ٱل َّل َح َص ُب َجهَنَّ َم َأنتُ ْم لَهَا ٰ َو ِر ُدو َن‬

Firman Allah bermaksud : “ Aduhai ,celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian
tentang ini,bahkan kami adalah orang orang yang zalim. ( Al- Anbiya- ayat 98)

Ayat di atas dapat dikaitkan dengan gajet adalah pengaruh gajet terhadap institusi keluarga
akan serba sedikit terjejas. Pengaruh gajet terhadap institusi kekeluargaan serta bagaimana
cara untuk mencegah pengaruh buruk. Ibu bapa mengawal penggunaan gajet agar tidak
melalaikan terutamanya dalam perkembangan anak anak yang baru membesar.

‫ٰ ٓياَ ُّي َها الَّ ِذ ْي َن ٰا َم ُن ْوا قُ ْٓوا اَ ْنفُ َس ُك ْم َواَ ْهلِ ْي ُك ْم َنا ًرا َّوقُ ْو ُد َها ال َّنا ُس َوا ْل ِح َجا َرة‬

Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan
keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ( Surah At Tahrim- Ayat 6)

Isu Semasa implikasi gajet terhadap institusi kekeluargaan - Lava

-Cth isu macam ni
Link: Gajet rosakkan hubungan anak, ibu bapa (bharian.com.my)

-nnt u selitkan pendapat pakar kalau ade (cth pendapat dari doktor, profesor &
sebagainya)
- cari 5 isu semasa (nanti taruk link kat bhg rujukan)

https://sarawakvoice.com/2016/07/10/guna-gajet-tanpa-kawalan-rengangkan-silatur
ahim-keluarga/
https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/komentar/20
18/11/499016/usah-biar-gajet-jejas-hubungan-keluarga

Langkah-langkah Memperbaiki Komunikasi Dalam Hubungan Kekeluargaan

Fenomena sosial yang berlaku pada hari ini menunjukkan bahawa masalah komunikasi yang
berlaku di kalangan remaja khususnya berpunca daripada kegagalan institusi keluarga yang
seharusnya berfungsi dengan baik. Oleh itu, komunikasi merupakan salah satu unsur yang sangat
penting untuk menangani permasalahan yang wujud dalam keluarga ke arah membentuk
keluarga yang sejahtera dan perlu ditangani dengan berkesan.

Terdapat beberapa langkah memperbaiki komunikasi dalam hubungan kekeluargaan yang dapat
dikaitkan dengan penglibatan kekeluargaan. Langkah yang pertama adalah memperbaiki
kefungsian institusi kekeluargaan. Sikap ibu bapa yang tegas, mengawal dan tidak
mesra dengan anak-nak mewujudkan konflik dalam sesebuah rumah tangga (Aziyah Et al,
2015).Yulia Hairina (2017) mendapati cabaran komunikasi berlaku disebabkan ibu bapa
bersikap kasar, tegas, diktator. Oleh yang demikian, anak membesar menjadi seorang yang
egois,agresif dan sukar bersosialisasi. Di samping itu juga, sikap ibu bapa yang lebih
mementingkan kerjaya menyebabkan kualiti kebajikan keluarga menurun dan menjadi tidak
kukuh(Ibrahim, 2003). Selain daripada itu, sikap terlalu memanjakan dengan cara
memenuhi segala keperluan dan kehendak anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak
berasa selesa tanpa perlu berusaha untuk mendapat sesuatu perkara (Baswedan, 2012).
Dimana pengukuhan ikatan keluarga dilakukan dengan menggalakkan komunikasi sihat di
kalangan anggota keluarga. Dalam usaha untuk membina hubungan kekeluargaan yang harmoni,
cuba pupuk kasih sayang, kepercayaan dan menghormati antara satu sama lain. Hal ini demikian,
menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap tingkah laku
positif dalam kalangan anak-anak. Contohnya, anak-anak akan mudah berbual bersama keluarga
atas kerana kesan positif yang mereka dapat dari didikan keluarga sendiri.

Seterusnya, langkah kedua ialah ibu bapa dan anak perlu menjadi pendengar yang aktif.
Mendengar bukan sahaja memahami perkataan atau maklumat yang disampaikan tetapi juga
emosi individu apa yang ingin disampaikan. Sekiranya kita mendengar secara aktif kita dapat
mendengar intonasi suara yang berbeza yang menceritakan bagaimana perasaan penutur dan

emosi yang disampaikan. Dengan komunikasi ini akan berlaku proses yang mengurangkan
tekanan dan meningkatkan perasaan tenang secara fizikal dan emosi. Contohnya, apabila
anak-anak ingin meluahkan sesuatu kepada ibu bapanya, dia akan berasa lebih tenang dan
merasa difahami.

Selain itu, setiap keluarga perlu melakukan aktiviti keagamaan secara bersama, mengikut
pegangan masing-masing. Menurut kajian Zakaria (2015) menunjukkan antara faktor utama
dalam institusi kekeluargaan ialah kekurangan penerapan ilmu agama dalam jiwa anggota
keluarga. Ia merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Oleh itu, mereka meminggirkan cara
hidup Islam dalam kehidupan seharian. Dalam institusi kekeluargaan, faktor agama adalah
elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam kekeluargaan adalah tonggak
kebahagiaan seperti mengamalkan solat berjemaah,mengaji, berzikir yang dapat mengeratkan
hubungan ibu bapa dan anak dengan restu Allah SWT. Tanpa pegangan agama, maka akan
goyahlah kehidupan manusia. Malah, agama juga dapat membentuk peribadi seorang, sesebuah
masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dari segi pertuturan, perilaku atau gaya hidup.

(Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan13, Isu 1, Halaman 67-77)

Di samping itu, memenuhi masa dengan aktiviti keluarga. Setiap keluarga perlu merancang
dan membuat senarai aktiviti yang mahu dilakukan setiap hari, mengikut keutamaan dengan ia
perlu dipelbagaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian. Tambahan pula, aktiviti berkenaan perlu
membabitkan pergerakan badan dan pemakanan sihat bagi menggalakkan kesihatan fizikal,
sosial, komunikasi, mental dan spiritual. Misalnya, melakukan aktiviti cergas selama 30 minit
sehari bersama ahli keluarga di dalam rumah seperti senaman regangan, senamrobik atau yoga.
Jelaslah bahawa, kualiti dan kuantiti masa yang dihabiskan oleh ahli keluarga bersama adalah
penting untuk membina dan menjaga komunikasi yang kuat agar dapat mengeratkan antara ahli
keluarga.

Natijahnya, … farah sambung nanti

(KESIMPULAN )

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah arus globalisasi yang tidak terkawal menyebabkan
terjadinya perkembangan teknologi yang sangat signifikan. Manusia di zaman sekarang hidup di
masa yang serba canggih. Dengan semakin tingginya ilmu pengetahuan yang ada, menuntut
setiap manusia untuk mengimbangi hidup di antara perkembangan teknologi itu sendiri. Segala
macam keuntungan yang diberikan teknologi memaksa manusia untuk mahu tidak mahu
memilikinya. Justeru semakin canggihnya teknologi juga merubah pola pikir manusia menjadi
serba infektif.

Dalam kehidupan seharian, tidak sedikit pun kita melihat manusia di mana-mana tidak lepas dari
gajetnya. Hampir semua manusia di dunia ini memilikinya. Dari anak-anak yang masih tidak
bersekolah sampai orang yang sudah lanjut usia juga memiliki gajet. Hidup manusia sekarang ini
tidak terlepas dari gajet. Apalagi kecanggihan yang ditawarkan gajet sekarang ini semakin
bertambah dan sangat cepat perkembangannya membuat gajet sudah menjadi keperluan primer
manusia.

Banyak dampak positif yang didapat dari penggunaan gajet, seperti menjadikan
perhubungan menjadi lebih mudah dan praktik dari segi komunikasi, menambah banyak kawan
dari segi sosial, dan juga menambah wawasan dan ilmu pengetahuan dari segi pendidikan.Gajet
juga memberikan dampak negatif seperti dapat menyebabkan kerabunan, memudahkan rasa
nasionalisme, menjadikan manusia menjadi apatis, sampai maraknya penipuan dan
ketidakstabilan kondisi ekonomi keluarga akibat keinginan memiliki gajet.

Saranan yang dapat disimpulkan adalah kita sebagai manusia yang beradab dan
berpendidikan, harus memanfaatkan gajet dengan sebaik-baiknya. Gajet hanyalah suatu alat yang
memudahkan kita dalam melakukan sesuatu perkara, bukanlah sebuah alat yang harus kita
junjung tinggi. Kita harus memilih mana keperluan yang paling penting bagi kita. Kita juga harus
menilai suatu hal berdasarkan fungsionalismenya bukan berdasarkan trend atau gengsinya. Kita
harus tetap waspada pada perkembangan gajet, nikmatilah perkembangannya, jangan
menerapkan konsumerisme dan pilihlah mana-mana jenis gajet yang benar-benar kita perlukan.
Seterusnya, tetaplah menjaga komunikasi secara langsung dengan sesama manusia. Ini hidup
kita, kitalah yang harus menjaganya, tempatkanlah sesuatu pada tempatnya. Semua bergantung
pada kita sebagai manusia bagaimana menangani perkembangan gajet yang ada. Sehingga
dampak positif dari gajet tersebut akan lebih menonjol daripada dampak negatifnya. Jadilah
manusia yang tepat dalam menentukan skala prioritas keperluan kita sehingga menjadi manusia
yang lebih berkualiti pada masa hadapan.



Rujukan

Journal/Article

1) View of Cabaran Komunikasi Ibu Bapa Dalam Keluarga Muslim di Selangor
(kuis.edu.my)

Website

1) aplikasi gadget mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga masa kini (4 Oct,
2016),http://aplikasigadjet.blogspot.my/

2) Fa Hani ( 2 Nov, 2016), Langkah-langkah untuk menjauhkan penggunaan gajet kepada
anak-anak
anda.https://toodia.my/2016/11/02/langkah-langkah-untuk-ibu-bapa-bagi-menjauhkan-pengguna
an-gadjet-kepada-anak-anak-anda/

3) Muhammad Syahqiran (15 Aug, 2016), Komunikasi Dan Penyiaran Islam: Gajet
mempengaruhi nilai keperibadian institusi keluarga.

http://dad5c.blogspot.my/2016/08/gajet-mempengaruhi-nilai-keperibadian.html

4) Syarul Azhar ( 12 Dec,2016), Keruntuhan institusi keluarga akibat penyalahgunaan gadget.

https://www.slideshare.net/syarulazhar1/keruntuhan-institusi-kekeluargaan-akibat-penyalahguna
an-gadget

5) Prof Dr M. Swamenathan (8 Okt 2014 ), Dunia Digital: Kebaikan dan Keburukan Terhadap
Perkembangan Kanak-kanak

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/10/08/dunia-digital-kebaikan-dan-keburukan-terhadap-
perkembangan-kanak-kanak/

KELEBIHAN GAJET TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN.

Kelebihan gajet yang dibahas pada kesempatan ini kita tahu bahawa penggunaan gajet bagi
pelajar, mahasiswa, pendidikan dan masyarakat umum sudah meluas di zaman yang serba moden
ini maka kami berpendapat untuk membahaskan manfaat penggunaan gajet.

Gajet sendiri merupakan sebuah inovasi teknologi yang memungkinkan manusia untuk
melakukan sesuatu pekerjaan dikala terdesak tidak perlu bersusah payah untuk mencari laptop
atau komputer, walaupun gadget belum sepenuhnya dapat menggantikan laptop atau komputer
namun gajet memiliki manfaatnya tersendiri. Manfaat dari penggunaan gajet ialah:

1. Memperlancarkan Komunikasi
Manfaat utama sebuah gadget adalah mempermudah atau memperlancar komunikasi yang
memang tujuan utama gadget ini adalah untuk memperlancar komunikasi dengan seseorang tidak
kira dekat mahupun jauh beribu batu. Aplikasi gajet ini tidak memerlukan waktu yang lama yang
untuk menyampaikan pesanan.

2. Mengakses Informasi
Bukan gajet namanya jika tidak mampu memberikan suatu informasi kepada anda

sebagai pemiliknya. Informasi tersebut dapat mempermudahkan anda untuk melakukan suatu
aktiviti. Contohnya, jika anda sebagai mahasiswa, informasi tersebut boleh berupa update berita
tentang program-program kampus dan perkembangannya.

3. Wawasan Bertambah
Wawasan yang bertambah merupakan manfaat gajet dari gabungan komunikasi lancar

dan kemudahan informasi yang diperolehi. Kita tahu bahwa dengan komunikasi dan informasi
merupakan salah satu unsur yang mendorong meningkatkan wawasan anda.

4. Hiburan
Bukan rahsia lagi bahawa gajet juga bermanfaat untuk menghilangkan kepenatan anda melalui
hiburan yang ditawarkan. Hiburan tersebut dapat berupa muzik, permainan, video dan perangkat
lunak multimedia yang lainnya.

5. Gaya Hidup
Memiliki gajet biasanya menjadi sebuah gaya hidup zaman kini, kerana selalunya seseorang
memanfaatkan gadget ini hanya untuk memperkuatkan kepercayaan dirinya atau status sosialnya.
Sisi lainnya supaya tidak ketinggalan trend terkini.

KEBURUKAN GAJET TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN

Kebelakangan ini, perubahan perilaku hubungan kekeluargaan menjadi semakin serius. Bahkan
sejak anak-anak masih bayi. Hal ini boleh dilihat dari hasil kajian yang menemukan aplikasi
gajet mempengaruhi pola pengasuhan. Sekitar dua per tiga ibu bapa menghiburkan anak-anak
mereka dengan aplikasi gajet. Namun, lebih dari setengah ibu bapa merasa prihatin atas banyak
masa yang anak mereka habiskan bersama peranti gajet. Antara keburukan penggunaan gajet
ialah :

1) Alat Penyebaran Bahan Lucah

Telefon bimbit telah disalah gunakan sebagai alat penyebaran bahan lucah. Penyebaran
video-video lucah mahupun gambar berunsur lucah sangat berleluasa terutamanya dalam
kalangan remaja. Kemampuan telefon bimbit dalam menghantar SMS, MMS, merakam, memuat
turun gambar dan video menjadikan kegiatan dan aktiviti anak-anak sekarang menjadi tidak
terkawal dan membimbangkan banyak pihak. Selain itu, kita bimbang sekiranya remaja sudah
pandai untuk menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah dengan rakan-rakan di sekolah
kerana bimbang ia akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat. Mereka yang masih muda
sememangnya mempunyai keinginan untuk mencuba dan melihat sesuatu yang baru. Malangnya,
kebanyakan remaja zaman kini menjadi ketagih dengan aktiviti penyebaran gambar dan video
berunsur lucah melalui telefon bimbit. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan mendatangkan
impak yang teruk terutamanya kepada remaja kerana dikhuatiri situasi ini menular kepada
masalah lain seperti kes rogol, berzina, menjalinkan hubungan seks bebas dan mengandung anak
luar nikah.

2) Hubungan Kekeluargaan Yang Semakin Renggang

Keburukan penggunaan aplikasi gajet juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang
semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak
mempedulikan perihal keluarga masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan
komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah
keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing
sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak seharusnya terjadi
kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan
yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan
menjauhkan jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada
anak-anak sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak
berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka individu yang pasif

dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat kita kerana bimbang masa
depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak

menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara
terpenting dalam hidup.

3) Penyebaran Fitnah Atau Khabar Angin

Seterusnya, penggunaan aplikasi gajet boleh membawa kepada masalah penyebaran fitnah atau
khabar angin. Manusia tidak lari daripada menyuarakan sesuatu tidak kira sama ada perkara
tersebut dianggap benar mahupun tidak benar. Berita mengenai khabar angin yang disebarkan
kadangkala boleh menjatuhkan seseorang dan ini bukanlah satu perkara yang baik malah harus
dielakkan. Penggunaan SMS sememangnya telah menjadi kaedah utama dalam menyebarkan
khabar angin tidak benar atau fitnah terhadap seseorang. Cara ini dilakukan apabila seseorang
menghantar kiriman SMS tentang khabar angin palsu mengenai seorang individu kepada
individu yang lain. Kepada pihak yang mempercayai secara terbuka tanpa usul periksa akan
menyebarkan kepada pihak lain sebagai bahan cerita tanpa bukti yang sahih. Ini akan memberi
kesan negatif kepada individu terlibat atau pihak-pihak tertentu.

4) Pembaziran Masa

Sesetengah pihak menganggap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja membazirkan
waktu. Ramai pihak yang bersetuju dengan kenyataan ini terutamanya golongan ibu bapa.
Telefon bimbit yang canggih mempunyai banyak kelebihan fungsi yang boleh melalaikan para
pelajar. Masa mereka akan banyak dihabiskan dengan bermain ‘games’, melayari internet
terutamanya Facebook dan Twitter, memuat turun lagu-lagu kegemaran, video, dan memuat naik
gambar profil, berchatting dan berSkype. Waktu mereka yang terluang sepatutnya diisi dengan
aktiviti riadah, belajar dan meluang masa bersama keluarga namun kesan penggunaan telefon
bimbit telah menyebabkan mereka membuang masa begitu sahaja. Kesan yang mendatang dapat
dilihat menerusi kemerosotan prestasi pelajaran di sekolah anak-anak, ketidakhadiran di sekolah
dan sukar memberi tumpuan di dalam kelas.

5) Pembaziran Wang

Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja membazirkan masa tetapi turut menyebabkan
pembaziran wang ringgit. Kebanyakan kita menggunakan kad prabayar atau pascabayar untuk
membuat isian semula kredit bagi memudahkan kita membuat panggilan, kiriman SMS, MMS
atau melayari internet. Malah individu yang menggunakan kad prabayar ini tidak
memperuntukkan jumlah tertentu dan hanya bergantung kepada kadar penggunaannya. Ada
ketikanya kad prabayar bernilai RM50 boleh dihabiskan dalam masa seminggu. Semakin banyak
kadar penggunaan semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk menambah nilai kredit. Selain
itu, terdapat juga kalangan individu yang gemar bertukar-tukar telefon bimbit. Mereka terlalu

ghairah untuk memiliki pelbagai jenis telefon bimbit kerana kepelbagaian fungsi yang terdapat di
dalamnya. Dalam pada itu, individu yang menukar telefon bimbit kerana ingin bergerak seiring
dengan ‘trend’ semasa. Mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan di belakang. Sesetengah
pelajar sanggup menggunakan duit belanja untuk membeli telefon bimbit dan ada pula yang
menggunakan biasiswa atau pinjaman yang diberikan. Keadaan ini akan merugikan mereka.
Tambahan pula, individu yang gemar bertukar telefon bimbit mungkin ingin menunjukkan
kepada rakan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan perlulah diselaraskan dengan bajet dan
kemampuan masing-masing kerana ianya boleh mendatangkan kesan negatif kepada seseorang
individu.

6) Menjejaskan Pelajaran

Bagi kalangan pelajar sekolah, penggunaan telefon bimbit selalunya mendatangkan keburukan di
mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji
pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ibu bapa yang tidak memantau
aktiviti anak-anak mungkin tidak menyedari anak mereka terlalu leka berbual dan berbalas SMS.
Ianya sekaligus malalaikan mereka terutamanya apabila telefon bimbit dibawa ke sekolah.
Pelajar-pelajar sukar memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas kerana terlalu asyik bermain
dengan telefon bimbit daripada mendengar guru mengajar. Tanpa disedari, keadaan ini telah
menjadikan pelajar ketagih sehingga tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Kebenaran
membawa telefon bimbit di sekolah menggalakkan lagi para pelajar untuk melakukan sesuatu
perkara yang tidak baik misalnya meniru sewaktu peperiksaan. Dengan adanya telefon bimbit
para pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk menelaah buku
selama berjam-jam dan bersusah payah untuk belajar sehingga lewat malam. Hal ini kerana
dengan penggunaan telefon bimbit sahaja mereka dengan mudah untuk meniru sewaktu
peperiksaan berlangsung. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit harus dipertimbangkan oleh
banyak pihak kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

7) Menjejaskan Kesihatan

Di sebalik semua perkembangan teknologi, ramai yang tidak mengambil serius terhadap kesan
sampingan yang bakal dihadapi. Ramai yang menolak kebenaran berkenaan khabar angin yang
mengatakan bermacam jenis teknologi mungkin mengancam kesihatan atau keselesaan hidup.
Terdapat pula individu yang membuat pelbagai andaian dan bertindak melulu tanpa maklumat
yang sahih. Bagaimanapun, dengan kurangnya kesedaran mengenai kesihatan diri maka
kebanyakan individu menggunakan telefon bimbit secara tidak terhad. Para pengkaji telah
membuat beberapa kajian yang melibatkan kesan penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan
manusia misalnya penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan.
Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau
lama pada skrin yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk
mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas SMS. Di

samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam
jangka masa yang panjang. Masyarakat zaman moden lebih banyak bergantung dengan pelbagai
jenis teknologi kerana setiap pekerjaan menjadi mudah tanpa perlu bersusah payah.
Kebergantungan terhadap teknologi seperti telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukan.
Selain itu, penggunaan telefon bimbit turut merisikokan nyawa seseorang daripada diserang
tumor telinga akibat penggunaan telefon bimbit yang melebihi jangkaan sepuluh tahun.

Setiap daripada kita haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan telefon bimbit kerana
secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada
gaya hidup masyarakat kita yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut ‘trend’ namun
hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam
kehidupan seharian.

Isu Semasa Implikasi Gajet
Lampiran

( NANTI ZAHIRAH LUBIS SAMBUNG EDIT OKIES? )




Click to View FlipBook Version