The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 159-26-athirah, 2021-09-29 05:38:40

LARAS BAHASA MELAYU

LARAS BAHASA MELAYU

LARAS
BAHASA
MELAYU

KUMPULAN 6
• ZULISKANDAR BIN ZULKIFLI
• SHADIHAH AISYAH BINTI MD SHAMIR
• SHARIFAH NUR ANTASIA BALQIS BINTI SYED

BAKAR

• SITI NUR ATHIRAH BINTI ROSLI
• WAN NUR SYAMILAH BINTI WAN ISMAIL

DEFINISI LARAS BAHASA

Laras Bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu Bahasa.Ure &
Ellis (1977) menganggap laras Bahasa ialah sejenis Bahasa yang digunakan
mengikut situasi yang berlainan.Menurut Halliday (1968) pula,laras Bahasa
dapat dibahagikan kepada beberapa maksud antaranya:
1) Laras Bahasa merupakan satu konvensi
2) Laras Bahasa ialah sejenis Bahasa yang digunakan mengikut situasi

berlainan
3) Jumlah laras Bahasa ada kaitan dengan taraf kemajuan sesebuah

masyarakat

DEFINISI LARAS BAHASA
LISAN

Laras Bahasa lisan ialah satu proses
penghantaran maklumat dari pengantar ke
penerima melalui kaedah lisan.Contohnya
ucapan,penceritaan,pengisahan dan perbualan.

LARAS BAHASA FORMAL

Definisi: Bahasa yang digunakan pada situasi rasmi.
Ciri:

➢ Tidak menggunakan nama sendiri,nama timbangan atau nama ringkas.
➢ Tidak menggunakan unsur kependekan.
➢ Menyebut gelaran dengan sepenuhnya.
➢ Memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk pelbagai jenis ayat.

LARAS BAHASA TIDAK FORMAL

Definisi: Bahasa yang digunakan pada situasi tidak rasmi.

Ciri:

➢ Tidak perlu terlalu tersusun atau teratur bahasanya.Keakraban dan kemesraan di tekankan,maka bentuk-bentuk perkataan

disingkatkan.

➢ Kosa kata yang digunakan berbeza daripada bahasa baku.
➢ Menggunakan gelaran kekeluargaan dalam hubungan antara anggota keluarga/sanak saudara,serta panggilan intim jika berhubung

dengan sahabat handai.

➢ Menggunakan gelaran yang tidak lengkap.
➢ Menggunakan nama diri bagi menggantikan kata nama diri orang pertama .Contohnya(kalu mak tak mahu makan,Man pon tak mahu)
➢ Banyak menggunakan partikel ‘lah’ (okaylah,esok kita jumpa lagi)
➢ Ayat yang mempunyai percampuran antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
➢ Bahasa yang bebas.
➢ Perkataan disingkatkan.
➢ Bertentangan dengan bahasa formal dan bahasa baku.
➢ Contoh bahasa tidak formal bahasa slanga,bahasa basahan,bahasa mesra,bahasa pasar,bahasa halus,bahasa kasar dan dialek.

JENIS-JENIS LARAS BAHASA

01. Laras bahasa umum 05. Laras bahasa agama
02. Laras bahasa iklan 06. Laras bahasa panggilan
03. Laras bahasa klasik 07. Laras bahasa kanak-kanak
04. Laras bahasa kreatif 08. Laras bahasa undang-

undang

01. Laras Bahasa Umum

Definisi: Merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu
atau konteks khusus.

Ciri:

❖ Struktur ayat adalah mudah,ringkas dan padat.
❖ Kata pinjaman tidak banyak digunakan.
❖ Tidak terdapat istilah teknikal.

Contoh:
PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan
untuk majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan
tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji.

02. Laras Bahasa Iklan

Definisi:Digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin
dijual.

Ciri:
❖ Ayat ringkas dan pendek (banyak guna

kata sifat).
❖ Tidak mementingkan tatabahasa.
❖ Penggunaan Bahasa retorik.
❖ Pemberitahuan fakta yang jelas.

Contoh:
Syarikat Kemudi Timur telah mengeluarkan iklan percuma, sebuah telefon
bimbit Samsung dengan setiap pembelian sebuah LCD Skrin Televisyen
Pensonic.

03. Laras Bahasa Klasik

Definisi: Lama atau mempunyai sifat-sifat yang tidak terpakai serta tinggi atau abadi
nilainya.Bahasa Melayu klasik merupakan sesuatu yang diakui penggunaannya pada suatu
zaman dahulu.
Ciri:

❖ Teks asal ditulis dalam tulisan jawi,tidak menggunakan tanda bacaan dan tidak menggunakan

perenggan.

❖ Banyak menggunakan struktur ayat oasif,terdapat penggunaan kata praklausa atau kata

pembuka ayat yang tidak digunakan lagi digunakan sekarang.Contoh:arakian,hatta,empunyadan
persetua.

❖ Ada kosa kata Bahasa istana seperti beta,patik,bersemayam.

Contoh:
Hatta berapa antaranya maka Rangga dan Raden Aria pun datanglah dari benua Keling
itu.Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Betara mengatakan Raden Aria dan Rangga
sudah datang

04. Laras Bahasa Kreatif

Definisi:Terhasil daripada cetusan imaginasi dan
pengalaman.
Ciri:
❖ Ada istilah khusus tentang sastera.
❖ Bersifat figuratif.
❖ Mementingkan pemilihan diksi berkesan,Bahasa

tersirat.
❖ Ada unsur metafora,kiasan,hiperbola.
❖ Bernada puitis dan besifat komunikatif
Contoh:
Kuala Semantan biarpun berabad lagi engkau tetap akan
gemilang.Namamu kan lebih harum menjunjung sekalian
nama.Nama pahlawan yang hilang.Hilang di zaman silam.(Puisi
“Kuala Semantan Namamu Kan Tetap Gemilang”karya Aripin Said)

05. Laras Bahasa Agama

Definisi: Merujuk kepada teks yang diungkapkan untuk memperkatakan hal ehwal agama.
Ciri:
❖ Ada istilah pinjaman.
❖ Terdapat petikan.
❖ Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran.
Contoh:
Dari Anas r.a, katanya: Rasulullah bersabda:Seseorang muslim yang menanam pohon atau
tanam-tanaman,lalu sebahagian hasilnya dimakan burung,manusia atau binatang,maka orang
yang menanam itu mendapat pahala.

06. Laras Bahasa Panggilan

Definisi:Digunakan bagi menunjukkan pangkat dalam keluarga dan masyarakat.

Ciri:
❖ Ada panggilan kehormat.Contoh: Tuan Haji,datin.
❖ Ada panggilan ahli keluarga.Contoh:Mak long,kak ngah.
Contoh:
Kehadiran Dato’ Hashim dan isterinya Datin Liza telah memeriahkan lagi majlis
rumah terbuka di rumah mak long.Dato’ dan datin merupakan kawan baik mak
long sejak dari bangku sekolah lagi.Persahabatan mereka tetap utuh walaupun
telah lama terjalin.
.

07. Laras Bahasa Kanak-kanak

Definisi:Ragam yang dituturkan oleh kanak-kanak dan laras yang digunakan untuk
menghasilkan bahan bacaan atau pendengaran kanak-kanak.

Ciri:

❖ Kosa kata terdiri daripada kata akar,kata nama konkrit,kata kerja dan kata adjektif.
❖ Kosa kata kurang berbanding kosa kata orang dewasa.
❖ Bilangan imbuhan yang digunakan terhad.
❖ Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat akatif bentuk tunggal.
❖ Tiada Bahasa perlambangan dan juga bentuk Bahasa yang berbunga-bunga.

Contoh:

Suatu ketika dulu,ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih
pantas.Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu
perlumbaan.Mereka bersetuju tentang masa dan jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu.Di suatu hari yang
sesuai,perlumbaan tersebut di mulakan.Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura
tertinggal jauh di belakang.Arnab pon mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana
dia akhirnya tertidur.Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu.Arnab
terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.

08. Laras Bahasa Undang-undang

Definisi: Merupakan salah satu daripada laras Bahasa ilmiah yang terdapat dalam
Bahasa melayu sejak zaman dahulu lagi.
Ciri:

❖ Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu

dan berbentuk akta.

❖ Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
❖ Makna kosa kata berdasarkan intepretasi.
❖ Struktur ayat tak dipentingkan.
❖ Kepersihan dan kejelasan ayat dipentingkan.
❖ Bersifat objektif,terperinci,tepat dan padat.
❖ Tiada graf atau gambar.
❖ Binaan ayat adalah panjang.

Contoh:Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana
tindakannya diestop daripada mempersoalkan kesalahan larangan PBJ itu.Tindakan
tersebut termasuk menarik balik kesnya di mahkamah tinggi, meminta maaf kepada
defendan.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version