The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cadangan Aktiviti Kempen Galakan Membaca 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by taja tj, 2023-04-11 22:57:26

Cadangan Aktiviti Kempen Galakan Membaca 2023

Cadangan Aktiviti Kempen Galakan Membaca 2023

Keywords: Kempen Galakan Membaca

PROGRAM PEMBUDAYAAN & GALAKAN MEMBACA/ NILAM 2023


LATAR BELAKANG PROGRAM NILAM • ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca • Mula dilaksana pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. • Objektif program NILAM ialah menjadikan membaca sebagai satu budaya dalam kalangan murid sekolah • Membina tabiat membaca dan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. • Program ini merupakan satu strategi menanam minat membaca secara terancang dalam kalangan murid supaya terbina tabiat dan budaya membaca dan menjadikan ia aktiviti berterusan sepanjang hayat. • Fokus bacaan – buku fiksyen, buku bukan fiksyen dan pelbagai bahan bacaan lain termasuk bahan bacaan digital • Menulis rumusan • Aktiviti-aktiviti gerakan membaca – memupuk minat membaca dalam kalangan murid • Program NILAM telah ditambahbaik pada tahun 2017 seiring dengan corak perkembangan Pembelajaran Abad ke21 yang berfokus kepada pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi dan kreatif, literasi digital, komunikasi berkesan, kolaboratif dan penghasilan kerja bermutu. Bahan bacaan tidak lagi berfokus kepada buku fizikal tetapi juga bahan bukan buku yang terdiri daripada semua jenis bahan bacaan digital termasuk bacaan di dalam talian


TRANSFORMASI PROGRAM NILAM • Transformasi Program NILAM pada tahun 2017 seiring dengan corak perkembangan Pembelajaran Abad ke-21 yang berfokus kepada pembinaan kemahiran berikut: • berfikir aras tinggi • Kreatif • literasi digital • komunikasi berkesan • kolaboratif dan penghasilan kerja bermutu. • Bahan bacaan tidak lagi berfokus kepada buku fizikal tetapi juga bahan bukan buku yang terdiri daripada semua jenis bahan bacaan digital termasuk bacaan di dalam talian


OBJEKTIF Melestarikan amalan membaca dalam kalangan murid-murid di Malaysia Memastikan penglibatan murid dalam pelaksanaan kempen galakan membaca (NILAM) secara berterusan Mengekalkan momentum budaya membaca yang berkualiti dalam kalangan murid untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran Memupuk sikap suka membaca dan menarik minat murid kepada konsep pencarian ilmu spanjang hayat. Menjadi panduan kepada sekolah dalam menghasilkan kepelbagaian pendekatan dan aktiviti sama ada di dalam atau di luar kelas selari dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030


Buku Tiada perbezaan tahap buku dibaca NILAM 1999 Buku dan bahan bukan buku Kesesuaian buku mengikut tahap umur dan ‘lexile” murid NILAM bermula 2018 PERUBAHAN NILAM


FOKUS DAN PENDEKATAN PROGRAM NILAM Meningkatkan Literasi Bacaan dan Literasi Maklumat Aktiviti bahan diikuti pelbagai aktiviti pengayaan Semua murid boleh terlibat dalam aktiviti membaca Kuantiti dan kualiti bahan bacaan


Baca dan rekod jer.. Rekod bahan dibaca di mana kualitinya…. Muka surat menentukan kualiti bahan bacaan? ✔ Tanggungjawab KPM/JPN/PPD/GPM menjelaskan maksud sebenar pelaksanaan program ini ✔ Elemen di atas memang tidak menunjukkan kualiti ✔ Nadi Ilmu amalan Membaca (NILAM) – kualiti dalam membaca dan mengaplikasikan pembacaan ✔ Kualiti program NILAM – apabila murid boleh melaksanakan aktiviti pengayaan selepas membaca ✔ Menguasai - Literasi Maklumat dan Literasi Bacaan dengan baik semasa membaca pelbagai bahan ⮚ Perekodan hanya untuk dapatan data daripada pelbagai bahan yang murid baca ⮚ Perekodan bagi menunjukkan bahawa murid kita membaca ⮚ Data boleh digunakan untuk analisa jenis bahan bacaan yang murid minat ⮚ Data boleh diguna bagi jenis bahan yang boleh dibekal ke sekolah ⮚ Muka surat bagi melihat kecenderungan minat murid memilih jenis buku PESEPSI TENTANG KUALITI NILAM


KEMPEN GALAKAN MEMBACA SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH Aktiviti mengikut tema Penglibatan guru, murid, ibu bapa, agensi luar dan komuniti Aktiviti dan tema boleh disesuaikan mengikut suasana sekolah


CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA Aktiviti Literasi maklumat – Pusat Sumber Sekolah Penglibatan kolaborasi PSS bersama panitia mata pelajaran, kelab,persatuan dan sebagainya. Aktiviti dan tema boleh disesuaikan mengikut panitia mata pelajaran. Laporan boleh dibuat mengikut bidang masing-masing – tiada pertindihan program dan mengurang beban tugas guru


Aktiviti Galakan Membaca 2023 10 BIL PROGRAM/ AKTIVITI PENGLIBATAN TARIKH/BULAN 1 Kempen Gerakan & Galakan Membaca Peringkat Sekolah Bertema mengikut bulan (rujuk cadangan slide aktiviti) Sekolah Sepanjang Tahun 2 Bulan Kempen Membaca 2023 JPN/PPD/Sekolah Mei 2023 3 Program Pemerkasaan Murid i) Pertandingan Bicara Buku ii) Pertandingan Pengkarya Muda iii) Pertandingan TV PSS iv) Ikon Pengawas PSS v) Anugerah NILAM JPN/PPD/Sekolah Mei-September 2023


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN Mac - Mei Tema : Azam Baharu Sudut bacaan/promosi ∙ Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah ∙ Contoh: Mini pelancaran di perhimpunan sekolah ∙ Memasang bunting/banner berkaitan promosi galakan membaca ∙ Promosi tentang sudut bacaan dalam bilik darjah dan sudut bacaan di kawasan sekolah ∙ Bercerita tentang sudut bacaan di perhimpunan dan dalam kelas ∙ Sumbangan untuk sudut bacaan ∙ Penerangan bentuk perekodan Guru, murid dan komuniti CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN April Tema : Bulan Karnival Bahasa Pertandingan ∙ Boleh disesuaikan mengikut pertandingan peringkat zon atau daerah ∙ Pertandingan peringkat kelas atau terbuka ∙ Contoh pertandingan seperti bercerita, pidato, syarahan, pengucapan berirama, bahas, scrabble/sahiba dan lain-lain yang dijalankan diperingkat zon dan daerah Guru dan murid - Kolaborasi bersama Panitia CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN Mei Tema : Jom Baca Bulan Kempen Galakan Membaca ∙ Soft launch di perhimpunan sekolah ∙ Melaksanakan bacaan 10 minit secara beramai-ramai di peringkat sekolah ∙ Ceramah ∙ Resensi buku ∙ Menjemput penerbit dan penulis buku ∙ Bengkel Teknik Membaca ∙ Pertandingan/kuiz/permainan Bahasa ∙ “Bacaan kegemaran saya” pihak pentadbir sekolah membentang bahan bacaan yang telah dibaca sebagai teladan kepada murid. (boleh diteruskan sebagai aktiviti bulanan Panitia, guru, murid, ibu bapa, komuniti dan agensi luar CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN Mei Tema : Bahan Buku dan bukan buku ∙ Guru GPM promosi bahan-bahan kepada murid sama ada bahan fizikal atau bahan digital ∙ Promosi Pusat Sumber Negeri, Pusat Sumber Desa, Pusat Internet Desa ∙ E-library Perpustakaan Negara Malaysia Panitia, guru, murid, komuniti dan agensi luar CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN Jun Tema : Karya Agung ∙ Pameran karya agung untuk memberi maklumat kepada guru dan murid ∙ Buku skrap tokoh sasterawan/tempatan Panitia, guru, murid dan ibu bapa Julai Tema : Literasi Maklumat ∙ Karya murid ∙ Pameran hasil terbaik karangan murid ∙ Jejak Maklumat ∙ Kembara buku Panitia, guru dan murid CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN Ogos Tema : Kemerdekaan/ Keistemewaan Setempat ∙ Promosi buku-buku berkaitan kemerdekaan ∙ Penghayatan kemerdekaan – ceramah tokoh setempat ∙ Sambutan bulan kemerdekaan ∙ Pertandingan senarai judul buku berkaitan kemerdekaan ∙ Pertandingan sajak/lagu Kemerdekaan Panitia, guru, murid, komuniti dan tokoh setempat CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TEMA CADANGAN AKTIVITI PENGLIBATAN September Tema : Autobiografi ∙ Tokoh-tokoh ilmuan dalam semua bidang ∙ Pameran sudut sejarah Malaysia/tempatan ∙ Pertandingan video pendek ∙ Persembahan drama ∙ Menjemput tokoh setempat bagi menceritakan asal usul nama atau tempat. Contoh: Nama sekolah atau nama kampung Panitia, guru, murid, komuniti dan tokoh setempat Oktober Tema : Bulan Pusat Sumber Sekolah Sedunia ∙ Melukis illustrasi buku ∙ Menghasilkan penanda buku ∙ Mencipta mutiara kata ∙ Klinik buku ∙ Wakaf buku Panitia, guru, murid, ibu bapa, komuniti CADANGAN TEMA DAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PERINGKAT SEKOLAH


TINDAKAN - PELAKSANAAN AKTIVITI DI SEKOLAH ✔ Bentuk jawatankuasa pelaksanaan bersama dengan Panitia atau Ketua Jabatan ✔ Pastikan Pentadbir dan PIBG sama-sama terlibat bagi mendapatkan dana dan sebagainya ✔ Perkongsian aktiviti penting bagi memastikan beban tugas guru dapat dikurangkan ✔ Pusat Sumber sebagai pusat bagi menyelaras aktiviti dan boleh dilaksanakan bersama-sama ✔ Aktiviti di atas ialah contoh dan cadangan, diharapkan JK dapat memikirkan aktiviti berdasarkan iklim dan suasana sekolah di mana cikgu berada. ✔ Buatlah aktiviti ikut kemampuan, akhirnya fokus utama aktiviti ialah menggalakan murid membaca ✔ Cari sumber luar yang dapat bantu agensi, syarikat, NGO dan sebagainya ✔ Buat lawatan penanda aras bagi memastikan hasil outcomes yang terbaik ✔ Kongsi kejayaan dengan sekolah dipersekitaran ✔ Laksana jalinan dan jaringan ✔ Beri ganjaran/token kepada guru-guru dan murid sama ada jamuan akhir tahun, anugerah cemerlang dan lain-lain ✔ Setiap aktiviti yang dilaksana mestilah ada post mortem bagi memastikan penambahbaikan atau menggugurkan aktiviti tersebut jika tidak menampakkan impak ✔ Akhirnya, ajak pemimpin sekolah melawat ke sekolah-sekolah yang telah membina PSS Cemerlang. Cara ini akan membantu JK PSS mendapat sokongan daripada pemimpin sekolah. BINALAH PUSAT SUMBER CEMERLANG BAGI MELESTARIKAN PROGRAM NILAM


PENGIKTIRAFAN BINTANG BAGI PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


PENGIKTIRAFAN BINTANG BAGI PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) SEKOLAH RENDAH PENARAFAN BINTANG JUMLAH BAHAN BACAAN 1 BINTANG 144 – 287 2 BINTANG 288 – 431 3 BINTANG 432 – 575 4 BINTANG 576 – 719 5 BINTANG 720 ke atas


PENGIKTIRAFAN BINTANG BAGI PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) SEKOLAH MENENGAH PENARAFAN BINTANG JUMLAH BAHAN BACAAN 1 BINTANG 120 – 239 2 BINTANG 240 – 359 3 BINTANG 360 – 479 4 BINTANG 480 – 599 5 BINTANG 600 ke atas


SKOR ASPEK PENGLIBATAN KOKURIKULUM BAGI PROGRAM NILAM (PAJSK) PROGRAM NILAM MARKAH/PENARAFAN 5 BINTANG 4 BINTANG 3 BINTANG 2 BINTANG 1 BINTANG NILAM SEKOLAH 7 6 5 4 3 WAKIL ZON/DAERAH/ BAHAGIAN 8 7 6 5 4 WAKIL NEGERI 9 KEBANGSAAN 10


Program NILAM berkualiti Literasi Bacaan dan Literasi Maklumat perlu dikuasai Aktiviti galakan membaca dan pengayaan Membaca mengikut tahap umur dan lexile murid Anugerah NILAM peringkat JPN/Kebangsaan Perekodan bahan bacaan Pusat Sumber Cemerlang Kualiti pembacaan Pengiktirafan PAJSK


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version